04 May, 2009

PENGUNDI JERANTUT YANG MALANG - UMNO BAHAGIAN JERANTUT YANG MALAP

YB ADUN Tahan merangkap
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut



Saya sangat tertarik dengan posting saudara spu diblog Suara Prihatin UMNO Jerantut ~ http://spu-bloggers.blogsport.com mengenai luahan perasaan hatinya yang mewakili penduduk Jerantut.

Nyata beliau sangat kecewa apabila MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob tidak melantik Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut sebagai senator walaupun jika mengikut giliran dan turutan sepatutnya kini adalah giliran wakil Jerantut dilantik sebagai senator. Malangnya MB Pahang lebih bersedia melantik kroninya Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuantan walaupun Parlimen Kuantan telah menyaksikan kekalahan kepada PKR.

Apakah makna kemenangan yang kita raih jika kemenangan itu tidak dihargai oleh pucuk pimpinan sendiri? Untuk makluman, kemenangan Parlimen Jerantut dalam PRU12 telah merosot dari PRU terdahulu.


Keputusan PRU 12:

P 081 (Parlimen Jerantut)
BN - 19'543
PAS - 17,597

N9 (DUN Tahan)
BN - 5,112
PAS - 3,755

N10 - (DUN Pulau Tawar)
BN - 8,720
PAS - 5,426

N11 - (DUN Damak)
BN - 5,674
PKR - 5,165
Bebas - 3,295


Kemenangan BN di N11 nampak terlalu tipis. Jika tidak ada calon bebas yang tujuannya hanya untuk memecah undi melayu kita yakin N11 telah jatuh kepada PKR. Kekecewan pemilih dan penyokong BN kerana MB tidak melantik Ketua Wanita Bahagian Jerantut sebagai senator mungkin akan menjejaskan sokongan terhadapa BN dalam PRU akan datang.


UMNO Bahagian juga tambah kecewa apabila pemimpin-pemimpinnya tidak juga lantik memegang sebarang jawatan peringkat tertinggi. Dalam Pergerakan Pemuda UMNO, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut juga diperlekehkan dengan tidak melantiknya sebagai Ketua Pemuda Negeri. (Sila lihat senarai penuh Ketua-ketua Pemuda Negeri)



SENARAI KETUA PEMUDA UMNO NEGERI

PERLIS - MOHSIN MOHD YUSOFF (KP PADANG BESAR)
KEDAH - BADROL HISHAM HASHIM (KP PADANG TERAP)
PULAU PINANG - NORMAN ZAHALAN (KP BAYAN BARU)
PERAK - MASLIN SHAM RAZMAN (KP KUALA KANGSAR)
SELANGOR - SUHAIMI MOHD GHAZALI (KP SEPANG)
WILAYAH PERSEKUTUAN - RIZALMAN MOKHTAR (KP BANDAR TUN RAZAK)
NEGERI SEMBILAN - MOHD HELMY DIN (KP RASAH)
MELAKA - KARIM YAACOB (KP BUKIT KATIL)
JOHOR - MOHD FADIL MUSKON (KP AIR HITAM)
PAHANG - ABU JIMI SAMAT (KP LIPIS)
TERENGGANU - SAIFUL BAHRI BAHARUDDIN (KP MARANG)
KELANTAN - ANUAR SAFIAN (KP KUBANG KERIAN)
SABAH - AZMAN RUSLAN (KP KENINGAU)


Bagi mengubat hati pentokong UMNO Bahagian Jerantut maka Ketua Pemuda telah melantik Ketua Pemuda Bahagian sebagai Sekretariat Hal Ehwal Luar Bandar - satu jawatan yang tak penting langsung dan menghadapi berbagai masalah terutama sekali di DUN Tahan yang mana Ketua Pemuda UMNO Bahagian jerantut sendiri adalah wakil rakyatnya. (Sila lihat senarai lengkap perlantikan seperti dibawah ini)


Biro, Sekretariat dan Unit Pemuda UMNO:


