04 June, 2012

FATWA SYAITAN




1. Apakah boleh kita lupakan begitu saja apabila pemimpin parti yang digelar ulamak mengeluarkan fatwa 'Undi Pas Masuk Syurga'?

2. Bolehkah kita maafkan semudah itu saja apabila ada 'Tok Guru Parti Politik' yang jatuhkan hukum 'kafir' kepada penyokong parti lain, berimamkan mereka yang dari parti lain, sembelihan orang lain, bahkan berkahwin dengan mereka yang dari kalangan parti lain?

3. Wajarkah kalau diberi madu dibalas racun? Diberikan kemudahan pengangkutan dan kesihatan yang terbaik ketika dia sakit tetapi apabila sudah sembuh dibalas dengan 'doa pecah perut'? Hatta seekor anjingpun mungkin tidak akan mengiggit tangan orang yang memberikannya makanan walaupun hanya sekadar seketul tulang!

4. Patutkah UMNO dikafir dan diharamkan apabila berkerjasama dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional, namun apabila mereka (Pas) berkerjama dengan dengan DAP yang sah dan nyata musuh Islam dan bangsa Melayu mereka 'halalkan'.

5. Pelikkah apabila 'Tok Garu' 'ularmak' songsang berkata bahawa... 'usahkan DAP, kalau syaitan nak bantupun kita (Pas) terima! Mungkin beliau yang terlalu tinggi ilmu agamanya terlupa bahawa makna dalam  kalimah 'Bismillah...' adalah 'Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.....'.



Mudah-mudahan kita akan tergolong dikalangan orang-orang yang benar






Tok Guru yang keliru....antara agama dan politik ...politik dan agama..



Amanat jahat (bukan jihad)


No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”