Politik cantas-mencantas tidak patut lagi ada dalam UMNO, YB Dato' Shahaniza boleh berdiri tegak dibelakang Mami Ijat bagi memperkuatkan Wanita UMNO Pahang.
Mami Ijat baru sepenggal menerajui Wanita UMNO Malaysia. Kita akui kemenangannya apabila menewaskan Rafidah Aziz. Wanita UMNO telah memilihnya walaupun beliau sendiri pada awalnya berjanji tidak akan menentang 'Bos'nya, tetapi demikianlah politik kerana dia pun nak jadi bos juga.
Mungkin beliau menang 'bergaya' dalam pemilihan Wanita UMNO, tetapi jangan lupa bahawa rakyat terutamanya pengundi di Lembah Pantai tidak lagi menghargai dirinya, malahan dia dimalukan apabila dikalahkan oleh pendatang baru arena politik. Inilah hakikatnya.
Apabila Mami Ijat dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO, perkara pertama dilakukannya adalah 'mencantas' semua saki-baki penyokong Rafidah Aziz disetiap negeri. Begitu juga di negeri Pahang, Dato' Maznah Mazlan telah dihapuskan kerana Maznah jelas menyokong Rafidah Aziz semasa kempen dalam pemilihan dahulu.
Saya boleh menerima hakikat Dato' Maznah terpaksa dibenamkan kerana kepentingan politik Mami Ijat sendiri serta kemungkinan mainan politik Dato' Rosni, namun apakah Mami Ijat memilih calon yang benar-benar tepat yang boleh mengukuhkan Wanita UMNO Pahang yang selama beberapa tahun mengikut acuan Dato' Maznah?
Kebelakangan ini terdengar banyak rungutan dari Wanita UMNO Pahang mengenai ketua mereka sendiri. Mesyuarat yang cacamarba dan tunggang-langgang kerana tidak benar-benar fokus kepada tugas serta menganggap beliau berkuasa sepenuhnya. Banyak kali mesyuarat tidak dapat diadakan kerana tidak cukup korum mungkin akibat protes dan bantahan Ketua-ketua Wanita Bahagian terhadap kepimpinan.
Dalam keadaan Wanita UMNO menuntut lebih banyak kerusi diperuntukkan kepada wanita dalam PRU akan datang, apakah mereka yakin bahawa mereka sudah menjalankan amanah dan tanggung-jawab dengan bersungguh-sungguh dan sudah diterima oleh rakyat?
Kita berharap tulisan ini akan menyedarkan Ketua Wanita UMNO Malaysia serta Ketua Wanita UMNO Pahang sendiri supaya jangan lagi mengkhianati rakyat dan UMNO dengan memecah-belahkan wanita bahagian-bahaghian dengan cara mewujudkan calon-calon pilihannya bagi menjatuhkan Ketua-ketua Wanita yang ada sekarang ini.
Dato' Suhaimi Setpol Mami Ijat diharap dapat membaca teguran ini dan menyampaikannya kepada Mami Ijat dengan sejelas-jelasnya, jika masih sayangkan 'beliau' dan juga sayangkan jawatannya sendiri. Mami Ijat juga diseru supaya jangan tamak meminta kuota calon wanita ditambah dalam PRU akan datang tetapi mencalonkan mereka yang langsung tidak berkualiti sebagai pemimpin. Jangan juga membenarkan ketua wanita negeri-negeri mempergunakan dirinya untuk kepentingan politik peribadi mereka dengan mencantas sesiapa yang tidak disukai.
Tokoh wanita yang ada seperti YB ADUN Kuala Sentol jangan dibiarkan dimusnahkan atas alasan politik peribadi orang tertentu kerana beliau sudah ternyata dipilih oleh rakyat dalam PRU lalu dan sedang memberikan perkhidmatan yang baik setakat ini. Menggantikannya dengan calon lain belum pasti akan memberikan kemenangan kepada UMNO BN sendiri.
