Foto PM gambaran dari media sosial pembangkang,
apa tindakan siber tropper pro kerajaan terhadap tohmahan-tohmahan sebegini?
1. Salam. Beberapa hari tak menulis dan bukan mudah untuk menulis terutama bagi blogger bebas dan tidak ditaja oleh sesiapa, namun atas nama perjuangan dan minat maka sesukar manapun tatap akan diteruskan.
2. PM cadang bonos dan kenaikan gaji lumayan tentu mengembirakan mereka yang disektor awam. (Baca sini) Namun saya tetap terkilan kerana nampaknya masih tiada pembelaan terhadap mereka yang berkerja sendiri dikampung-kampung. Ketika peneroka FELDA menerima itu dan ini, penduduk kampung tradisi masih dicengkam kepayahan hidup. Mungkin kerana undi mereka kurang bererti atau pihak kerajaan menganggap bahawa mereka bukan dari kalangan yang memprotes dan memberi masalah kepada kerajaan, justeru mereka dipinggirkan.
3. Nampaknya akan gembira sakanlah penjawat awam kelak. Mereka akan dapat bonos dan kenaikan gaji, kerja masuk jam 10 dan keluar tengahari, fail sudah bertambah dan betimbun-timbun. (Bukan semua) Duit kopi sentiasa datang kerana rasuah sudah jadi 'darah-daging' penjawat awam sebagai cara 'pemudahcara' dalam sagala macam urusan, dan yang lebih tidak wajar adalah mereka inilah kebanyakkannya yang tidak menyokong BN. (Juga bukan semua) Apakah ini satu rasuah yang ingin PM kita berikan kepada penjawat awam?
4. Di media-media sosial, penyokong pembangkang masih menguasai 'permainan'. Siber tropper BN ketara masih tidak tersusun dan lemah dalam strategi dalam peperangan maya. Mungkin kerajaan merasakan bahawa sudah cukup menguasai media sosial dengan menaja beberapa blogger tersohor sahaja? Mereka terlupa agaknya bahawa musuh bukannya hanya seorang.
5. Kebelakangan ini saya banyak menumpukan kepada fb dan sungguh ketara bahawa kita masih tidak berupaya menentang pembangkang. Kita sedar bahawa mereka mempunyai dana yang besar untuk menguasai media sosial sedangkan pihak BN masih lagi bermimpi dengan teori serta angan-angan bahawa BN akan tetap memenang PRU akan datang.
6. Mampukah BN bertahan ketika berontak jiwa rata-rata rakyat sedang memuncak? Seorang demi seorang pemimpin disemua peringkat dimalukan dengan salahlaku mereka selama ini. Apakah tindakan BN dan PM sendiri ketika kebanyakkan rakyat berbicara tentang teori RAHMAN, bahawa DS Najib adalah PM Malaysia terakhir dari BN atau bahkan dari kalangan orang Melayu sendiri?
7. Apa tindakan pemimpin-pemimpin lain ambil untuk meneguhkan 'barisan'? Yang ramai hanya mengambil sikap berdiam diri serta tunggu dan lihat atau bersedia dengan harapan untuk dapat melompat ke kapal baru kerana menyangka keadaan ini hanyalah satu 'permainan' dalam politik dan tidak akan memberi kesan besar kepada bangsa dan negara.
8. Saya juga sudah berputus harap pada perjuangan yang nampaknya sia-sia! Saya melihat kita sedang menggali lubang untuk kita sendiri.
insyaallah BN boleh menang tapi bukanlah majoriti seperti zaman Tun Mahathir dulu.
ReplyDeletepembangkang kemungkinan akan masih memegang negeri yang dijajah.
suruh sekolah taknak sekolah.Jangan dengkikan penjawat awam.
ReplyDeleteasyik2 felda.org kampung biasa dah naik muak
ReplyDeleteTulisan dan pemikiran macam nilah yang menjahanamkan kerajaan..prajudis,pesimis...bla-bla
ReplyDeleteTerima kasih kerana memberikan pendapat, sy memegang prinsip berbeza pendapat bknlah satu kesalahan dan menyatakan pendapat juga bkn kesalahan.
