30 January, 2009

PILIH PAS KERANA ISLAM?


Saya teringat satu peristiwa yang benar-benar berlaku lebih empat tahun lalu, selepas PRU11. Saya catatkan disini tanpa membuat apa-apa perubahan yang ketara dan saya juga tidak memberikan apa-apa ulasan mengenainya. Saya hanya akan membiarkan saudara semua membuat penilaian sendiri.


Pada suatu pagi saya bertemu seorang 'Pak Aji' disebuah gerai minuman berhampiran perhentian bas Jerantut. Katanya dia datang dari Kg. Damak. Entah macam mana kami bercakap mengenai politik lalu terkeluarlah kata-kata/dialog begini;

Pak Aji: Politik dan Islam tak boleh dipisahkan....
Saya: Tapi zaman nabi dulu tak ada pun parti politik, tak ada pun parti PAS Islam juga.
Pak Aji: ?..........//
Saya: Di negara-negara Arab tak ada parti PAS tapi mereka Islam.,...
Pak Aji: ?..........//...
Saya: xx???@#$...
Pak Aji: Undi PAS masuk syurga....
Saya: (Nak elakkan pertelingkahan).. Saya pilihanraya dulu tak mengundi pun.
Pak Aji: Tak mengundi tak boleh, berdosa.
Saya: Kalau saya nak mengundi, siapa yang saya nak kena undi?
Pak Aji: Undi PAS lah, parti Islam.
Saya: Kalau saya undi DAP?
Pak Aji: Tak boleh berdosa. DAP parti kafir.
Saya: Tak apalah. Nanti kalau saya nak masuk Islam, saya akan undi PAS.

28 January, 2009

Apakah kita betul dan membuat pilihan yang betul?

Masadepan yang samar


Dalam pilihanraya UMUM yang lalu dan pilihan-pilihan raya kecil berikutnya kita (majoriti rakyat/pengundi) telah menolak UMNO/BN dan memilih pembangkang. Berbagai alasan diberikan untuk menolak UMNO/BN.

Soalnya apakah pilihan kita itu betul? Apakah yang kita pilih itu betul-betul boleh mambawa perubahan positif kepada rakyat keseluruhannya berbanding dengan kerajaan sedia ada? Apakah ianya lebih baik atau hanya lebih kurang sama dan bahkan mungkin lebih buruk dari yang ada ketika ini? Memilih kerajaan bukan hanya mengikut perasaan. Bukan kerana marahkan UMNO maka kita sokong PKR/PAS kerana apa yang akan kita terima selepas itu mungkin akan memberikan kesan yang sangat mendalam dan jika pilihan kita silap maka generasi akan datang akan mengutuk kita sepanjang hayat.

Apa lebihnya PKR/PAS/DAP (Pakatan Pembangkang) dalam pentadbiran jika kita ambil contoh dari beberapa kerajaan negeri. Yang kita nampak ketika ini hanyalah ketidak seimbangan,kekalutan dan beberapa penyelewangan. Yang kita tidak mahu didalam UMNO/BN juga ada dalam Pakatan Pembangkang, lalu apakah perbezaan antara keduanya?

Kita bimbang bahawa kita telah terpedaya oleh Pakatan Pembangkan untuk memilih mereka yang menawarkan kelainan dan perubahan yang positif namun apabila mereka berkuasa kita dapati mereka pun sama dengan apa yang kita tolak. Tidakkah kita tertipu dan terpedaya oleh mereka yang hanya bercita-cita untuk mendapatkan kuasa. Apakah perubahan yang kita rasakan dari pemerintahan yang satu ini ketika ini?

Pada setengah-tengah keadaan, mereka memberikan alasan bahawa mereka tidak mendapat mandat sepenuhnya untuk mengubah keadaan, lalu mereka perlukan lebih mandat dari rakyat. Jikapun mereka mendapatnya apakah mereka dapat mengubah? Orang-orang politik ini, mulutnya sangat manis dan lidahnya sangat lembut. Wajahnya juga berbeza-beza dan boleh berubah-ubah dari pakar ekonomi kepada tokoh agama, dari para cendikiawan kepada tokoh pembela masyarakat, yang nyatanya dalam diam mereka bercita-cita sulit jadi tokoh korporat.

Apa yang harus kita risaukan adalah; apakah yang akan kita dapat dan apakah yang akan kita hilang kelak apabila perubahan yang kita inginkan tidak menjadi kenyataan.

23 January, 2009

MELAYU APA JADI?


Selepas PRU 12, UMNO/BN tewas - apa Jadi?
5 Negeri ditawan pembangkang - apa jadi?
Pak Lah kata nak adakan post-mortem - apa jadi?
PRK 044 & PRK P036 UMNO/BN kalah lagi - apa jadi?
Kata nak adakan post-mortem lagi - apa jadi?

