Tajuk posting diatas terasa macam lawak, namun demikianlah khabar yang dibawa oleh ketua (?) blogger Jerantut yang 'kununnya' telah mendapat isyarat dari Ketua UMNO Bahagian.
WZWH pula menulis mengenai keperhatinan UMNO Jerantut terhadap blogger (Klik Sini) dengan merujuk kepada posting saya terdahulu (Klik Sini).
Alhamdulillah, akhirnya sudah ada kesedaran setelah berkali-kali UMNO cuba dikejutkan dari tidur lenanya selama ini. Ada pendapat mengatakan sudah terlambat kesedaran ini datang dan sudah banyak kerosakan yang berlaku kerana kegagalan menguasainya sejak mula dulu lagi.
Mungkin benar bahawa kesedaran ini sudah sedikit terlewat namun adalah lebih baik dari terus tidak sedar sampai bila-bila @ koma, kerana tentu akibatnya akan lebih buruk lagi.
Media sosial; blog, facebook, friendster, twitter dan banyak lagi...(terbaru tumblr) telah banyak membantu 'perang saikologi' bagi parti-parti politik menjelang PRU13. UMNO/kerajaan tidak harus hanya bergantung kepada media arus perdana atau konvensional semata-mata. Media sosial adalah saluran alternatif pilihan pembangkang kerana sifatnya yang tidak mampu dikawal oleh pihak kerajaan. Membiarkan pembangkang menguasainya bermakna menempa kekalahan sepertimana berlaku dalam PRU12 lalu. Klik Sini untuk melihat perang siber yang sedang berlaku sekarang ini.
Media sosial sudah menjadi media rakyat. Pemimpin harus turut serta bersama rakyat dalam membahaskan sebarang isu serta memberikan pandangan mereka. Rakyat sudah bijak menilai pemimpin. Pemimpin pelakon wayang cina (opera cina) sudah tidak diterima lagi. Maklumat juga tersebar dengan pantas. Apa yang dilakukan oleh pemimpin di pusat karaoke di Kuala Lumpur boleh disebarkan dalam masa hanya beberapa minit saja ke seluruh dunia.
Lihatlah kesan media sosial blog dan youtube kepada seorang yang disyakki sebagai tokoh pemimpin pembangkang apabila klip video lucahnya disebarkan. Jika dulu kita hanya mampu mendengar gosip mengenainya yang disebarkan dari mulut ke mulut, kini kita sudah boleh melihat 'belalainya' dengan jelas sekali dalam klip berkenaan yang dengan mudah kita dapati di internet.
Saya dipelawa (hanya melalui komen diblog) oleh seorang jawatankuasa UMNO Bahagian yang juga seorang blogger 'tersohor' untuk bersama membangunkan jalinan blogger di Jerantut. Tetapi saya melihat tugas ini adalah lebih kepada memulihkan kerosakan yang telah berlaku selama ini kerana kegagalan mereka sendiri memantaunya sewaktu masih diperingkat awal. Saya terpaksa menolaknya, selain kerana saya ada kommitmen khusus, saya juga merasakan bahawa adalah satu kerja sukar untuk menghambat blogger-blogger berkenaan yang sudah berada jauh dihadapan sedang kita masih terkial-kial dibelakang dan baru mula cuba untuk mengenali mereka.
Saya akui bahawa saya mengenal sebahagian dari mereka, namun untuk mengumpulkan dan menjinakkan kesemuanya saya rasakan tindakan ini agak terlewat. Bagaimanapun, harap UMNO Bahagian Jerantut akan berjaya menanganinya. Dan ini juga terpulang kepada siapa pemimpinnya kelak. Saya melihat tidak banyak pilihan yang ada dan mungkin pilihan itu juga bukanlah pilihan yang akan menyenangkan hati kita.
UMB Pergerakan Pemuda UMNO Jerantut nyata telah gagal menerajui media sosial tanpa strategi yang betul. Apapun, selamat berjaya kepada UMNO Bahagian! Jika mampu menemukan kuncinya, mungkin pintu rahsia itu akan terbuka - saya sudah terlalu jauh dihadapan untuk membantu dan memusing ke belakang.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”