07 May, 2012

KHALID BEBAS ATAS JAMINAN POLIS

Foto Anak Setan yang menendang polis dalam rusuhan Bersih3


1. Khalid Mohd Ismath yang menyerah diri dibalai Polis dan ditahan untuk siasatan telahpun dibebaskan kira-kira jam 11.oo pagi tadi. Demikian menurut sumber. Beliau dikehendaki untuk melengkapkan siasatan polis kerana terlibat dalam rusuhan demi #Bersih3 dan menendang anggota polis sebagaimana yang terakam dalam foto yang tersebar meluas baru-baru ini.

2. Khalid juga akan didakwa atas hasutan dan mengeluarkan ugutan membunuh semua polis dilaman facebooknya.

3. Tentunya Khalid sudah puas terkencing dalam seluar selama dalam tahanan itu. Rupanya beliau bukanlah seberani sewaktu menyertai demo dulu apabila bersendirian dibalai polis. Kita harap beliau akan insaf dan menyesali perlakuan buruk yang dilakukannya selama ini.

4. Sila baca blog Sahabat Gunung untuk makluman seterusnya.



1 comment:

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”