Biro Politik - Khairy Jamaluddin
Biro Pengurusan - Datuk Razali Ibrahim
Sekretariat Penerangan - Datuk Reezal Merican Naina Merican
Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan - Sohaimi Shahdan
Biro Pertanian dan Industri Asas Tani - Zubir Zabidi
Biro Antarabangsa / Aman Malaysia - Datuk Ahmad Zaki Zahid
Sekretariat Hal Ehwal Luar Bandar - Datuk Wan Amizan Wan Amdul Razak
Sekretariat Hal Ehwal Bandar - Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
Biro Putera UMNO - Megat Zulkarnain Omardin
Sekretariat Perhubungan NGO - Muhammad Suffian Awang
Biro Keahlian dan Pemilih - Hishamuddin Yahaya
Biro Pendidikan Politik - Ali Mazat Salleh
Biro Pelajaran - Mohd Gasing Saling
Biro Pengajian Tinggi - Syahrin Jamaluddin
Biro Agama - Mohd Affandi Yusoff
Biro Aduan Komuniti - Datuk Mohamad Khairun Aseh
Biro Sukan - Datuk Ahmad Darus
Biro Kebudayaan dan Keseniaan - Jamawi Jaafar
Biro Sosio Etika (Gejala Sosial) - Mohamed Iruan Zulkefli
Sekretariat Professional Muda - Shafiqurrahman Shamsuddin
Sekretariat Pekerja Muda - Nazir Hussin Akhtar Hussin
Sekretariat Perhubungan Kerajaan - Badrol Hisham Zaki
Sekretariat Pemuda BN dan Satu Malaysia - Mohd Faizal Ramli
Unit Pidato dan Penghujahan Umum - Lokman Noor Adam
Unit Media Baru -Tun Faisal Ismail Aziz
Unit Perang Saraf - Mohd Anis Hisham Abd Aziz
Akademi Pemuda - Khairul Azwan Harun
Biro Tugas-Tugas Khas - Abdul Razak Abdul Rahman


Bagaimanapun, kita berharap agar penyokong UMNO Bahagian Jerantut dapatlah berpuas hati dengan apa yang diberikan setakat ini, atau pendamkanlah segalanya buat sementara dan terjemahkanlah nanti dalam PRU13 akan datang supaya pemimpin yang lena diatas akan terbuka biji mata mereka kelak apabila pemilih menyatakan protes dipeti-peti undi.

15 comments:

Anonymous said...

Salam, Sebenarnya apa yg terjadi kpd UMNO Jerantut, adalah satu cerminan kpd apa yg sepatutnya dilakukan.
(1) Ketua Pemudanya memang tidak layak langsung untuk menjawat jawatan yg lebih atas kerana beliau tiada kewibawaan langsung.

(2)Begitu juga ketua wanitanya, memang tidak layak untuk menjawat jawatan senator itu.

......916

PARPUKARI said...

SABAR BRO, KITA DOAKAN SUPAYA ALLAH SELAMATKAN UMNO DARI BALA BENCANA!

BRO TOLONG EMAIL SAYA parpukaris@gmail.com

Anonymous said...

Benar Sdr Anon,
Dah PRU 13 nanti, BN pun tidak layak utk memenangi hati rakyat di Jerantut. Atau perlukan Jerantut melayakkan BN/UMNO untuk memenangi Parlimen Jerantut nanti?

Apakah tersangat layak ketua wanita kuantan untuk jawatan senator? he he he!

Pengundi DUN Damak

TULIS ONLINE said...

Salam Blogger,

Ubahlah kepimpinan demi akar umbi...

Jom lawati blog saya. TQ

Anonymous said...

dunia belaka...
buat keja ikhlas la wei..
kut tak pahang plak jatuh ke pembangkang..
dok sedor-sedor ke diri lagi...

Anonymous said...

salam..

saya orang jerantut...

Soal jerantut dipinggirkan dah lama berlaku hasil kelembapan pemimpin pemimpin Umno Jerantut.
Lembab sungguh lembab.

dulu nak buat aiport kat jerantut tahun 80 an..kensel..

nak buat MRSM ...berpindah ke Kuala Lipis..(pun kes pemimpin lembab).