PAS, PKR & DAP perintah negeri pun kacau bilau - apa jadi?
Selangor jadi Kandang Babi moden terbesar - apa jadi?
Perak bagi cina tanah 999 tahun tetapi melayu habuk pun tak ada - apa jadi?
PAS Perak ikut telunjuk DAP - apa jadi?
Kedah bawah PAS pun nak buka Ladang Babi juga - apa jadi?
P.Pinang untuk selamanya BN tak mampu dapat semula dan melayu akan terpinggir - apa akan jadi?

Malaysiaku, melayu sesama melayu bercakaran
Cina dan india kaut keuntungan - bangsa melayu apa akan jadi?
'Bahtera Merdeka' akan jadi 'Bahtera Karam' dan tenggelam - apa jadi?
Politik melayu diperbodohkan - melayu apa jadi?

Seseketika, patut kita renungi apa akan jadi pada nasib bangsa kita akan datang.

17 January, 2009

TERKINI: PRK P036 - PAS MENANG MAJORITI LEBIH 2000




8.15pm - Berita tak resmi dari Kuala Terengganu menyatakan bahawa PAS telah memenangi PRK P036 dengan majoriti undi lebih dari 2000 undi.

Kita ucapkan tahniah kepada yang menang dan ini tanda bahawa demokrasi tetap subur di
Malaysia. Bagaimanapun, kita tunggu keputusan resmi yang akan disampaikan tidak lama lagi.

ESOK YANG CEMERLANG

BN dijangka dapat kekalkan kerusi parlimen KT esok


DS Najib TPM - Jeneral membawa kemenangan BN


PRK P036 belum lagi berakhir namun dari riak dan gelombang yang dirasakan kita sangat yakin bahawa UMNO/BN akan memenangi pilihanraya kecil kali ini. Majoriti bukan ukuran. Yang penting bagi BN adalah pengekalan kuasa bagi kesinambungan dan maruah serta bukti bahawa BN masih releven dan diterima rakyat khususnya di negeri Terengganu.

Beberapa hari di Kuala Terengganu, menyaksikan kemeriahan kempen dan gerak kerja petugas-petugas sangat memberangsangkan. Jentera dari negeri Pahang adalah diantara jentera yang banyak mendapat pujian ramai. Umum sangat maklum bahawa pertandingan ini juga adalah pertandingan yang melibatkan Pahang dimana pengerusi kempen pilihanrayanya adalah DS Najib sendiri. Perhubungan UMNO Negeri Pahang tidak rela menerima kekalahan yang mana akan mencacatkan imej DS Najib.

Walaupun pengundian hanya akan bermula pagi esok, namun saya rasa BN sudah boleh tidur lena dan menunggu saja keputusan diumumkan pada sebelah malamnya. Kehadiran pasukan keselamatan yang ramai di Kuala Terengganu menyakinkan semua bahawa tidak akan ada apa-apa yang tidak diingini akan berlaku. Kita juga dapat rasakan perbezaan diantara kempen pilihanraya P036 yang tenang dan dakam suasana harmoni berbanding P044 yang penuh dengan kekerasan.

Sama-samalah kita doakan agar BN mencapai kemenangan yang cemerlang bagi membuktikan bahawa rakyat khususnya rakyat negeri Terengganu masih menaruh harapan kepada BN dan menaruh kepercayaan kepada DS Najib serta menerima pelan peralihan kuasa yang dirancang.
Semoga hari esok akan lebih cemerlang dari hari ini dan semalam.


losong dt.amar,
wkf mempelam

16 January, 2009

KELUO BULATANG MASOK BARISANG.

esok hari raye. hari kite pilihang raye


kite semua pakak gi ngundi


jangang takuk pengundi antu



semua dah kena debik termasuk mat sabu


hj hadi doh susoh hati,
kena mintok tolong pade ulamak kit seang la lagu ning



nok tahang bas doh tok berani lagi



kaloh lah kite kali ning

ape lagi nok tipu penggundi


pakatang pung doh ... lari litang pukang sapai telanjang


kite keluo BULATANG dang masuk BARISANG




Kali ini PAS kurang yaking akang menang. PAS berhadapang dengang kekalahang yang akang memalukang. PAS dok lagi dapat harapkang pengundi hantu untuk membantu seperti sekala kerana SPR telah perketatkang peraturang. PAS dok dapat lakukang keganasang kerana ade rama pasukang keselamatang. PAS doh dok rok dang dalang ketakutang.

Buak ape susohnye. KELUO BULATANG dang MASOK BARISANG.


Dari laporang wartawang kite yang siang malang berada ke Wakaf Mempelang
bh



14 January, 2009

TOLAK PAS - PARTI MILITAN DAN MENYOKONG KEGANASAN



PAS KE ARAH MILITAN DAN KEGANASAN




(Puak Militia Di Sebuah Negara Lain)
Penyokong Fanatik PAS akan Jadi begini Kelak Jika Tidak Disekat


Bibit Yang Di Semai PAS



Menahan Bas Dan Merampas Kad Pengenalan - Anak Pemimpin PAS Terlibat


PAS telah berubah. PAS telah jauh berubah berbanding dahulu ketika ia mula tertubuh. Ketika PAS mula dibentuk sebaik saja keluar dari UMNO. Rakyat tidak sedar bahawa parti ini ditubuhkan apabila pemimpin PAS yang kecewa dengan kekalahan Ahmad Fuad ketika bertanding dengan Onn Jaafar dalam merebut jawatan Presiden Perikatan lalu keluar menubuhkan PAS.

