21 February, 2011

PAS SUDAH TERIMA ISYARAT MEREKA AKAN DITOLAK DI KERDAU


Jika Pas dah jadi seperti UMNO, untuk apa lagi mengundi Pas?


Menurut blog PahangKu, dari sumber resmi dan dipercayai, pengundi Melayu di DUN Kerdau menolak Pas mahupun PKR seandainya parti berkenaan meletakkan calonnya. Ini kemungkinan besar adalah kerana gelombang yang melanda politik negara dewasa ini yang banyak memihak kepada UMNO BN.

Sejak dari beberapa siri PRK kebelakangan ini kita melihat undi yang didapati oleh UMNO BN semakin meningkat terutamanya dikawasan-kawasan dimana majoritinya adalah kaum Melayu. Perubahan sikap pengundi khususnya pengundi muda banyak mempengaruhi sikap keseluruhan pengundi lainnya.

Kerdau alah sangat terkenal sebagai kubu kuat UMNO sudah tentu pengundinya tidak akan mengalah dan memalukan UMNO dan kerajaan. Sokongan padu rakyat kepada Menteri Besar dan Perdana Menteri diterjemahkan melalui undian yang akan diberikan kelak.

Selain itu, sikap Pas yang tidak tetap pendirinnya membuatkan pengundi muda semakin hilang percaya terhadap parti berkenaan. Dulu Pas menolak perjuangan bangsa dan perkauman tetapi kini Pas ingin membela bangsa Melayu pula. Kemanakah perginya slogan membangun bersama Islam? Apakah Pas sudah tidak ingin menjadi parti Islam lagi? Atau Pas sudah bersedia menjadi sebuah parti sekular pula? Bagi mencapai cita-citanya untuk menggantikan UMNO? Pas memang hamPas.

-------------------------------------

Baca CnP dari PahangKu:

Belum pun sesi berkempen bermula, sudah ada cerita dikalangan pengundi yang menolak PAS sebagai wakil rakyat mereka.

Terutama sekali dikalangan pengundi bukan Melayu yang ada disekitar kawasan. Mereka bukan sahaja tidak percaya kepada perjuangan PAS, malah pendirian parti itu juga turut diragui.



Nak pulak lepas PAS anjurkan konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa baru - baru ni. Timbul keraguan dalam hati mereka yang PAS hanya nak perjuangkan Melayu.

Dengan adanya konvensyen tersebut, PAS secara tidak lansung telah mengenepikan kaum - kaum lain yang ada di Malaysia ini.

Termasuk la Cina, India, Masyarakat Orang Asli, Singh dan sebagainya kerana jelas kaum itu tidak menjadi keutamaan bagi PAS.  (Baca lagi, klik disini ke PahangKu)







1 comment:

  1. Hi :) Artikel anda telah disedut ke blog khas untuk Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau dan DUN Kerdau. Segala berita terkini mengenai PRK tersebut akan dikemaskinikan di blog Khas ini.

    Selain dari itu kami juga menyediakan pages (FB) khas juga iaitu di:

    http://www.facebook.com/pages/Pilihan-Raya-Kecil-Malaysia/198201610195352?

    dan juga Twitter:

    http://twitter.com/prkmalaysia

    dan juga yang Radio Merpati yang anda boleh dengarkan di blog:

    http://prkmsia.blogspot.com.

    Sebar-sebarkanlah kepada rakan blog anda. :) Selamat berjuang dan terima kasih.

    p/s: jangan lupa follow twitter, facebook dan blog kami.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”