23 February, 2011

DUN KERDAU HANGAT: CALON LAWAN ADALAH.......


Logo calon bebas dengan motto: Masa Untuk Berubah dan Berubah-ubah


Sebelum ini, BH sudah memaklumkan kepada umum khususnya sebagai amaran kepada pembangkang terutama Pas bahawa calon pilihan UMNO BN adalah calon 'unbeatable'. Beliau bukan saja menepati citarasa Menteri Besar Pahang bahkan juga dipersetujui sangat-sangat oleh Timbalan Pedana Menteri dan Perdana Menteri sendiri. Ingat! Sahabat saya ini bukan saja calon 'winnabale' bahkan 'unbeatable'.

Beliau tidak mudah dikalahkan dan akan menang, insyallah dengan izin Allah. Bagaimanapun apa yang penting adalah jentera UMNO BN serta akar umbi sendiri supaya bersatu dan merapatkan saf, jangan biarkan ada sedikit ruangpun kerana musuh kita akan mengisi ruang itu untuk memusnahkan dan mengagalkan tanggungjawab kita terhadap masyarakat, agama dan bangsa.

Musuh kita tidak memerlukan ruang yang luas, kerana mereka itu adalah dari kalangan syaitan yang direjam. Kerana mereka adalah dari kalangan bangsa Melayu dan Islam yang bukan saja sanggup besekongkol dengan kafir harbi bagi menghancurkan kita, tetapi mereka bahkan sanggup bersahabat dengan syaitan untuk menghancurkan kita.

Blog PahangKu (klik sini) bagaimanapun meramalkan Pas tidak akan bertanding dalam PRK DUN Kerdau bagi menyelamatkan maruah mereka dari kekalahan bersiri sepanjang PRK terkini. Terdahulu saya memberikan 2 pilihan kepada Pas; 1. Memberikan laluan kepada PKR untuk bertanding di kerusi DUN Kerdau ini, dan 2. (Pas dan PKR) Tidak bertanding sama sekali bagi menjimatkan perbelanjaan pilihanraya sebaliknya menumpu di Merlimau. Manakala blog Badut Rakyat  (klik sini)  berpendapat pertandingan 3 penjuru akan berlaku dimana pihak Pas ataupun PKR akan juga ditentang oleh calon bebas.

Saya menyangkal pendapat ini sama sekali kerana saya tidak yakin calon yang dimaksudkan itu akan mendapat sokongan pengundi. Ini berdasarkan umur calon yang dimaklumkan sebagai bekas wakil rakyat itu yang sudah dikira lanjut berbanding dengan calon UMNO BN. Pengundi tidak lagi akan memilih beliau walaupun beliau dulu sudah banyak berjasa sebagai wakil rakyat di DUN Kerdau ini kerana bimbangkan PRK ini akan diadakan sekali lagi. Justeru rakyat berangapan pilihan terbaik adalah memilih calon yang masih muda dan sihat untuk terus berusaha kuat membela nasib rakyat.

BH menyangkal sama sekali adanya pertandingan 3 penjuru itu, terutama dengan menamakan calon bekas wakil rakyat yang sudah berumur. Bagaimanapun BH tidak menolak satu kemungkinan lain iaitu, tidak ada pertandingan 3 penjuru, tidak ada calon Pas dan PKR yang akan bertanding, tetapi calon UMNO BN ini akan ditentang oleh seorang calon bebas yang masih muda dan bersemangat waja. Beliau pernah bertanding di satu DUN di Pahang atas tiket PKR dalam PRU yang lalu.  Beliau sudah meningalkan PKR atas keinsafan dirinya sendiri. Beliau akhir-akhir ini selalu diberikan peluang atas dasar kasihan untuk berkongsi pentas dengan Pas. Beliau masih mengintai peluang dan menanti mendapat ruang dari UMNO (agaknya lah). Beliau adalah, tidak lain tidak bukan....blogger CMK.

CMK diramal akan bertanding mewakili Pas dan PRK atas nama calon bebas bagi menyelamatkan maruah kedua-dua parti berkenaan dari menerima kekalahan yang memalukan. Bagaimanapun, CMK dikhabarkan akan menggunakan lambang'sesumpah' bagi memenuhi citarasanya dan citarasa Pas dan PKR sendiri. Apa blog Pahang Daily Online nak kutuk aku lepas ni agaknya?

2 comments:

  1. JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK

    • Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.

    • Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.

    • Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
    • Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.

    • Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.

    • Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.

    • Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

    ReplyDelete
  2. kehkehkeh, woiii bro, ko jgn lah mengutuk CMK boleh tak?

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”