27 May, 2011

BLOG MENGHINA ISLAM

Foto dari blog kurang ajar dan menghina Islam, 
kerajaan perlu ambil tindakan tegas dan segera


Diruang sembang media sosial heboh memperkatakan mengenai sebuah blog yang isi kandungannya menghina Islam dan Nabi Muhammad. Klik ke blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Baru-baru ini Majlis Belia Daerah Jerantut telah membuat laporan polis mengenai perkara tersebut. Klik ke Facebook MBD Jerantut (Sini). Kita sedar tidak banyak yang dapat dilakukan oleh MBD Jerantut dalam menangani isu berkenaan, namun keprihatinan mereka dalam isu berkenaan harus diberikan pujian. Klik juga ke Berita Harian di Sini

Kita tertanya-tanya dimanakah UMNO Bahagian dalam isu ini? atau apapula tindakan Pas dalam menangani isu ini? Mana perjuangan Islam yang dilaung-laungkan?

Kita berharap kerajaan mengambil tindakan tegas dalam menangani perkara begini supaya tidak terjadi lagi dimasa-masa akan datang.

Beberapa minggu lalu blog saya dibuat laporan polis kununnya menulis yang berbau rasis. Antara yang membuat laporan polis berkenaan kebanyakannya adalah Melayu beragama Islam. Dimanakah mereka-mereka itu ketika menghadapi isu ini yang dirasakan lebih serius dan boleh menganggu akidah seluruh muslim dinegara kita?

Jelas bahawa perjuangan mereka hanyalah bermotifkan politik semata-mata. Apabila isu mengenai Lynas, mereka tampil kehadapan, apabila ada isu dari blogger yang dianggap rasis mereka juga kehadapan sebagai pejuang, namun apabila ada isu yang lebih besar menguggat akidah Islam, mereka menyemunyikan kepala bagai kura-kura.

1 comment:

  1. Parti politik xnak bantah blog ni sebab dia akan kata :" Ini semua kerja UMNO..."

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”