Dahulu PAS adalah sebahagian dari Perikatan atau sekarang dikenali sebagai Barisan Nasional. Pemimpin PAS adalah terdiri daripada orang-orang yang kecewa, yang inginkan pangkat dan kuasa tetapi tidak berjaya dalam pertandingan lalu keluar dan menubuhkan PAS. Nawaitu penubuhan PAS memang tidak jujur kerana cuma ingin merebut pangkat dan jawatan dan bukan untuk membela agama, bangsa dan negara sepertimana UMNO yang bermatian berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan bagi anak bangsa dan negara. Perjuangan UMNO lebih tulus dan ikhlas iaitu ingin membela agama, bangsa dan negara dari dosa penjajahan.

Perlembagaan awal PAS hanya mengariskan empat tujuan iaitu:

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

Namun kini PAS adalah parti penghasut. Ceramah PAS adalah bermotifkan politik yang diselitkan agama. Agama digunakan sebagai batu loncatan untuk menarik penyokong fanatik kepada PAS. Ini menyebabkan ramai orang tertarik untuk mendengarnya. Jika hanya ceramah agama semata-mata, orang ramai boleh ke surau atau masjid untuk mendengarnya, tetapi kini ramai juga khatib di masjid yang memberi khutbah atau ceramah bermotifkan politik dan bukannya agama. Jadi, masjid sekarang digunakan sebagai pusat penyebaran dakyah dan bukannya pusat penyebaran ilmu dan agama. Ceramah PAS yang penuh dengan maki-hamun membuktikan ramai orang gemar mendengar perkara-perkara yang tidak elok didengar kerana syaitan seolah-olah menghasut mereka menjadi lebih lupa daratan.
(Silabaca disini)


Malahan akhir-akhir ini PAS bertindak lebih agresif. Menyedari bahawa setelah sekian lama berjuang mereka masih gagal mendapat sokongan penuh rakyat maka mereka merangka strategi baru – iaitu menakut-nakutkan rakyat. Kerana itu kebelakangan ini kita dapati banyak sekali berlaku rusuhan dan tunjuk perasaan yang dianjurkan atau didalangi oleh PAS. Setiap kali tiba pilihanraya umum atau kecil akan ada kekecohan berlaku.

Namun PAS bijak dengan dengan provokasinya lebih dahulu menuduh bahawa UMNO/BN atau kerajaan merancang atau melakukan sesuatu keadaan yang tidak tenteram lalu mereka melakukannya dengan alasan bahawa mereka hanya mempertahankan. Perbuatan mereka ini tidak ubah seperti perlakuan Yahudi Zionist keatas Palestin – menuduh Palestin mengancam mereka dengan serangan mortar atau bahkan dengan balingan batu-batu yang hanya mencederakan tersangat sedikit rakyat Israel lalu mereka mengambil tindakan menyerang dengan peluru berpandu dengan alasan mempertahankan diri yang membunuh beribu-ribu rakyat Palestin.

PAS dilihat kearah membentuk sebuat parti yang bercorak militant. Ada antara anak-anak pemimpin mereka yang mendapat didikan dinegara-negara yang dikuasai oleh puak militant dan apabila kembali cuba menerapkan cirri-ciri tersebut bagi memastikan kejayaan PAS mendapatkan kuasa pemerintahan.

Jika kita masih tidak lupa, pada pilihanraya yang lalu anak seorang tokoh PAS telah menahan beberapa buah bas yang membawa penumpang dan merampas kad-kad pengenalan penumpang bas berkenaan dengan alasan bahawa mereka adalah suspek pengundi-pengundi hantu yang dibawa masuk untuk membantu UMNO/BN.

Rakyat mahukan keamanan dan keharmonian.Oleh itu rakyat harus membantu kerajaan mengekang keganasan dengan tidak membiarkan PAS berterusan melakukan kekerasan. Segalanya harus dilakukan dari awal. Bak kata ‘Api - semasa kecil menjadi kawan, setelah besar menjdi lawan’ Menyokong PAS samalah dengan menyokong melakukan keganasan. Susah hendak kita nafikan segalanya itu kerana kita sangat sedari bahawa dari sekecil-kecilnya PAS sering saja menanam bibit-bibit kebencaian. Dalam setiap ceramahnya mana ada yang bebas dari maki hamun? Cacian dan makian adalah jiwa dan rohani pemimpin-pemimpin PAS. Di surau-surau dan masjid, tanpa segan silu dan rasa berdosa, PAS akan memaki hamun sesiapa saja. Apakah ini ajaran Islam yang tulin? Beginikah Islam di zaman Rasulallah?

