Blogger tersohor GAP, pejuang pro kerajaan, kami pun sama!
Blog tersohor GAP merakamkan rasa kecewanya terhadap sebilangan blogger yang re-schedule posting mereka (Klik). Sewaktu saya lawati blog berkenaan terdapat 20 komen berbagai pandangan mengenai perbuatan tersebut. Tindakan beliau untuk membuangkan link blog berkenaan adalah hak individu kerana saya percaya blog kita adalah hal kita, tentu tiada apa pertikaian mengenainya.
Saya melihat bahawa dalam keghairahan berblog, kadang-kadang kita lupa kepada nilai-nilai dan peraturan-peraturan tertentu meskipun tidak tertulis. Mungkin tidak ada 'etika' resmi didalam berblog membuatkan kita merasa bahawa kita memiliki kebebasan sebebas-bebasnya.
Selain dari apa yang disuarakan oleh GAP, kita juga harus memerhatikan tentang tindakan sebilangan blogger yang hanya CnP sahaja dan menghantar posting sebanyak mungkin untuk mengejar rating. Bahkan ada yang tidak menulis apa-apa dan tidak juga CnP melainkan memberikan link blog yang hendak di arahkannya. Akhirnya penulis blog tidak lagi menulis. Tetapi apakah ini balik untuk dunia blogging?
Jika ingin diperhalusi, bagaimana pula apabila kita menggunakan gambar-gambar yang bukan milik kita? Jika menuruti peradaban dahulu kala, pertama kita mesti mendapatkan kebenaran dari pemiliknya, atau setidak-tidaknya memberikan kreadit kepada pemiliknya dengan merujuk dari mana gambar itu kita ambil. Tetapi sudah tentu peraturan kuno ini tidak digunapakai lagi dalam era globalisasi ini.
Jika ingin diperhalusi, bagaimana pula apabila kita menggunakan gambar-gambar yang bukan milik kita? Jika menuruti peradaban dahulu kala, pertama kita mesti mendapatkan kebenaran dari pemiliknya, atau setidak-tidaknya memberikan kreadit kepada pemiliknya dengan merujuk dari mana gambar itu kita ambil. Tetapi sudah tentu peraturan kuno ini tidak digunapakai lagi dalam era globalisasi ini.
Saya telah menyuarakan keresahan hati saya mengenai semua ini beberapa lama dulu (saya salinkan sepenuhnya dibawah ini) namun kerana saya hanyalah blogger picisan atau dari species blogger nyamuk maka suara saya tidak didengari, malahan ada yang memberi pandangan yang menyalahkan pandangan saya. Justru, saya merasakan bahawa pandangan mereka itu betul, kerana itu blog mereka dan mereka berhak melakukan apa yang mereka sukai. Demikian juga kepada blog kita, kita boleh lakukan apa saja yang kita sukai.
Apakah ini sebenarnya makna kebebasan berblog? Saya tinggalkan saudara-saudara dengan soalan itu. Sesiapa saja berhak menjawabnya atau tidak menjawab sama sekali.
28 December, 2010
BERBLOG CARA BARU?
Sekarang blogger benar-benar jadi beruk?
Ramai blogger yang terkejar-kejar untuk mencari rangking dalam 100 rangking alexa. Bahkan sudah ada blog yang tugas resminya adalah mencatat rangking setiap blog yang tersenarai. (Klik sini).
Jika trend ini diteruskan, mugkin akan datang bilangan blogger yang benar-benar menulis akan berkurangan dan blogger yang menjadi sebagai 'pemandu jalan' akan semakin bertambah. Apa yang saya maksudkan adalah begini;
Anda (Klik sini) kemudian anda diminta (klik pula kesini) untuk membaca. Contoh kedua ini: (Klik sini) kemudian anda akan pergi ke sini (Klik) Mungkin blogging menjadi semakin mudah pada masa depan atau kita akan menwujudkan penulis (blog) yang tidak berapa menulis. Apakah ini budaya baru dalam menulis (blog) selain dari 'copy and paste'?
[Nota: saya membuang link yang ditunjukkan disini untuk tidak mengecilkan hati sesiapa}
10 comments
- Tamingsari said...
