13 December, 2013

BANJIR DI KUANTAN, JANJI HANYA JANJI


Penafian MB Pahang mengenai projek Spiritual Tourism City.....



1. Kuantan mengalami banjir besar luar biasa kerana hujan lebat dan berpanjangan serta tekanan air laut akibat air pasang besar.

2. Banjir akibat air pasang besar pernah berlaku dibeberapa negeri lain sebelum ini termasuk di Selangor dan Kedah.

3. Banjir akibat dari air pasang besar juga memberikan kesan sama kepada negeri Terengganu sebaik saja selepas melanda Kuantan. Kg Binjai dan Teladas di Kemaman juga mendapat kesannya

4. Menurut seorang mangsa di Kg. Air Putih, Kemaman yang berusia hampir 80 tahun, beliau tidak pernah mengalami banjir sedemikian besar selama usianya. Nyata ini adalah bencana alam yang sukar dielakkan kesan hujan lebat berterusan dan air pasang besar.

5. Projek Spiritual Tourism City telah lama dibatalkan oleh kerajaan Pahang dan ia bukanlah alasan kepada malapetaka banjir di Kuantan kali ini. Bagi yang waras dan berakal sudah tentu tidak akan menerima tohmahan itu.

6.  Kegagalan menggerakan jentera banjir pada awal bencana tidak dapat dielakkan kerana beberapa sebab utama;

6.1.) Mangsa yang terlibat enggan berpindah kerana menjangka banjir tidak akan seteruk itu berdasarkan pengalaman lampau. Ini menyukarkan usaha pemindahan apabila keadaan terdesak.

6.2.)  Sebahagian besar jentera juga terlibat dan jadi mangsa banjir yang menyebabkan jentera menyelamat lumpuh.

7.  Kerja-kerja menyelamat hanya dapat berjalan lancar apabila jentera luar dibawa masuk serta anggota penyelamat yang terlibat banjir diselamatkan terlebih dahulu.

8. Fuziah Saleh dan sukarelawan penyokong dan pencacai PKR hanya membantu  di fasa ke2 banjir, ketika keadaan sudah beransur pulih. Jadi tidak usah mendabik dada dengan mengangkat diri seolah-olah hanya dia yang membantu dan usaha pihak kerajaan langsung dinafikan, orang Kuantan tidak sebodoh itu.

9. Kerajaan serta parti pemerintah sudah bertungkus-limus sejak mula lagi. Bahkan Tengku Mahkota suami isteri serta Tengku Muda Pahang memberi sumbang lebih besar dari Fuziah tanpa perlu mendabik dada kerana keikhlasannya.

10. Sepatutnya orang Kuantan sudah insaf dan lebih sedar bahawa pemimpin pembangkang hanya mampu bersuara dan mengeksplotasikan apa-apa keadaan sekalipun demi politik mereka. Mana janji selesaikan masalah banjir apabila mereka menang di Kuantan? Janji hanya tinggal janji dan rakyat akan terus diperbodohkan.....





11 November, 2013

MELIHAT PM SELEPAS DS NAJIB DAN SELEPASNYA

Gambar hiasan


1. Sama ada serius atau tidak, tentu sesekali kita terfikirkan siapakah bakal PM selepas DS Najib? Tidak usah fikirkan bila perubahan kepimpinan itu atau bagaimanakah ianya akan berlaku, kerana itu semua akan menambahkan sulitnya bahkan tidak tercapai akal. Cukuplah sekadar meneka siapakah pengganti DS Najib kerana memang sudah banyak pertanyaan-pertanyaan serupa bahkan tanpa kita sedar sudah ada pihak yang berusaha mencaturnya. Yang pasti dan mesti adalah bakal PM nanti ialah seorang pemimpin Melayu tetapi bukan  Anu ar.

2. Ramai tidak melihat TS Muhyiddin sebagai pengganti atas faktor usia walaupun ada yang menjadikan Tun Ghaffar Baba sebagai contoh bahawa usia bukanlah satu alasan untuk menolak TS Muhyiddin. TS Muhyiddin akan terpaksa menunggu lama, melainkan TS Muhyiddin sendiri mengambil keputusan nekad untuk 'melanggar' DS Najib dalam waktu terdekat, itu pun sekiranya beliau berani dan yakin mendapat banyak sokongan.

3. Banyak pihak melihat dan meramal DS Najib sendiri seakan-akan menjuruskannya kepada DS Hishamuddin sebagai pengganti. Sudah tentulah kerana faktor persaudaraan antara mereka. Selain itu faktor anak bekas PM juga akan memainkan peranan yang tidak kurang penting.

4. KJ adalah antara pemimpin muda yang dilihat sedang menuju kearah itu. Apa lagi, beliau sendiri pernah menyuarakan keinginan untuk menjadi PM Malaysia termuda dalam usia 40 tahun. Mungkin tidak dalam usia semuda itu, namun jangan diperkecilkan peluang buatnya jika kita pertimbangkan apa yang telah mampu beliau selama ini.

5. Tun Dr. Mahathir juga sudah tentu inginkan darah dagingnya meneruskan legasi. Justeru sudah tentu selagi ada hayat beliau akan mencuba sedaya upaya untuk memberikan laluan mudah kepada DS Mukhriz untuk menduduki kerusi PM. Memimpin Kedah dalam usia muda juga dapat membantunya berpengalaman mentadbir negara dengan izin Allah.

6. Peluang untuk DS Mukhriz bagaimanapun tidaklah secerah mana andainya pengganti DS Najib adalah DS Hishamuddin, juga atas faktor usia, selain faktor barisan kepimpinan sedangkan tidak mustahil sebaliknya ianya merupakan laluan mudah pula bagi KJ.

7. Untuk merealisasikan DS Mukhriz menduduki kerusi PM, terlebih dahulu TS Muhyiddin harus dipastikan menduduki kerusi berkenaan namun apakah ini akan berlaku atau akan dibiarkan berlaku? Begitupun DS Mukhriz tidak terlalu nampak menyerlah sama ada dalam pemilihan jawatan AMT dan PRK Sg Limau baru-baru ini.

8. Apapun, PAU yang akan berlangsung bulan Disember nanti masih sangat baik untuk melihat bakal pemimpin masa hadapan. Melihat antara permata dan kaca.

17 October, 2013

SAYA TETAP BERDIRI BERSAMA HISHAMUDDIN

Saya tetap berdiri bersama H20 dan menyokong beliau


Saya menerima banyak komen-komen negatif apabila saya terus-terusan menyatakan sokongan saya kepada DS Hishamuddin. Sehingga ada yang bertanya berapa saya dibayar? Saya bertemu DS Hishamuddin hanya sekali itu saja (sebagaimana gambar), namun apakah blogger hanya menulis apabila dibayar? Bukankah kita juga ada perasaan hati dan naluri sendiri?

Saya menyokong DS Hishamuddin kerana saya rasa saya perlu menyokong beliau. Mungkin kerana simpati namun selebihnya adalah kami bertemu dan merakam gambar bersama. Beliau memeluk saya dan terasa kami mesra sebagai sahabat biarpun untuk seketika. Biarpun saya sedar jika selepas ini kemungkinan besar DS Hishamuddin sudah tidak mengenali saya lagi bahkan mungkin juga tidak akan memandang kepada saya, namun saya berhak untuk menyatakan sokongan saya kepada beliau.

Saya menyatakan perasaan yang sama juga dengan DS Zahid Hamidi dengan alasan serupa. Namun bagaimana dapat saya gambarkan perasaan sayang saya kepada Mukhriz, Shafie Afdal, Isa Samad dan Ali Rostam kerana kami tidak pernah bersua? Mungkin ada blogger lain yang boleh menyokong mereka itu biarpun tidak pernah bersua muka, memadai dengan salam dan pesanan berserta sampul surat, tetapi tidak untuk diri saya.

Saya dapat merasakan perasaaan yang sama diseluruh negeri Pahang. Pahang tetap memberikan sokongan kepada DS Hishamuddin. Saya juga sudah merasakan bahawa selain DS Zahid Hamidi, tempat untuk DS Hishamuddin sebagai Naib Presiden juga sudah semakin pasti. Insyallah!

13 October, 2013

HISHAMUDDIN ATAU MUKHRIZ?

Siapa yang akan terbuang... Hishamuddin? Mukhriz atau Shafie Afdal?



Tinggal seminggu saja lagi untuk masing-masing calon memperkuatkan kedudukan mereka bagi merebut 2 lagi antara 3 kerusi Naib Presiden UMNO. Zahid Hamidi nampaknya sudah boleh tidur lena kerana popularitinya begitu tinggi sekali sebagai seorang menteri yang tegas dan sejak mengambilalih KDN.

Kita tidak pasti bagaimana kedudukan Shafie Afdal dalam perebutan kerusi berkenaan. namun persaingan diantara anak-anak mantan PM memang menjadi topik utama. Siapakah yang perwakilan akan pilih diantara Hishamuddin dan Mukhriz?

