14 April, 2012

SAJAK: PENJILAT WARNA (untuk pendemo Bersih 3)




(untuk A.Samad Said - Melayu yang me-layukan bangsa)


kuning itu bukan lagi warna bersih
bukan lagi sebagaimana putih
kerana cemar oleh segala najis;
'penjilat warna' ~
negara menjulang namamu
sastrawan ulung teragung
mengangkat martabat bangsa
mengharum aroma bunga-bunga
namun warna keramat bertukar kelam
sebuah nama juga mencatat sejarah hitam
'A Samad Shit',
rambut dan janggut putih
wajah yang nampak bersih
berbaur dengan kehitaman hati budi
anak bangsa yang memungkiri janji
melepaskan tali teraju layang-layang 
yang sedang terbang
menerpa angin menerjah awan
kiranya jadi petualang
songsang dan terbuang,
bila mati tidak tersurat
dipusara seharusnya ditaburi bunga-bunga
namun yang ada hanyalah
sehelai kertas tertulis madah:
'disini seorang pahlawan mati
bergelumang najis
kerana tersalah langkah
kecundang menyongsong arah' !

~ bRAVEhEART


Saya bukanlah sepertinya, Sastrawan Negara, namun saya juga berhak untuk berbicara. Sajak diatas adalah sebagai jawapan kepada sajak A. Samad Said yang saya salinkan sepenuhnya dibawah ini:



Peludah Warna


Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
1. 7. 11. A. SAMAD SAID





2 comments:

  1. apa lagi yang si samat tu nak kan usia senja nak mati sis sia nak harapkan mati syahid dah tak ade atau nak mati so-shit budak samat ni

    ReplyDelete
  2. Samad cover bodoh dengan janggut. Tak payah nak faham semua sajaknya untuk membuktikan si janggut ni bodoh.

    2 baris terakhir tu lah kebodohan dia.

    Kerana nikmat amat lama berkuasa: Kalau raja ialah nikmat kalau demokrasi kena kerja keras untuk sentiasa berada di tampuk. Dia ni fikir sedap jer bila berkuasa. Asal berkuasa semua usaha perit jerih berhenti.

    Kuasa pun sudah menjadi hartanya: INi lagi malaun teruk kerana tak faham demokrasi lagi nak campur politik. Dia tak mengundi ke tiap tiap kali untuk tentukan kuasa berada pada siapa? Ini bukan kuasa raja. Ini kuasa demokrasi perlukan pilihanraya.

    Konsep penulisan silap. Saya bagi binatang janggut ni H.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”