Telah banyak diperkatakan tentang ketidakjujuran PAS. Mereka yang memulakan perpecahan dengan memulakan sembahayang dua Imam. Mereka yang menjatuhkan hokum sembahayang yang di Imamkan oleh UMNO tidak sah, sembelihan orang UMNO tidak sah. Setiap apa yang kerajaan/UMNO/BN buat adalah haram dan tidak sah. Tapi dalam masa yang sama mereka melakukan perkara serupa. Surau dan masjid yang dibina menjadi markas dan pusat tarbiah mereka. Tidak haram dan tidak berdosa. Itulah wajah PAS sebenarnya.

Justru, dalam pilihanraya kecil P036 ini, tolaklah PAS kerana mengundi PAS bererti menyokong militant,bererti menyokong keganasan. Kita masih Islam walau tanpa PAS seperti di Negara-negara lain; Indonesia, Pakistan, Iran dan lain-lain Negara Arab. Tidak berdosa kita jika tidak mengundi PAS. (Baca disini) Kenapa perlu undi UMNO di PRK P036 nanti



HADIAH KEMPEN PILIHANRAYA P036 (Sila klik)

pas mudah lupa-segalanya kerana mabuk kuasa
http://www.pilihanrayakini.com/

wahid pas parti harapan kosong
http://ramlyotai.blogspot.com/2009/01/wahid-pas-parti-harapan-kosong.html

karpal singh sanggah sikap bermuka pas
http://ramlyotai.blogspot.com/2009/01/wahid-pas-parti-harapan-kosong.html

hudud pas berbanding hudud Allah
http://www.isuhot.com//modules.php?name=News&file=article&sid=715

pas mula tidak percaya kepada anwar
http://taipingmali.blogspot.com/2009/01/pas-mula-tidak-percaya-kepada-anwar.html

pas dimata anwar
http://lahabau.blogspot.com/2009/01/pas-di-mata-anwar.html


Nota:
Kepada semua jentera pilihanraya UMNO/BN yang memberikan khidmat pada PRK P036, semuanya diucapkan terima kasih. Khidmat bakti anda adalah satu perjuangan yang suci. Terutama kepada jentera Pahang dan pemimpin-pemimpinnya, tahniah diucapkan kerana khidmat cemerlang dan mengharumkan nama negeri Pahang.

Pada 25.3.1894 – Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau bertemu Tok Ku Paloh ketika mereka berlindung di Kg. Seberang Engku Ngah, Kuala Terengganu. Tok Ku Paloh mengumpul 100 orang dari Besut, Terengganu dan Hulu Lebir, Kelantan bagi membantu pejuang.

Ini masanya untuk cucu-cicit Pahlawan-pahlawan Pahang dahulu membalas budi Tok Ku Paloh dan orang-orang Terengganu. Kerana itu juga Pahang memilih Paloh sebagai perkampongan Pahang sepanjang pilihanraya kecil ini.

12 January, 2009

MENGUNDI PAS MENYOKONG KEMUNGKARAN



Ulamak sesama ulamak:
DAP bukan kafir, jadi bolehlah berpeluk cium dengan mereka.


DAP tak setuju HUDUD tak apa. DAP nak ternak babi banyak-banyakpun tak apa.


Surah Al-An'aam (ayat 67)

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya".


Kehangatan Perang Saraf Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu (P036) semakin hangat. Biarpun ianya bukanlah penting sangat kerana ianya tidak akan mengubah apa-apa kedudukan kerajaan negeri Terengganu sama ada UMNO/BN atau PAS yang menang. Tun Dr. Mahathir turut menyatakan demikian di blog beliau. (Sila klik disini)
http://chedet.co.cc/cgi-bin/mt4/mt-tb.cgi/5

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kedua-dua pihak berhempas-pulas dan bermati-matian untuk memenanginya, dan sudah tentulah perbelanjaan yang dikeluarkan bukanlah sedikit. Saya nyatakan kedua-dua pihak! Pihak pembangkang telah memainkan isu peruntukan pembangunan yang dibelanjakan sebagai umpan memancing undi, Apakah pihak PAS tidak berbelanja semasa kempen pilihanraya ini? Cuma bezanya adalah PAS tidak mampu berbelanja besar ketika ini kerana PAS bukanlah parti memerintah, tetapi apakah anda lupa beberapa tahu lalu ketika PAS parti memerintah Terengganu, apakah PAS tidak berbelanja besar? Apakah PAS tidak janjikan rakyat pembangunan?

