19 September, 2011

ISA: PANDANGAN ZAID IBRAHIM






1. Pagi tadi Datuk Zaid Ibrahim, diwawancara oleh TV3 bersama-sama Dato' Ti Lian Ker dan bakas Ketua Pengarang (?) BERNAMA. Perbincangan disekitar pandangan mengenai pengumuman penghapusan ISA oleh PM beberapa hari lepas.

2. Datuk Zaid menyokongan penghapusan ISA namun ianya hendaklah dihapuskan seluruhnya dan bukan hanya penjenamaan semula. Jangan ada ISA lain dengan nama lain.

3. Datuk Zain juga setuju adanya akta yang akan mengawal dan mengekang keganasan seperti yang diguna pakai di negara-negara lain termasuk US, UK dan lain-lain. Jika tidak akan mengundang keadaan huru-hara dan hilang kawalan.

4. Dalam masa sama beliau berharap pasukan keselamatan akan dapat lebih professional dan mempertingkatkan skil perkhidmatan mereka kepada masyarakat, bertugas dengan lebih telus yang juga membawa makna tidak terlibat dengan penyalah-gunaan kuasa serta rasuah.

5. Presiden parti KITA itu juga cuba memperkenalkan hala-tuju parti serta ideologi yang mereka pegang bagi menawarkan khidmat dan pilihan kepada rakyat dalam PRU13 nanti.

6. Dato' Ti Lian Ker tenggelam dalam kecewanya terhadap kepimpinan sebagaimana tulisan-tulisan diblognya yang sekejap ke kiri dan sekejap kekanan.

7. Catatan: Blog Datuk Zaid Ibrahim telah berpindah dari 'Zaid Ibrahim'  ke  'Zaid Untuk Rakyat'

2 comments:

  1. saya cadangkan hapuskan semua undang undang, tutup mahkamah, penjra, Polis...atau kamu pinda aja ke hutan amazon...buat apa kau nak buat...

    ReplyDelete
  2. Dia ni sabenarnya faham tapi buat buat tak faham lepas tu konon nak buat Rakyat faham................

    Kalau BN kutip dia ni...BN ... khususnya memang jenis tak faham faham....

    Ibrahim Ali dan Perkasa daaaah lamaaa dah faham.........

    Inilah pentas Polilik...yg 1001 macam ragam....

    Tapi Rakyat hanya ada 1 ragam ...
    tak suka membaca jadi senang di kelirukan !

    Hperancis

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”