25 April, 2011

KITA BUKAN RASIS, KITA NASIONALIS





Semalam saya menerima sms dari seorang sahabat yang menulis begini;

'Salam umat Melayu sekelian. Utusan Malaysia sedang diserang hebat oleh kaum cina yang diketuai MCA dan DAP. Mari kita beramai-ramai menunjukkan sokongan kita dengan berhimpun didepan Bangunan MCA Jalan Ampang pada jam 3.00 petang hari Isnin 25hb April (Hari ini).

Utusan Malaysia adalah satu-satynya media utama yang memperjuangkan kepentingan Melayu. Kita semua tidak akan membiarkan utusan bersendirian dalam mempertahankan maruah bangsa...hadir semua...buktikan sokongan anda.'

Semangat sayangkan bangsa kita semakin lemah, kerana itulah kaum lain boleh permainkan bangsa kita dimana-mana dan bila-bila masa saja. Orang Melayu memang tidak akan dapat bersatu dalam ertikata sebenarnya. Lihat sekeliling kita, Pas lebih rela memeluk DAP dari memeluk UMNO yang sah dan nyata sesama bangsa dan seagama. PKR mengadai segala hak Melayu hanya kerana ingin mendapatkan sokongan kaum cina, namun sepatutnya mereka sedar kerana dari PRN Sarawak, undi cina tetap untuk kaum cina dan bangsa Melayu dibiarkanya bersepah merata-rata.

Berapa ramai anak Melayu yang akan menyahut cabaran untuk menunjukkan semangat perjuangan Melayu seperti yang dipinta diatas?  Kita bandingankan dengan keinginan anak Melayu untuk menghadiri konsert musik? Bandingkan juga dengan keinginan mereka menonton bolasepak di stadium? Atau, bandingkan dengan yang tidak sayangi dan hagai nyawanya dijalan-jalan raya dengan merempit?

Inilah hakikatnya anak Melayu zaman ini. Siapa yang hendak kita salahkan? Nik Aziz pun tidak berbangga menjadi Melayu katanya. Sila baca blog 'Berani Anak Melayu', yang membicarakan berkenaan nasionalis.

Bangsa Melayu tidak langsung mengambil keadaan sekitar kita sebagai pengajaran. Kita sentiasa merasakan bahawa kita adalah makhluk pilihan Tuhan dan merasa bahawa Tuhan akan sentiasa menolong kita. Ataupun kita akan berfikir bahawa biarlah apa orang lain lakukan kepada kita kerana Allah akan membalasnya di akhirat nanti?

Allah akan membalasnya? Di akhirat nanti? Kita bercakap mengenai kehidupan di atas dunia. Jangan hanya kerana kita tidak mampu mambalas apa yang orang lakukan kepada kita maka untuk memujuk hati kita sendiri lalu kita katakan Allah akan membalas untuk kita di akhirat nanti. Seperti biasa, bangsa kita tidak akan pernah lepas dari merasakan kita bernasib baik.

Umpamanya, apabila ditimpa kemalangan maka kita akan berkata; nasib baik luka, dan tidak patah. Apabila patah maka kita akan berkata; nasib baik patah tidak putus. Bila putus kita akan kata; nasib baik putus kerana tidak mati. Bahkan apabila mati pun kita masih bernasib baik dan kita berkata; nasib baik mati cepat dengan tidak terseksa lama-lama. Benarkan kita bangsa yang bernasib baik atau kita adalah bangsa yang hanya berharap kepada nasib baik semata-mata?

Walau dengan cara apa sekalipun, kaum cina telah dapat menjajah Singapura dan meletakkan bangsa melayu dibawah tapak kaki mereka. Dalam PRU yang lalu mereka telah menawan Pulau Pinang dan hampir-hampir dapat menawan Perak, mujur Melayu cepat bertindak. Mungkin ramai yang tidak sedar perancangan jangka panjang kaum cina untuk merampas Tanah Melayu?

Semua negeri di pantai barat yang maju dalam perkembangan ekonomi telah menjadi sebahagian dari rancangan mereka yang dipanggil 'Chinese Belt' - dari Singapura ke utara di Pulau Pinang. Kaum ini tidak akan berminat merampas negeri miskin seperti Kelantan, kerana itulah Pas dan Kelantan merasa selamat  dengan kerjasama antara mereka dengan DAP. Bahkan kerjasama itu juga adalah kerana untuk menjamin keselamatan Pas Kelantan supaya tidak dirampas oleh parti lain. Itulah harga yang Nik Aziz terpaksa bayar untuk terus memerintah Kelantan, dengan mengadaikan bangsa dan agama.

Tidakkah ada keinginan yang jujur untuk bangsa kita bersatu? Tidak bolehkah pemimpin-pemimpin politik bangsa Melayu saling hilangkan rasa curiga mencurigai antara satu sama lain? Tidak dapatkah kita bangsa Melayu duduk semeja dan berbincang dengan ikhlas untuk memertabatkan bangsa sendiri? Lihat apa kaun cina boleh lakukan? Mereka berlainan parti tetapi dalam sesuatu isu yang membabitkan kepentingan kaum mereka, maka mereka akan bersatu hati. Konsep Satu Cina telah dipelopori lebih awal dari Satu Malaysia.