Bijaknya PAS adalah dapat mempengaruhi orang-orang kampong dengan bertopengkan agama. Dengan berketayap dan berserban, didalam masjid dan surau-surau mereka tidak segan-silu memaki hamun pemimpin pemerintah dengan diselang-seli ayat-ayat Quran. Tidak cukup dengan itu, PAS bertindak lebih ganas dengan menganjurkan tunjuk-tunjuk perasaan. Bahkan, bersikap seakan militant apabila menahan dan merampas kad-kad pengenalan penumpang-penumpang bas yang disangka mereka membawa pengundi hantu. Nasib menyebelahi mereka dan mereka menang di kawasan dimana Hj. Hadi bertanding lalu isu pengundi hantu pun tenggelam, jika tidak tentu mereka akan mengatakan bahawa Hj. Hadi kalah kerana adanya pengundi hantu. Kita telah faham bahawa sikap begitulah terjemahan sikap PAS – mereka akan menyalahkan jika kalah tetapi jika memihak kepada mereka maka mereka mendiamkan diri. (baca sini apa kata Ulamak)

Kita juga menaruh bimbang jika sekali lagi PAS akan bersikap agresif dengan membuatkan keadaan tidak tenteram kemudian mereka langsung menuduh UMNO/BN atau pun setidak-tidaknya Polis yang sengaja menimbulkan rusuhan. Inilah sikap PAS, bukanlah setakat baling batu sembunyi tangan malahan baling batu dan menuduh orang lain yang membalingnya. Jangan tertiupu denga kopiah dan serban mereka kerana PAS kini bukan PAS dahulu lagi. PAS kini adalah PAS yang telah meninggalkan lunas-lunas perjuangannya dahulu. Kerana itu kita lihat kebelakangan ini siapakah yang menganggotai PAS? Bukan lagi mereka yang benar-benar dari kalangan ulamak tetapi kebanyakan adalah dari kalangan orang-orang yang ingin mencapai tujuan tetapi gagal didalam UMNO lalu menjadikan PAS sebagai kuda tunganggannya.

Penyokong-penyokong PAS dikampong-kampong lebih buruk sikapnya. Sikap yang telah diajarkan oleh pemimpin-pemimpin mereka – “BN bui pitih ambik, undi bui PAS”. Kerana itu setiap kali apabila ada bantuan pembangunan yang kerajaan berikan maka mereka inilah yang terlebih dahulu menutut untuk mendapatkannya tetapi dibelakang merekalah yang mencaci kerajaan. Inilah sikap ahli-ahli PAS yang diajarkan oleh para ulamak mereka. Sikap penyokong dan ahli PAS memang fanatik kepada pemimpin dan parti. Setiap isu yang dimainkan oleh pemimpin akan mereka terima bulat-bulat dan mereka seakan sudah tidak mampu berfikir lagi bagi mencari kebenaran diatas kebohongan pemimpin yang mereka gelar ulamak itu.

Jika kita masih ingat, satu isu yang sudah lapok iaitu ; Kerajaan yang dipimpin UMNO adalah kerajaan kafir kerana berkerjasama dengan kaum kafir iaitu MCA,MIC dan lain-lain. Kemudiaannya PAS bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menolak hukum hudud yang PAS cadangkan tetapi mengapa mereka tidak menganggap diri mereka kafir? Sebenarnya PAS lah yang kafir kerana mengkhafirkan UMNO dan berkerjasama dengan DAP. Mengundi PAS adalah mengundi untuk bersubahat dengan kemungkaran dan munafik. Kita berharap generasi baru kini akan lebih bijak dalam berpolitik. PAS bukanlah Islam dan Islam bukanlah PAS. PAS bukan parti yang Allah wahyukan. Di Negara-negara arab, Iraq dan Iran tiada parti PAS tetapi mereka juga adalah Negara yang memartabatkan agama Islam.

Selagi kita membenarkan dikelirukan oleh mereka yang kita anggap sebagai ulamak politik ini selagi itulah kita akan terpedaya dengan helah politik mereka. Ayat yang sering mereka gunakan adalah; Politik dan Agama tak dapat dipisahkan - sedangkan ia sebenarnya adalah dua perkara yang nyata berbeza - melainkan bagi mereka yang memang berniat untuk mempolitikkan Agama.

Kita berharap pengundi-pengundi di P036 Kuala Terengganu akan membuat pilihan yang bijak kali ini. Pilihannya tidak banyak; yang penting ialah ianya bukanlah PAS kerana PAS tidak akan dapat memberikan kebaikan samaada dunia ataupun akhirat kepada kita, jika bukan UMNO/BN berikan sahaja undi kepada bebas – itu adalah lebih baik daripada memberikan undi kepada PAS yang telah nyata bukanlah parti yang berpegang pada janji.


Syabas dan tahniah kepada jentera Pahang yang gah diperkatakan sebagai yang terbaik setakat ini, terutama sekali Bahagian Temerloh dan Maran. Bahagian Jerantut juga - syabas kepada ketua wanitanya yang baru yang nampak bersemangat dan bertanggungjawab. Keseluruhannya kepada Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Pahang yang mampu memonitorkan jentera dengan baik sekali. Tak lupa negeri-negeri lain juga yang bersama-sama berusaha mencapai satu tujuan murni. Pujian juga kepada Puteri UMNO Bahagian Gua Musang yang nampak bersungguh-sungguh dan gigih. Semoga kita akan beroleh kejayaan dan kemenangan - Amin!