ReplyDeleteYB Raz, harap2 begitulah dan akan berkekalan.
Anon 6:06, komen awak luar tajuk dan memperbodohkan sy hanya menampakkan kebodohan awak sendiri kerana ketidak-mahiran berhujah.
Din, itulah hakikatnya, penduduk kg tradisi selalu dianak-tirikan.
Anon 7:16, kenapa berkata demikian? tidak ini satu kebenaran? Penjawat awam (bkn semua) dkebanyakan jabatan (bkn semua) dtg lewat dan keluar awal, prestasi kerja mendukacitakan, kerana itulah dahulu Tun menswastakan sebilangan jabatan, tidaka cukup dengan itu mek juga yg ramai mengkhianati kerajaan dan jadi penentang kerajaan. apakah kata2 saya ini dusta? mereka itu patut bertanya apakah rezeki yg mereka dapati itu halal utk menyara keluarga mrk?
mmg kenenaran itu pahit...
Bagi ekonomi domestic adalh satu perlaksanaan yang baik untuk menaikkan gaji kakitangan awam kerana untuk bergantung kepada pasaran luar ianya tidak menentu memandangkan keadaan ekonomi luaran yang tidak menentu pada masa ini..harap braveheart buat kajian dulu sebelum menulis.Saya bukan menyokong sangat kenaikan gaji kakitangan awam tetapi bagi pusingan ekonomi domestik saya bersetuju kerana ini memberikan kebaikan kepada semua walaupun saya seorang pekerja kerajaan.
ReplyDeleteterima kasih anon12:12 yg lebih waras dlm memberi komen.
ReplyDeletepada dasarnya sy juga setuju kerana sebahagian dari penjawat awam itu adalah sahabat dn saudara kita, juga akan mampu merancakan ekonomi kita yg dijangka tidak menentu. namun harus diingat bahawa kerajaan masih tida sesungguhnya kuat bagi mengekang kenaikan harga barangan apabila gaji pekerja naik. bagaimana dgn org2 kg? Mereka adalah golongan yg akan paling tertekan kelak. apa pembelaan kerajan kepada golongan ini? Beri bonus? naikan harga komoditi? atau biarkan saja mereka kerana mereka dari golongan yg kecil dn tidak bersuara?
aku, penjawat awam...aku buat keje menimbun-nimbun ko tau ke...jgn igat sume penjawat awam same.....banyak2 lah beristighfar sebelum nyawa di hujung halkum....bile menyuarakan pendapat idea ko yang amat kritis tu...sekian teriam kasih.
ReplyDeleteAnon 5:06,
ReplyDeleteSy tidak kata semua penjawat awam demikian tapi perkara sedemikian memang berlaku dikebanyakan jabatan kerajaan walaupun bukan kesemuanya. melainkan Anon boleh menafikannya dari ebrlaku sama sekali yang sudah semestinya tidak mungkin dari tidak berlaku hatta di negara2 maju sekalipun' justeru salahkah saya menyatakan kebenaran? jangan terlalu prejudis hanya tuan didalam kelompok berkenaan melainkan tuan juga melakukan perkara sedemikian.
Tuan beranikan hati,
ReplyDeletetak salah utk naikkan gaji kakitangan awam krn dgn kenaikan itu mrk juga dapat menyalurkan kembali kd ibubapa mrk di kampung. jgn ingat bila kakitgn awam menikmati kenaikan gaji, mrk akan simpan duit tu bawah bantal. sudah tentu mrk akan berbelanja & secara tak langsung menjana ekonomi negara. pastinya semua sektor akan mendapat tempias dari pemberian & imbuhan2 ini bila mrk membayar perkhidmatan2 yg digunakan. jgnla kita melihat hal ini dari skop yg sempit krn akhirnya semua pihak akan turut merasa kebaikannya sebenarnya. saya sentiasa positif tentang hal ini terutama bila melihat ORANG KITA berbelanja...:-)