Suara Anak Pahang - Perlu Baca

21 July, 2011

WARNA POLITIK KITA

Antara pewarna semasa politik Jerantut


Saya banyak menerima respon dari orang Jerantut (agaknya) apabila menulis mengenai politik Jerantut. Mungkin kerana masyarakat Jerantut begitu peka terhadap perkembangan politik atau mungkin juga politik adalah budaya dan kehidupan. Saya tertanya-tanya kenapa kebelakangan ini blog (Jerantut) WZWH sudah tidak lagi ingin mengulas tentang politik Jerantut? 

Pada dasarnya masalah yang berlaku didalam UMNO Jerantut adalah sama dengan UMNO dimana-mana. Inilah masalah sebenar yang menjadi punca akar umbi meninggalkan perjuangan parti - terlalu banyak politiking, berlakunya 'cas keting' tanpa kawalan, UMNO cawangan-cawangan menjadi semakin kecil kerana banyak ahli dipinggirkan semasa pemilihan peringkat cawangan dan bahagian dan akhirnya UMNO hanya didukungi oleh beberapa orang yang bercita-cita besar. Kesan daripada itu UMNO semakin lemah dan siapa lagi yang akan kita harapkan untuk menyokong dan mengundi kita didalam PRU nanti?

Selepas' biduk berlalu' sepatutnya 'kiambang bertaut'. Para pemimpin sepatutnya merapatkan semula saf sebaik saja selesai pemilihan kerana pemilihan bukanlah penyingkiran ahli parti. 'Carik-carik bulu ayam', seharusnya 'bercantum semula', namun ini jarang berlaku didalam UMNO dikebanyakan cawangan dan bahagian kerana mereka menganggap perjuangan mereka adalah menjuarai UMNO dan bukannya menjuarai rakyat. Justeru tidak mustahil mereka yang menang untuk jadi pemimpin UMNO namun akhirnya gagal untuk menjadi pemimpin rakyat apabila dikalahkan dalam pilihanraya.

Pendekatan yang diambil oleh PM, memilih calon yang berpeluang menang dalam pilihanraya sangat dialu-alukan kerana itu memberi makna bahawa seseorang yang mampu memenangi pemilihan dalam UMNO tidak semestinya calon yang disukai rakyat kerana alasan tertentu, maka pucuk pimpinan UMNO tidak akan memilih mereka ini sebagai pemimpin rakyat selaras dengan slogan berkhidmat untuk rakyat serta menjuarai rakyat.

Menghadapi PRU13 akan datang, kita masih ragu-ragu akan kekuatan kita terutama sekali apabila pihak pembangkang semakin aggresif  dan mengunakan berbagai cara tanpa mempertimbangkan baik-buruknya atas satu alasan - untuk menang dan berkuasa! Apakah kita sudah berusaha bersungguh-sungguh merapatkan semula barisan? Menyusun semula saf-saf? Menghurai kusutnya benang? Menjahit segala yang carik? Untuk bersama kebarisan hadapan dalam perjuangan bagi memertabatkan bangsa dan menjulang Islam agama dan pegangan hidup kita?

Apa yang pemimpin-pemimpin lakukan untuk merapatkan semua UMNO dibahagian-bahagian? Apa yang kita lakukan untuk menyusun semula UMNO dicawangan-cawangan? Kita bukan sahaja tidak mampu menarik musuh menjadi sahabat bahkan kita juga tidak mampu menahan sahabat kita dari menjadi musuh.

Mungkin ada calon yang kita tidak minati untuk diundi dalam PRU nanti, namun kita harus berbalik kepada memilih calon berdasarkan parti. Jika salah calon itu dipilih, maka salahkanlah ahli-ahli parti yang membiar dan membantu calon berkenaan terpilih. Dalam politik UMNO (Jerantut), kita lebih suka kepada lautan yang bergelora kerana kita semua percaya; jika jong pecah, maka yu akan kenyang. Justeru, jangan kita salahkan sesiapa selain dari diri sendiri kerana memilih perwakilan yang salah ke peringkat bahagian dan mereka pula memilih pemimpin yang salah untuk pada mata umum.

Sudahkah UMNO kita berubah? Mampukah kita berubah? Apakah kita masih ada waktu untuk berubah atau UMNO hanya akan jadi cerita dongeng atau bahan sejarah. Ada sesiapa yang peduli? Hahaha! UMNO!!!

5 comments:

Cg Pian said...

Setuju dan hebat. Jadi siapakah calon-calonnya?

bRAVEhEART said...

Hehe, kita undi sajalah nnti...kalau putih putihlah, jika hitam hitamlah...mungkin itulah warna untuk kita, atau memang sudah takdir PRU kali ini kita akan memakan pasir akibat dari kerakusan kita berebut jawatan dalam parti

bRAVEhEART said...

....dan sebenarnya....saya pun tidak terlalu peduli...dimana kita harus berdiri...

Mat Gintong said...

Siapa calonnya? Aii! Cg Pian, tk kan itu nk kena tanya kepada braveheart sbb dia bukan orang UMNO, atau tidak aktif. Soal calon tentu pada budi bicara MB dan PM. Kita terimalah saja.

Anonymous said...

calon2 bior lahhh org yg bertangungg jawap kalau tidak 2x 5...5x2 seruper tuuuuu jugok lahhhhh

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...