Saya banyak menulis mengenai Hishamuddin dan tidak Mukhriz, mungkin kerana saya berpeluang bersemuka dengannya berbanding Mukhriz. Di bahagian saya sendiri wakil calon tidak berjaya melaksanakan tugasnya dengan berkesan dalam mempromosikan calonnya. Mungkin pandangan saya akan berbeza jikalau saya berpeluang bertemu dengan Mukhriz sendiri selepas ini.

Saya juga tidak melihat Hishamuddin maupun Mukhriz dari sudut bapa mereka sebagai mantan PM. Bagi saya biarlah perwakilan menilai mereka atas keupayaan diri sendiri dan bukannya sebagai 'anak bapak'.

Jika Hishamuddin dilihat sebagai terlalu berlembut dan pemimpin yang lemah, saya juga tidak dapat melihat Mukhriz sebagai seorang pemimpin yang benar-benar tegas serta kuat terutama jika dibandingkan dengan KJ. Jika tidak masakan beliau mampu dikalahkan oleh KJ dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda dahulu.

Saya sedar bahawa Mukhriz harus mendapatkan kerusi Naib Presiden kali ini bagi mengimbangi KJ dalam pertarungan akan datang. KJ juga sedang berusaha untuk menyekat Mukhriz dan mengisi kerusi berkenaan bagi mengelak saingan sengit akan datang. Mereka adalah musuh tradisi.

Jika Mukhriz dan Hishamuddin ingin bersama mendapat kerusi Naib Presiden UMNO, maka mereka perlu berganding bahu 'melenjan' Shafie Afdal' dan mengucapkannya selamat tinggal! Soalnya, mampukah mereka berdua melakukannya?

09 October, 2013

NAIB PRESIDEN: ZAHID MAKIN PASTI, HISHAMUDDIN, SYAFIE DAN MUKHRIZ REBUT 2 KERUSI

3 Naib Presiden UMNO akan kekal?


Politik UMNO menjelang PAU ini semakin menarik. Persaingan 6 penjuru bagi jawatan Naib Presiden telah memeriahkan dan menghidupkan demokrasi didalam UMNO itu sendiri yang dilihat oleh sesetengah pihak sebagai sudah tidak lagi relevan. Pemilihan sejak diperingkat cawangan lagi sudah memperlihatkan bahawa UMNO parti keramat Melayu ini masih tetap segar dan akan tetap menjadi wadah perjuangan anak bangsa sama ada dipedalaman ataupun di bandar-bandar.

Biarpun pada dasarnya persaingan bagi jawatan ini adalah 6 penjuru namun saya melihat persaingan sengit hanyalah diantara 4 calon, iaitu penyandangnya Zahid Hamidi, Hishamuddin dan Syafie Afdal serta kemasukan calon baru Mukhriz. Ali Rustam dan Isa Samad dilihat sebagai tercicir dan terkeluar dari saingan atas 2 faktor. Pertama kerana transformasi didalam UMNO mengkehendaki calon yang lebih muda dan keduanya adalah faktor masa lalu mereka yang telah didapati bersalah dan dikenakan hukuman dengan menghalanya bertanding pada musim lalu.

Realitinya Zahid masih tetap popular sebagai pilihan utama, namun Hishamuddin, Syafie dan Mukhriz masih terpaksa bersaing sesama mereka untuk merebut 2 lagi kerusi yang masih kosong. Kenyataan KJ menyokong Hishamuddin secara terbuka dilihat sebagai cubaan menutup peluang Mukhriz sebagai jalan mudah untuknya melenyapkan saingannya. Pakatan dan persefahaman diantara penyandang jawatan Naib Preseiden juga dikecam sesetangah pihak namun Naib-naib Presiden menafikan adanya persepakatan sedemikian.

Sokongan terhadap Hishamuddin juga kelihatan semakin meningkat dan ahli-ahli UMNO sudah semakin bijak dalam menangani persepsi buruk terhadap Hishamuddin yang dicipta pembangkang yang bertujuan melemahkan parti.

Banyak pihak menyatakan pendapat bahawa Mukhriz lebih patut memberikan perhatian kepada pembangunan dan kestabilan negeri Kedah terutama menjelang PRK DUN Sungai Limau ini dari menumpukan perhatian kepada perebutan jawatan Naib Presiden parti. Apapun, UMNO adalah sebuah parti yang mengamalkan demokrasi yang membenarkan setiap pertandingan merebut sebarang jawatan parti tanpa sebarang sekatan. 

Di Jerantut, nampaknya 'promoter' Mukhriz masih kurang cekap dalam menjalankan tugasnya bahkan dilihat sebagai masih kurang agresif dan masih tidak bersungguh-sungguh. Mungkin juga Mukhriz atau wakilnya juga perlu memberikan sedikit ruang menyatakan wawasannya kepada pengamal media sosial untuk menambahkan sokongan. Wallahualam!

08 October, 2013

DISEBALIK SOKONGAN KJ KEPADA HISHAMUDDIN

Ikhlaskan atau serampang dua mata?


Banyak perbincangan mengenai kenyataan KJ tentang Hishamuddin yang memberikan kreadit kepada calon Naib Presiden itu yang banyak pihak melihat sebagai dalam kelemasan. Justeru, kenyataan KJ itu dilihat sebagai memberinya 'nyawa' agar tidak tercicir dari 3 calon pilihan bagi jawatan berkenaan.

Pertama, kita kena akui bahawa kenyataan yang KJ buat itu adalah satu kebenaran yang tidak dapat disangkal sama sekali, yang banyak pihak yang mendapat faedah darinya namun tidak menyedari hal berkenaan dan tidak dapat berterima kasih kepada DS Hishamuddin.

Persoalan seterusnya setakat manakah keihklasan KJ dalam memberikan sokongan kepada DS Hishamuddin? Saya melihat kepada 3 situasi; Pertama - Sebagai terima kasih kepada bekas bosnya sewaktu dalam Pergerakan Pemuda dahulu. Kedua - Membuatkan DS Hishamuddin rasa terhutang budi kepadanya. Dan ketiga - menutup rapat ruang agar tidak ada peluang bagi Mukhriz untuk bertapak dalam persaingan jawatan teratas dalam hireki UMNO.

Seandainya peluang Mukhriz tertutup kali ini, maka beliau bukanlah senior untuk tidak ditentang dalam pemilihan akan datang. Sedangkan KJ sendiri sudah berada ditahap Naik Ketua (Pemuda) maka sudah tentu kelebihan berada dipihaknya. Bagaikan pertemuan kembali dengan dendam lama, Mukhiz akan dibenamkan sekali lagi jika berhasrat untuk merebut jawatan Naib Ketua nanti.

Bagi Mukhriz, saya melihat peluangnya untuk bertapak dengan lebih mudah hanyalah pada kali ini. Jika tidak sekarang, beliau terpaksa bermalu alah dan hadir sebagai 'under dog' untuk pertarungan kedua dengan KJ nanti dan kemungkinan nama Dr Mahathir tidak lagi akan menjadi faktor penentu.


07 October, 2013

PERLUKAH KETUA BAHAGIAN DITENTANG?

Ketua UMNO Bahagian Jerantut bersama Hj Nazri Naib Ketua Bahagian


Menjelang pemilihan Bahagian, kebanyakan pertandingan tidak dapat dielakkan terutama apabila berlaku kekosongan. Namun sekiranya penyandang masih ada dan berminat untuk meneruskan tugas dan tanggungjawabnya berserta dengan prestasi baiknya maka wajarlah kerusi itu tidak ditentang.

Kebiasaan kepada UMNO adalah suka kepada keadaan dimana ada perlawanan dengan harapan untuk mendapat sesuatu dari pertandingan demikian. Jika jong tak pecah masakan yu akan kenyang. Bagaimanapun pertandingan begini bukanlah satu pertandingan yang sihat kerana kita hanya pemilihan itu bukanlah kerana keikhlasan kita, sebaliknya adalah kerana mengkehendaki faedah dari pertarungan berkenaan.

Di Jerantut, Ketua Bahagian ditentang oleh Ahli Parlimen yang baru. Banyak pihak yang menyokong namun banyak juga pihak yang tidak dan mereka ada alasan dan pendapat masing-masing. Apapun alasan mereka, mereka akan bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku nanti. Kita jangan lagi ibarat membina impian yang tak kesampaian. Kita mengangkat ketua baru dan membuang yang lama, kemudian membuang pula yang itu untuk menggantikan yang baru lagi hanya kerana kita berhak untuk memilih.

Saya teringat satu kisah yang diceritakan berlaku di zaman pemerintahan Jepun yang boleh kita jadikan iktibar;

Jepun menangkap semua orang dari sebuah kampung dan mengurungnya didalam lubang-lubang yang digali yang sukar untuk melepaskan diri. 3 buah lubang disediakan untuk 3 kumpulan mengikut bangsanya, iaitu Melayu, Cina dan India.