Tidak salah jika kita katakan bahawa kaum cina adalah satu dengan MCA adalah tangan kanannya dan DAP jadi tangan kiri, lalu kaum itu mendapat lebih dari apa yang bangsa Melayu boleh dapati di Tanah Melayu sendiri.

Apabila kita perjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu maka mereka dengan cepat menuduh kita rasis tetapi dalam masa sama mereka perjuangkan hak kaum mereka sendiri tetapi mereka tidak menganggap diri mereka lebih rasis. Justeru kepada bangsa Melayu, jangan takut dengan label rasis. Jika kaum cina melabelkan kita sebagai rasis maka jawablah bahawa kita bukan rasis tetapi kita adalah nasionalis.

Sewaktu menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang baru-baru ini, saya mendengar ungkapan perumpamaan yang disuarakan oleh Menteri Besar; 'Anjing Makan Anjing'. Saya cuma ingin menyatakan supaya bangsa Melayu jangan takut kepada kaum cina ini, kerana mereka akan mengejar kita jika kita lari tetapi tidak akan berani lakukkan apa-apa jika kita sentiasa tegap berdiri. Justeru, kuatkan hati dan tegaplah berdiri. Jangan hina bangsamu dan anak cucumu yang bakal lahir nanti dengan menjadi sebuah bangsa yang penakut di tanahair sendiri. Anjing hanya mengejar bila kita lari, namun jika kita mengejar anjing itu akan lari pula.

Sekali lagi, hadirkanlah diri pada petang ini di perhimpunan umat Melayu  mempertahankan Utusan Melayu sebagai wadah dan suara perjuangan bangsa. Anak Melayu tak akan membuang bangsa!

Kita bukan rasis, kita nasionalis!

5 comments:

  1. Dulu tanpa tekanan sesiapa kenapa Tunku bagi 1 juta warganegara kpd kpd kaum pendatang Cina.
    Bolih aku tanya kenapa?
    Adakah kita tidak faham perangai dan sifat bangsa ini?
    Jadi salah siapa kalu bukan UMNO dan Tunku!
    Sendiri buat sendiri tanggung la!

    ReplyDelete
  2. Salam Anon,
    Kita bukan berbicara tentang masa lalu, kita berbicara mengenai masa depan, masa depan anak dan cucu kita akan datang. Bersihkan dir dan berikan kemaafan kepada masa lalu kita. Tetapi jangan maafkan kesalahan masa depan. Ini bukian mengenai UMNO dan Pas, ini mengenai Melayu...M..E..L..A..Y..U... Jangan alihkan persoalan kearah lain. Katakan sama ada ingin menyertai atau memberikan simpati atau tidak, itu saja. Jangan bermadah kata untuk menutup keenganan untuk bersama-sama, dan untuk bersatu.

    ReplyDelete
  3. annoon 1:37 memang sayang sekali kalaulah saudara ini orang melayu sdr melayu tak bersyukur dan tak sedar diri tak tahu sejarah tanah air sendiri.

    tunku abd rahman putra alhaj telah bersetuju menyerahkan kerakyatan atas perundingan antara pihak british,Raja- Raja Melayu,pemimpin2 Melayu kerana situasi ketika itu menuntut orang melayu berkorban dan pengorbanan melayu itu dibalas dengan apa yang menjadi hak melayu tidak boleh dipersoalkan dalam perlembagaan.

    kini masalahnya melayu sendiri yang persoalkan keistimewaan yang ada pada orang melayu dan tidak mahu mengaku dirinya melayu dan juga tidak bangga mengaku Melayu.

    Saya sangat bangga menjadi anak Melayu,saya Bangsa kerana bangsa ini dapat menentang penjajahan British,keluarga saya berketurunan tok bahaman dan sebahagiannya terlibat menentang malayan union,serta berjaya mempertahankan diri dari dikafirkan oleh pemerintahan barat penjajah ketika itu selama hampir 600 tahun telah menjajah negara Melayu Islam ini,siapakah pemimipin melayu ketika itu yang pertahankan hak Melayu ini jika tidak bangsa Melayu itu sendiri Melalui usaha dan Politik Raja Raja Melayu.. saya rasa amat terhutang budi kepada bangsa Melayu Malaysia kerana seluruh keturunan saya masih bernama melayu dan beragama Islam.

    ReplyDelete
  4. salam Anon,
    Ko perlu buka mata dan jgn bersikap mcm org yg takde akal dan maruah. Kita perlu pertahankan bangsa dan tanah melayu ini bukannye sekadar melepas batuk ditangga dan mempersalahkan apa yg tlh berlalu. Aku rasa ko ni adalah golongan org yg tak sedar diri dan perasan bahawa ko tu bukan org melayu.Kalau ko tak mahu pertahankan melayu ko berambus aje dari tanah melayu ini aku dan org org melayu jijik dengan org yg macam ko ni.

    ReplyDelete
  5. DUN Tahan,
    Terima kasih sekali lagi kerana mengunjungi blog bh, saya tidak menyangka blog saya jadi perhatian YB.

    kerambit,
    Saya tertarik dengan tulisan diblog tuan, justeru blog tuan saya pautkan dan letakkan diruangan blog yang diberimuka, semuga dengan itu dapat membantu menaikkan populariti blog tuan yang nyata merpuakan sebuah blog nasionalis. Selamat berjuang!

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”