1. Dalam senyum dan diam, DAP menghina bangsa Melayu dan sifatkan Melayu sebagai babi(?) Baca kisah dibawah ini yang dipetik dari sebuah laman portal. Konon ingin memertabatkan bahasa Melayu tetapi sebenarnya mereka menghina Melayu dan umpamakan bagai babi.
2. Artikel berkenaan adalah ditulis oleh AK-47. Saya kurang pasti apakah orang yang sama dengan Sakmongkol AK47 aka 'suck-mongkol' atau mereka hanya mempunyai nama yang hampir-hampir sama.
3. Apa pun tulisan ini perlu diberikan perhatian serius oleh bangsa Melayu, bahawa jika benarlah demikian, maka benarlah kita sedang dihina dan dicaci oleh golongan ultra kiasu itu.
4. Soalnya, apakah Pas dan PKR (Melayu) yang sedang bersama mereka itu tidak sedar penghinaan ini? atau mereka tidak kisah? Atau ini sebahagian agenda politik mereka dan memang mereka menyukai apa yang dilakukan ini?
5. Jika bangsa Melayu sudah dicerca sehingga disamakan dengan 'khinzir' (Babi), apakah kita masih dapat menerimanya? Apa kata para penyokong Pas apabila mereka disamakan dengan babi? Apa fatwa dari Nik Aziz atau Hj Hadi?
Bermula
pada minggu ini Roketkini akan menyiarkan terjemahan novel Animal Farm, karya
George Orwell, secara bersiri sebagai sebahagian usaha Roketkini untuk
memartabatkan bahasa Melayu menerusi penerbitan karya-karya agung dunia dan
juga Nusantara.
Itulah
ayat untuk entri pada 21 May (bukan 21 Mei – kaedah memartabat yang menarik) di
laman Roketkini.
Beberapa
baris petikan ‘memartabatkan’ bahasa Melayu;
Di salah satu sudut gudang besar, di
atas sebuah podium yang tinggi letaknya, si Major duduk di atas tilam jerami,
di bawah sebuah tanglung yang tergantung di tiang. Ia berusia dua belas tahun
dan kebelakangan ini tubuhnya semakin berisi. Namun ia tetap seekor babi yang
berparas agung dan terlihat jelas gigi panjangnya tidak pernah dipotong. Tak
lama kemudian binatang lain datang berduyun-duyun dan dengan caranya
sendiri-sendiri berusaha duduk atau berdiri dengan nyaman.
Yang pertama sampai tiga ekor anjing,
iaitu Bluebell, Jessie, dan Pincher, diikuti sekumpulan babi yang segera
mengambil tempat duduk di atas jerami di depan podium. Kumpulan ayam betina
bertenggek di ambang jendela, sementara burung-burung merpati mengepak-mengepak
di atas alang, dan sekumpulan biri-biri serta sapi berbaring di belakang para
babi sambil mulai mengunyah rumput.
**Tanglung mesti mahu sebut.
Gambar
besar pada tajuk entri itu adalah gambar seekor babi. Kisahnya penuh dengan
perjalanan hidup babi dan bir dan entah apa-apa yang merepek.
Roketkini
adalah organ media dalam talian milik DAP.
Kisah
babi, bir dan anjing digunakan untuk memperlihatkan usaha memartabatkan bahasa
Melayu. Kisah itu pula penuh dengan sindiran.
Ini
perbuatan menghina ke apa?
Dengan
pilihan raya semakin hampir, macam-macam temberang dibuat juak-juak DAP yang
dinaungi sepenuhnya pihak PAS dan individu seperti Anwar Ibrahim, untuk
mengaburi mata dan pemikiran orang Melayu.
Mengapa
tiba-tiba DAP mahu memartabatkan bahasa Melayu sedangkan baru beberapa hari
lalu ejen mereka, Dong Zong meminta kelas bahasa Melayu di sekolah jenis
kebangsaan Cina dipendekan.
Kini,
memartabatkan bahasa Melayu melalui cerita babi, anjing dan
bir pula.
Apa
yang paling menarik, usaha memartabatkan itu dengan tatabahasa yang penuh
dengan kesilapan.
Paling penting, kepada DAP, hentikan
sikap hipokrasi anda. Kami semua tidak akan lupa bagaimana Teresa Kok dengan
bangganya memperlihatkan bantahan terhadap tulisan jawi yang kecil yang dibuat
di beberapa papan tanda jalan beberapa tahun lalu.
Tulisan jawi itu
dipertikaikan dengan begitu sekali, sedangkan tulisan berbahasa Cina dengan
begitu meluas digunakan di papan tanda dan pelbagai tempat, tanpa ada sesiapa
merunggut apa pun. Apakah Teresa gagal memahami sikap toleransi kaum di negara
ini ketika itu?
Kini, DAP cuba
memartabatkan bahasa Melayu dengan kisah babi, bir dan anjing?
Sekali lagi, hentikan
hipokrasi anda untuk semata-mata untuk mendapatkan undi.
Oleh: AK-47
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”