Sekarang blogger benar-benar jadi beruk!
Ramai blogger yang terkejar-kejar untuk mencari rangking dalam 100 rangking alexa. Bahkan sudah ada blog yang tugas resminya adalah mencatat rangking setiap blog yang tersenarai. (Klik sini).
Jika trend ini diteruskan, mugkin akan datang bilangan blogger yang benar-benar menulis akan berkurangan dan blogger yang menjadi sebagai 'pemandu jalan' akan semakin bertambah. Apa yang saya maksudkan adalah begini;
Anda (Klik sini) kemudian anda diminta (klik pula kesini) untuk membaca. Contoh kedua ini: Klik sini kemudian anda akan pergi ke sini (Klik) Mungkin blogging menjadi semakin mudah pada masa depan atau kita akan menwujudkan penulis (blog) yang tidak berapa menulis. Apakah ini budaya baru dalam menulis (blog) selain dari 'copy and paste'?
10 comments:
Salam tuan blog...
Aku Taming Sari antara orng terawal bersama BPN dan brsama dlm perjuang mmbentuk BPN. Ketika itu blog aku namanya Empayar Malaya.
Blog itu gugur selepas dihack oleh pembangkang dan kini aku bina blog baru, Blog Tamingsari. Tapi kali ini, jelas aku rasa aku berseorangn..
Tak percaya tanya Panglima Perang Cyber @ Ustaz.
BPN bukan untuk UMNO, bukan untuk BN, tetapi BPN untuk Melayu, untuk Islam... tak kira sape pun ancaman kepada dua perkara di tadi, kita tentang.
Namun, BPN makin lemah, tiada penyatuan spt dulu... Tak seaktif dulu, chatroll pun senyap.. Parlimen pun tutup.
Aku rasa, tiada salahnya mereka mengejar ranking alexa. Itu sahaja sumber motivasi utk para blogger tak berbayar spt yang lain dalam dunia blogger ini. Melihat blog yg ditatap siang dan malam makin meningkat trafik dan pembaca.
Ranking Alexa bermakna semakin baik ranking, maknanya semakin ramai pembaca. Sambil meningkatkan trafik, sambil itu kita terus menulis artikel utk mempertahankan maruah bangsa dan agama.
Tiada siapa pun nak gelar diri mereka blogger otai... kerana dengan gelaran otai, mereka rasakan diri mereka bagus.. sibuk nak tegur org sana sini. Sdgkan blogger baru membina blog atas inisiatif mereka sendiri.
Sepatutnya yang merasakan dirinya otai, kena bagi semangat kepada blogger baru.
So, kalau mereka yg rasa dirinya otai sibuk nak membantai, lebih baik fokus pada ranking alexa krn itu sahaja boleh menaikkan motivasi.
ikhlas,
Tamingsari
http://blogtamingsari.blogspot.com/
ini cara ringkas hehehehe..sekarang semua nak cepat je hehehe..
salam,
takpe, hanya yang genuine yang akan terus bertahan manakala yg ikut-ikutan akan berhenti setakat itu kecuali mereka terus belajar.
Salam,
tamingsari - dalam dan tajam maknanya, namun saya percaya bahawa sesiapa saja berhak dan benar untuk bersuara dan menyatakan pendapat. bukan berdosa bila kita berbeza pendapat, kita mencari persamaan dari setiap perbezaan itu. yang jatuh perlu ada kekuatan untuk bangkit semula, siapa yang kita harapkan untuk membantu kebangkitan semula kita? hanya pada diri kita sendiri..
YB Raz dan Cheguman, saya menulis hanya kerana saya ingin dan harus menulis, pernah saya berhenti beberapa minggu tanpa kerana apa-apa dan saya tidak peduli pada berapa ramai pembaca yang membaca sehari kerana itu saya terkeluar dari ranking, so apa saya peduli? hehe! Menulis tetap menulis kalau broadband tidak terbayar kita ke cybercafe...atau hutang....
Setuju bro bh,
apa sangatlah gelaran blogger otai dibandingkan dengan bil broadband untuk sebulan? saya rela tidak dipanggil otai berbanding mendapat bayaran sebulan bb.
Bukan tak ada, tetapi sangat jarang org yg hendak nama, tempat, pangkat atau seumpamanya tak mahukan imbuhan atau pulangan.
Kalau terpekik terlolong berjuang tetapi baik yg dirumah atau saudara mara terdekat hidup seperti melukut tak ada gunanya.
pejuang yg baik, kalau tdak banyak mereka mempunyai kemantapan fizikal, mental dan material, baru boleh menjadi contoh.
peduli apa dgn alexa, peduli apa dgn tajaan iklan atau pertubuhan, bercakap dan bertindak bila ada keupayaan.
Org pandai jadi lembab bila kewangan yelekk.. org kuat jadi bacul bila wang tarak.. so yg layak bercakap bila dia nya sesuai menjadi contoh.
so jgn buang masa.. ikut motto .."KERJA MCM LEMBU, HIDUP SENANG MCM RAJA DAH SENANG BARU CARI KUASA/PENGARUH/NAMA.."
SETUJU?
Salam bro semua, ada sedikit ingin mencelah. Idea bro semua betul dan niat perjuangan adalah sama mungkin cuma berbeza dari segi pendekatan. Teruskan usaha semua.
Cuma sebagai cadangan saya merasakan amat perlu para blogger pejuang bertemu sesekali sekala dan bertukar idea dan strategi. Kita tidak mahu berperang tanpa strategi akhirnya tertembak sesama sendiri. http://pantausblog.blogspot.com
Saya yang baru belajar.
terima kasih
Ranking Alexa adalah satu motivasi kepada bloger supaya lebih rajin mengemas kini blog mereka.
Lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai pengikut yang ramai.
Salam,
Wake-up, betul ranking alexa boleh jadi jadi pemangkin dan motivasi, namun jika disalah tafsir akan buatkan blogger terlalu banyak posting yang tidak berkualiti. Harap fhm maksud saya, sehingga adayang sudah tidak lagi menulis tetapi hanya memberi link sesuatu blog. Mungkin wake-up kurang faham isunya.
Apapun, semua blogger berhak keats blog masing2 tanpa ada sebarang. pertikaian.
Tak pe la... penyampaian maklumat secara berterusan... berjuta blog.. mane semua orang boleh tau.... Maklumat kita dipanjangkan... bagus la tu.... bukannya mencuri idea... kenalah relax sikit dong!!!
Post a Comment