Arahan dari ketua kawalan Jepun itu kepada pengawalnya sangat mudah. Lubang India tak payah jaga sebab mereka hanya akan bising dan bertengkar sesama sendiri sehingga mereka langsung tidak akan peluang untuk cuba melarikan diri. Cuma pantau mereka jikalau mereka berhenti berbunyi!

Lubang Melayu juga tidak usah dijaga kerana jika ada yang akan cuba melepaskan diri pasti ada kawannya dari bawah yang akan menariknya kembali kedalam lubang. Tidak akan ada yang akan terlepas kerana sikap dengki mendengki sesama mereka itu sangat tinggi. Lubang ini pun tidak perlu dijaga.

Di lubang Cina perlukan kawalan rapi kerana kaum ini sangat bersatu hati dan saling membantu antara mereka. Mereka akan menolak seseorang untuk naik keatas dan yang sudah berada diatas akan menarik yang lain untuk sama-sama berada diatas. Lubang ini mesti dikawal rapi. Tembak saja jika ada yang meloloskan diri.

Mari kita sama-sama ambil ikhtibar dari cerita ini untuk memastikan UMNO tetap kekal dan mampu terus memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara. Namun itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana sejarah bangsa sejak sekian lama menghidangkan bahawa bangsa Melayu tidak pernah mampu bersatu. Siapa diantara kita sebenarnya Raja Mendaliar atau Si Kitol?

Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen tidak semestinya orang yang sama. Lebih baik kita ada 2 ketua yang boleh kita mengadu nasib. Andai sebelah sayap patah maka kita ada yang sebelah lagi sambil bertongkatkan paruh. Tentunya itu lebih baik dari kita hanya bertongkat dagu!

PELUANG HISHAMUDDIN CERAH, MUKHRIZ TARIK DIRI, IJAT PUN PATUT...

Berikan beliau peluang untuk buktikan bahawa beliau 
tidaklah sebagaimana persepsi ciptaan pembangkang



Berita terkini (semalam) dari sebuah laman blog menyatakan bahawa Mukhriz Mahathir menarik diri dari kempen bagi jawatan Naib Presiden walaupun peluangnya dikatakan cerah untuk mengisi 1 dari 3 kerusi berkenaan. (Klik Sini) Alasanya adalah sangat wajar, yakni untuk memberikan tumpuan penuh kepada kempen PRK DUN Sg. Limau berikutan kematian penyandangnya mantan MB Kedah Azizan Razak.

Secara peribadi saya menyukai beliau bertanding dan mendapatkan kerusi Naib Presiden bagi memastikannya terus mendapat sokongan didalam UMNO terutama dalam persaingannya dengan KJ. Jika benar beliau menarik diri maka peluang bagi Hishamuddin akan jadi lebih cerah untuk terus mengekalkan kedudukannya di salah satu dari 3 kerusi Naib Presiden. Ini bukan saja penting bagi dirinya tetapi juga bagi memastikan kestabilan parti.

Shahrizat juga sepatutnya melepaskan jawatan Ketua Wanita bagi membantu transformasi didalam Wanita UMNO agar dapat berlaku dengan lancar. Biarpun beliau masih mendapat sedikit sokongan dalam Wanita UMNO namun beban yang ditanggungnya membabitkan dengan kes perniagaan keluarganya serta kes Setiausaha Politiknya turut menjadi bebanan kepada parti. Jikalau beliau lebih sayangkan parti, tentulah beliau akan mengambil tindakan sama sebagaimana yang dilakukan oleh Mukhriz - menarik diri.

Bagaimanapun dari sudut lain, pertandingan yang berlaku disemua peringkat sekarang ini menunjukkan bahawa UMNO masih disukai dan jadi harapan orang Melayu. Ianya juga satu petanda bahawa UMNO masih hidup dan mampu untuk kekal sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun lagi. Cuma pemimpin-pemimpin yang bertanding janganlah terlalu rakus dan terlalu mementingkan diri serta jangan sesekali berkempen dengan cara memburukan lawan, kerana itu juga nanti akan dijadikan senjata bagi pihak lawan apabila menghadapi kita dalam PRU14 nanti.


06 October, 2013

ZAHID HAMIDI DAN HISHAMUDDIN ?

Sokong DS Zahid Hamidi, tapi sokong juga DS Hishamuddin


Bila saya menulis tentang DS Hishamuddin, berpuluh-puluh komen negatif saya terima. Saya teringat semasa menghadapi PRU lalu, tidak ada fenomena seperti ini berlaku. Saya mengandaikan bahawa ini adalah hasil usaha cybertrooper UMNO sendiri yang dibiayai untuk menjatuhkan DS Hishamuddin. Justeru, komen-komen berkenaan saya sekat sehingga PAU selesai nanti. Kerja siapa kah itu? Sudah tentu kita ada suspeknya, yang berkepentingan supaya DS Hishamuddin tewas.

Saya tidak menafikan bahawa DS Zahid Hamidi adalah antara calon terpopular bagi mengisi salah satu dari 3 jawatan Naib Presiden UMNO ini nanti. Dari 6 calon saya saringkan dan melihat bahawa TS Isa Samad sebagai dikedudukan tercorot. Transformasi dalam UMNO sudah tidak mengkehendaki pemimpin sepertinya lagi. Suatu ketika saya berusaha untuk membuat liputan mengenainya namun pegawainya tidak mengizinkan, jadi bagaimana dirinya dapat digilap?

DS Ali Rostam juga dalam keadaan yang payah. Sepertimana TS Isa Samad, beliau juga terpalit dengan sejarah hitam ketika dihalang bertanding pada penggal lalu atas sebab yang semua sudah sedia maklum. Transformasi didalam UMNO dan generasi baru kepimpinan UMNO ingin mencari yang bersih dan juga kelihatan bersih.

Justeru, saya melihat persaingan adalah kembali seperti dulu cuma ditambah satu lagi pendatang baru, iaitu DS Mukhriz Mahathir. Kita tahu bahawa jawatan ini sangat penting bagi Mukhriz untuk terus mampu bersaing dengan KJ dipenggal akan datang. Populariti KJ telah menenggelamkan Mukhriz dalam persaingan sebagai Ketua Pemuda dahulu tentu masih jadi igauan, kerana itu Mukhriz mesti menempah kerusi NP ini sekarang kerana jika bukan sekarang perjalanan akan jadi makin payah.

Dengan menentukan hanya 3 dari 4 calon yang akan dipilih, memang kedudukan DS Hishamuddin agak membimbangkan. Persepsi buruk tentang kelemahan beliau yang ditanamkan oleh pembangkang juga sudah dipercayai oleh UMNO sendiri. Kita sudah dapat melihat bahawa strategi musuh adalah memecahbelahkan kepimpinan UMNO dan menjadikannya lemah untuk lebih mudah menghapuskan penguasaan UMNO dalam kerajaan yang sudah melebihi 50 tahun.

Pembangkang sedar bahawa untuk menjatuhkan UMNO mestilah dirosakkannya dari dalam. Maka inilah yang sedang berlaku sekarang ini tanpa kita sedari atau dalam sedar dengan berimbuhan.

Lemah sangatkah DS Hishamuddin? Buruk sangatkah beliau? Melainkan ada agenda tertentu untuk menghapuskan beliau dari politik serta agenda besarnya untuk menghapuskan DS Najib sendiri, dan kita dijadilah alat untuk jatuhan yang itu untuk naikkan yang ini, kemudiannya jatuhkan lagi untuk naikkan yang lain pula. Jadi seperti lebai malang berkayuh ke hulu ketika air surut kemudian berkayuh kehilir ketika air pasang namun kedua-dua kenduri melepas dan pulang kerumah kelaparan.

Malang nasib DS Hishamuddin. Saya ingin membuat perumpamaannya begini: Si A menyerahkan tanah yang masih hutan rimba kepada Si B. Si B membersihkannya dan menanam pokok buah-buahan dengan banyaknya. Menyirami dan membajainya supaya subur dan berbuah. Namun ketika hampir berbuah Si B terpaksa menyerahkan tanah kebun berkenaan kepada Si C. Si C yang menerima kebun berkenaan ketika pohon-pohon berbuah subur. Maka riuh sekampung memuji kejayaan beliau berkebun. Si B itu adalah DS Hishamuddin.

Apa pendirian kita sebenarnya? Apabila DS Zahid Hamidi bertindak tegas, dalam kes terkini terhadap wartawan Malaysiakini maka ada pihak yang bencikannya konon terlalu tegas dan bertindak kejam. (Klik Sini) Apabila DS Hishamuddin berlembut, mengambil tindakan bagai menarik rambut dalam tepung ada juga pihak yang tidak puas hati. Siapa pilihan kita apabila semuanya salah? Pilih diri kita sendiri? Atau pilih orang yang 'menumbuk rusuk' dan belikat kita?


