Dato' Maznah ketika hadiri Konvesyen Ekonomi Pahang 2012
1. Saya menulis sepintas lalu mengenai Politik Pahang (Klik Sini) Mengenai pembangkang di Pahang yang hanya mendapat 2 kerusi Parlimen (secara tidak sengaja kerana itu adalah undi protes).
2. P82 Indera Mahkota Azan menangi dengan majoriti 1027 mengalahkan calon BN Salman Ali Rizal Hj. Abdul Rahman yang mendapat 18,796 undi manakala Fuziah Sallah menang di P83 Kuantan dengan hanya majoriti 1826 mengalahkan calon BN Fu Ah Kiow yang mendapat 16.572 undi.
3. Azan Ismail akan meninggalkan kerusi Indera Mahkota namun khabarnya Fuziah Salleh akan tetap ingin pertahankan Parlimen Kuantan kerana itulah walaupun beliau kurang memberi khidmat kepada rakyat dikawasannya namun beliau berusaha mengilap namanya sebagai 'Ratu Demonstrasi Jalanan' aka 'Ratu Anti Lynas'.
4. Siapa yang layak beradu dengan Fuziah Salleh di Parlimen Kuantan dalam PRU13 nanti? Pahang tidak ramai tokoh wanita yang berkaliber. Ketua Wanita negeri nampaknya masih 'separuh masak', dikalangan ketua-ketua wanita bahagian pun beliau kurang popular bahkan kurang disenangi. Meletakkannya sebagai calon di Kuantan seumpama merestui Fuziah sebagai Ahli Parlimen bagi penggal berikutnya sedangkan DS Najib yang ingin mencipta kemenangan gemilangnya mesti tidak akan membiarkan walau satupun kerusi Parlimen Pahang jatuh kepada pembangkang.
5. Dato' Maznah Mazlan adalah calon yang sangat sesuai untuk menendang Fuziah keluar dari Kuantan. DS Najib sebagai PM pun mungkin sudah berfikir demikian dan melihat kecemerlangan dan ketokohan Dato' Maznah selama ini.
6. Dato' Maznah Mazlan adalah mantan Ketua Wanita UMNO Pahang dan Exco Pelancongan dan Hal-Ehwal Wanita. Beliau menang cemerlang dalam PRU 12 lalu di N41, DUN Muadzam Shah menewaskan calon PKR dengan manjoriti 3520 dan mendapat 6681 undian. Kemenangan cemerlang dan menyakinkan untuk meletakkannya di kerusi Parlimen Kuantan.
7. Keberkesanan beliau menjalankan tanggungjawab tidak dapat dinafikan. Sewaktu memeggang Exco Pelancongan beliau sangat berjaya mempromosikan pelancongan domestik Pahang. Beberapa event juga dianjurkan dengan jayanya oleh beliau, antaranya Ekspedisi Berakit Sungai Pahang peringkat Antarabangsa serta Pertandingan Mengenal Burung di Fraser Hill.
8. Faktor tambahan adalah beliau dilantIk sebagai Senator oleh Mantan PM Tun Abdullah Badawi dan memeggang potfolio Timbalan Menteri Sumber Manusia dan mempamirkan khidmat cemerlangnya setakat ini. Mungkin ada saingan politiknya dalam Wanita UMNO yang cuba membenamkannya akibat sokongannya semasa pertarungan diantara Kak Ijat dengan Kak Pidah, namun beliau adalah 'Permata Pahang' yang cemerlang, yang tetap bersinar walaupun didalam lumpur.
8. Faktor tambahan adalah beliau dilantIk sebagai Senator oleh Mantan PM Tun Abdullah Badawi dan memeggang potfolio Timbalan Menteri Sumber Manusia dan mempamirkan khidmat cemerlangnya setakat ini. Mungkin ada saingan politiknya dalam Wanita UMNO yang cuba membenamkannya akibat sokongannya semasa pertarungan diantara Kak Ijat dengan Kak Pidah, namun beliau adalah 'Permata Pahang' yang cemerlang, yang tetap bersinar walaupun didalam lumpur.
9. Kita sangat percaya bahawa Parlimen Kuantan akan dapat dikembalikan kepada BN jika calonnya adalah Dato' Maznah. Kita juga percaya bahawa Fuziah Salleh akan di'buang' keluar apabila bertemu 'buku dengan ruas' Kita percaya bahawa rakyat Kuantan akan sangat-sangat gembira menerima wakil rakyat yang rekod perkhirmatannya cemerlang ini.
10. Walaupun masih awal, saya ucapkan tahniah dan akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada beliau.
ada hati nak rampas kerusi Parlimen Kuantan.Ha ha ha.Kelakarnya.
ReplyDeletehahaha! nk rampas putrajaya lagi giler kelakar, mcm nk hilang akal je..penjubur nak jadi PM? wakakaka adesss
ReplyDelete