21 November, 2011

TENTERA YANG TAK DICAKNA




1. Seperti biasa, rutin saya membaca untuk tujuan memantau banyak blog-blog. Saya temui tajuk ini; Senjata Negara Hilang Dari Simpanan ATM?  Setelah membacanya baru saya sedari bahawa ianya hanyala CnP post saya sendiri pagi tadi. Bagaimanapun, setidak-tidaknya ada yang prihatin kepada post saya itu.

2. Membaca blog APA; Program Syok Sendiri BN, saya merasakan mungkin ini juga posting yang merupakan respon kepada post saya yang sama, namun berdasarkan kepada apa yang dialaminya sendri. Ada benar dan ada salahnya disitu dan ingin saya perbetulkan disini.

3. Saya berada didalam Jawatankuasa Induk program berkenaan. Saya tidak tahu siapa Datuk 'R' yang dimaksudkan APA. Yang saya pasti adalah tidak ada siapa-siapapun 'Datuk R' didalam Jawatankuasa berkenaan. Kami hanya ada 2 Dato' yang terlibat iaitu Dato' Sharkar Shamsuddin (Pengerusi) dan Dato' Shahaniza Shamsuddin (Sekretariat). YB Kamalanathan (Timbalan Pengerusi) tetapi masih belum bergelar Dato' atau Datok. Mungkin dia sudah 'Datuk' (suami kepada Nenek dan 'atok' kepada cucu-cucu seperti saya) itu saya kurang pasti.

4. Dalam menganjurkan satu 'event' besar, tidak mungkin kita akan mendapat hasil 100% seperti yang diingini. Demikian juga dengan penganjuran program ini, terdapat kekurangan disana dan disini. Sebagai jawatankuasa, kami lakukan ini secara sukarela, tiada sebarang imbuhan. Saya kurang pasti jika ada pihak yang mendapat faedah secara langsung dari penganjuran program berkenaan. Blogger-blogger besar dan tersohor tentu tidak berminat menyertai program sebegini kerana tidak ada 'makan-makan'. 

5. Blogger 'Jebat Berkokok' juga harus diberikan pujian kerana usaha kerasnya untuk merealisasikan 
harapan 'ahli-ahli jawatankuasa' walaupun harapan itu mungkin sudah turut hilang dan jadi impian di 'cekrawala'.

6. Saya 'mencintai' dan menghayati media sosial sejak dulu sehingga kini. Sejak zaman blogger dianggap 'beruk-beruk' sehinggalah kini ada diantara 'beruk-beruk' itu sudah pandai menjual 'beruk-beruk' yang lain. Dalam dunia beruk, saya sentiasa dikelilinggi 'beruk-beruk'. Saya melihat pemimpin-pemimpin menggunakan 'beruk-beruk' untuk memanjat tinggi. Saya juga melihat 'beruk-beruk' menjual sesama sendiri.

7. Dalam Konvesyen, PM dengan jelas menyatakan bahawa salah satu kreteria yang akan turut dipertimbangkan sabagai 'Winnable Candidates' PRU akan datang adalah keupayaan mengamalkan media sosial. Tentu akan banyak YB yang ada sekarang ini akan bertukar menjadi 'beruk' untuk tetap dicalonkan nanti.

8. DS Najib, jika kami diiktiraf sebagai tentera siber, pastikan kami mendapat 'senjata dan peluru'. Beberapa pembaikan mesti dilakukan dengan memecahkan kepada 'batalion-batalion', 'platun-platun' dan sebagainya. Berikan kumpulan-kumpulan itu pemimpin yang benar-benar boleh dan mampu berjuang bukan yang hanya 'cari makan'. Berikan kami peluru......bukan batu nesan!!! Kami tentera yang sanggup berkorban, tetapi harus juga dicaknakan.

8. 'Beruk Google' siapakah dia agaknya? Dulu beliau 'memberokkan' blogger, sekarang macamana agaknya?



4 comments:

  1. Assalam sdra Braveheart.
    Tksh atas teguran sdra itu.Mgkn ada yg betul dan mgkn ada yg salah penelitian APA tentang program ini.Sebab spt APA nyatakan dalam artikel APA tidak menanti utk mengikuti prgm ini.

    Sehingga berada di Aras 4 semalam APA mmg buta tentang apa program ini sebenarnya kerana langsung tidak ada info walaupun dah mendaftar 2 minggu sudah.

    Diharap dilain kali pihak penganjur progm sebegini lbh peka untuk menyalur maklumat kalau pun tidak kepada individu melalui platform maya yg ada.

    'Datuk R'yang dalam artikel APA itu mungkin opportunist yg senatiasa menempel dlm prgm anjuran yg melibatkan Umno.Tk perlulah APA dedahkan siapa,tapi ada terlihat kelibat dia dalam mesyuarat awal penganjur melalui photo dlm beberapa blog yg APA lawati hari ini.

    Allahu'alam

    ReplyDelete
  2. wooo...besynye dapat bergesel2 bahu dgn dato' tu datok ni en. braveheart ngn Apa kelmarin!!

    ambo duduk dgn 'dato' yg terbatuk2 di umah ni sj sambil melawat2 blog rakan2 bloggers yg pergi ke program tu!!

    kecoq ayaq lioq jugak tengok!!

    apapun, SYABAS dan elokla bloggers Pro-BN berganding bahu membantu kerajaan kita mencapai kejayaan dlm pru13 nnt...harap bersatu sebagaimana kita mahu umat melayu & penyokong2 BN bersatu, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Kesian pecacai UMNO. Sebab bila UMNO menang nanti pecacai yg bekerja habuk pun tak dpt apa apa faedah.Yg kenyang hanya pemimpin pemimpin UMNO dan kroni kroni mereka saja.Pecacai dapat apa?

    ReplyDelete
  4. Assalam bro antibohmau.
    He he he..APA tak tunggu pun lepas daftar,terus balik.

    Apatahlagi terserempak dgn Dato 'R' the conman yg duk bagi arahan itu dan ini.Jadi untuk tak sakit hati baik balik duk kat rumah..

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”