02 September, 2009

PEMEGANG KUNCI SYURGA: JIWA-JIWA YANG ROSAK



Bila kita memilih dari benih yang busuk, maka kita akan menuai hasil dari buah yang juga busuk. Apakah yang wakil rakyat pembangkang perjuangkan sebenarnya? Apakah mereka perjuangkan sesuatu untuk rakyat?




1. Politics is a process by which groups of people make decisions. The term is generally applied to behaviour within civil governments, but politics has been observed in all human group interactions, including corporate, academic, and religious institutions. It consists of "social relations involving authority or power"[1] and refers to the regulation of a political unit,[2] and to the methods and tactics used to formulate and apply policy.[3]

The word "Politics" comes from the Greek word "polis" meaning state or city. "Politikos" describes anything concerning the state or city affairs. In Latin, this was "politicus" and in French "politique". Thus it became "politics" in Middle English ( see the Concise Oxford Dictionary).
- demikian maksud yang diberikan dalam Wikipedia mengenai politik secara umum.

2. Politik juga satu kesenian dimana satu pihak cuba memenangi dan menarik perhatian umum dengan apa cara bagi mengatasi pihak lain. Kerana itu, disini pelbagai isu digunakan sebagai asas perjuangan parti politik masing-masing sama ada kebangsaan bahkan agama.

3. Salah satu penyumbang kemenangan pihak pembangkang dalam PRU12 lalu adalah penyebaran maklumat melalui media baru @ blog. Blog-blog yang diujudkan oleh pihak pembangkang dan pro pembangkang banyak bercambah dan dengan bebasnya menyebarkan tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan dan pemimpin-pemimpin kerajaan.

4. Maklumat yang disebarkan didalam blog adalah pandangan dan pendapat peribadi dan berdasarkan spekulasi semata-mata. Bagaimanapun kadang-kadang penulis akan gunakan perkataan pendapat umum bagi menunjuk pendapatnya diterima ramai dan dengan itu mampu pengaruhi masyarakat.

5.Pihak pembangkang, blog-blog pembangkang serta blog pro pembangkang sentiasa menyebarkan tohmahan terhadap kerajaan bagi menimbulkan rasa benci kepada kerajaan dan berharap sokongan akan mereka dapati apabila umum beralih arah apabila tidak lagi menyokong kerajaan. Jiwa-jiwa busuk mwereka ini mempengaruhi umum dan menjadikan sebahagiannya membenci pemerintah dan berjiwa busuk pula.

6. Kini bukan hanya pemimpin pembangkang menyebarkan dakyah dan fitnah dari jiwa busuk mereka, malahan tugas ini dilakukan juga oleh blogger yang menyokong perjuangan pembangkang walau atas alasan apa sekalipun. Kerana itu kita dapat lihat tajuk-tajuk posting dari blog pembangkang kebanyakannya sensitif dan berupa provokasi; Pijak kepala lembu dengan harapan orang lain pijak Quran, Perkasa bubuh bunga atas taik dan lain-lain lagi.

7. Malangnya, sifat semula jadi manusia ini terlebih suka kepada sesuatu yang buruk, busuk dan rosak. Di masjid-masjid dan surau-surau umpamanya, apabila ada ceramah agama dari imam dan penceramah kerajaan, ke-sedikitan (perkataan lawan dari kebanyakan) hadirin yang hadir mendengarnya sambil terlena. Namun bila ceramah dilakukan oleh sebuah parti pembangkang yang 'kunun-nya' perjuangkan Islam, maka kebanyakan mata dan hati busuk ini terbuka luas untuk mendengar caci maki yang 'dihalalkan' oleh Islam untuk golongan itu.

8. UMNO bukan parti Islam dan bukan parti dari syurga, tidak juga PAS dan mana-mana parti politik didunia ini. Pemimpin-pemimpin UMNO tidak dijanjikan syurga untuknya dan tidak juga kepada pemimpin PAS dan kepada mana-mana pemimpin parti politik didunia ini. (Tiada juga janji sebagai ahli syurga kepada mana-mana ahli yang menyertai parti PAS ini). Tetapi selama 52 tahun memerintah negara, tidak adakah sedikit pun UMNO berbuat kebaikan kepada rakyatnya? Kita yang hidup dan membesar selepas era kemerdekaan pasti menikmati apa yang diberikan kerajaan selama ini. Malangnya, kita adalah dari jenis manusia yang tidak pernah berterima kasih dan bertimbang rasa hatta kepada diri kita sendiri.

9. Ambillah 1 batang pena dan 2 helai kertas. Di kertas 1 catatkan apa kebaikan yang kerajaan telah berikan kepada kita, ibu bapa kita dan generasi sebelumnya dan di kertas yang 1 lagi kita catatkan apa yang kita tidak berpuas hati terhadap kerajaan selama ini. Lakukan dengan jujur dan tanpa pengaruh oleh sentimen dan dakyah politik pembangkang. Lihatlah catatan itu setiap pagi sebelum dan selepas solat subuh selama 30 hari berturut-turut. Semoga jiwa kita yang rosak akan pulih kembali.


Komen dari sebuah blog seorang rakan - juri rakyat:

5 comments:

udanggalah said...
Sanggup sorokkan tangan dalam jubah demi sahabat yang tak berbaju untuk matlamat yg sama,takpelah
kalau maruah akan digadaikan...
September 1, 2009 7:37 AM

YANG GAMBI said...
Salam Merdeka,
Kalau tidak buat macam tu, mana nak kutip duit, tiap-tiap malam buat ceramah maki hamun, fitnah lepas tu kuitip duit, kalau tak macam mana nak pakai kereta mewah.....
September 1, 2009 9:36 AM

mat yen said...
Salam,
Itulah cara parti PAS cuma tahu berceramah dan melempatrkan fitnah dan menghentam kerajaan. Mereka telah kufur nikmat, anak bersekolah dengan sekolah kerajaan, lahir sahaja bidan kampung telah melawat anak mereka, klinik disediakan, bila besar kufur nikmat tentang kerajaan demi kepentingan mereka. Betulkah sikap tersebut, cuma mahu bersyukur semasa susah, bila senang semua tolak. dan semua tidak betul.
September 1, 2009 12:18 PM

ddinbunga said...
salam, puak khawarij memang begitu...xtreme dan tak bertamadun.
September 2, 2009 1:04 AM

.@blogger.com said...
Salam, Sahabat,
Posting sahabat ini saya link-kan dari blog saya hari ini dengan harapan dapat bantu promosikan blog sahabat dan harap rating / jumlah pengunjung akan meningkat naik ~ bRAVEhEART


Baca juga blog bumiyang

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...