- Salam tuan blog... Aku Taming Sari antara orng terawal bersama BPN dan brsama dlm perjuang mmbentuk BPN. Ketika itu blog aku namanya Empayar Malaya. Blog itu gugur selepas dihack oleh pembangkang dan kini aku bina blog baru, Blog Tamingsari. Tapi kali ini, jelas aku rasa aku berseorangn.. Tak percaya tanya Panglima Perang Cyber @ Ustaz. BPN bukan untuk UMNO, bukan untuk BN, tetapi BPN untuk Melayu, untuk Islam... tak kira sape pun ancaman kepada dua perkara di tadi, kita tentang. Namun, BPN makin lemah, tiada penyatuan spt dulu... Tak seaktif dulu, chatroll pun senyap.. Parlimen pun tutup. Aku rasa, tiada salahnya mereka mengejar ranking alexa. Itu sahaja sumber motivasi utk para blogger tak berbayar spt yang lain dalam dunia blogger ini. Melihat blog yg ditatap siang dan malam makin meningkat trafik dan pembaca. Ranking Alexa bermakna semakin baik ranking, maknanya semakin ramai pembaca. Sambil meningkatkan trafik, sambil itu kita terus menulis artikel utk mempertahankan maruah bangsa dan agama. Tiada siapa pun nak gelar diri mereka blogger otai... kerana dengan gelaran otai, mereka rasakan diri mereka bagus.. sibuk nak tegur org sana sini. Sdgkan blogger baru membina blog atas inisiatif mereka sendiri. Sepatutnya yang merasakan dirinya otai, kena bagi semangat kepada blogger baru. So, kalau mereka yg rasa dirinya otai sibuk nak membantai, lebih baik fokus pada ranking alexa krn itu sahaja boleh menaikkan motivasi. ikhlas, Tamingsari http://blogtamingsari.blogspot.com/
- YB Raz said...
- ini cara ringkas hehehehe..sekarang semua nak cepat je hehehe..
- Cheguman... said...
- salam, takpe, hanya yang genuine yang akan terus bertahan manakala yg ikut-ikutan akan berhenti setakat itu kecuali mereka terus belajar.
- Salam, tamingsari - dalam dan tajam maknanya, namun saya percaya bahawa sesiapa saja berhak dan benar untuk bersuara dan menyatakan pendapat. bukan berdosa bila kita berbeza pendapat, kita mencari persamaan dari setiap perbezaan itu. yang jatuh perlu ada kekuatan untuk bangkit semula, siapa yang kita harapkan untuk membantu kebangkitan semula kita? hanya pada diri kita sendiri.. YB Raz dan Cheguman, saya menulis hanya kerana saya ingin dan harus menulis, pernah saya berhenti beberapa minggu tanpa kerana apa-apa dan saya tidak peduli pada berapa ramai pembaca yang membaca sehari kerana itu saya terkeluar dari ranking, so apa saya peduli? hehe! Menulis tetap menulis kalau broadband tidak terbayar kita ke cybercafe...atau hutang....
- Anonymous said...
- Setuju bro bh, apa sangatlah gelaran blogger otai dibandingkan dengan bil broadband untuk sebulan? saya rela tidak dipanggil otai berbanding mendapat bayaran sebulan bb.
- belalang said...
- Bukan tak ada, tetapi sangat jarang org yg hendak nama, tempat, pangkat atau seumpamanya tak mahukan imbuhan atau pulangan. Kalau terpekik terlolong berjuang tetapi baik yg dirumah atau saudara mara terdekat hidup seperti melukut tak ada gunanya. pejuang yg baik, kalau tdak banyak mereka mempunyai kemantapan fizikal, mental dan material, baru boleh menjadi contoh. peduli apa dgn alexa, peduli apa dgn tajaan iklan atau pertubuhan, bercakap dan bertindak bila ada keupayaan. Org pandai jadi lembab bila kewangan yelekk.. org kuat jadi bacul bila wang tarak.. so yg layak bercakap bila dia nya sesuai menjadi contoh. so jgn buang masa.. ikut motto .."KERJA MCM LEMBU, HIDUP SENANG MCM RAJA DAH SENANG BARU CARI KUASA/PENGARUH/NAMA.." SETUJU?
- dzimba MMIM said...
- Salam bro semua, ada sedikit ingin mencelah. Idea bro semua betul dan niat perjuangan adalah sama mungkin cuma berbeza dari segi pendekatan. Teruskan usaha semua. Cuma sebagai cadangan saya merasakan amat perlu para blogger pejuang bertemu sesekali sekala dan bertukar idea dan strategi. Kita tidak mahu berperang tanpa strategi akhirnya tertembak sesama sendiri. http://pantausblog.blogspot.com Saya yang baru belajar. terima kasih
- Wake UP! said...
