Syabas kepada sahabat saya yang telah diumumkan sebagai calon bagi PRK DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad. Beliau bukan saja setakat calon 'winnable' bahkan saya sifatkan beliau sebagai calon 'unbeatable' di kerusi berkenaan. Ketokohannya, keperibadiannya serta faktor anak tempatan akan membuatkan dia sukar ditandingi oleh sesiapa saja, termasuk oleh Tuan Ibrahim sendiri sepertimana spekilasi saya sebelum ini.
Elok saya perkenalkan calon ini lebih jelas terutama bagi mereka yang masih belum mengenalinya secara dekat:
Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
Umur : 44 tahun
Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan
Pendidikan
(i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
(ii) Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
(iii) Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
(iv) Universiti Al azhar
Pengalaman Kerjaya
(i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
(ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)
(iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)
(iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)
Pengalaman Politik
(i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
(ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
(iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
(iv) Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
(v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
-------------------------------------------------------
Biodata Isteri
Nama : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Umur : 45 tahun
Tarikh Lahir : 19-01-1966
Pendidikan
(i) Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
(ii) Ijazah Sarjana Muda (Usulludin).
Pengalaman
Guru Sek Menengah Agama Darul Naim
Saya sudah menunjukkan kekuatan beliau secara jujurnya bukan kerana beliau sahabat saya tetapi kerana itulah hakikatnya. Selain itu, ini adalah amaran kepada pihak pembangkang supaya cuba menghindari sebarang pertembungan yang akan merugikan mereka sendiri. Dalam kata lain, usahlah membuang masa dan wang ringgit untuk menyertai pertandingan yang mana kekalahan sudah menjadi satu kepastian bagi mereka (dengan izin Allah).
Dalam perkiraan yang mudah, begini. Andai Pas meletakkan Nasaruddin Hassan Tantawi, beliau akan kalah kerana faktor utama beliau bukan anak tempatan bahkan bukan anak Pahangpun. Jika meletakkan calonnya Tuan Ibrahim Tuan Man, tetap juga akan kalah kerana bukan anak tempatan serta faktor semangat sokongan kepartian, yakni DUN Kerdau adalah kubu kuat UMNO. Meletakkan Tuan Ibrahim Tuan Man hanya untuk mengalahkannya akan menjejaskan imej tokoh itu sendiri pada masa depan.
Saya melihat Pembangkang hanya ada 2 pilihan:-
1. Memberikan laluan kepada PKR, yang juga akan kalah tetapi tidak menambahkan lagi bebanan kekalahan bersiri Pas yang memalukan, atau
2. Memboikot atau dalam erti kata lain, tidak bertanding dengan memberikan laluan mudah kepada calon UMNO BN itu.
Selain dari kesediaan jentera UMNO BN Pahang untuk berkerja bersungguh-sungguh bagi mencapai sasaran kemenangan dengan majoriti besar, para blogger pro kerajaan juga sudah siap siaga untuk menganyang blogger pro pembangkang sebagai kesinambungan dari apa yang mereka lakukan di DUN Tenang dahulu.
BH hanya akan memerhati dari jauh kerana sumbangan yang tidak diperlukan, namun akan tetap memberikan sokongan sepenuhnya kepada para sahabat blogger, para pengundi di DUN Kerdau dan terutama sekali kepada sahabat saya, calon bagi DUN Kerdau, Syed Ibrar (nama penggilannya).
Kepada seluruh rakyat Malaysia; ............. BN for Kerdau! Terima kasih kepada MB Pahang dan PM kerana memilih calon yang tepat.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”