02 December, 2011

APABILA UMNO SUDAH HEBAT, BLOGGER TIDAK DIPERLUKAN LAGI

Makna  sebuah perjuangan bagi perwakilan UMNO......


1. Saya tidak ke PAU kali ini kerana beberapa sebab antaranya saya bukanlah perwakilan Bahagian serta sebagai seorang blogger saya tidak mendapat undangan dari Bahagian dan Negeri dimana buminya saya pijak dan langitnya saya junjung. Bagaimanapun saya tidak terlalu pedulikan - 'No hard feeling'!

2. Saya sudah dapat bayangkan apa yang akan berlaku seperti sebelum ini; ucapan berapi-api dan penuh rentorik para pemimpin, pantun dan seloka serta puji-pujian, tepuk sorak serta ampu-mengampu - inilah UMNO dan budayanya dari sejak dulu lagi. Apakah UMNO sudah berubah? Baca Sini

3. Dipentas, semuanya bercakap berlandaskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara namun hakikatnya kepentingan dirilah yang diutamakan melebihi segalanya. Pemidato-pemidato tak lebih dari badut-badut yang melawak untuk menghiburkan penonton untuk mendapat tepukan gemuruh, namun hakikatnya mereka tidak lebih dari pemain dalam pertunjukan sarkas.

4. Sahabat saya APA merakam rasa kecewanya apabila beliau yang hadir untuk menonton sarkas namun tanpa sedar telah dijadikan bahan tontonan di sarkas berkenaan. Saya bersetuju apabila beliau merakamkan kekecewaannya diblog beliau. (Klik ke blog APA)

5. UMNO adalah parti dimana ramai orang-orang hipokrit berkumpul. Setiap yang diakukan semasa persidangan hanyalah lakonan semata-mata - senyuman, salaman, tepukan, teriakan....segalanya adalah lakonan. Jika mereka berjanji mereka akan lupa...mereka pandai menanam tebu ditepi bibir!

6. Kepada sahabat blogger, selepas PRU nanti seandainya UMNO / BN masih lagi memerintah, tanduk tidak akan berguna lagi, mereka akan mencari rotan dan membuang akar-akar yang ada. Blogger-blogger pro kerajaan sudah tidak diperlukan lagi, sukarelawan dan tentera upahan sudah tidak bernilai lagi kerana mereka akan membangunkan tentera mereka sendiri. Semoga jangan ada lagi yang bermimpi. UMB dan Blogger Patriot akan mengisi segenap ruang. Kamu akan dipinggirkan.....!

7. Jangan tidak percaya bahawa pakatan pembangkang lebih menghargai pengamal media sosial dari kerajaan sendiri. Tanyalah Milosuam atau Topeng Perak, atau Yob Tualang Sekah atau Tukar Tiub bahkan ramai yang mengakuinya. UMNO akan biarkan kita berjuang untuk mereka, bila tiba waktunya mengibarkan panji-panji kemenangan, mereka akan tampil kehadapan dan kita akan disisih.

8. Harap kita tidak lupa bahawa satu ketika kita blogger dipanggil sebagai 'beruk' namun orang itulah yang akhirnya membayar untuk 'beruk-beruk' menulis bagi mengangkatnya. Siapa mahu kata apa? Maaf sahabatku APA dan lain-lain blogger, kamu memang tidak berharga dan tidak dihargai bahkan memang kamu semua tidak dikehendaki terutama apabila tiba masa membahagikan 'harta rampasan perang'.

9. Justeru, menulislah dengan keikhlasan atau berhentilah jika dalam hati merasakan begitu lebih wajar supaya tiada rasa kecewa dalam hati. Baca Sini


7 comments:

  1. salam perjuangan. Kami begitu tersentuh hati dengan pengakuan dan keluhan tuan blogger. Namun tuan, itu lah perjuangan sebenarnya, yang ikhlas krn Allah untuk alif ba dan ta. Biar lah pihak sana tidak mengiktiraf tetapi kami2 bangsa Melayu dan Islam menghormati dan sanjung perjuangan para bloggers. Allah yang akan membalas jasa2 tuan2 semua. Di Akhirat nanti tuan akan mendapat Rahmat dan ganjaran dr Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. syabas PWTC, satu satunya dewan didunia yang pasang layar besar dibumbung dewan. mamat sekor ni yang pandai ambil peluang menonton.

    ReplyDelete
  3. Braveheart

    Kau ni asyik merajuk aje ...

    Nak jemputan carpet merah ke?

    Muhasabahlah sendiri. Kamu blogging lama, tapi tulis dah tak seberapa.

    Asyik tulis pasal blogger. Dilihat sebagai syok sendiri nanti.

    At least tulis lah pasal politik setempattau benda yang bermakna.

    ReplyDelete
  4. Saya telah memerhati sejak dulu-dulu lagi dimasa Perhimpunan UMNO. Inilah budaya mereka-mereka. Berkokok melalak tapi dari segi perlaksanan zero, Kalau bab berucap dialah orangnya. Kadang-kadang bukan orang tak suka UMNO tapi perangai mereka-mereka ni yang tak disukainya. Berbeza sangat dengan UMNO dulu-dulu. Mereka-mereka ni tak pandai berucap tapi pandai berkerja.
    Cuba kita renongkan sejenak, adakan apa yang perkatakan ini benar atau tak. Kebanyakan mereka ini mengambil kesempatan ketika mereka ni berkuasa. Saya harap mereka-mereka ini berubah sikap dari sekarang untuk mencapai matlamat apa yang diwar-warkan dalam setiap Perhimpunan UMNO. Saya sayangkan UMNO tapi..........

    ReplyDelete
  5. Salam perjuangan.. kita berjuang bukan kerana nama tetapi kerana agama bangsa dan negara.. adakah kita perlu diiktiraf sbagaimana blogger pembangkang?? yg penting keikhlasan, niat suci dan hati nurani demi agama dan negara yang dicintai

    ReplyDelete
  6. Perjuangan kita hanya untuk agama.bangsa dqn tanahair bro,jangqn asyik nak merajuk jea psl tak dilayan ibarat VIP,kalau semua nak pujian dan hamburan julangan baik jangan berjuang lebih baik dok tgk saja Pakatan buat keja.Hasil pejuangan kita bukan untuk dimega-mega,hanya ALLAH jea yang mampu membalas apa yg kita laksanakan.

    ReplyDelete
  7. Salam.Dah lama aku cakap korang tak nak percaya.Biar UMNO kalah dulu baru mereka akan berubah.Kita yg perlu merubah mereka.Kalau UMNO kalah kita susah ke? UMNO beri kita makan ke? Jawapannya tentu bukan.So apa kita peduli UMNO menang atau kalah? kerana kita tetap kalah.UMNO memang tidak akan berubah.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”