21 February, 2011

PAS MESTI DIKALAHKAN!

Pas yang buta hati, mengangkat panji-panji kafir harbi samalah juga kafir seperti mereka itu


Kebelakangan ini Pas kelihatan semakin hilang arah. Kekalahan demi kekalahan dalam PRK membuatkan mereka hilang punca dan sesat arah tuju. Kerana itulah kebelakangan ini kita dengar kenyataan demi kenyataan pemimpin mereka nampak sudah tidak tetap pendirian.

Segala-galanya adalah kerana gelombang sokongan UMNO yang melanda selepas PRU12 lalu. Memang ramai kalangan pengundi terutama anak muda telah membantu kemenangan pembangkang. Saya juga melakukan demikian ketika itu. Kita menyokong pembangkang bukanlah kerana kita benar-benar percaya kepada perjuangan mereka. Kita juga tidak percaya pada janji-janji mereka kerana kita lebih percaya bahawa mereka semua adalah pendusta politik. Tetapi kita menyokong mereka hanyalah kerana kita benci kepada parti memerintah.

Terlalu banyak keburukkan yang parti pemerintah itu lakukan ketika itu, Kerana itulah kita mengundi pembangkang bagi memberikan pengajaran kepada kerajaan supaya berubah. Kini, apabila berlaku perubahan pucuk pimpinan dam rakyat melihat bahawa DS Najib memang bersungguh-sungguh ingin melakukan tranformasi, maka rakyat juga kembali sedar akan kesilapan yang kita lakukan. Rakyat juga ingin berubah. Pembangkang yang menjanjikan perubahan yang membawa kebaikan rupanya menambah keburukan yang sedia ada, bagaikan mencurah minyak kepada api yang sedang membara.

Selangor kelihatan bagaikan cacamarba. Mujur Perak dapat dirampas kembali, jika tidak tentu lebih besar bencana yang dilakukan oleh mereka dan kaum itu. Kedah akan kita rampas kembali dalam PRU13 nanti manakala Kelantan kita biarkan mereka berubah sendiri.

Rakyat Kelantan akan mengubahnya sendiri kerana mereka sudah tidak tertahan lagi menanggung penderitaan mereka sekian lama. Mereka sedar janji-janji manis dan syurga para 'tok garu' juga adalah janji dusta. Mereka tidak mampu memberikan kita kehidupan duniam justeru mereka menjanjikan akhirat yang tiada siapa pun boleh melihat kebenarannya. tetapi dalam masa sama, dunia juga mereka rebut dengan rakus sesama mereka, berkongsi anak beranak dan kroni.

Pulau Pinang, mmmm! Pulau Pinang hanyalah tinggal sebagai impian kita semua. Bangsa Melayu akan kehilangan Pulau Mutiara itu sebagaimana kehilangan Temasik dahulu. Siapakah yang memperolehi keuntungan apabila Melayu sesama Melayu berperang? Gajah sama harimau berperang, 'babi' ditengah-tengah juga yang mengaut keuntungan.

Melayu mesti bersatu. Pas mesti duikalahkan dalam semua PRK sebelum PRU13. Apabila mereka kalah mereka tentu akan bersama kita merapatkan saf perjuangan memperjuangkan hak kita keatas bumi bertuah ini. Pas mesti dikalahkan. Pas mesti dikalahkan. Pas mesti dikalahkan. Asala jangan ada petualang diantara kita, Asal jangan ada yang menikam belakang. Asal jangan ada lagi si kitol dan mendaliar yang mengkhianati bangsa kita. Kita akan menang. Pas akan dikalahkan.


4 comments:

  1. Hi :) Artikel anda telah disedut ke blog khas untuk Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau dan DUN Kerdau. Segala berita terkini mengenai PRK tersebut akan dikemaskinikan di blog Khas ini.

    Selain dari itu kami juga menyediakan pages (FB) khas juga iaitu di:

    http://www.facebook.com/pages/Pilihan-Raya-Kecil-Malaysia/198201610195352?

    dan facebook Group:

    http://www.facebook.com/home.php?sk=group_169414786440203

    dan juga Twitter:

    http://twitter.com/prkmalaysia

    dan juga yang Radio Merpati yang anda boleh dengarkan di blog:

    http://prkmsia.blogspot.com.

    Sebar-sebarkanlah kepada rakan blog anda. :) Selamat berjuang dan terima kasih.

    p/s: jangan lupa follow twitter, facebook dan blog kami.

    ReplyDelete
  2. Memang perjuangan Pas tidak ada halatuju..Cuma gila kuasa nak perintah walaupun akai tak ada..Pas semakin terdesak sekarang..Sokongan Melayu terhadap Pas semakin merosot..Tok2 lebai dan Tok Serban Pas dah hilang arah..Dah tak tau nak beri ceramah lagi..Kalau dulu depa kata orang Umno Kafir kerana berkawan dengan MCA dan MIC,tetapi sekarang Pas lebih teruk kerana berkawan dengan setan DAP..Seta DAP lah yang mengatakan Langkah Mayat kita dulu,kalau mau laksanakan undang2 Islam..Pas sebenarnya dari dulu lagi cakap tidak serupa bikin..Serban saja besar di kepala,tetapi otak di lutut..Orang Melayu sudah tahu dengan putarbelit dan tipu muslihat PAS..

    ReplyDelete
  3. OOO kalau yang ni nampak. Tapi BN besekonkol dengan MIC, MCA. tak nampak ya. Tak payahlah kita mencari kesilahan orang lain.

    ReplyDelete
  4. anon 2:46,
    soalnya adalah ketika UMNO jalin kerjasama dgn MCA dan MIC, Pas kata haram tetapi kenapa skrg ini Pas buat juga yang haram itu dan halalkan nya pula? itu lah soalnya, jgn lah bengap sangat dan lari dari persoalan asas, hehe

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”