Baca artikel diblog BumiYang yang merujuk kepada blog BH sebelum ini.


04 October, 2013

SOKONG HISHAMUDDIN - MELIHAT H20 DARI DEKAT

Braveheart, H20, D Shahaniza dan blogger Semut Hitam


Saya bertuah kerana berpeluang bersemuka dengan pemimpin ini, DS Hishamuddin Hussein dari dekat. Ramai menganggap bahawa beliau masih sama, tetap tidak hiraukan cercaan yang dibuat oleh pelbagai pihak dalam memberi persepsi buruk terhadap dirinya. Walau nampak sedih namun beliau sangat yakin bahawa akan tetap terpilih diantara 3 Naib Presiden dalam PAU nanti.

Masalah beliau hanyalah persepsi yang sudah diasaskan oleh pihak pembangkang sejak sekian lama bagi melemahkan kerajaan. Pembangkang sangat sedar bahawa mereka tidak akan mampu untuk menumbangkan kerajaan melalui PRU, justeru itu mereka mencuba menghuru-harakan negara dengan harapan akan berlaku rusuhan sebagaimana di Mesir.

Dalam PRU13 lalu, bukan sedikit cabaran yang diberikan pembangkang. Mereka memfitnah itu ini termasuklah adanya pengundi hantu bahkan yang didatangkan khas dari Bangla, namun akhirnya itu tidak langsung berlaku. Demikian juga dengan fitnah bahawa berlakunya 'blackout' semasa pengiraan undi, bagaimanapun calon pembangkang dimana kes berkenaan didakwa berlaku telah tampil dengan beraninya menafikan kejadian itu. Malangnya 'kita' samaada sebagai rakyat mahupun ahli UMNO sendiri masih lemah dan gagal menangani persepsi. 

Kekuatan kerajaan adalah dari UMNO sebagai parti tunjang kepada BN. Sedar bahawa gagal menjatuhkan kerajaan dari luar, maka pembangkang sejak dahulu lagi berusaha keras mencalarkan imej pemimpin negara. Mengapa pembangkang berdiam diri semasa Pak Lah jadi PM? Bukankah kerana mereka sedar bahawa lebih mudah menolak Pak Lah yang selalu lena tidur dari pemimpin muda dan bertenaga seperti DS Najib? Kerana itulah tidak henti-henti persepsi buruk mengenai DS Najib sendiri, menteri-menteri, DS Rosmah, kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, agensi-agensi kerajaan dicipta dan disebarkan.

Gandingan mantap antara DS Najib dengan DS Hishamuddin juga dilihat sebagai cabaran kuat buat pembangkang. Hubungan akrab dan kekeluargaan diantara mereka sangat dicemburui. Siapa lagi yang akan pertahankan DS Najib sebagaimana yang mampu DS Hishamuddin mampu lakukan? Mungkin juga DS Hishamuddin adalah orang yang sangat dipercayai oleh DS Najib sendiri atas faktor kekeluargaan dan ini yang membuatkan pembangkang bahkan dalam UMNO sendiri merasa cemburu terhadap DS Hishamuddin selama ini.

DS Hishamuddin naik bukan kerana menumpang nama sesiapa, tidak nama DS Najib bahkan tidak juga nama keluarganya sendiri. Beliau bertatih dari bawah dan melangkah setangga demi setangga dengan mengharung susah dan payah. Cuma sebagai seorang pemimpin dari keturunan yang beradab, beliau tidak membalas segala tohmahan yang ditujukan kepadanya. Sikap diam dan membisunya itulah yang membuatkan pihak musuhnya sentiasa mencipta persepsi dengan memburuk-burukkan beliau.

Siapa yang berani berada di zon perang yang dimaklumi berbahaya ketika isu Lahad Datu sedang memuncak? Musuh yang merupakan pengganas yang tidak sayangkan nyawa berada dimana-mana dan bersedia melakukan sebarang tindakan yang tidak kita jangkakan sama sekali hanya kerana sebatang rokok? Sebarang tindakan yang terpaksa beliau ambil adalah sungguh sukar kerana sedikit kesilapan maka negara akan terlibat dalam kancah perang yang akan disokong negara asing. Tindakan menjadi lebih sukar ketika kita menghadapi suasana PRU yang segalanya sentiasa dan akan dijadikan isu politik oleh pihak pembangkang. Apakah kita sedar ini semua? DS Hishamuddin mesti mengambil pendekatan sebagaimana kata pepatah 'menarik rambut dalam tepung'.

Ketika kebanyakan pemimpin pembangkang serta pemimpin UMNO sendiri 'kecut telor', namun Hishamuddin anak Hussein anak Onn Jaafar ini berani kehadapan kerana tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada beliau mesti dipikul sebaik mungkin. Apa penghargaan yang kita berikan kepada beliau yang berusaha menjamin keselamatan kita dan negara kita? Lihatlah ke cermin ke dalam mata kita dan rasailah malunya kita yang bukan sahaja tidak tahu menghargai pemimpin sepertinya bahkan turut bersama musuh kita mencerca beliau.

Benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau... namun berikanlah tempat yang sebaiknya untuk benih ini bercambah menjadi pohon rimbun yang akan jadi tempat berteduh rakyat jelata agar kita akan dapat bernauh satu hari nanti. Saya tetap akan menyokong H20, Insyallah akan berjaya pertahankan tempatnya didalam saf kepimpinan UMNO dalam PAU nanti.


02 October, 2013

CALON ABAIKAN MEDIA SOSIAL HARUS BERSEDIA UNTUK KECEWA

 
 DS Najib bergambar meraikan sebahagian pengamal media sosial
 
 
Perang media sosial semakin hangat sempena PAU ini. Jika dalam PRU12, UMNO terkapai-kapai dan tidak mengendahkannya yang akhirnya mengakibatkan kehilangan beberapa buah negeri kepada pembangkang. Dalam PRU13 dengan bantuan pengamal media sosial pro BN maka UMNO BN masih berjaya mengekalkan kuasanya bahkan merampas semula Kedah dari Pas.

Sepanjang PRU13 ramai pengamal media sosial penyokong kerajaan berusaha keras membantu memenangkan UMNO BN dalam PRU. Ahli-ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO dibeberapa peringkat (bukan semua) masih mendiamkan diri. Namun menjelang PAU mereka semua mengeluarkan taringnya masing-masing. Mencerca sesama sendiri dalam usaha merebut dan mengekalkan jawatan diperingkat bahagian masing-masing.

Laman-laman media sosial jadi riuh rendah dengan aktiviti melondehkan keaiban sesama sendiri. Bukankah itu nanti akan dijadikan 'peluru' oleh pihak lawan dalam pertempuran dalam PRU14 nanti? Bukan sedikit 'blogger upahan' yang dipergunakan bagi tujuan dan maksud tertentu. Bahkan ada cerita-cerita pergaduhan sesama blogger kerana pertahankan 'tuan' masing-masing.

Ada juga kisah blogger yang menemui calon-calon tertentu dengan tujuan menawarkan khidmat mereka, namun apabila tawaran mereka ditolak merekapun mula memburukan calon berkenaan dilaman blog atau facebook mereka. Terkini, seorang calon yang menawarkan diri bertanding dalam Pergerakan Wanita telah diserang oleh blogger yang kecewa kerana menolak tawaran khidmatnya. Ada juga antara blogger-blogger yang menjalankan aktiviti 'pelacuran blogging' secara berkumpulan bagi mendapatkan impak yang besar.

Apapun, calon UMNO jangan meminggirkan dan menganggap media sosial ini tidak penting. Mungkin benar sebahagian besar pengundi terutama diperingkat bahagian tidak mesra media sosial seperti facebook, blog dan sebagainya, namun kesannya secara langsung tidak dapat dinafikan sama sekali. Bagi mereka yang mengabaikan peranan media sosial dalam pertandingan kali ini tentu akan menyesal bila menyedari bahawa memang media sosial memberi impak dalam pemilihan, biarpun diperingkat bahagian.
 


22 September, 2013

MAZNAH CABAR IJAT....



Pemimpin wanita yang tegas, komited dan juga charming


Mulanya saya melihat pemilihan Ketua Wanita UMNO Malaysia sebagai hambar apabila Azalina Osman Said yang tiba-tiba menarik diri dari menentang Shahrizat. Kesediaan Raihan Sulaiman Palestin tidak memberikan apa-apa makna kerana beliau bukanlah pencabar yang layak berhadapan dengan Shahrizat.

Bagaimanapun petang semalam menjelang tamat waktu pendaftaran calon, wakil Dato' Maznah Mazlan menghantar borang pencalonan telah merubah keadaan tersebut kepada satu keadaan yang akan lebih menarik. Maznah adalah bekas Senator dan Timbalan Menteri Sumber Manusia. Sebelumnya beliau adalah exco Kerajaan Negeri Pahang yang berjaya memajukan industri pelancongan Pahang.

