Gambar hiasan:
Antara Ahli UMNO dan Orang UMNO, antara 'hitam metalik' dan 'kelabu asap'
1. PAU sudah berakhir. Perwakilan dari 191 Bahagian UMNO sudah kembali ke Bahagian masing-masing. Desas-desus berkata PAU kali tidaklah meriah, mungkin kerana tiada pertandingan. Berbeza dengan ketika ada pertandingan, maklumlah...'Jong Pecah Yu Kenyang'!
2. Ini PAU terakhir sebelum PRU. PAU ini dilihat sangat penting untuk menilai kekuatan dan kelemahan UMNO, semangat ahli-ahlinya boleh dinilai disini. Kekuatan parti 'jangan' dinilai dengan tepukan atau ucapan berapi-api. Sajak dan pantun juga bukan nilaiannya. Bahasa 'retorik' yang menusuk lubang telinga sudah lali dan tidak memberi apa-apa erti lagi. UMNO harus kembali kepada realiti - perjuangkan kerana agama bangsa dan negara!
3. Presiden serta Ahli Majlis Tertinggi sepatutnya menggunakan peluang ini sepenuhnya untuk bangkitkan semangat ahli bagi hadapi perjuangan dalam PRU. Sayugia diingat bahawa ahli-ahli UMNO berada dalam keadaan moral yang 'terendah' ketika ini akibat serangan media pembangkang terhadap parti dan pemimpin parti dalam segala 'social network'.
4. Peranan 'media sosial' sudah semakin diiktiraf oleh pemimpin UMNO, selain dari Presiden, Zahid Hamidi juga memberikan penghargaan dalam ucapannya. Tetapi bukan setakat itu saja, satu kaedah harus di bentuk bagi menggerakan seluruh 'tentera siber' yang ada selaras dengan kehendak perjuangan parti. UMB mesti lebih berperanan dan mengurangkan penggantungan terhadap 'tentera (siber) upahan'.
5. Kekuatan sebenar UMNO adalah diakar-umbi, yakni di Cawangan-cawangan. Bagaimanapun ianya ditentukan oleh Bahagian-bahagian. Apakah seruan 'berubah' oleh pemimpin disampaikan dengan jelas oleh Bahagian kepada ahli-ahlinya di Cawangan? Yang jelasnya adalah pemimpin diperingkat Bahagian hanya turun ke Cawangan apabila menjelang Mesyuarat Perwakilan Bahagian untuk merayu undi, selepas itu mereka hilangkan diri. Bahagian harus bekerja lebih keras dan jujur. (Baca Sini)
6. Presiden sudah menyeru supaya ahli-ahli bersatu dan merapatkan saf perjuangan. Naib Presiden juga sudah perkuatkan keazaman parti memperjuangkan agama, bangsa dan negara (klik sini), sebagai Pemimpin Bahagian, Cawangan dan Ahli-ahli, apakah pula sumbang kita?
Nota Kaki:
2. Blogger popular bukan bererti yang terbaik demikian juga yang terbaik bukan mesti popular. Dr. Ridhuan Tee bahkan TDM (sekadar menamakan) tidak ada dalam senarai (Sini) tetapi mereka menulis lebih baik dan memberikan lebih banyak pengajaran serta membuka minda pembaca.
3. Kita boleh saja berblog sebagai tukang caci @ pencacai atau menulis untuk memberikan pandangan peribadi tanpa mempedulikan ranking, menulis 10 kali sehari untuk kekal diatas atau 10 hari sekali jika tidak rasa terpaksa dan bukan kerana nama.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”