AWAS PENGUNDI HANTU PAS

Awas Pengundi Hantu PAS Yang Sedang Berkeliaran Di Kuala Terengganu
PDO kata ini hantu UMNO, sebenarnya ini adalah hantu2 PAS dan PKR


Pengundi-Pengundi Hantu Akan Menyusup Semasa Ulamak Politik Mereka Berceramah


Awas pengundi-pengundi hantu PAS! Awal lagi sebelum penamaan calon pengundi-pengundi hantu PAS telah dibawa masuk ke Terengganu. Perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit. Mereka-mereka ini telah berkampong disurau-surau dan masjid-masjid diserata kampong disekitar parlimen Kuala Terengganu bagi membantu calon mereka kelak. Pihak BN dan kerajaan serta pasukan keselamatan disarankan supaya memerhatikan gerak geri mereka ini. Kerana itu lah ‘Pahang Daily Online’ lebih awal mengambil tindakan menyebarkan fitnah dengan mendakwa BN akan membawa ramai pengundi hantu. Ini adalah taktik untuk melindungi perbuatan mereka itu yang telah diketahui.

Kemana sahaja kita pergi sekitar Kuala Terengganu kita akan temui wajah-wajah yang bukan dari kalangan orang tempatan tetapi mereka adalah orang-orang PAS yang telah lama datang untuk membantu calon mereka dalam pilihanraya akan datang.

Jika kita masih ingat peristiwa dimana anak Hj Hadi telah menahan beberapa buah bas di Rusila dan merampas kad pengenalan penumpangnya kerana menyangka mereka adalah pengundi hantu BN tetapi sebenarnya merke adalah pengundi hantu yang dibawa untuk membantu PAS dalam pilihanraya yang lalu. Jangan hairan dengan sikap orang-orang PAS ini. Mereka yang membaling batu dan menyembunyi tangan bahkan mereka membaling batu kemudian menuduh orang lain yang melakukan demikian. Inilah sifat hipokrit pemimpin-pemimpin PAS yang telah lama kita ketahui.

Justru, jangan hairan jika kali ini pun mereka akan menuduh UMNO membawa pengundi hantu sedangkan merekalah yang melakukan demikian. Mereka sangat licik menutup perbuatan buruk mereka itu. Kita menyeru agar pihak pasukan keselamatan dan SPR lebih waspada dalam menangani masalah tersebut.

Terbaru,pemimpin tertinggi PAS Datuk Mustafa Ali membuat aduan kepada TV3 tentang adanya kenderaan yang disyakki membawa pengundi hantu namun kebaculannya membuatkan beliau tidak berani membuat laporan polis. Umum tahu bahawa ini adalah laporan yang tidak berasas, jika adapun pengundi hantu - ianya adalah pengundi hantu yang dibawa masuk oleh PAS sendiri. Kita tahu ini adalah taktik PAS untuk melindungi perbuatan mereka dengan menuduh orang lain. Kita melihat perbuatan PAS ini adalah satu perbuatan yang tidak bermaruah dan biadab.




MENJELANG HARI MENGUNDI DI KT


Kempen PRK P.036 semakin hangat dirasakan. Bahangnya terasakan sampai disini. Berbagai cerita yang kita dengar. Berbagai-bagai …lucu, sedih, suka, duka. PAS yakin akan menang. UMNO/BN pun yakin akan menang. Calon bebas juga yakin akan menang. Menang, menang dan menang.

Kita alihkan perhatian seketika. Tidak focus kepada pilihanraya secara langsung tetapi apa yang juga ada hubungkait dengannya. Tentang calon, penamaan calon dan lebih awal sebelum segalanya bermula.


PL sentiasa jadikan citarasanya sebagai kayu ukuran bukan jadikan citarasa rakyat sebagai garis panduan. (baca seterusnya disini)

TDM bijak mengambil kesempatan. Kerana itu apabila ada saja suara resah gelisah rakyat, TDM yang mendengar langsung menyuarakannya. TDM menjadikannya sebagai sebahagian dari rakyat yang membuatkan rakyat selesa dengan adanya seorang pejuang diantaranya. (baca seterusnya disini)

10 January, 2009

PRK P036, UNDILAH PAS KERANA ….