- Ranking Alexa adalah satu motivasi kepada bloger supaya lebih rajin mengemas kini blog mereka. Lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai pengikut yang ramai.
- Salam, Wake-up, betul ranking alexa boleh jadi jadi pemangkin dan motivasi, namun jika disalah tafsir akan buatkan blogger terlalu banyak posting yang tidak berkualiti. Harap fhm maksud saya, sehingga adayang sudah tidak lagi menulis tetapi hanya memberi link sesuatu blog. Mungkin wake-up kurang faham isunya. Apapun, semua blogger berhak keats blog masing2 tanpa ada sebarang. pertikaian.
- Anonymous said...
- Tak pe la... penyampaian maklumat secara berterusan... berjuta blog.. mane semua orang boleh tau.... Maklumat kita dipanjangkan... bagus la tu.... bukannya mencuri idea... kenalah relax sikit dong!!!
Sama seperti berkempen.
ReplyDeleteTeruskan perjuangan.Jangan Patah hati kerana makan hati.
Mungkin blog yang CnP tu akan berkubur tak lama lagi.
Kita yang ikhlas menentang PAS,DAP,PKR... teruskan perjuangan kita sehingga pupus internet.
Ranking.... tak payah lah.... itu sudah lari tajuk daripada tujuan asal berblog !
Assalamualaikum ... wbt saudara-saudaraku para bloggers Melayu-Islam yang dikasihi. Aku bukan bloger tapi pembaca tetap blog-blog mesra Melayu-Islam sahaja. Apa yang GAP dan Berani Hati katakan itu sangat jelas bagi aku seorang pembaca... Rasa terhutang budi, suka, minat secara sepontan akan muncul setiap kali selesai menatap isu atau persoalan baru yang dikupas secara bijak dan asli oleh sesorang blogers. Aku percaya, pembaca lain juga serupa. Pembaca dalam jangka masa panjang akan dapat memahami alur-alur pemikiran seseorang penulis itu menerusi posting asli masing-masing. Bagi yang hanya C&P, tiada imej yang akan dapat digambarkan.
ReplyDeleteCadangan Dziba agar sekali-sekala diadakan pertemuan antara bloggers itu idea bernas. Moga tidaklah tertembak rakan seperjuangan. heee.
Ikhlaskan perjuangan anda dan tidak salah diberikan penghargaan jika telah mencapai tingkat tinggi. Soalnya siapa yang nak beri? Aku sebagai pembaca tidak keberatan jika ....
Salam,
ReplyDeleteterima kasih atas komen sdr. sy tak kisah semua itu, tau kenapa saya menulis? kerana saya ingin menulis biarpun mungkin tiada yang membacanya. pernah saya ingin berhenti suatu ketika tetapi sokongan para sahabat membuatkan saya batalkan niat itu. menulis dengan menyatakan pendapat kita secara jujur, mungkin salah tetapi itulah pendapat kita yang ingin kita suarakan, menenangkan keresahan dalam hati, membebaskan nya .......
Saya baru hendak mengenal kalam dan juga belum setahun jagung mengenali alam siber, saya banyak mengikuti perkembangan blog yang menjadi pilehan saya. Mana blog yang belum saya pileh tu bukan saya tak sudi tapi tak sempat dan banyak lagi blog yang saya tak tau link nya untuk saya layari.
ReplyDeleteSaya juga ada blog tapi huhuhu..saya bukan lah penulis blog, banyak artikel yang saya terbitkan adalah artikel dari blog anda semua yang saya rasa sesuai untok dibaca oleh mereka yang diluar sana. Saya terbitkan ulasan saudara semua kedalam facebook. Sebab nya didalam fb ramai yang hebat-hebat berhujah menentang kerajaan, oleh itu saudara semua bahaan-bahan yang saya pileh tak banyak sedikit dapat mematah puak-puak yang menentang kerajaan BN
Takpa lah takda saorang pon yang ikut pada blog saya, apa yang penting saya salurkan kan ke fb dan
rakan dapat melawati blog saudara semua. Jika inginkan link saya inilah dia http;//www.KemBalakEnterprise.blogspot.com
salam,
ReplyDeletetak! mana ada patah hati? keras hati ada ....kalau tak makanak jadi beranikan hati? huhu