Jalanraya cantik ke Kuala Lipis..ditangguh tangguhkan...pun atas kelembapan pemimpin.

Jerantut selama lamanya di anak tirikan...
Usah mengharap lagi..

putera gunung tahan.

Cikgu Ngah said...

Assalamualaikum saudara,

Saya anak jati Kuala Lipis. Dalam satu komen yg diberikan disebut tentang MRSM yg sepatutnya dibina di Jerantut tapi terlepas ke Kuala Lipis. Saya rasa orang Jerantut tak payahlah marah sebab dari banyak segi Jerantut lebih maju dan moden dari Lipis. Cubalah datang ke Bandar Lipis kalau tak percaya dan lihatlah sendiri. Masjid Jerantut pun jauh lebih besar, cantik dan selesa. Kalau kami dapat sebuah MRSM, dapatlah sedikit sebanyak membantu memajukan ekonomi setempat.

Dari segi kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut, tidak dapat dinafikan bahawa faktor Tengku Azlan sebagai adinda Tuanku Sultan menyebabkan dia sukar nak dicantas. Saya tak rasa dia banyak menyumbang kepada kemajuan Jerantut selama menjadi Ahli Parlimen semenjak 1999 lagi. Wallahualam, saya rasa orang Jerantut lebih mengetahui.

Soal jawatan Senator, sememangnya Ketua Wanita Kuantan tak patut dapat jika diikutkan senioriti dan faktor giliran jawatan itu. Tapi sebenarnya Jerantut juga tak patut dapat kerana Jerantut pernah memiliki dua ADUN Wanita di DUN Tahan suatu masa dahulu, kalau tak silap Kamariah Md Noh dan juga Dato' Hjh Rahimah Kawi.

Jika diikutkan faktor senioriti Ketua Wanita Bentong lebih layak, tapi kalau diikutkan faktor giliran Lipis pula yg layak kerana kali terakhir jawatan senator 'singgah' di Lipis ialah pada 1984-1986 apabila arwah Dato' Hjh Habibah Abd Ghani menyandang jawatan itu dulu. Saya harap orang Jerantut jangan marah, saya hanya menyatakan fakta.

Apa-apa pun Selamat Maju Jaya kepada UMNO Bahagian Jerantut dan seluruh warga Jerantut khasnya.

bERANIKAN hATI said...

Terima kasih Cik Gu Ngah,
satu komen yg memang sgt wajar dan kengkap dengan fakta. Ada sedikit kesilapan ttg ADUN Kamariah dan Chu Rahimah tu, merek bukan ADUN Tahan tetapi ADUN Tembeling. Kesilapan yg sangat sedikit. Keseluruhannya satu omen yg baik dan membina dari ahli umno utk umno. terima kasih sekali lagi

bERANIKAN hATI said...

Salam,
Putera Guning Tahan, selaindari keluh kesah ini, kita juga kesal sebab tahun ini Jerantut tidak langsung dilantik jadi exco kerajaan. Nampak sangat Jertantut dipinggirkan.

Kalau nak kira layak, memang berapa kerat saja orang umno ni yg layak jadi pemimpin, yang betul-betul layak. kebanyakan nya hanya dipilih dari terbaik antara yang hanya ada. Ramai yg berkelayakan tetapi berada diluar umno. Yang ada kini adalah pilihan terbaik antara yang korup dan mementingkan diri sendiri. Apapun, sepatutnya berikanlah mereka peluang.

Anonymous said...

salam..

terimakasih cikgu ngah..

saya sekadar meluahkan kekecewaan hati yg saya rasa mewakili sedikit sebanyak suara akar umbi di sini..

Jerantut ketandusan pemimpin bercorak nasional dan agresif yg boleh ditampilkan.

orang yg bijaksana..tetapi seringkali tidak diberi ruang kerana bimbangkan pengaruh yg bakal dicetuskan mereka.Itu membuatkan ramai memilih wadah perjuangan lain seperti Pas seumpamanya.

