Berburu ke Padang Datar dapat rusa berbelang kaki,
berguru kepalang belajar akan merosak diri sendiri
1. Saya bersembang (dimaya) dengan seorang saudara saya (jika dia ingin mengaku saudara) atau sahabat (jika dia ingin mengaku sahabat), hakikatnya dia orang kampong saya. Saya tidak berapa mengenali WZWH dan dia juga saya percaya tidak berapa mengenali saya - melainkan melalui pembacaan diblog serta melalui pihak ketiga.
Banyak yang kami perbincangkan, melepasi batas dan ruang, namun segalanya berkisar berkenaan blog dan blogging. Mungkin sembang itu singkat untuk menilai peribadi seseorang, namun kadang-kadang Jauhari mampu mengenal maknikam sebagaimana Johari mampu mengenal Maniam.
Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa dia tetap seorang yang ego dan besar kepala kerana apabila saya mempelawanya menyertai satu pertemuan blogger di Kuala Lumpur beliau menolak dan dengan sinis menyatakan biarlah dia seorang tetap menulis berkenaan politik Jerantut.
Memang kebelakangan ini blog di Jerantut sudah hilang serinya dan tidak semeriah dulu. Kehilangan seseorang membuatkan blog Jerantut tidak lagi ceria dan kehilangan arahtuju. Saya akui saya mengenali beberapa blogger kecil disana, namun minat saya masih kepada isu nasional, dalam kata lain isu Jerantut saya abaikan sama sekali. Biarlah mereka yang berjiwa Jerantut atau ada kepentingan atasnya menulis tentang Jerantut.
WZWH menyatakan hasratnya untuk mengemudikan blog politik Jerantut dengan mengaktifkan semula blog SPU. Hasrat itu saya nyatakan kepada beberapa sahabat yang turut menerajui SPU namun kesemua mereka menentang usul itu dan memberi keyakinan bahawa mereka akan bertanggungjawab mengaktifkannya semula dalam waktu terdekat. Saya terpaksa akur kerana SPU bukannya hak individu. Apapun, saya mengharapkan agar semua pihak akan menulis politik dengan wajar dan jangan sampai memberikan akibat buruk kepada bangsa dan negara.
2. WZWH juga ada menyatakan sesuatu yang saya pasti ianya berlaku kerana adanya salah faham. Saya salinkan sebahagian apa yang diperkatakan;
WZWH: 'Aok tak tahu Saifuddin Parlimen Temerloh mengadu kat aku budak-budak Dato' S bantai dia itu hari. Budak-budak S lagi takut ke aku sebab WA lagi daring, brutal dan lebih kaya.........lagipun Dato' WA dan WR dibelakang aku.......Sakmongkol 47 banyak bagi sokongan moral pd aku'
BH: 'Yg bantai Saifuddin di Kerdau tu bukan budak-budak S, tapi blogger dari KL. Tu antara Gomo dengan Saifuddin, S tak terlibat sebab masa tu aku ada di Kerdau, budak-budak PahangKu ada dengan aku sentiasa, jangan kita terlibat dengan politik peribadi sesiapa'.
WZWH: 'Tapi tu yang Parlimen Temerloh cakap. Aku tak campur......aku boleh baca pemikiran budak-budak PahangKu. Biarlah wzwh hanya setakat blog Jerantut aje'.
Sebelum tu ada lagi, katanya: '....Baik aku layan orang Jerantut biarpun ramai masuk air belaka'.
Sebelum tu ada lagi, katanya: '....Baik aku layan orang Jerantut biarpun ramai masuk air belaka'.
Jika benar apa yang dikatakan mengenai Dato' Saifuddin, maka saya pasti bahawa Dato' Saifuddin tidak faham atau memang kurang bijak berkenaan blog. Saya sangat pasti bahawa blogger yang menemui beliau itu adalah blogger Gomo dari Kuala Lumpur bersama beberapa orang blogger termasuklah blogger dari Sarawak. Tambah kurang bijak jika beliau melibatkan blogger PahangKu dan Dato' S dalam hal ini yang sah dan nyata tidak ada kena mengena sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Mungkin ada yang kata saya memihak kepada Dato' S, saya menafikannya sama sekali namun saya lakukan ini kerana saya mengetahui apa yang sebenarnya berlaku antara Gomo dan Dato' Saifuddin sepertimana yang diceritakan sendiri oleh Gomo serta pertelingkahan mereka yang dapat diikuti di blog-blog, di Facebook serta twitter.
Saya pernah menulis diblog mengenainya, sila baca disini dan disini serta disini dan disini. Harap WZWH dan juga Dato' Saifuddin supaya jangan sombong diri. Benar saya blogger Pahang, tetapi apa yang saya suarakan bukan bagi pihak PahangKu atau sesiapapun, justeru jangan sewenang-wenangnya melabelkan seseorang dengan sesuatu sesuka hati.
Untuk pengetahuan, rakan-rakan blogger dari seluruh negara datang membantu di PRK DUN kerdau dahulu sebahagian besarnya secara sukarela, dan bahkan kami para blogger turut membantu kemenangan di PRN Sarawak baru-baru ini, sama ada ingin mengakuinya atau tidak tetapi itulah hakikatnyn peranan yang para blogger berikan.
kahkahkah, apa punya postinglah ni. tapi si wzwh tu memang sudah masuk air dalam kepalanya, hehe
ReplyDeletekahkahkah, Braveheart blog nasional camna boleh angkat WZWH? Siapa ini WZWH, selalu buat sensasi di maya Pahang. Bro boleh atur pertemuan tak? saya mahu jumpa WZWH. Mahu kenal ini WZWH.
ReplyDeletesaja kita bantu promosikan wzwh supaya dunia kenal dia dn yg penting supaya dia juga kenali dunia.
ReplyDeleteSalam BH,
ReplyDeleteApa kesah sangat WZWH tu, siapa dia budak ini?. Kalau Bos nya hanyut dia akan turut hanyut lah, nak politik apa ?, Bior ke dia lah , apa kah dia nya cemerlang ?, lihat apa yang ditulis dalam blog nya, nagaku penasihat ekonomi konon?. BH jangan ambil POT budak tu, BH keturunan orang kebanyakan ,dia keturunan bendahara?, apakah dia berbeza dengan kita?. BH pedulikan budak asal ulu tembeling tu.
TK