16 February, 2011

PKR ?, PAS ?, UMNO ? ATAU APA?


Gambar Hiasan: Kucupan Azimat untuk Anu-arr,


Blogger Cucu Mat Kilau (CMK) pengasas blog Pahang Daily Online (PDO). Dulu ahli PKR dan bertanding di satu DUN didalam Parlimen Bera. Dulu penyokong kuat Anu-arr. Kini sudah berubah arah,....sudah insaf? Tidak berapa lama dulu berceramah atas pentas Pas. Membawa cara baru berceramah dengan gunakan komputer @ power point. Mungkin orang tak faham apa yang dia nak sampaikan atau dia sendiri tak faham apa yang disampaikan...ceramah jadi semakin kurang kehadiran, mungkinkan angkara dia?

Sahabat saya ini suka mengusik saya, selalu dalam PDO dia nyakatan bahawa saya yang ketika itu selalu menghentam UMNO dan media barunya dalam keadaan bersedih dan merintih untuk dapat perhatian dari UMNO. Tetapi akhirnya tuduhan itu berbalik kepada dirinya sendiri, hehehe! Dia sekarang sedang 'bergelandangan' mencari ruang-ruang didalam UMNO. Siapa yang dapat menduga?

Yang menariknya adalah apabila CMK didalam blog PDO menulis tentang CMK sendiri seakan-akan mempromisikan dirinya, pasti ada tujuan tertentu, hehehe! Hanya Johari yang mengenal Maniam. Apakah CMK cuba mendapatkan kerusi untuk PRU13 nanti melalui UMNO?  Saya tidak tahu pasti apakah yang CMK sedang intaikan sekarang ini, atau dalam bahasa 'sembrono' anak-anak muda...'skodeng'!

Blog PahangKu (Klik Sini)  mengumpamakan beliau sebagai 'sesumpah' politik. Mungkin kerana beliau dari PKR dan keluar, hinggap di Pas buat seketika dengan berceramah dipentas-pentas Pas, namun tidak sesuai oleh kerana faham sekularnya atau belum memohon title 'tuan garu' mahupun 'ularmak' dan kini cuba mengintai kedalam UMNO. Kadang-kadang berpolitik sesumpah ini beruntung, tetapi kadang kala merugi juga sudahnya. Opppps! Elok juga (Klik Sini)  untuk mengetahui siapa ulamak dan tok guru.


No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”