Tak silap saya,dari dulu lagi Umno jerantut memang tiada pemimpin berkaliber..

atau pun..

mungkin mereka tidak diberi peluang...
Orang yg berbakat pun jika tidak diberi peluang,takkan kemana.

Utk pemimpin umno Jerantut yg kebetulan masuk ke blog ni,insafilah...
Usah malu utk jadi agresif demi kami semua!!!

putera gunung tahan.

one one no belen said...

Salam. sapa kata jerantut tak ada apa apa? lan jerantut ada pusat serenti? pusat akhlak? oklah tu pemimpin politik jerantut cuma boleh setakat tu aje.. lain kali calonlah pemimpin yg berilmu. kalau pemimpin yg di calonkan mcm dompok? ni ajelah yg org jerantut dpt.

Anonymous said...

Salam Semua,
Harap semua bersabar mengenai isu perlantikan tersebut. Juga diharapkan janganlah kekecewaan itu diterjemahkan pada peti undi pada PRU13 nanti. Diharapkan semua masih setia dan patuh pada perjuangan parti. Parti diutamakan walaupun pemimpin diperingkat tidak dilantik memegang mana-mana jawatan. Ingatlah dasar perjuangan kita. Ketepikan kekecewaan itu untuk keutuhan parti dan kerajaan sekarang. Jika diikutkan kekecewaan boleh membawa padah, tapi teguhkan tekad sbb perjuangan dan khidmat bakti perlu ikhlas. Kita perlu ingat pintu parti lawan terbuka luas utk.mengubati kekecewaan tadi. Mengapa harus kecewa jika kita berjuang dan berkhidmat dgn penuh ikhlas. Kalau nak diikutkan saya juga kecewa. Saya dah kecewa sekian lama semenjak menjadai ahli UMNO lebih 30tahun lalu. Namun sehingga kehari ini saya masih lagi seorang ahli UMNO tanpa memegang apa-apa jawatan. Kehidupan juga dengan berkat usaha sendiri. Ingatlah saudara-saudara tentang perjuangan kita! Salam.

Anonymous said...

Salam Semua,
Harap semua bersabar mengenai isu perlantikan tersebut. Juga diharapkan janganlah kekecewaan itu diterjemahkan pada peti undi pada PRU13 nanti. Diharapkan semua masih setia dan patuh pada perjuangan parti. Parti diutamakan walaupun pemimpin diperingkat tidak dilantik memegang mana-mana jawatan. Ingatlah dasar perjuangan kita. Ketepikan kekecewaan itu untuk keutuhan parti dan kerajaan sekarang. Jika diikutkan kekecewaan boleh membawa padah, tapi teguhkan tekad sbb perjuangan dan khidmat bakti perlu ikhlas. Kita perlu ingat pintu parti lawan terbuka luas utk.mengubati kekecewaan tadi. Mengapa harus kecewa jika kita berjuang dan berkhidmat dgn penuh ikhlas. Kalau nak diikutkan saya juga kecewa. Saya dah kecewa sekian lama semenjak menjadai ahli UMNO lebih 30tahun lalu. Namun sehingga kehari ini saya masih lagi seorang ahli UMNO tanpa memegang apa-apa jawatan. Kehidupan juga dengan berkat usaha sendiri. Ingatlah saudara-saudara tentang perjuangan kita! Salam.

Anonymous said...

Ntah bodoh semua nak jawatan je. Koje la dulu, jawatan tu kalau nasib ada la, Bodoh.

bERANIKAN hATI said...

Yang bodohnya adalah melakukan kerja untuk orang lain smata-mata tetapi akhirnya kerja kita tidak dihargai. Pemimpin semua hanya pandai retorik sahaja dan pentingkan kroni mereka sendiri. kalau pemimpin benar-benar pentingkan parti tidak akan terjadi perkara seperti ini. Cakap, siapa pemimpi melayu yang tidak ada bangsa asing dibelakangnya? Dan Mereka ini yg didepan kita bersemangat kononnya memperjuangkan melayu tetapi hakikatnya .....hampeh!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...