26 July, 2011

HORMATI KEPUTUSANNYA




Posting terkini saya adalah mengenai politik Jerantut, yang jarang-jarang saya sentuh dalam tulisan saya. Tajuk postnya adalah 'Warna Politik Kita'

Politik Jerantut jadi perhatian kebelakangan ini apabila Ahli Parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian mengumumkan tidakada keinginan untuk bertanding dalam PRU akan datang. Beritanya tersebar luas di kebanyakan media massa arus perdana.

Beberapa laman blog, khususnya blog Jerantut turut memberi ulasan mengenainya. Sila baca diblog  Sri Tri Buana, Laksamana Jebat, Parlimen 81, dan blog WZWH yang banyak menulis mengenai politik YBM TS Tengku Azlan.

Ada beberapa pandangan dan sudah tentu kerana adanya 'interest' tertentu disebaliknya, namun perbezaan itu adalah sangat wajar dan akan dapat lebih membuka minda dan hati nurani sekelian para pengundi dan penduduk Jerantut.

Saya melihat kepada apa yang ada disebaliknya, persoalan yang banyak pihak tidak berasa gembira mengenainya iaitu apakah Parlimen P081 Jerantut ini masih selamat untuk BN, atau pun hanya calon-calon BN tertentu yang akan menentukan ianya masih selamat.

Ada pihak berpendapat kerusi ini tidak lagi selamat jika calonnya bukan YBM TS Tengku Azlan, namun ada pihak yang lain berpendapat bahawa ianya akan lebih selamat tanpa beliau. Namun saya berpendapat kerusi berkenaan tidak wajar dilihat secara bersendirian. Ianya harus dilihat dalam konteks satu komponen bersama-sama kerusi-kerusi DUN Tahan, Pulau Tawar dan Damak.

Sudah tentu ianya satu pandangan dan pendapat yang komplikated dan sukar untuk dijelaskan, namun ini lah cara politik baru negara kita dimana pengundi tidak lagi memilih calon hanya berdasarkan kepada parti yang diwakilinya dan undian bagi kerusi DUN dan Parlimen juga tidak sama berdasarkan kehendak pengundi sendiri.

Apapun, hasrat YBM TS Tengku Azlan harus dihormati dan biarkan Jerantut untuk dipimpin oleh pemimpin lain yang mungkin akan mampu menawarkan khidmat yang lebih baik dan berkesan.






No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”