Pada penggal lalu beliau disisihkan dari wanita kerana ketegasannya menyatakan sokongan kepada Rafidah Aziz sewaktu Shahrizat mencabar Rafidah. Kesediaan Maznah bertanding jangan dilihat sebagai balas dendam, tetapi adalah untuk menyelamatkan Wanita dan untuk melakar serta menentukan arahtujunya.

Shahrizat yang sarat dengan masalah tentu tidak lagi dapat memberikan kepercayaan wanita untuk memimpin wanita dengan cemerlang dan gemilang. Tuduhan penyelewangan Setiausaha Politiknya baru-baru ini sudah tentu sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap dirinya sendiri.

Peluang Maznah adalah lebih cerah sekiranya pihak ke-3 menarik diri dan membiarkan pertandingan 2 penjuru yang lebih adil. Bagaimanapun perwakilan dari Pahang mungkin juga akan berbelah bahagi atas faktor Dato' Rosni Zahari yang umum ketahui sebagai 'tangan kiri Shahrizat'. Bagaimanapun faktor Rosni akan bertanding MKT wakili Pahang akan boleh dijadikan asas rundingan 'pertukaran undi'.

Dengan ditambah sedikit lagi usaha kita pasti jawatan Ketua Wanita UMNO akan dapat diubah. Walaupun kita sedar akan kekuatan Shahrizat, namun wanita inginkan pembaharuan dan perubahan. Yang selama ini hitam ingin diputihkan. Pemimpin bukan sahaja perlu bersih, tetapi juga perlu kelihatan bersih. Selamat bertanding kepada Dato' Maznah.




20 September, 2013

PAHANG - APA LAGI KAUM CINA NAK?







Segalanya bermula ketika menyambut Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang di Taman Gelora, Kuantan. Sudah semestinyalah MB Pahang DSD Adnan Yaakob menegur ketiadaan penyertaan kaum Cina. Selain dari kaum Cina tidak hadir penyertaan dalam persembahan juga tidak disertai mereka sehinggakan tarian kaum Cina terpaksa dilakukan oleh orang Melayu dengan berpakaian Cina. Ternyata bahawa kaum Cina mensabotaj program yang dianjurkan kerajaan. Apakah kaum Cina Pahang masih berdendam kerana gagal merampas kerajaan dalam PRU lalu? Salahkah bila MB menegur sesuatu yang nyata? (Baca Sini dan Sini)

Sehubungan dengan itu maka kaum Cina termasuk akhbar yang mereka kuasa dan ada kepentingan serta Setiausaha Agung MCA sendiri menuduh DSD Adnan rasis. (Baca Sini) Apa lagi yang kaum Cina Pahang nak? Selama ini mereka dilayan sama rata bahkan ada kalanya mereka dilebihkan oleh kerajaan dan dianggap bagai anak emas kerajaan dalam hal penerimaan projek pembangunan dan ekonomi. Apakah mereka ingin memiliki segalanya baru mereka akan berpuas hati? Kita simpati dengan MB Pahang yang sudah kerap kali diasak sedemikian rupa.

Apakah kaum Cina merasa bahawa mereka kebal undang-undang dan peraturan? Apakah dengan kekayaan dan penguasaan ekonomi yang mereka miliki ketika ini mereka boleh membuatkan kerajaan hanya mengikut arahan dan telunjuk mereka? Kerajaan Pahang harus mengubah dasar dengan mendahulukan orang Melayu dan India dalam semua perkara kerana kita sedar bahawa kaum Cina tetap tidak akan memberikan sokongan kepada kerajaan, tidak dalam PRU13 lalu dan tidak juga menjelang PRU14 nanti. Siapa dalang pembelotan undi Cina di Indera Mahkota dan Kuantan dalam PRU lalu?

Kaum Cina dengan mudah menuduh kita rasis sedangkan apa yang mereka lakukan itu lah rasis sebenarnya. Mereka bukan lagi melempar batu sembunyi tangan bahkan melempar batu dan menuduh orang lain yang melemparnya. Sifat rasis dan chauvinis kaum ini sudah tidak dapat disembunyikan lagi, kerana mereka merasakan mereka sudah ada kuasa ekonomi dan berhasrat merampas segalanya dari kita.

Hasrat dan ketamakan kaum Cina terserlah dalam Sidang DUN Pahang lalu bila pemimpin senior DAP dengan tegas menyatakan; Ini kalilah 12 kerusi, lain kalilah 24 kerusi. Jelas bahawa mereka memang mensasarkan Pahang jatuh ketangan pembangkang khususnya DAP. Andai pemimpin kita masih leka dan terlena, tidak mustahil PRU14 nanti Pahang akan ditawan pembangkang sebagaimana Pulau Pinang dan orang Melayu akan berputih mata.






19 September, 2013

ANTARA MUKHRIZ DAN HISS...SHAMUDDIN....




PAU semakin hampir. Semakin banyak juga ramalan-ramalan dan spekulasi yang dibuat oleh pemerhati politik tanahair. Bloggers juga tidak ketinggalan menulis berkenaannya berdasarkan persepsi dan pemerhatian masing-masing.

Penyandang jawatan Naib Presiden adalah Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafie Afdal. Selain mereka yang akan mempertahankan jawatan masing-masing, beberapa calon baru juga berminat untuk merebut jawatan berkenaan. Ali Rustam dan Isa Samad awal-awal lagi sudah menyatakan kesediaan mereka menawarkan diri, ditambah dengan Mukhriz Mahathir yang baru-baru ini membuat pengumuman untuk turut menawarkan diri.


Sudah tentu perebutan jawatan Naib Presiden kali ini akan lebih meriah, namun pasti ada pihak yang akan kecundang. Melihat kepada perkembangan semasa serta populariti masing-masing terutama di media sosial, tidak ada masalah bagi Zahid Hamidi untuk terus pertahankan jawatannya. Bagaimanapun agak menyulitkan bagi Hishammuddin dan Syafie Afdal.


Mengikut pemerhatian, ranking populariti calon-calon adalah seperti berikut;

1. Ahmad Zahid Hamidi
2. Mohd Ali Rustam
3. Mukhriz Mahathir
4. Shafie Afdal
5. Hishammuddin Hussein
6. Mohd Isa Abdul Samad.

Bagaimanapun, sudah pasti keadaan ini akan berubah dari masa kesemasa berdasarkan prestasi pelobi-pelobi dan calon itu sendiri. Kepada Zahid Hamidi, nasihat harus diberikan agar memerhatikan pelobi-pelobinya agar jangan kelihatan terlalu sombong dan angkoh kerana semua mata akan memerhatikan setiap gerak.


Ada pihak mempersoalkan antara Mukhriz dan Hishammuddin. Apakah perbezaan antara mereka berdua? Jikalau Hishammuddin dianggap lemah dalam tindakannya serta kelihatan tidak tegas, apa bezanya dengan Mukhriz? Mukhriz masih belum menyakinkan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang bijaksana serta tegas sepertimana ayahnya.


Secara peribadi, saya tidak terkilan andainya Mukhriz tercicir dari senarai 3 Naib Presiden dalam PAU akan datang, tidak juga jika Hishammuddin namun tentunya tidak memberikan sebarang makna andainya Isa Samad yang terpilih. Justeru, Isa Samad harus berfikir semula dan melangkah kebelakang. Bertandinglah hanya di MKT.


16 September, 2013

ANU ARR DALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO...

Selamat menyambut Hari Malaysia.....16hb September.


PRU13 yang lalu mengesahkan bahawa Anu arr sudah gagal untuk menjadi PM Malaysia secara sah melalui pemilihan. Sebelum itu pun beliau banyak terlibat dalam merancang dan menganjurkan berbagai demonstrasi bagi tujuan melemahkan kerajaan.

Gagal dalam PRU, Anu arr cuba mengajak rakyat memberontak dengan memfitnah bahawa PRU13 yang lalu tidak telus dan menolak keputusannya. Namun penolakkannya hanyalah dikerusi-kerusi yang dimana mereka kalah dan tidak dikerusi yang mereka menang. Dalam kata lain Anu arr membayangkan bahawa demokrasi di Malaysia ini berpilih-pilih. Demokrasi hanya ditempat mereka menang dan tidak demokrasi ditempat dimana mereka kalah......bak dalam filem P.Ramli..'...tompok...tompok tahi unta'!

Anu arr gagal mendapatkan kuasa memerintah dan jadi PM sebelum dan sesudah PRU, namun dia akan tetap melakukannya walau terpaksa menyusahkan rakyat dan menghuru-harakan negara. Menjelang PAU, Anwar sudah merancangkan beberapa agendanya. Beliau sedar memang susah mendapatkuasa dari luar UMNO, justeru beliau mencuba merealisasikan hasratnya melalui UMNO.

