10 January, 2011

POLITIK ORANG MELAYU

Sokong DAP komunis tidak mengapa, berkerjasama dengan syaitan pun tidak mengapa,
asal jangan dengan UMNO yang Melayu dan Islam ini, hanya kerana kuasa......


Politik orang Melayu adalah politik penuh sentimen. Politik orang Melayu adalah politik fanatik. Politik orang Melayu juga adalah politik perjuangkan diri dan parti semata-mata. Politik orang Melayu adalah politik kepartian, politik yang membuatkan kita lupa kepada perjuangan sebenar adalah untuk membela rakyat sedangkan parti politik adalah wadah perjuangan itu. Bahkan, kerana terlampau fanatik berpolitik ada antaranya yang sanggup 'membakar kelambu kerana marahkan nyamuk'. (Baca Sini)

Politik orang Melayu adalah melihat orang lain dari golongan mereka sebagai tidak elok sama sekali dalam masa sama menyanjung kabilah mereka sendiri sahaja. Apa yang mereka lakukan dirasakan betul belaka manakala apa yang orang lain lakukan segalanya tidak betul belaka. Bahkan, mereka pada ketikanya sanggup mengeluarkan fatwa mengundi parti mereka masuk syurga dan mengundi sesuatu parti lain mereka akan masuk neraka. Malangnya segala kebodohan itu tetap sahaja diikuti oleh penyokongnya yang fanatik dan buta hati. Nyatalah bahawa mereka bukan setakat buta politik bahkan mereka juga buta pengetahuan agama.

Ini sangat berbeza sama sekali dengan corak politik orang-orang cina. Mereka perjuangkan bangsa mereka dengan mengutamakannya diatas segala kepentingan. Kerana itulah bukan asing bagi kita melihat kaum cina yang berlainan fahaman politik boleh bersama-sama dalam satu badan atau pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan bangsa mereka sendiri. Sebagai contoh yang kecil, mereka akan bersama dalam PIBG sekolah anak-anak mereka, sedangkan ini tidak mungkin dilakukan oleh bangsa Melayu yang 'kunun'nya perjuangkan agama Islam yang murni ini.

Kerana itu jugalah kita melihat bangsa Melayu yang 'kununnya' perjuangkan Islam itu lebih rela bersahabat dengan kaum lain dari bersahabat dengan sama sebangsa dan seagama. Bahkan, pemimpin besar mereka lebih rela dan bersedia 'bersahabat' dengan syaitan dari berkerjasama dengan UMNO yang Melayu dan Islam ini. Corak pemikiran politik apakah yang mereka bawa? Apakah ini ajaran Islam sebenarnya?

Tanpa kita sedari, kita telah menjadi senjata musuh 'kafir' kita untuk melemahkan sesama kita untuk mereka kuasai kita dikemudian hari. Apakah para ulamak dan tuan-tuan guru politik ini sedar akan hakikat ini?

Secara peribadi saya juga menghormati setiap para ulamak dan tuan-tuan guru itu, namun apabila mereka melibatkan diri dengan politik maka jatuhlah taraf mereka kepada seorang ahli politik. Setiap langkah dan tindakan mereka adalah atas kepentingan politik semata-mata dan sememangnyalah mereka tidak ada apa beza langsung dengan seseorang tokoh politik lain.

Apakah ilmu politik yang ini amalkan apabila menghadapi sesuatu pilihanraya? Apakah mereka rela 'kalah' dalam sesuatu pemilihan atau pilihanraya dari mengatur strategi 'buruk' mengalahkan lawan? Jika 'tidak', apakah bezanya antara politikus ulamak dengan politikus yang kita ada didalam UMNO selama ini? Jawapannya ada dalam diri kita masing-masing jika kita memikirkannya dengan jujur!


No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”