Meletakkan Dato' Rosni, Ketua Perhubungan Wanita sebagai calon dimana-mana kerusipun belum tentu akan memberikan kemenangan dengan imejnya yang tidak disenangi oleh rakyat bahkan oleh ketua-ketua wanita bahagian sendiri.
Program 'Super Bike' yang dianjurkannya di kediaman MB Pahang baru-baru ini hanyalah program syok sendiri yang menambah kebencian rakyat terhadap sikap mempragakan kemewahan para pemimpin UMNO. Menonjolkan suaminya dan Siti Norhaliza konon sebagai calon di Kuala Lipis bukan juga idea yang baik selain dari untuk mendapat 'glamer' dan syok sendiri. Banyak keburukannya yang boleh diperkatakan tetapi kita bukan berniat buruk untuk 'membunuh' karier politiknya, sebaliknya sebagai teguran untuk beliau lakukan perubahan bagi memulihkan imej dirinya sendiri serta UMNO yang diwakilinya.
Mami Ijat sekali lagi jangan lupa bahawa hanya wanita UMNO memilih beliau bukannya rakyat keseluruhannya. Mami Ijat kena selalu ingat bahawa Mami Ijat kalah dan 'dimalukan' di Lembah Pantai tetap tokoh yang hendak dicantas oleh Ketua Wanita UMNO di Pahang itu adalah wakil rakyat yang dipilih rakyat dalam DUN berkenaan. Harap Mami Ijat jangan jadi alat memusnahkan UMNO untuk kepentingan peribadi seseorang.
Sekali lagi, BH sayangkan Mami Ijat, tetapi lebih sayangkan UMNO dari sesiapapun kerana kesedaran bahawa pemimpin akan datang dan pergi, pemimpin di ingati dan dilupakan, sebagaimana mereka juga yang melupakan sekelumit jasa-jasa yang telah kita berikan kepada mereka selama ini, namun UMNO harus tetap teguh bagi membela nasib bangsa dan memajukan negara dengan meletakkan perjuangan agama diatas segalanya.

Dato Rosni harus bertaubat dan menyusun semula wanita serta jalankan tugas dgn jujur. Jgn terlalu berpolitik cantas-mencantas yang akhirnya dirinya sendiri akan dicantas. Khabarnya disetiap bahagian diujudkan pencabar bagi ketua yang ada bagi mencantas semua ketua-ketua bahagian yg tk pro padanya. Akhirnya UMNO akan bertambah lemah. Bagaimana nak hadapi PRU13 jika pemimpin UMNO sendiri melemahkan UMNO? Harap DS Najib ambil perhatian dan buang pemimpin sebegini.
ReplyDeletekita berharap shahrizat akan mendengarnya, itu pun kalau tak mamai sebab terlebih tonggang, jika masih berlaku cantas mencantas akhirnya dia sendiri akan tercantas atau pun umno akan gagal menang pru nanti, kerusi Pahang akan lebih bnyk dirampas pembangkang nanti
ReplyDeleteAku dah kata. pemimpin UMNO dah memang mcm ni tak akan berubahnya.Kenapalah bodoh sgt org masih mengundi UMNO? jgnlah jadi lembu
ReplyDeletemcm puki blog ni kna byr
ReplyDeleteAnon 3:50,
ReplyDeleteMenggunakan bahasa yang awak gunakan untuk saling memahami, jawapan saya adalah; mungkin bukan blog ini yang macam 'puki' tetapi tulisannya yang awak rasakan macam 'puki'...mungkin awak terasa kegatalannya? Saya tidak dibayar namun saya dapat rasakan bahawa awaklah yang dibayar untuk menyokong seseorang, apapun terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya....
Ada pemimpim yg berkata 'usah kira calon,usah pandang calon pandang parti kita pangkah je masalah calon yg haprak parti boleh uruskan kemudian..ini salah satu cara nak memperbodohkan orang melayu supaya pangkah calon yg 'busuk'tidak kah terfikir oleh si bebal ni jika calon 'busuk' parti akan jadi 'basi'..bila basi tempahnya hanya dalam tong sampah..
ReplyDelete