Jangan hairan dan tidak mustahil ada cadangan yang akan timbul untuk menjemput Anu arr menyertai semula UMNO atas alasan perpaduan Melayu dan keharmonian negara. Jangan terkejut juga bila ada usaha untuk menjatuhkan pemimpin dan kumpulan pemimpin serta menghuru-harakan perhimpunan UMNO bagi menunjukkan bahawa UMNO memang sudah tidak stabil. Adanya lebih banyak persepsi buruk terhadap UMNO dan pemimpinnya kononnya mereka itu terlibat dalam rasuah politik bagi membangkitkan kebencian terhadap UMNO.

Anu arr yang sanggup 'menikam belakang' sudah tentu sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-cita peribadinya. Anwar bukan saja 'binatang politik' bahkan layak digelar 'syaitan politik'. Lihatlah wajah syaitan politik ini sepuas-puasnya.... namun ahli-ahli UMNO mesti sentiasa ingat bahawa Anu arr adalah musuh UMNO selamanya.


Alah! Tipu sikit-sikit tak kan tak boleh!

Lihat siapa yang kena! Hikhikhik!

Aku sudah hangin satu badan ni

Apalah sangat korek hidung? Belakang pun aku dah biasa korek!


Apa Mokhtar...Mokhtar?

Jangan pandang aku sebelah mata arhhh!

Depa ni tak caya ada pengundi Bangla? Tak caya berlaku black out? 
Tapi memang tak ada pun ! Hehehe!


Sikittt saja masyuk!

Alah! Jari ni! Sedalam ni je!

Fening! Apa lagi aku nak kelentong lepas ni?


14 September, 2013

UMNO PERLUKAN PEMIMPIN YANG TEGAS DAN BERANI




Sewaktu menghadiri Jamuan Hari Raya Exco Pelancong Pahang tidak lama dulu, saya ditanya oleh seorang sahabat siapa yang saya sokong dalam PAU nanti. Sebenarnya saya tidak ada sebarang jawapan dan sokongan saya juga tidak penting sama sekali, kerana saya bukannya sebahagian dari perwakilan yang akan memilih nanti. Lalu soalan itu saya balas semula dengan soalan; Siapa akan kawan sokong rasa awak? Lalu sahabat saya itu menjawab, rasanya tentu Dato' Zahid Hamidi..... Saya hanya senyum dan berlalu meninggalkannya namun dalam hati tertanya-tanya; Kenapa Zahid Hamidi?

Jika sokongan saya sebagai 'penyokong' diambil kira, sudah tentu Dato' Zahid Hamidi atau orang sepertinya akan saya pilih untuk jawatan tertinggi dalam parti. Dalam era perjuangan UMNO perlu dimantapkan, dalam ketika bangsa Melayu diperlekehkan dan hak-hak orang Melayu dipertikaikan, memang kita memerlukan pemimpin yang bukan sahaja bijaksana tetapi juga tegas dan berani. Salah seorang dari calon-calonnya adalah Zahid Hamidi.

Saya sentiasa mengikuti perkembangannya dan kenyataan-kenyataan akhbar yang dibuatnya kebelakangan ini. Demikian juga tindakannya semenjak menerajui KDN yang membuatkan ada yang kecut perut. Inilah pemimpin yang kita kehendaki, bukan yang terlalu ber-retorik dengan cakap yang berapi-api tapi segala dibuat tidak menjadi.

Siapa yang boleh melupakan Tun Dr Mahathir, pemimpin bertaraf dunia. Siapa boleh lupa ketegasan dan keberaniannya dalam memberi kenyataan berkenaan sesuatu isu. Kita hormati Tun Mahathir bukan kerana beliau itu Mahathir, tetapi kerana pandangan dan tindakannya yang mampu mengangkat martabat bangsa dan dihormati oleh dunia. 

Justeru, kepada para pemimpin yang ingin mencari perhatian perwakilan, mereka perlu tunjukkan bahawa mereka juga ada sedikit ketegasan dan keberanian sepertimana Tun Dr Mahathir, selain itu mestilah juga bijaksana serta 'bersih' dan nampak bersih. Zaman pemimpin 'roti kosong' sudah berlalu. Biarlah pemimpin seperti Pak Lah jadi sebahagian dari sejarah.....


13 September, 2013

ADA PENDISKRIMINASIAN WANITA DALAM UMNO MARAN?

Shahaniza bersama Dato' Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO


Musim pemilihan peringkat bahagian sedang rancak berjalan dan bermula di cawangan-cawangan. UMNO mengamalkan politik demokrasinya. Semua ahli berhak untuk memilih dan dipilih kepada mana-mana jawatan. Bagaimanapun perundingan bagi mengelak dari berlakunya pertandingan sangat dialu-alukan, melainkan bagi mereka yang bagaikan 'yu' yang menunggu 'jong' akan pecah.

Saya memerhati dilaman-laman media sosial. Bukan sedikit calon dan penyokongnya melakukan promosi bagi memenangi jawatan yang ingin ditandingi mereka. Malahan, laman media sosial menjelang PAU ini nampaknya lebih meriah dan hangat dari ketika PRU lalu. Cuma sesekali tertanya-tanya kenapa UMNO tidak semeriah ini ketika menentang pembangkang sewaktu PRU dulu?

Di UMNO Bahagian Maran, ada berlaku kekosongan jawatan Timbalan Ketua Bahagian apabila penyandangnya melangkah mengisi kekosongan jawatan Ketua Bahagian. Jawatan inilah yang jadi rebutan. ADUN Kuala Sentul yang juga EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia YB Dato' Shahaniza Shamsuddin ingin menawarkan diri. Namun ada pihak yang juga inginkan jawatan berkenaan memainkan isu gender....wanita tidak layak menjawat jawatan Timbalan Ketua.

Tidak ada dalam perlembagaan parti yang menyatakan jawatan Timbalan Ketua dan Ketua hanya boleh disandang oleh lelaki sahaja atau wanita tidak layak menyandang jawatan berkenaan. Justeru, jelaslah bahawa isu gender ini hanya mainan satu pihak yang ingin menang mudah dengan cara yang tidak terhormat sama sekali. Apakah ini satu lagi cara UMNO memecah-belahkan kekuatan UMNO sendiri? 

UMNO Maran akan rugi sekiranya tokoh muda seperti beliau tidak diberikan tanggungjawab dalam parti. Beliau dipercayai oleh pucuk pimpinan negeri dengan melantiknya sebagai Exco kerajaan, apakah UMNO Bahagian Maran pula masih meragui kemampuannya?

Kepada beliau dan penyokong-penyokongnya kita ucapkan syabas dan selamat berjuang dalam memastikan mencapai kejayaan. UMNO Maran pula mesti menilai seseorang calon berdasarkan keupayaannya. Sudah tentu wanita yang lebih berkemampuan akan lebih baik dari lelaki yang tidak berkebolehan. UMNO harus memberikan wanita hak yang sepatutnya mereka dapati bagi bersama menjamin keutuhan parti untuk terus relevan menjadi pejuang rakyat.....agama, bangsa dan negara.

Tidak ada diskriminasi dalam Wanita UMNO, jika calon (lelaki) yang ingin bertanding Timbalan Ketua Bahagian Maran berani, beliau juga boleh bertanding sebagai Ketua Wanita UMNO Maran... 

12 September, 2013

BERANIKAN HATI: MERAKYATKAN PERJUANGAN UMNO






1. Negara sebesar Mesir akhirnya ditumbangkan oleh rakyat melalui media sosial. Kita ketepikan soal untuk apa dan untuk siapa perjuangan itu, namun hakikatnya ianya adalah perjuangan rakyat.

2. Ghairah untuk dapat jadi pemimpin nombor satu negara (dia ini memang selalu dan kuat berghairah) maka Anu arr cuba menggerakkan perjuangannya dari bawah. Justeru banyaklah tunjuk-tunjuk perasaan dilakukan oleh pencacainya sama ada secara sedar mahupun secara tidak sedar. Sama ada oleh yang muda-muda bahkan yang tua-tua bangka juga. Tujuannya hanya satu, menjatuhkan kerajaan dan mengangkat 'peliwat' jadi pemimpin tanpa mengira berapa harganya, bahkan rela menggadaikan maruah bangsa dan agama.

3. Ketidakpuasanhati rakyat adalah kerana melihat pemimpin hanya berjuang untuk diri mereka sendiri serta kroni sahaja sedangkan nasib rakyat terbiar tanpa pembelaan. Kerana itulah dalam PRU12 rakyat menunjukkan kuasanya dengan mengundi pembangkang. Satu tanda protes bahawa kerajaan mampu digugat oleh kuasa rakyat.

