10 January, 2013

MAMBANG TANAH DI KELANTAN

Mambang Tanah Kelantan.....


1. Saya sudah menulis mengenai perihal mambang tanah lama dulu. (Klik Sini) Itu mengenai mambang tanah di Perak, Selangor, Kelantan dan bahkan Pahang.

2. Pembangkang serta penyokong mereka dengan segera dan tanpa usul periksa akan menuding jari kepada kerajaan-kerajaan negeri yang kononnya rakus dan salah gunakan kuasa. Namun apabila ianya berlaku kepada negeri yang diperintah pembangkang sendiri mereka akan membisu seribu bahasa dan menutup segala keburukan dan kelemahan yang dilakukan - 'menutup pekong didada'!

3. Baru-baru ini kes tanah meletup lagi di negeri 'Serambi Mekah'. Negeri dimana para 'ularmak' bersahabat dengan syaitan memerintah negeri. Rupanya mambang tanah di Kelantan lebih ganas dan rakus, mungkin kerana kerana merasa selamat berlindung dalam serban para 'ularmak'.

4. Kasihan kepada penduduk Kampong Sg. Sam di Manik Urai, Kelantan yang telah meneroka tanah lebih 30 tahun lalu. Segala penat lelah dan hasil tanaman mereka seperti getah dan dokong sudah menjadi hak orang lain. Penduduk berkenaan meminta kerajaan Pas Kelantan bertindak lebih adil dan menurut hukum-hukum Islam. Mereka merasakan seperti kera di hutan disusukan sedangkan mereka anak tempatan dibiarkan mati kelaparan.

5. Jampi Serapah Mambang versi baru;
Heeiiii ! Mambang Tanah - sapu tanah rakyat Kelantan 
'kera' di Perak disusukan rakyat sendiri diabaikan....
Heeiiii ! Mambang Air - habis air keruh dan berkeladak dibekalkan
itupun nasib baik ada kalau tidak hanya angin yang keluar dari 'batang' (paip)
Heeiiii ! Mambang balak - habis hutan Kelantan jadi kering dan kontang
habis dikerjakan 'mambang' yang bersahabat dengan syaitan
sidi guru sidilah aku.....jika tidak jadi celako....cealko....cealko....!!

6. Baca juga; Pas khianat rakyat Kelantan  (The Merdeka Online.com) dan Isu tanah balak di Gua Musang (KL Xpress)


2 comments:

  1. Kesian org Kelantan kena tipu dulu, kini dan selamanya...

    ReplyDelete
  2. Dan di Manbang Bank (M) Bhd jua lah segala kutipan tabung Memali di laburkan.......

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”