Pahang diramalkan sebagai antara negeri yang selamat dan tidak mungkin jatuh ketangan pembangkang dalam PRU akan datang. Ini turut diakui juga oleh pihak pembangkang. Jika ada pun yang menyalak, mereka hanyalah menyalak bayang-bayang bukit dalam gelap malam. Bagaimanapun ini tidak sesekali bermakna bahawa pembangkang tidak mungkin mampu menambah kerusi mereka sama ada di DUN atau pun kerusi parlimen.
Bagi Anu arr, beliau tentu lebih berminat terhadap kerusi parlimen, kerana itu akan dapat merealisasikan mimpinya untuk jadi PM. Tidak hairanlah beliau begitu bersungguh-sungguh 'mendorong' (bukan menyorong) Fuziah Salleh dari belakang (dengan sokongan terhadap kempen isu Lynas) untuk memastikan kerusi P.83 Kuantan terus kekal disamping cuba mengintai kerusi baru.
Dewan Undangan Negeri Pahang, dari 42 kerusi, pembangkang hanya mampu meraih 5 kerusi. 2 Pas di Beserah dan Kuala Semantan, 2 lagi Dap di Tras dan Triang, manakala 1 dimenangi Bebas dari persaingan 3 penjuru di Tanah Rata. N35 Sabai menang tipis oleh calon MIC dengan majoriti 145 undi manakala N10 Damak dimenangi calon MCA dari persaingan 3 penjuru dengan majoriti 509 undi. Selain dari 2 kerusi ini, N9 Tahan juga menjadi perhatian pembangkang dan dikatakan kurang kukuh.
Pemerhati melihat peluang pembangkang untuk menawan Pahang terlalu jauh, kerana itulah Anu arr tidak memberi perhatian serius kepada kerusi DUN di Pahang. Seramah-ceramah dan kempen yang dijalankan oleh pakatan pembangkang nampaknya secara bersendirian. Mungkin juga sudah hilang percaya diantara sesama mereka. Yang masih dibuai mimpi hanyalah Tuan Syed Ibrahim Tuan Man, yang dimalukan dengan kekalahannya dalam pemilihan parti tidak lama dulu. Pulau Manis juga tetap selamat walaupun mantan ADUN sepenggalnya bertukar haluan, namun tidaklah sebisa mana selain hanya sebagai pencacai kepada parti perkauman yang jelas rasis.
Kerusi Parlimen Pahang hanya 14 dan pembangkang hanya menangi 2 oleh PKR. Azan Ismail di Indera Mahkota dan Fuziah 'Thoron' Salleh di Kuantan masing-masing dengan majoriti 1027 dan 1826. Insyallah Indera Mahkota akan dirampas kembali oleh BN dalam PRU13 nanti.
Bagi kerusi Kuantan, Fuziah harus ditentang oleh calon yang berkaliber. Tidak ada calon lain yang lebih sesuai selain dari Dato' Maznah Mazlan yang sudah berpengalaman luas dalam DUN Pahang sebagai exco Pelancongan dan terkini dilantik sebagai senator oleh mantan PM untuk menjawat Timbalan Menteri Sumber Manusia. Sudah pasti Pahang masih memerlukannya dan sayanginya, namun mengekalkan kerajaan dan merampas semula kerusi Kuantan lebih diutamakan.
Kerusi parlimen P81 Jerantut adalah kerusi sasaran pembangkang kerana majoriti kemenangan lalu yang tipis. BN hanya mengatasi Pas dengan 1946 undi dalam persaingan satu lawan satu dengan Pas. Penguasaan kerusi perlimen Jerantut lebih bergantung kepada calonnya serta sikap pemimpin-pemimpin peringkat bahagian itu sendiri. Jika 'cas keting' masih berlaku, alamat Jerantut akan hanyut dan dirampas pembangkang.
P88 Temerloh, BN menang tidak selesa dengan majoriti 2441. Jika dicalonkan Ketua Bahagiannya yang aktif diperingkat nasional dalam usaha memertabatkan 'medai sosial', kemungkinan akan perolehi kemenangan besar keatas pembangkang walau siapapun calon pembangkang kelak. Beliau juga jadi harapan dan pertaruhan Pahang untuk kerusi menteri, mungkin yang berkaitan rapat dengan medai sosial jika menteri yang ada tidak lagi bertanding atau berpindah portfolio.
Kerusi P86 Maran, walaupun menang selesa dalam PRU12 lalu, namun ura-ura wanita yang kesana kemari mencanangkan namanya sebagai calon sedangkan senarai nama calon masih belum diputuskan menjengkilkan masyarakat. Tidak mustahil beliau akan dikalahkan tambahan pula apabila jelas bahawa beliau adalah kroni kepada pemimpin yang telah dijatuhkan pembangkang berikutan satu skandal. Sudah tentu faktor calon juga akan jadi penentu kemenangan parlimen Maran kelak.
Segala isyarat sudah rakyat berikan dan sampaikan kepada pemimpin. Calon berupaya menang bukan saja mereka yang mampu menang dalam PRU bahkan mereka juga mesti menangi hati dan harapan yang rakyat pertaruhkan. Mesti bersih dan dilihat bersih bukan dari kalangan 'harimau yang membaham anak'. Terserahlah kepada para pemimpin untuk menentukan apa yang terbaik. Harapan rakyat Pahang adalah untuk menghalau pembangkang jauh dan kekalkan imej Pahang sebagai kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional. Pahang lebih percayakan DS Najib dari Anu arr Al-Juburi. Pahang lebih percayakan Barisan Nasional dari Pakatan Pembangkang yang cacamarba.

No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”