4. Sedar akan harapan dan melihat ruang-ruang yang terbuka, maka Anu arr serta merta turun kebawah bersama rakyat biasa dan konon berjuang untuk mereka. Apakah rakyat lupa siapa Anu arr semasa beliau masih berkuasa? Kenapa apa yang ingin diperjuangkan kini tidak dilakukan pada masa dulu, semasa masih berkuasa?

5. DS Najib sedar apa yang berlaku sekelilingnya, namun beliau menerima kuasa ketika dalam keadaan politik negara yang kurang stabil. Desakan dari serata penjuru memaksanya untuk sangat berhati-hati. Beliau bukannya seorang yang penakut, namun sedar keberanian membabi-buta tidak juga akan mendatangkan apa-apa makna dan tidak memberikan kebaikan kepada sesiapa. Menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak! Tentu DS Najib juga ada rasa curiga dan was-was, siapa didalam saf yang jadi musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan?

6. UMNO mesti kembali kepada perjuangan asal. Pemimpin yang ada mesti menghayati perjuangan UMNO dahulu. Memperjuangkan rakyat dan masyarakat kampong dan pedalaman. Pemimpin mesti berada didalam lingkungan rakyat dan menjadi juara rakyat. Memperjuangkan kehendak rakyat dan terus-terusan berkhidmat untuk rakyat.

7. Pemimpin yang melupakan rakyat akan lambat-laun ditolak oleh rakyat. Pemimpin yang ingin naik dengan memberi rasuah akan tersungkur kerana rasuah juga. Rakyat sudah semakin cerdik, mereka mungkin mengambil namun belum tentu menyokong.

8. Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan PAU adalah gelanggang memilih pemimpin terbaik dan menyingkirkan yang yang lainnya. Inilah 'roh' transformasi UMNO sebenarnya. Ini jugalah peranan semua ahli untuk memastikan UMNO masih tetap relevan. Jika tidak, PRU14 akan menentukan bahawa sebuah sejarah akan tertulis bahawa: sebuah parti keramat bangsa Melayu telah berkubur kerana angkara pemimpin-pemimpinnya sendiri.

9. Beranikan Hati.....berjuang untuk rakyat. Jika bukan sekarang tidak mungkin pada bila-bila masa yang lain! 'Alba gu bra' - bahasa Scotland - cuba mencari terjemahan ke bahasa Inggeris melalui Samsung Translate tidak ditemui. Tapi jangan sesekali cuba menterjemah 'Alba gu bra' dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.......











11 September, 2013

# KALIMAH ALLAH: DARI JERANTUT KE PUTRAJAYA
















Demi pertahankan kalimah Allah dari turut digunakan oleh panganut agama lain maka berduyun-duyun pejuang agama Islam ke Putrajaya bagi memberikan sokongan dan mendengar keputusan oleh pihak mahkamah.

Demi maruah agama dan bangsa, kita datang dari jauh dan dekat, memohon dari Allah dan bermunajat agar kalimah Allah dan agama Allah tetap dipelihara. Tetapi dimanakah pejuang Pas bersembunyi? Dimana kecintaan mereka kepada agama Allah?

(Baca Sini) mengenai isu kalimah Allah dan kaitannya dengan Pluralisma. Bagaimanapun atas kepentingan peribadi dan politik ada kalangan orang Islam sendiri yang menyetujuinya (Baca Sini)

Bagaimanapun, keputusannya ditangguhkan sehingga Oktober depan. (Klik Sini). 


09 September, 2013

BROTHERHOOD.......

Kalau dah nampak macam dia, betullah tu dia...


Baru-baru ini, berpeluang bertemu kawan-kawan seperjuangan suatu ketika dulu. Kami menganggap pertemuan itu sebagai 're-union'. Antara yang hadir 'Apai', 'Sekupang Dua', 'Bumi Yang'....juga Pak Cik Haji 'Husin Lempoyang', 'Waadat', 'Belantan'..... Nama-nama besar malu nak sebut, nanti dikata ingin menumpang tuah atau mencari publisiti murah, namun mereka semua tetap sahabat dan saudara.

Teringat-ingat saat berjuang di media maya zaman dahulu, berperang di chatroll...berhubung hanya dengan Yahoo Mail. Kami tidak dilatih untuk berperang, tidak dibekalkan 'peluru' dan 'senjata', namun segalanya ikhlas dengan semangat 'brotherhood'. Selalu saya mohon bantuan Salim dan Azri jika terhimpit ketika diserang begitu juga sebaliknya.

Di perjumpaan ini kami membuat ketetapan bersama; Bahawa demi Agama, Bangsa dan Negara, parti dan Pemimpin jangan dicela. Kerana tanpa kita sedari sebenarnya kita hanya jadi alat pembangkang dan musuh negara.

Lihat, apakah pencacai pembangkang mencela pemimpin mereka sendiri selama ini? Walaupun sudah jelas, sudah terang lagi bersuluh memang individu yang menyerupai Anu arr itu adalah Anu arr sendiri ketika bersama 'cinadoll' dalam klip video yang disiarkan, namun mereka tetap bermati-matian menafikannya.

Lihat juga kes 'Stopa Spenda' yang memang jelas wajah dan suaranya, bahkan 'spendanya' sendiri pun sudah mengakui kebenarannya, namun pencacai pembangkang tetap menafikannya dan menuduh konon foto itu adalah kerja jahat UMNO serta menyiarkan foto 'super impose' mereka konon Pak Stopa sedang menebar roti canai sambil memakai 'singlet'. Demikian mereka sangup menutup kebenaran dan menipu untuk pertahankan pemimpin mereka.

Ostad Badrul Amin juga dipertahankan konon difitnah ketika sedang ber-kaunseling dengan seorang perempuan di bilik hotel jam 3 pagi. Pencacai Pembangkang melihat kebenaran namun tetap menafikannya tetapi dalam masa sama menuduh segala keburukan dilakukan oleh pemimpin kita. Yang buruk semua dipihak kita sedangkan yang baik semua. Kita semua salah dan mereka semua benar. Yang kita lakukan semua haram dan yang mereka lakukan semua halal. Apakah dosa semua untuk kita dan pahala semua untuk mereka?

Semoga selepas ini nanti, kita tidak lagi akan mencerca sesama sahabat sendiri, tidak akan mencalarkan imej pemimpin kita yang ibarat memberikan peluru kepada pihak lawan. Berikanlah kepercayaan kepada pemimpin kita untuk melakukan sesuatu yang baik dan nyata mereka sememangnya lebih baik dari pemimpin pembangkang. Kita jangan jadi pembakar kelambu.

Diharapkan pengiat media sosial kita lebih bijaksana. UMNO dan BN nyata lebih baik dari DAP dan PKR. Pemimpin UMNO BN nyata lebih baik dari mereka. Siapa yang lebih demokratik dan siapa pula yang mengamalkan kronism? Jangan kita dibutakan oleh pembohongan mereka.

Menjelang PAU, jangan ada yang jadi pencacai upahan memburukkan pemimpin parti hanya kerana 'sekupang dua kupang'....... Kita mesti utamakan perjuangan bangsa demi survival bangsa dan masa depan anak cucu kita.

05 September, 2013

A.SAMAD SAID - 'TUA KUTUK TAK SEDAR DIRI'.

Disaat rakyat jelata dipohon lebih cintakan negara, disaat itu juga 
Si Tua Kutuk ini diperkudakan untuk membenci negara



Akhirnya A.Samad Said aka Pak Jenglot ditahan pihak polis pada tengah malam beberapa hari lepas. Maka riuhlah pihak pembangkang menempelak polis yang kononnya tidak berperikemanusiaan. Anu arr pertikaikan kepada penahanannya ditengah malam? Soalnya kemana pula dia pergi pada siang hari? Bahkan pihak polis telahpun menawarkan agar Jenglot itu menyerah diri, tetapi kenapa diabaikan?

Pihak pembangkang mengambil kesempatan untuk merperlekehkan tindakan pihak polis. Rata-rata pemimpin pembangkang menghentam pihak polis. Bahkan Anu arr mendesak Zahid Hamidi memohon maaf atas tindakan pihak polis itu. (Baca Sini)

Hakikatnya adalah pembangkang ingin meperlihatkan kepada rakyat bahawa pihak kerajaan tidak langsung berwibawa. Sama ada agensi-agensi kerajaannya bahkan menteri-menterinya sendiri. Justeru kita ingin melihat semua para menteri agar komited dengan segala apa yang dilakukan, itupun setelah dipertimbangkan dengan hati-hati. Kita tidak ingin melihat ada menteri yang meludah dan menjilatnya kembali, tidak juga inginkan menteri yang mengucup keris dan memohon maaf apabila disesak.

Kerajaan sudah menangi PRU13 sama ada dengan sokongan semua atau tidak, sama ada dengan 2/3 atau tidak, kerajaan sudah diberikan mandat dan kuasanya. Tidak ada hati siapa atau kaum mana-mana lagi yang patut dijagai kerana menjelang PRU14 nanti yang hitam hatinya akan tetap hitam juga.

