Wajah seorang pejuang masyarakat Felda dan Orang Asal satu Malaysia.
UMNO Bahagian Kuala Krau diberitakan telah mengemukan 6 calon untuk PRK Kerdau yang antaranya 2 adalah dari calon wanita. Pas pula diberitakan sudah bersedia dan mengemukakan senarai nama 7 calon untuk dibawa ke Pas pusat . PKR masih mendiamkan diri namun banyak pihak merasa kesal kiranya calon yang paling sesuai dan layak untuk bertanding mewakili pakatan rakyat tidak dibenarkan bertanding. Yang mereka maksudkan adalah Hj. Suhaimi Said. Ada juga pihak yang mengatakan bahawa Datuk Fauzi sendiri berminat untuk bertanding disana. Mungkin perbincangan masih berjalan diantara Pas dengan PKR masa ini.
UMNO khabarnya mempertaruhkan calon wanita, Norizan memandangkan ianya adalah calon terbaik yang dilihat tidak menghadapi sebarang bermasalah setakat ini. Pas khabarnya ingi menurunkan Pesuruhjaya Pas Negeri, Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai usaha bermati-matian untuk mendapakan DUN Kerdau ini. Selain itu, ianya hanyalah merupakan hasrat dan cita-cita peribadinya saja. Kesihan bekas calon dahulu, Hassanuddin Salim, diabaikan begitu saja dan tidak diberikan lagi peluang kedua untuknya.
Tidak kurang juga dari kalangan penyokong PKR yang kecewa apabila Pas masih berkeras untuk meletakkan calon mereka dan tidak memberikan peluang langsung kepada calon 'winnable' dari pakatan pembangkang, Hj. Suhaimi.
Hj. Suhaimi adalah tokoh besar PKR dan sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Krau, beliau ternyata banyai pengaruh kepada masyarakat setempat terutma hubungannya dengan masyarakat Felda dan Orang Asal. Ada ura-ura bahawa beliau berminat untuk bertanding sebagai calon bebas namun tidak ada sebarang kenyataan resmi setakat ini. Atau, mungkin beliau dengan rasa kecewanya akan memandang kebelakang untuk melihat ruang-ruang yang terbuka didalam UMNO?
JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK
ReplyDelete• Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.
• Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.
• Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.
• Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.
• Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.