Kenderaan dan penumpang jalanan.
1. Parti politik hanyalah kenderaan dan ahli politik @ politikus adalah penumpangnya dan bergerak untuk mencapai arah dan matlamatnya.
2. PKR hanyalah alat @ kenderaan bagi seseorang untuk mencapai tujuannya peribadi. Sejarah penubuhannya jelas memperlihatkan bahawa ianya ditubuhkan hanya untuk membela seseorang yang dianggap sebagai pemimpin bagi mereka. Rakyat khususnya ahli parti diminta untuk berjuang membela pemimpin mereka sedangkan pemimpin mereka itu tidak pernah berjuang untuk mereka.
3. PKR peralatkan organisasi NGO lain untuk membantu perjuangan mereka dengan mengadakan berbagai himpunan demonstrasi dan bantahan hanya untuk melemahkan pemerintahan sekarang supaya mereka mudah mengambil alih pemerintahan. Rakyat diajak berjuang dan berada digarisan hadapan. Yang jikalau berlaku apa-apa merekalah yang akan menanggung kesannya. Rakyat dikorbankan untuk kepentingan peribadi seseorang.
4. Kita wajar menaruh bimbang bahawa perjuangan yang kononnya untuk kepentingan rakyat dan perubahan itu akan jadi sebaliknya. Lihatlah kepada Iraq, Mesir dan lainnya, apakah mereka lebih baik dari sebelum ini atau sebaliknya? Sesiapa boleh berjanji untuk memberi kebaikan namun tidak semua akan mampu menunaikan janji-janjinya setelah berkuasa.
5. Pemimpin yang baik adalah seseorang yang berperwatakkan yang baik juga dan dari kalangan keluarga yang baik-baik dan berbudipekerti. Kepemimpinan bukanlah hak bagi keturunan namun terbentuk dari persekitaran yang memungkinkan ianya dipupuk. Jika pemimpi itu dibangkitkan dari atas lumpur maka kelumpur jugalah kita akan dibawanya. Jika pemimpin itu bangkit dari demo dan rusuhan jalanan maka kesitu jugalah arah tuju yang kita akan dibawanya.
6. Mengubah kehidupan kita hanyalah berubah cara dan perlaksanaan dan bukanlah dengan membuang diri kita segalanya. Mengubah kerajaan bukan dengan cara menukar kepimpinan tetapi dengan mengubah dasar dan perlaksanaannya dan ianya haruslah berlaku dengan suasana yang aman.
7. Jangan kita pertaruhkan masa depan anak-cucu kita hanya semata-mata terpengaruh pada janji dari mereka yang tamakkan ingin berkuasa. Pemimpin yang akan naik dengan memijak rakyat akan tetap dan sentiasa memijak rakyat selama-lamanya.
8. DS @Najib Razak adalah pemimpin terbaik masa kini. Beliau juga telah dan sedang melakukan sebaik mungkin untuk memberikan kebaikan kepada rakyat. Beliau bukan sebagaimana musuhnya yang hanya sedar untuk melakukan kebaikan hanya apabila sudah tidak berkuasa lagi yang semata-mata bertujuan untuk kembali mendapatkan kuasa. Tidak mustahil 'orang itu' akan lupa lagi untuk berbakti apabila sudah berkuasa semula nanti kerana janji bagi mereka bukan untuk ditepati.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”