01 March, 2013

JANJI DICAPATI...

"Ada lah silap sikit ni, sebab manifesto ni saya buat 
diatas katil saja...sambil-sambil menoron...'


1. Bagi memperlekehkan segala usaha kerajaan BN, pencacai pembangkang dalam sinis dan berniat buruk untuk menghina selalu menganggap usaha dan janji yang kerajaan beri sebagai 'Janji Dicapati'. Bagaimanapun kerajaan BN dibawah DS Najib telah berusaha bersungguh-sungguh menunaikan segala janj-janji bagi mensejahterakan rakyat. Kerana itulah slogan 'Janji Di Tepati' telah membuatkan pemimpin pembangkang trauma dan meroyan.

2. Bagi menarik sokongan dan undi menjelang PRU13 nanti, Pakatan Pembangkang telah lebih awal mengeluarkan manifesto mereka. Maka berjuta janji mereka berikan bahkan kebanyakannya hanya berupa janji manis yang tidak mungkin dapat ditunaikan. Namun tujuan hanya satu iaitu hanyalah untuk menipu rakyat dan mendapat undi untuk mereka berkuasa.

3. Setelah beberapa hari manifesto dikeluarkan, ianya terpaksa diperbetulkan kerana terdapat kesilapan. (Klik Sini) Jika diperhatikan betul-betul, dihadapan Ketua UMUM (jawatan yang diantik sendiri) ada secawan kopi dan mee goreng mamak. Bermakna manifesto berkenaan diperbetulkan hanya dikedai kopi. Demikianlah mudahnya urusan 'temberang' mereka. Tidak salah kalau dikatakan bahawa 'manifesto yang dibuat diatas katil dan diperbetulkan dikedai kopi'.

4. Beribu janji Pakatan di Selangor semasa PRU12 lalu. Beribu juga janji-janjinya masih belum ditunaikan. Kerana gagal menunaikan janji-janjinya maka dengan mudah MB Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa 'manifesto bukan janji' yang mesti ditepati. Justeru, pada pakatan pembangkang ini. manifesto mereka bukanlah janji, bukanlah apa yang akan ditawarkan kepada rakyat. Manifesto mereka hanyalah janji-janji dusta belaka. Inilah 'Janji Di Capati' sebagaimana yang laung-laungkan oleh pencacai pembangkang.


No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”