Barisan Kita....Barisan Nasional!
1. 2 anggota komando polis VAT69 terkorban dan 3 lagi cedera manakala 12 penceroboh maut dalam kejadian berbalas tembak di Lahad Datu sekitar jam 10.00 pagi semalam (1 Januari 2013). Turut terbunuh dari tentera penceroboh adalah adik kepada waris kesultanan Sulu Azzimuddie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata tersebut.
2. Sejak 12 Februari lalu bermula dengan laporan seramai 35 penceroboh dilaporkan tiba di Kg. Tanduo dan kemudiannya mencapai jumlah lebih 150 orang yang lengkap bersenjata.
3. Pihak kerajaan menghantar polis bagi mengawal keadaan dan keselamatan negara dan berunding menuntut penceroboh berundur dan meninggalkan Lahad Datu dengan selamat. Namun Sultan Sulu, Jamalul Kiram tetap dengan keputusan untuk tidak akan berundur.
4. 1 Mac 2013, setelah lama terkepung dan tertekan, pihak penceroboh menyerang pasukan keselamatan dan akibatnya telah meragut banyak nyawa dari kedua-dua pihak.
5. Takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban demi mempertahankan ibu pertiwi. Nama mereka akan tetap dikenang dan terpahat dihari seluruh rakyat sebagai pejuang negara. Al-fatihah dan pohon doakan untuk mereka semoga Allah mencucuri rahmatnya dan meletakkannya diantara orang-orang yang beriman.
6. Tiba-tiba, belum apa-apa pembangkang (Tian Chua) menuduh apa yang berlaku adalah konspirasi UMNO. Namun rakyat sudah masak dengan strategi pembangkang yang terkenal dengan sikap baling batu sembunyi tangan. Bahkan mereka membaling batu tetapi menuduh orang lain yang membalingnya. Politik mereka sungguh kotor kerana mereka pun menyukai perbuatan-perbuatan kotor dan 'lubang-lubang kotor'.
7. Anggota keselamatan kita yang bertugas di Lahad Datu adalah perwira negara. Mereka berjuang dalam barisan kita. Mereka menjadi mangsa konspirasi politik yang dirancang pihak pembangkang yang ingin mewujudkan keadaan huru-hara menjelang PRU bagi meraih sokongan rakyat dengan cara yang paling kotor dan paling tidak bermaruah.
7. Anggota keselamatan kita yang bertugas di Lahad Datu adalah perwira negara. Mereka berjuang dalam barisan kita. Mereka menjadi mangsa konspirasi politik yang dirancang pihak pembangkang yang ingin mewujudkan keadaan huru-hara menjelang PRU bagi meraih sokongan rakyat dengan cara yang paling kotor dan paling tidak bermaruah.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”