Poster dipinjam dari blog Master Dedah - klik untuk ke blog DEDAH


  • PAS parti Islam, tiada PAS tiada Islam di Malaysia
  • PAS perjuangkan perlaksanaan hukum HUDUD
  • Undi PAS akan dapat pahala dan masuk syurga
  • Undi UMNO berdosa dan masuk neraka
  • PAS mengkhafirkan parti UMNO kerana bersekongkol dengan parti orang-orang kafir seperti MCA dan MIC
  • PAS kearah membentuk negara kebajikan, kerana itu setiap ceramah diadakan derma akan dipungut untuk kebajikan pemimpin-pemimpin
  • Berilah peluang PAS dan pakatan CUBA-CUBA bentuk kerajaan campuran
  • PAS berkerjasama dengan DAP dan PKR tidak salah, tidak haram dan tidak berdosa sebab PAS hanya melukut ditepi gantang
  • DAP tetap tak sokong dan menentang hukum HUDUD oleh PAS - itu tak apa sebab nanti Hudud akan dikuatkuasa kepada orang Islam sahaja
  • Palestin HAMAS dan Palestin FATAH bermusuhan ISRAEL menyerang Gaza dan membunuh rakyat Palestin (Hamas dan Fatah)
  • Melayu PAS dan Melayu UMNO bermusuhan BANGSA LAIN menguasai melayu dan kerajaan melayu dan akan mengandangkan melayu seperti projek mega babi
  • Calon PAS adalah ADUN Wakaf Mempelam mesti diberikan banyak jawatan Ahli Parlimen pula kerana di Terengganu dah tidak ada calon lain yang layak, ahli-ahli PAS lain semuanya’ bengong’ dan tak layak jadi ahli parlimen
  • Ahli-ahli PAS telah dicucuk hidung dan menurut kata
  • Ahli-ahli PAS pun ‘bengong’ dan tak tahu mereka ditipu pemimpin dengan isu-isu yang mereka tidak faham
  • Ahli-ahli PAS tak faham ritorik pemimpin mereka
  • Undilah PAS untuk membantu melemahkan melayu
  • Undilah PAS untuk membantu membunuh melayu
  • Undilah PAS untuk membantu membenarkan bangsa lain memerintah melayu

08 January, 2009

UMNO MASIH UTUH UNTUK PERJUANGAN MELAYU





PRK P036 semakin hampir. 3 calon layak bertanding. BN/UMNO – Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, PAS - Mohd Abdul Wahid Endut, Bebas - Azharudin Mamat @ Adam.

Calon bebas hanya kacau daun dan memecah undi. Pertarungan sebenar adalah antara calon UMNO dan PAS. Peluang jangkaan adalah 50 – 50. Bergantung kepada isu dan tawaran yang akan dijanjikan oleh calon.

Kemungkinan PAS akan bertindak agresif seperti di Ruslia dahulu tetap ada sebagai menagih simpati pengundi dan disamping akan menyalahkan Kerajaan dan UMNO. Ditambah pula dengan sokongan jentera PKR yang memang dikenal pasti bersikap agresif sejak dahulu lagi. Kerana itu tindakan PDRM menempatkan ramai anggota adalah tepat dan sangat wajar. PAS kini bukan sahaja parti yang bertopengkan agama bahkan menonjol kearah militant.

Masih ingat di Ruslia dahulu dimana beberapa buah bas ditahan dan penumpangnya dirampas kad pengenalan kerana mereka manganggap itu adalah pengundi-pengundi hantu yang dibawa dari utara semenanjung. Apa akan jadi jika mereka kalah dikawasan berkenan? Tentu mereka akan membenarkan tuduhan bahawa adanya pengundi-pengundi hantu. Tetapi sebaliknya telah berlaku dimana mereka menang maka isu pengundi hantupun berkubur begitu sahaja. Kepada orang-orang PAS, jika mereka kalah ianya adalah salah kerajaan dan ada sesuatu yang buruk telah kerajaan lakukan tetapi jika mereka menang ianya adalah kerana kekuatan dan sokongan rakyat kepada mereka. Tidak langsung timbul fakor jahat mereka dan ugutan secara kekerasan yang mereka lakukan.

Kini mereka meminta diundi kerana ingin kurangkan undi terhadap UMNO, bagi melemahkan UMNO. Dalam masa yang sama mereka juga tahu melemahkan UMNO adalah melamahkan kerajaan yang memerintah dan secara langsungnya melemahkan kuasa orang-orang melayu. Itu mereka tahu tetapi mereka tidak peduli kerana matlamat utama adalah kuasa kepada parti mereka. Jika PAS menang pun apakah PAS akan menjadi kuasa memerintah dan apakah suara melayu didengan didalam PAS? Jawabnya TIDAK.

PAS sedar bahawa mengalahkan UMNO bereti melemahkan melayu namun mereka tetap ingin lakukan ini kerana mereka lebih rela duduk dibawah kangkang DAP dari berkerjasama dengan UMNO. Mereka merasa untung melayu dibawah perintah DAP dari dibawah perintah UMNO/BN walaupun mereka sedar bahawa DAP lebih memberikan kepada cina daripada memberikan kepada melayu. Tetapi itu PAS tak peduli. PAS sebenarnya tidak cakna kepada bangsa melayu.Pemimpin-pemimpin PAS hanya pentingkan diri lebih dari pemimpin UMNO pentingkan diri mereka.

