07 June, 2009

THE MALAYSIA INSIDER - PAHANG DIISTIHAR TITIK TENGAH YANG DIPOLITIKKAN


Pahang diisytihar titik tengah, bagaimana politiknya?
Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Jun 2 - Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, yang juga ADUN Lanchang mengumumkan bahawa perkampungan Sungai Kepong, Mentakab, di daerah Temerloh telah dikenalpasti sebagai titik tengah Semenanjung Malaysia.
Beliau menjelaskan bahawa mengikut kiraan matematik titik tengah itu terletak di antara Sungai Kepong dan Kampung Bongsu.

Selain sebagai tarikan baru untuk sektor pelancongan di Negeri Pahang, Pahang sebagai titik tengah tentu akan membawa banyak konotasi politik, apalagi dalam keadaan politik negara mutakhir ini yang begitu menarik dengan intrig dan dramanya.

Titik tengah bermaksud pusat, dan pusat adalah punca keseimbangan keseluruhan (baca: politik Malaysia). Maka tanggungjawab Datuk Sharkar khususnya, dan Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Datuk Seri Adnan Yaakob amnya adalah untuk memastikan secara politiknya Pahang adalah titik tengah, Pahang adalah pusat keseimbangan.

Pahang harus memberi contoh, di antara apa yang ditelingkahkan oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, ada titik tengahnya, ada penyelesaian yang paling seimbang.
Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Negeri Pahang harus berrtindak di luar kotak pemikiran dominan tentang apa yang difahami sebagai parti pemerintah dan parti pembangkang.

Ramai yang berpendapat, dalam pertelingkahannya, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Pahang mesti bergerak bukan lagi berdasarkan permusuhan, tetapi lebih kepada saling melengkapkan.

Sebagaimana sejarah permulaan penentangan terhadap kuasa imperialis secara politik bermulanya di negeri ini, maka Pahang perlu melakar satu lagi sejarah politik bangsa.
Dengan kedudukannya sebagai titik tengah dan pusat keseimbangan Semenanjung Malaysia, Pahang wajib ke depan dalam mempromosikan politik seimbang, paling penting ia akan memberi manfaat yang banyak kepada rakyat.


Demikian berita yang disiarkan The Malaysia Insider pada Jumaat (?) lalu. Membaca berita ini di Malaysia Insider tidaklah memberikan apa-apa kesan. Apalah sangat titik tengah semenajung dari segi pelancongan? Apakah pelancong akan datang ke kawasan berkenaan berpusu-pusu hanya semata-mata untuk melihat titik berkenaan yang tidak ada di alam nyata? Saya enggan mengulas soal politik Pahang dalam memberikan keseimbangan kepada keadaan politik di Malaysia kerana saya tidak pun melihat ada apa-apa peranan yang telah dan sedang dimainkan oleh negeri Pahang selain dari PM kita yang berasal dari negeri Pahang.

Namun membaca komen-komen dari pembacanya telah memberikan kesan yang memualkan kita. Apakah inikah sikap sebahagian besar masyarakat kita masa kini? Ruang yang sepatutnya kita gunakan untuk perbincangan serta menyatakan pendapat menjadi ruang untuk kita menyebar fitnah dan memaki hamun, mengguna kata-kata kasar dan kesat. Ini kah budaya baru rakyat Negara kita?

Dimana-mana saja kita akan dapati mereka yang mendakwa mewakili sebahagian besar rakyat akan sentiasa menentang apa saja yang dilakukan kerajaan sehingga kerajaan dan pegawai-pegawai kerajaan berasa takut untuk melakukan sesuatu. Takut mereka akan dikecam. Soalnya adalah mengecam dan menghukum seseorang adalah lebih mudah dari melakukan sesuatu dengan baik. Kalau boleh kita juga ingin menanya mereka, setakat ini apakah sesuatu yang terbaik yang mereka telah lakukan untuk diri mereka sendiri? Untuk rakyat Malaysia keseluruhannya? Dan apakah jasa besar yang telah mereka lakukan untuk Negara?

Jangan kita mengharapkan orang lain untuk kita mengubah Negara kita dan keadaan kita, kita sebagai rakyat seharusnya sedar dan berani melakukan perubahan dan memikul tanggungjawab kita terhadap Negara. Kita telah memilih kerajaan yang memerintah sekarang ini dan kita seharusnya memberikan sokongan bukannya menikam dari belakang.

Sering membuat kekacauan akan memberikan kesan negatif kepada antarabangsa disamping merencatkan pembangunan yang dikerajaan rancangkan dan laksanakan. Memang ini yang pembangkang kehendaki, menunjukkan ketidakupayaan kerajaan dalam pendatbiran dan pengurusan. Mereka memulakan kekacauan dan kemudiannya menuduh kerajaan gagal memberikan kesetabilan politik dalam negara.

Kita tahu dan melihat siapa api dalam sekam, siapa musuh dalam selimut, siapa yang pepat diluar dan runcing didalam. Siapa yang tidak ada taat setia kepada negara sepatutnya tidak berada dinegara ini.

1 comment:

PARPUKARI said...

AKU BERANI LUDAH ATAS MUKA EDITOR MALAYSIAN INSIDER LA BRO! DEPA MEMANG PENIPU, HARI TU AKU AWAL2 CAKAP HUSAM KALAH, DEPA BOLEH PUBLISH CAKAP HUSAM MENANG!

INI PAPER ANAK OMAK NI BRO!

DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...