07 May, 2012

DIKEHENDAKI SERAH DIRI - NIK AZIZ PENYOKONG RUSUHAN #BERSIH3

Nik Aziz mesti kembali kepangkal jalan


1. Nik Aziz @ 'Wali Selipar' sudah berbunyi....beliau yang ingatannya sudah ingat-ingat lupa tetapi selalunya lupa mempertikaikan Kerajaan Pusat sebagai tidak sah (?). (Sumber) Pandangan dan pendapat beliau seolah-olah BN dan Kerajaan Pusat sentiasa tidak betul dan hanya beliau dan Pas saja yang benar adalah merosakkan pemikiran rakyat jelata khususnya rakyat negeri Kelantan yang seolah-olah sudah ber'Nabi'kan Nik Aziz.

2. Sama ada niat demo #Bersih3 untuk menggulingkan kerajaan atau tidak ianya tetap salah kerana mencetus rusuhan dan keteganggan. Ianya telah terbukti memberi lebih banyak keburukan dari kebaikan. Kemalangan dan kecederaan yang sengaja dicari akibat dari provokasi perusuh terhadap anggota Polis tentunya tidak akan belaku jika rusuhan itu tidak dilakukan. Nik Aziz mesti bertanggungjawab dunia dan akhirat terhadap apa yang dilakukannya termasuk mengeluarkan 'fatwa' menyertai rusuhan #Bersih3 menentang kerajaan adalah wajib.

3. Dalam kenyataan sama NIk Aziz turut menpertikaikan 'Pengundi Hantu' yang kononnya telah memenangkan Terengganu dalam PRU terbaru lalu. Orang tua 'kutuk' ni mungkin dan hilang fikirannya atau pun sudah benar-benar tidak faham atau buat-buat tidak faham bahawa yang dibawa balik ke Terengganu itu bukannya pengundi hantu tetapi pengundi yang tinggal diluar dan yang sah mengundi. UMNO / BN cuma menguruskan kepulangannya secara sistemetik untuk membolehkan mereka mengundi. Tidak semua juga dari mereka itu yang mengundi UMNO / BN walaupun mereka balik diurusankan oleh UMNO / BN.

4. Apakah Pas tidak melakukan perkara yang sama setiap kali ada PRU dan PRK selama ini? Jikalau Pok Nik lupa dan lalai, janganlah pula mengajak dan menghasut orang lain supaya lupa dan lalai sepertinya. Kita pun sudah tidak tahu jenis manusia apakah Nik Aziz ini. Ketika beliau dalam kesakitan DS Najib melawatnya di Hospital Kota Bharu dan menguruskan penerbangannya dan hospital terbaik untuknya di Kuala Lumpur, namun apabila sudah pulih beliau bukan berterima kasih kepada DS Najib, bahkan menganjurkan doa pecah perut terhadap orang yang menolongnya. 

5.Jika berdemo itu halal pada pandangan Nik Aziz, kenapa tidak UMNO / BN atau mana-mana NGO anjurkan satu demo atau siri-siri demo di Kota Bharu, Kelantan untuk menuntut kerajaan Kelantan bertanggungjawab membekalkan 'air bersih' kepada seluruh rakyat Kelantan yang selama ini diabaikan hak-hak mereka.




2 comments:

  1. Nik Aziz sangka ramai org melayu mengundi PR, pada hal sangkaan beliau merosot sama sekali.

    untuk membuktikan sangkaannya merosot, kita cuba melihat sedikit analisa di kawasan P121 pada PRU12 dulu. kawasan ini PR menang dg majori agak besar


    Analisa P121 (2008)
    Pengundi Melayu 54.56%
    BN dapat 18833 undi
    PR dapat 21728 undi
    Jumlah BUKAN Melayu keluar mengundi = 18431 (100-54.56%) dp (18833+21728)
    Jumlah BUKAN Melayu undi PR = 16588 (Jika 90% BUKAN Melay undi PR)
    Jadi org Melayu yg mengundi PR = 21728 - 16588 = 5140 sahaja daripada 22130 org Melayu yg keluar mengundi
    Tak sampai pun 25% dp org Melayu mengundi PR!!!

    So janganlah nak perasan yang ogr2 Melayu sukakan ko.

    ReplyDelete
  2. Salam. Terima kasih tuan yg memberi maklumat lengkap analisis bagi P121. Demikianlah kenyataannya dan itulah kebimbangan pembangkang terutama Anu arr menjelang PRU13 ini. Mereka akan kalah kerana selama ini janji mereka tidak pernah tertunaikan dan segalanya palsu. Semakin ramai rakyat yg sedar dan berazam utk mengubahnya. Kelantan juga akan tumbang kali ini.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”