01 October, 2009

SEMBAH DERHAKA: KENONG TERCICIR DARI ARUS PEMBANGUNAN

Rombongan pelancong melawat Taman Rimba Kenong sewaktu 'famtrip' anjuran Pelancongan Pahang dan KTM, satu lakonan yang menarik dalam industri pelancongan



Kabus pagi menyelubungi perkampongan Kg. Dusun di Kuala Sungai Kenong - sebuah perkampongan tradisional yang telah ujud sejak sebelum zaman penjajahan British lagi. Malah dalam buku-buku sejarah tercatat kampong berkenaan sebagai satu kawasan persembunyian pahlawan-pahlawan melayu Pahang termasuk Dato' Bahaman sewaktu dihambat tentera upahan british dan berlaku beberapa siri pertempuran-pertempuran kecil.

Deruman sebuah motosikal yang diubah suai menjadi seperti beca roda tiga memecah sunyi pagi dan didalamnya penuh memuatkan anak-anak yang memakai pakaian seragam sekolah. Sesampai mereka di Pengkalan Tanjung Kiara, mereka terpaksa menaiki bot selama hampir 30 minit menyusuri Sungai Kenong dan menyeberangi Sungai Jelai. Setiba di Pengkalan Kuala Kenong, mereka perlu menaiki motosikal beramai-ramai sebelum tiba kesekolah.

Itulah rutin harian anak-anak kampong ini untuk menuntut ilmu pengetahuan. Tidak banyak bezanya dari zaman sebelum merdeka. Kampong Kuala kenong hanya kira-kira 20KM dari Pekan Kuala Lipis disebelah kiri Sungai Jelai manakala Kampong Dusun terletak kira-kira hampir 40KM dan berada disebelah kanan Sungai Jelai.

Dulunya kampong ini didiami ramai penduduk namun sebilangan mereka telah berpindah ke perkampongan baru diseberang Sungai Jelai (kampong Batu Sembilan) bagi megelakkan kesukaran perhubungan jalanraya. Anak-anak muda kampong juga berhijrah kebandar-bandar bagi mencari perkerjaan.

Selain dari jalan sungai dengan menaiki bot, Kampong Dusun juga dihubungi dengan jalanraya dari Pekan Kuala Lipis sejauh 18KM ke Felda Kecau 9 dan perjalanan diteruskan melalui jalan ladang dan jalan hutan sejauh lebih 20KM lagi. Jalan ini juga adalah jalan yang sama digunakan untuk tujuan memacu industri pelancongan di Kuala Lipis dimana para pelancong akan mengunjungi destinasi eko pelancongan terkenal disana iaitu Taman Rimba Kenong.

Kesukaran penduduk kampong untuk berulang-alik ke Pekan Kuala Lipis serta kesukaran para pelancong untuk sampai ke Taman Rimba Kenong membuatkan destinasi ini kurang dilawati para pelancong. Dari sebuah 'anchor produk' pelancongan di daerah Lipis, ia menjadi sebuah destinasi yang dipinggirkan.

Apakah selepas lebih 52 tahun merdeka penduduk kampong sekitar (Kg. Selit dan Kg. Dusun) masih dibiarkan ketinggalan dari arus pembangunan? Sekali lagi - hasil-hasil hutan telah dikeluarkan namun nikmat pembangunan dan kemerdekaan masih belum dapat dikecapi oleh masyarakat. Beberapa siri Pilihan Raya telah berlalu, namun janji-janji manis kerajaan masih tinggal janji-janji palsu. Apakah perlu kami tunjukkan kekecewaan kami dengan menukar kerajaan?

Kerajaan harus lebih peka terhadap kehendak masyarakat pedalaman. Kita minta Ahli Parlimen Lipis dan ADUN Kawasan Jelai (Pembetulan: DUN Ceka N04 - terima kasih sdr hassantuah dan maaf kepada ADUN Jelai) lebih fokus terhadap pembangunan dikawasan yang dinyatakan tadi. MB Pahang juga harus membuka telinga dan mata luas-luas dan mendengar suara rakyat bahawa rakyat mahukan jalan raya menghubungi kampong mereka.

Dalam keadaan politik yang masih bergelora sekarang ini, saya percaya tidak mustahil rakyat akan melakukan satu kejutan dengan memilih parti pembangkang sebagai tanda protes kepada kerajaan. Kepada mereka yang terlibat dan berkenaan, sila berikan perhatian atau bersedia untuk disingkirkan nanti dalam PRU13.

4 comments:

Anonymous said...

Salam,
Saya dengar cerita minggu lepas YB Ahli Parlimen Lipis bersama rombongan berpacuan empat roda (lebih kurang 11 buah kenderaan) ada melawat Kampung Dusun & Taman Rimba Kenong. Walaupun rombongan beliau tidak menggunakan khidmat agen pelancongan bumiputra (mungkin beliau tidak dimaklumkan di Kuala Lipis ada 2 buah agensi pelancongan dan berbelas pemandu pelancong bumiputra yang dilesenkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia)untuk ke Taman Rimba Kenong.Kita harap hasil dari tinjauan YB MP dalam lawatan tersebut (sekalipun tidak secara resmi)akan membawa satu anjakan paradigma pembangunan di kawasan tersebut. Jadi janganlah cepat melatah sampai singkir-menyingkir pula......

Unknown said...

Untuk makluman sdr kawasan Kampung Kuala Kenong, Dusun, Selit dan Taman Rimba Kenong bukan dibawah Kawasan ADUN Jelai tetapi ianya dibawah kawasan YB. DATO' FONG KOONG FUEE, DSAP., DIMP., SMP., PJK.ADUN Cheka N.04 (BN) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna. Sabar.. YB.DATO' WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL,ADUN JELAI N.02 (BN) jangan marah, mungkin penulis kurang arif tentang kawasan Parlimen Lipis.

ababina328 said...

Salam sdr bERANIKAN hATi,

Saya berpendapat Kg.Kuala Kenong dan disekitar amnya dan DUN Cheka N.04 khasnya amat memerlukan pilihan raya kecil untuk mendapatkan manfaat kemerdekaan.

Sebagaimana di DUN Bagan Pinang sekarang ini yang tidak semena-mena Bandar Port Dickson diistiharkan sebagai Bandar tentera darat untuk seramai 4,900 undi pos.

Munkin kalau pilihan raya kecil di DUN Baserah, kuantan, akan diistiharkan Bandar Nelayan pula.

atau jika pilihan raya kecil disatu perkampungan sawah padi diKedah akan segera diistiharkan sebagai Bandar penanam padi.

Begitulah juga jika pilihan raya keci di DUN Cheka N.04 dan penduduk Kg.Kuala Kenong adalah penentunya, maka akan diistihar pula Kg. Kuala Kenong sebagai pusat pelancungan termaju di Dunia.......

Nampaknya begitulah caranya kita menyelesaikan pelbagai masaalah yg dihadapi oleh penduduk kita, semuanya memerlukan satu pilihan raya kecil.

Masaalahnya setelah janji ditabur dan pilihanraya kecil pun sudah selesai, maka penduduk disesuatu tempat tersebut akan kembali kepada kehidupan asalnya................

red rooster said...

Salam,
... pilihanraya umum dah byk kali. Takkan nak kena tunggu PRK lagi?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...