Beberapa hari lalu, blog pembangkang yang paling lantang dan lancang malalak di Pahang selama ini membangkitakan isu ketidakpuasanhatinya mengenai kelemahan blog-blog pro pembangkang khususnya di negeri Pahang sendiri.
Dalam masa sama Pahang Daily Online (PDO) terpaksa dengan terkilan memuji beberap blog pro kerajaan / UMNO yang semakin menguasai media sosial di Pahang ketika ini. Berikut saya CnP sebahagian tulisan dari blog berkenaan:
Di Pahang, parti UMNO BN dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk memperkasakan media baru bila mana mereka berjaya menubuhkan Unit Media Baru UMNO yang dilihat semakin aktif sekarang ini. Biar pun sebelum ini ditegur akibat gagal berfungsi dengan baik, kini mereka sama-sama memeriahkan "perang siber" di alam maya. Kelahiran blog-blog baru seperti pahangku bersaing dengan blog-blog panas pro-kerajaan braveheart, urag drulug, SPU Jerantut sri tribuana dan banyak lagi jelas sekali telah mewarnai alam siber itu sendiri ~ Pahang Daily Online.
Jika sebelum dan sehingga PRU 12, blog-blog pembangkang menguasai media sosial, maka kini sampai waktunya blog-blog pro kerajaan menguasainya. Ini bukan saja berlaku di peringkat nasional dimana bilangan blog pro kerajaan sudah menguasai carta dalam bloglist terpopular, namun di Pahang juga keadaan yang sama berlaku.
Bukan saja setakat parti-parti pembangkang yang semakin runtuh dan muflis, bahkan blogger-blogger dan blog pro pembangkang juga sudah muflis dan hilang kewibawaannya. Nyata bahawa sokongan rakyat terhadap kerajaan sudah semakin pulih dan memuncak.
Bukan setakat blog pro UMNO saja yang semakin memeriahkan media sosial Pahang, bahkan beberapa pemimpin negeri juga sudah menunjukkan perubahan dan keinginan untuk menjalin 'networking' dengan rakyat melalui media sosial sama ada facebook dan blog.
Antara blog yang sangat menarik dan membanggakan adalah blog milik YB. Dato' Sharkar Shamsuddin, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang merangkap ADUN Lancang dan Ketua UMNO Bahagian Temerloh (Klik Sini), juga blog milik YB. Dato' Shahaniza Shamsuddin, ADUN Kuala Sentul, (Klik sini). Saya telah memerhatikan blog-blog mereka sejak lama dulu dan saya nampak mereka memang kommited dalam menjalin hubungan dengan rakyat melalui blog-blog mereka. Saya ucapkan syabas!
Lihat juga blog YB Lipis, DUN Tahan, ADUN Jelai, serta ADUN Benta, dan lain-lain lagi. Nyata nampaknya para pemimpin UMNO sudah ada keinginan untuk berubah dan memberikan perkhidmatan mereka kepada masyarakat dengan lebih berkesan lagi. Berilah mereka peluang kerana selain dari mereka (pembangkang) kita belum pasti bagaimana. Jangan kita mengambil risiko untuk berubah dari kedaan sekarang kepada yang lebih buruk lagi.
Lihat juga blog YB Lipis, DUN Tahan, ADUN Jelai, serta ADUN Benta, dan lain-lain lagi. Nyata nampaknya para pemimpin UMNO sudah ada keinginan untuk berubah dan memberikan perkhidmatan mereka kepada masyarakat dengan lebih berkesan lagi. Berilah mereka peluang kerana selain dari mereka (pembangkang) kita belum pasti bagaimana. Jangan kita mengambil risiko untuk berubah dari kedaan sekarang kepada yang lebih buruk lagi.
Tentu PDO akan menfitnah saya apa-apa, namun ketika saya bersuara dulu, saya mengecam UMNO / kerajaan kerana mereka kelihatan tidak berubah, justru apabila mereka sudah berubah maka saya harus berikan mereka pujian juga supaya saya dapat berlaku adil dan saksama. Seperti mana PDO dan CMK sendiri, menuduh saiful kemudian memohon maaf kerana sedar bersalah.
Syabas juga kepada wargakerja PahangKu yang berusaha keras untuk menyaingi dan seterusnya mampu melenyapkan ego blog PDO dalam sedikit masa lagi.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”