Saf perjuangan...hehehe...ada peluang balun ...
Jikalau ungkapan diatas hanya dari blogger pro UMNO / BN, tentu umum akan kata bahawa ianya diucapkan kerana kelainan ideologi dan sokongan. Namun apabila seorang blogger yang lebih kelihatan neutral bahkan dari bukan keturunan melayu menyatakannya, rakyat patut melihat dari suduh lain bahaawa kebenaran itu nyata.
Helen Ang pertikaikan ungkapan 'Suck' yang kebelakangan ini sering menghentam UMNO dan DS Najib sendiri bahkan menganggap UMNO menjadikan darah dagingnya segala pembohongan dan penipuan, namun Helen Ang juga tertanya-tanya kenapa sekarang? Kenapa disuarakan setelah semua madunya dihisap? Apakah kerana sudah tidak lagi mendapat manafaat dan faedah dari UMNO maka ianya diburukkan? Jika benar, itu bukanlah pejuang kebenaran, bahkan itu adalah perlakuan 'anjing yang mengigit tangan tuannya'.'.
Semalam saya ada menyebut sedikit berkenaan satu posting oleh blogger Sakmongkol AK47 berjudul ‘Bohong dan Menipu adalah keperangaian kedua (second nature) Umno’ yang disiarkan di The Malaysian Insider dan di banyak portal-portal lain.
Saya hairan kenapa Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz boleh duduk begitu lama dalam Umno sekiranya dia tahu parti tersebut selalu membohong dan menipu.
Sekiranya Datuk Sak tidak mengetahui bahawa Umno membohong dan menipu walaupun dia bertahun-tahun berada di dalam parti tersebut, bermakna Sakmongkol seorang yang kurang berotak cerdas (kerana tidak pernah juga menghidu ‘keperangaian kedua’ Umno itu).
Apapun DAP tidak berlengah-lengah untuk memungut politikus Umno yang nyatakurang alert ini.
Rakyat akan lebih menghormati mereka jika mereka menyuarakan perjuangan ini ketika mereka masih dalam UMNO kerana itu akan nampak lebih jujur sedangan berjuang apabila sudah tidak mendapat apa-apa dilihat sebagai perjuangan peribadi dan kepentingan diri sendiri. Rakyat juga melihat dan bukan sebodoh demikian itu ditipu atas nama perjuangan.
Klik sini untuk mengetahui siapa mereka ini.
Klik sini untuk mengetahui siapa mereka ini.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”