Dalam kes A. Samad Said, kita boleh hormati beliau sebagai seorang Sastrawan Negara, kita juga boleh mengasihani beliau untuk tidak bertindak 'terlalu' keras terhadapnya sebagai seorang 'Jenglot Tua Kutuk Tak sedar Diri', namun tindak tetap perlu diambil agar tidak dijadikan contoh dan ibarat dikemudian hari.

Kita 'tabik' kepada Zahid Hamidi atas ketegasan tindakan beliau selama ini. Pemimpin begini yang kita ingini dalam membantu DS Najib menerajui bahtera dalam melayari zaman. Pemimpin yang sentiasa tegas namun berhemah. Akhirnya kita teringat dan rindui zaman pentadbiran Tun Mahathir.


25 August, 2013

MEMPERKASAKAN UMNO?





[ Sebentar lagi saya akan menunaikan tanggungjawab sebagai ahli UMNO di peringkat cawangan. Saya pernah menyandang jawatan Ketua Pemuda di sebuah cawangan lain sebelum itu, juga terpilih sebagai AJK Pemuda Bahagian beberapa penggal. Menubuhkan UMNO cawangan sekarang ini ketika UMNO diharamkan di zaman Tun Mahathir dulu. Menjadi ketuanya, namun melepaskannya  atas alasan bertugas diluar kawasan. Kini saya kembali untuk melihat perbezaan UMNO dahulu dan sekarang yang dikatakan semakin lemah. Saya bercadang untuk berucap dalam ucapan penangguhan nanti dan post ini adalah sebahagian dari intipatinya. ]

( Kepada Presiden UMNO, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri-Negeri, Ketua UMNO Bahagian-Bahagian dan Ketua-Ketua UMNO Cawangan-Cawangan serta seluruh Ahli-Ahli UMNO. ) 

Setelah beberapa lama PAU (Perhimpunan Agung UMNO) ditangguhkan dengan alasan menstabilkan parti dan memberi laluan kepada PRU13, maka kini kita sedang mendepaninya juga. Sama ada demokrasi akan tetap subur didalam UMNO atau sebaliknya, Persidangan Cawangan dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian tetap akan diadakan bagi menunaikan tanggung jawab dan mematuhi perlembagaan pertubuhan.

Sepatutnya sudah tidak berlaku perpecahan didalam parti kerana perebutan untuk jadi wakil rakyat sudahpun berlalu tinggal lagi hanya mengisi jawatan didalam parti. Namun sentiasa ada didalam fikiran kita bahawa pemimpin tertinggi parti di peringkat bahagian akan dicalonkan sebagai wakil rakyat, justeru berlakunya perebutan mengisi jawatan-jawatan tertinggi parti dengan harapan akan diperhatikan sebagai calon wakil rakyat DUN atau pun Parlimen.

Bagaimanapun prosesnya sudah bermula dari bawah lagi, dari peringkat cawangan pemimpin tertinggi sudah mencaturkan dan menentukan siapakah yang akan jadi perwakilan ke bahagian dan seterusnya akan mengundi bagi menentukan kepimpinan bahagian. Disinilah bermulanya politik wang (sebutan yang lebih mulia berbanding rasuah politik) dimana para perwakilan dibayar bagi mendapatkan undi dan menentukan kemenangan seseorang ataupun sekumpulan mereka. Disinilah perpecahan dalam UMNO bermula dimana diperingkat cawangan ada yang disisih demi memastikan orang tertentu yang akan mengundi di peringkat bahagian.

Kerana itu jugalah maka pada kali ini dilakukan perubahan bagi menentukan kepimpinan di peringkat bahagian dengan membuka lebih banyak peluang perwakilan ke bahagian. Jika ada yang ingin berjual beli undi tentunya mereka perlukan dana yang besar untuk membeli semua undi dari sesebuah cawangan. Tujuannya untuk menghalang berlakunya ‘rasuah politik’. Apakah benar-benar mampu ‘rasuah politik’ ini dihapuskan?

Dengan berfikir bahawa menjadi Ketua Bahagian, atau Timbalan, atau Naib-Naib Ketua Bahagian akan membuka peluang lebih besar bagi kita untuk terpilih menjadi wakil rakyat telah membuatkan berlakunya politiking dan perebutan kuasa didalam UMNO. Maka wujudlah kem-kem bagi membantu calon-calon tertentu bermula dari peringkat cawangan lagi. Maka berlakulah penyisihan ahli-ahli di cawangan bagi memastikan undi dan suara mereka dapat menentukan jawatan orang-orang tertentu. Dalam masa sama UMNO telah menutup peluang orang lain untuk sama berbakti dan natijahnya adalah UMNO semakin berpecah-pecah dan menjadi sebuah parti yang tidak lagi dominan. Akibatnya BN kehilangan banyak kerusi kepada pembangkang dalam PRU13 lalu. (Boleh diperbincangkan lagi)

UMNO sepatutnya lebih terbuka dalam segi keahlian. Di peringkat cawangan juga keahlian harus diperbanyakkan lagi dengan mengambil ahli-ahli baru terutama golongan muda. Namun apabila itu tidak berlaku maka golongan muda akan lebih cenderung menyokong pembangkang. Kerajaan Pahang sebelum ini hanya kalah 4 kerusi kepada pembangkang namun dalam PRU13 lalu kehilangan kerusi telah meningkat kepada 12. Tidak mustahil dalam PRU14 nanti UMNO BN akan dikalahkan jika kita gagal mengubah sikap dan cara kita berfikir.

Pemimpin di peringkat cawangan perlu lebih adil dan telus serta jujur melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Berani menghadapi kenyataan bahawa jawatan dalam parti bukanlah satu anugerah dan hak, tetapi adalah satu bebanan dan tanggungjawab. Harapan Presiden UMNO sangat besar dan cawangan-cawanganlah kekuatan sebenar parti, justeru perubahan mesti dimulakan disini bagi menentukan kuasa akan terus berada ditangan kita. Jika tidak, tidak mustahil teori RAHMAN akan jadi kenyataan dan DS Najib adalah pemimpin UMNO dan Melayu terakhir yang jadi PM Malaysia.

Kita mesti akui bahawa kecenderungan golongan muda untuk menyertai pembangkang semakin tinggi. Demikian juga dengan golongan profesional serta penjawat awam yang merasakan selama ini disisihkan oleh parti yang mengamalkan sistem pengekangan kuasa.

Di media sosial, pembangkang lebih bijak menggunakan dan mengambil kesempatan. Jentera perang siber mereka lebih tersusun dan mantap dan nyata mereka lebih menguasai media sosial sama ada blog, facebook, tweeter serta youtube dan sebagainya. Mereka sentiasa dihadapan kerana pemimpin mereka sentiasa ingin berada dihadapan. Sedangkan pemimpin kita pula memusuhi media sosial dan menganggapnya tidak penting sama sekali.

 Ada dikalangan pemimpin kita yang semasa menghadapi PRU13 lalu senyap sunyi apabila berhadapan dengan media sosial pembangkang namun menjelang PAU sudah tampil hebat dan kelihatan gagah untuk ‘bunuh membunuh’ sesama sendiri. Musuh sebenar kita bukanlah sesama UMNO. Tidak juga sesama sebangsa. Kelangsungan kekuasaan dan ketuanan bangsa Melayu terletak ditangan kita sendiri, di tangan ahli-ahli UMNO yang bersidang pada hari ini, yang bilangannya semakin mengecil dan menghadapi kehilangan kuasa jika kita sendiri tidak mampu melakukan sesuatu untuk memperkasakan UMNO semula.

Saya pernah satu ketika menawarkan diri sebagai wakil ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian namun saya dihalang atau tidak diberikan peluang bahkan dianggap sebagai orang luar namun hakikatnya adalah kerana kronism ataupun kem-kem dalam parti. Tidak hairanlah UMNO akan semakin mengecil dan tidak lagi relevan kerana adanya pemimpin-pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri.

Pagi tadi saya mendapat maklumat bahawa di sebuah cawangan UMNO, persidangan sayap wanita dan pemudanya telah dilangsungkan tanpa pengetahuan Ketua Cawangan dan AJK Cawangan berkenaan bagi menaikkan orang-orang tertentu. Inilah sikap buruk ahli yang sanggup memperkosakan UMNO.

Kepada pemimpin-pemimpin UMNO semua. Sedari diri sendiri. Jika merasakan kita tidak mampu lagi menjadi nakhoda atau UMNO semakin tidak kuat dibawah kita, atau akan jadi lebih gagah dibawah orang lain, maka kita perlu berundur. Jangan biarkan UMNO musnah ditangan kita. Kepimpinan bukanlah hak, tetapi tanggungjawab. Kalau tidak mampu perkasakan UMNO, jangan sesekali UMNO diperkosa, atau membiarkan ianya jadi perkasam.