Dato' Shahaniza (belakang)
ketika membantu kempen BN dalam PRN Sarawak yang lalu.
Walau berapa jauh sekalipun PRU dari hari ini, namun hakikatnya ia semakin mendekat. Pasti bagi semua yang prihatin masih tertanya-tanya mampukah UMNO BN memenanginya dengan kelebihan majoriti 2/3. Bahkan yang pertanyaan yang membimbangkan dalam hati masih-masih adalah bolehkah BN memenanginya dan membentuk kerajaan selepas PRU nanti?
Dari satu sumber difahamkan bahawa Tun Dr. Mahathir berpendapat BN akan kalah jika PRU diadakan sekarang ini (Klik sini). Beliau yang sudah berpengalaman dalam mentadbir negara selama 22 tahun sudah tentu cukup 'masak' dengan suasana dan trend politik tanah air. Justeru, pendapat dan pandangan beliau tidak harus dipandang sepi oleh pucuk pimpinan.
Dilaman-laman media sosial, penyokong pembangkang masih mendominasikan suara rakyat. Jika suara disitu diambil kira mewakili satu individu maka dari keseluruhan yang bersuara penyokong kerajaan masih kalah. Kerana itulah timbul sedikit kebimbangan kepada kita dalam menghadapi PRU13 nanti. Cabaran yang akan kita hadapi sungguh besar dan membimbangkan. Tetapi, apakah semua pemimpin dan ahli-ahli UMNO prihatin tentang itu?
Wanita UMNO dimaklumkan telahpun menghantar senarai nama calon-calonnya bagi PRU akan datang. Menurut beritanya, di Pahang ada beberapa nama penyandang sedia ada cuba digugurkan walaupun khidmatnya masih tip-top dan cemerlang. Jika benarlah demikian bermakna cas keting masih berlaku dan ini akan memberikan kesan buruk kepada UMNO dan BN sendiri. Justeru, PM mestilah berhati-hati dalam melakukan penapisan supaya mengambil hanya yang baik dan terbaik saja.
Dato' Maznah Mazlan ADUN Muadzam Shah, Rompin, masih cemerlang khidmatnya, justeru jangan dia dibuang melainkan untuk mengangkatnya sebagai calon Parlimen. Dia wakil rakyat yang pandai dan rajin berkerja. Rakyat dan UMNO masih memerlukannya. Semua orang mengakui hakikat ini melainkan bagi mereka-mereka yang ada hasad dengki. Beliau mendapat 6681 undi mengalahkan lawannya PKR yang mendapat 3161 undi dan menang majoriti 3520 undi.
Demikian juga dengan Dato' Shahaniza Shamsuddin ADUN Kuala Sentul, Maran, Calon yang mewakili Puteri UMNO itu menangi kerusi Kuala Sentul dengan bermaruah mendapat 5420 undi mengalahkan calon PKR yang mendapat 2723 undi dengan kemenangan majoriti 2697. Janganlah dia disingkirkan apakah calon penggantinya akan dapat dipastikan memenangi kerusi berkenaan? Tokoh muda ini telah memberikan dan menunjukkan rekod perkhidmat yang cemerlang. Beliau sangat disenangi oleh pengundinya sama ada dari golongan tua maupun yang muda.
Kita percaya bahawa jikapun ada usaha-usaha untuk 'memancas' mereka berdua ini, pasti MB Pahang akan pertahankan mereka sedaya upaya. Kita juga berharap agar pucuk pimpinan juga memastikan bahawa nama-nama mereka ini masih tersenarai sebagai calon PRU akan datang. Ini semua kerana kita prihatin kepada UMNO, demi memenangi PRU akan datang seterusnya menjamin kestabilan politik negara.
Salam.Memang UMNO layak kalah pun.pemimpin UMNO tidak p-ernah mahu berubah
ReplyDeletememang banyak orang kata Ketua Wanita sekarang ini terlalu bermain politik dan memecahbelahkan wanita bahagian2. dia juga khabarnya dalang dalam usaha mencantas D'Maznah dan D'Shahaniza. hakikatnya wanita dan umno makin lemah, jadi bagaimana umno hendak menangi pru nanti? yang melemahkan umno adalah pemimpin umno sendiri. tidak mustahil umno akan berakhir di pru13 nanti dan membenarkan teori RAHMAN
ReplyDeleteutk makluman semua, yang menentukan kalah menang pru 13 nanti bukan wanita,pemuda,mic atau mca..tapi kakitangan penjawat awam..
ReplyDeleteorang laen x mngundi ke? atau undi org lain x dikira? owww! patutlah kjaan beri bonus dn kanaikan gaji pada penjawat awm kesian org2 kmpg yg x dpt apae2. penjawat awam masuk keja jam 9 kuar jam 12 lpas tu terus ilang dn buat keje tambahan, ptg trus x masuk, masuk keja 3 jam sehari keje x smpai 1 jam, ada peluang wat bisness lg dn dpt dwet kopi, hehe
ReplyDeleteSalam sdra Braveheart.
ReplyDeleteDengan rendah diri saya mohon maaf andai terlepas pandang memautkan blog tuan diblog saya.
Sebenarnya blog tuan menjadi inspirasi saya lama sebelum saya berblog.Bahkan bila saya mula berblog mmg blog tuan ada dalam pautan saya.Cuma bila blog awal saya kena hijack saya mungkin terlepas pandang bila saya bina semula blog saya.
Ditambah tak lama dulu hampir semua blog diserang virus..dan itu mungkin juga sebab nya.
Mohon maaf tuan
Salam APA,
ReplyDeleteBahasa tuan seolah-olah mengangkat saya terlalu tinggi yg boleh buatkan saya jadi riak, namun saya melihat dari sudut lain....dan membuatkan saya merasakan saya terlalu rendah untuk pujian setinggi itu. Puji-pujian itu adalah untuk Allah pencipta langit dan bumi ~ BH