Rakyat telah sedar akan kesilapan yang dilakukan dalam PRU12 yang lalu. Rakyat tidak akan memberikan harapan sekali lagi kepada Pakatan Pembangkang ini lagi. Rakyat telah jemu dan meluat melihat sikap ahli-ahli parlimen dan DUN dari Pakatan Pembangkang ini yang tidak mampu meberikan kebajikan kepada rakyat. Sebahagian dari wakil-wakil rakyat tiddak mampu bercakap dalam dewan. Ada yang hanya mampu membawa kamera seolah-olah persidangan hanya lawatan ke Zoo Negara. Ada yang hanya tahu memaki hamun dan bercakap tanpa fakta dan isu untuk membangunkan rakyat dan Negara. Rakyat telah sedar bahawa ini semua adalah tipu daya semata-mata.

Apa yang telah dan akan PAS lakukan? Jika setakat menyokong DAP dalam pembangunan ternakan babi mega dan moden, rakyat tidak akan menyokong. Jika bersekongkol dengan DAP dan PKR dalam menutup tadika kemas di Perak yang membebankan anak-anak melayu, rakyat tentu sudah muak.

PRK P036, kita minta PAS dan penyokong-penyokongnya dahulu supaya balik lah kepangkal jalan dan sokonglah kerajaan dibawah teraju UMNO. Bertaubatlah! Hentikan kezaliman terhadap rakyat Terenggannu. Pesan-pesan dan sampai-sampaikan lah ini kepada saudara mara kita di Terengganu. Ingatlah bahawa tanpa PAS pun kita boleh bebas menjadi umat Islam yang menyayangi dan memperjuangkan agama. Di Negara lain pun tidak ada PAS namun islam tetap tegak sabagai agama Allah.

01 January, 2009

2009 - MASA DEPAN DAN CABARAN MELAYU

Jangan sampai kita menangis airmata darah ..


Hari pertama tahun 2009. Kita tertanya arah dan masa depan bangsa dibumi tercinta ini. Apakah perjuangan kita dilandasan yang benar? Jiwa berontakku selalu mengatakan bahawa tentang kerajaan yang tidak memberikan kebahagiaan kepada rakyat. Tentang pemimpin-pemimpin yang culas dalam mencakna rakyat. Tetapi haruskah aku sertai pembangkang? Pakatan Rakyat? (Bukan – rakyat tidak pernah ada permaufakatan membentuk sebuat parti gabungan. Yang bermaufakat hanyalah pemimpin-pemimpin yang lebih mementingkan diri dan parti mereka sendiri. Yang ada adalah Pakatan Pembangkang – parti-parti yang tidak berupaya memenangi apa-apa jika tidak mengadaka pakatan sedemikian.) Tidak! Itu bukanlah satu pilihan. Tidak pilihan terbaik bahkan bukan pilihan terakhir. Tidak harus diletakan apa-apa kerpercayaan kepada pakatan sedemikian.


Mahathir menangisi umat melayu


Apakah yang telah Pakatan Pembangkang lakukan bagi membeli undi? Mereka telah mengadaikan hak-hak melayu dan Islam dinegara kita ini. Hanya kerana mendapatkan undi. Tahu bahawa gereja terbesar di asia tenggara akan dibina di Negara kita? Tahu sebelum itu mereka mengkhendaki parkataan Allah boleh diguna didalam Injil? Para penyokong Pakatan Pembangkang tentu kurang percaya. Dan mereka tidak akan membaca apa-apa sumber dari yang bukan dari sumber mereka. Mungkin hukumnya haram(?)


Nik Aziz juga menangisi bangsa melayu


Dalam kegawatan dimana bangsa melayu di asak dengan pelbagai masalah politik dan ekonomi, kita juga diasak dengan permasalahan agama dimana agama Islam cuba dipermainkan bagi menguji setakat mana bangsa melayu berupaya melawan balik. Asakan demi asakan, dan ternyata akhirnya kita lemah dan lemas lalu tenggelam. Kita tidak berupaya mempertahankan agama kerana kita bermusuhan sesama kita dalam politik. Melayu dipecah-belahkan. Melayu semakin lemah dan tidak mampu melawan bahkan tidak mampu juga untuk mempertahankan.

Lihatlah blog-blog yang cuba menganggu-gugat bangsa melayu. Lalu, bersatulah kita semua, sebelum kita terlambat. Selagi kita masih ada waktu. Bersatulah dibawah panji-panji islam sebenar dengan mengenepikan politik seketika.

Blog Menghina Islam Di Malaysia:

http://tokbatinsenoi.blogspot.com/

Blog Pembinaan Gereja Terbesar Di malaysia

http://www.calvary.org.my/

http://www.calvary.org.my/CCC/ccc_intro.html

Blog Bantahan Pembinaan Gereja:

http://piratesoftheblogger.blogspot.com/

http://gomo-no1.blogspot.com/

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com



Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...