14 November, 2009

CELAKA KAU NIZAR: SUARA WANITA UMNO JERANTUT?

Sebahagian dari Nota Kursus yang dibekalkan kepada peserta



TAJUK EDISI PETANG: NIK AZIZ DAN MUSTAFAR ALI BERBOHONG LAGI
TAJUK EDISI SISIPAN SABTU: MISTERI KEMATIAN TEOH (Sebentar Lagi kira-kira jam 11 pagi)

Saya dihubungi oleh seorang sahabat tentang sebuah blog dan isi kandungannya. Apa yang menarik tentang posting blog berkenaan adalah mengenai perubahan yang diharapkan akan berlaku dalam UMNO Bahagian Jerantut. Mengenai keberkesanan dan pencapaian matlamat kursus memperkasa UMNO serta rasional dan penambah-baikan yang perlu dilakukan dimasa akan datang bagi mencapai sasaran dalam kursus berkenaan.



Sila klik disini untuk ke blog berkenaan. (http://suarajulia.blogspot.com)



Baca sebahagian CnP posting berkenaan dibawah ini:


....../

Sejauh mana UMNO Bahagian Jerantut boleh berubah selepas kursus ini belum dapat kita pastikan. Bagaimanapun beberapa perkara penting harus diambil perhatian dalam me-realisasikan matlamat memperkasakan UMNO berdasarkan pengalaman menyertai kursus tersebut:


  1. Kehadiran yang dicatat hanyalah 83 orang peserta dimana 20 darinya adalah wanita dirasakan kurang memberangsangkan dan sebahagian pesertanya diambil disaat-saat akhir (tangkap-muat) berikutan kegagalan menghadirkan diri oleh mereka yang sepatutnya hadir.
  2. Ketidaan tanpa sebab wakil dari sayap Puteri dalam menyertai kursus ini sangat mendukacitakan dan memperlihatkan sikap tidak komited ketuanya kepada program parti.
  3. Timbalan Ketua Bahagian merangkap Ketua Pemuda Bahagian xxxx yang sepatutnya hadir sebagai peserta namun berubah menjadi fasilitator kursus, mungkin kerana enggan disama-tarafkan dengan peserta lain walaupun dengan jelas termaktub didalam peraturan Gerak Kerja Penerangan UMNO Malaysia mukasurat 14 dibawah tajuk Kursus Orientasi Perdana UMNO 1/2009 perkara 3 yang menyatakan; Setiap peserta ketepikan perbalahan lama, protokol, pangkat dan gelaran.
  4. Naib Ketua Bahagian xxxx juga macam biskut ’chipsmore’ – sekejap ada sekejap tak ada – selalu ponteng. Beginikan contoh seorang pemimpin?
  5. Bagaimanapun saya memuji sikap Setiausaha UMNO Bahagian yang konsisten dan fokus kepada kursus dari awal hingga akhir.
  6. Ketua Wanita UMNO Bahagian xxxx juga didapati senang bersama peserta-peserta lain tanpa rasa bangga diri dan kelihatan ’low profile’.
  7. Fasilatitor kursus ini seharusnya dikendalikan oleh mereka yang datang dari negeri lain supaya mereka boleh bersikap tegas dan tidak berlaku malu-alah fasilitator terhadap peserta yang terdiri dari mereka yang berjawatan dan berkedudukan.
  8. Tindakan mesti diambil terhadap mereka yang gagal menghadiri kursus tanpa alasan kukuh dan mereka yang tidak mematuhi peraturan berkursus bagi mendisiplinkan UMNO. Selagi mereka yang berjawatan masih menganggap mereka ahli UMNO kelas pertama atau golongan elite, maka selagi itulah UMNO tidak akan mampu berubah dan akan menerima padahnya di PRU13 nanti.
  9. Di mukasurat 16, peraturan Gerak Kerja Penerangan UMNO Malaysia dibawah tajuk Jentera Siber @ Media Baru perkara 2 dan 3 menyatakan;

- 2 ahli setiap bahagian iaitu seorang lelaki dari Pemuda & Seorang wanita dari Puteri UMNO

- Tujuan wujudkan jentera siber yang cekap guna blog, youtube dan Facebook untuk menjadi nucleus dan penggerak kepada jentera media maya UMNO di bahagian-bahagian dan negeri-negeri

Sepatutnya perkara telah digerakkan lebih awal namun kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut masih lagi tidak memandang berat peranan media baru sebagai alat sebaran maklumat yang berkesan kerana itulah di Jerantut ada banyak blog pembangkang sedangkan blog UMNO masih tidak kelihatan.

  1. UMNO di bahagian-bahagian harus berubah lebih pantas memandangkan PRU13 sudah semakin hampir. Kita bimbang bahawa nanti kita tidak sempat berubah sepenuhnya sebelum PRU13 menjelang.
  2. Ahli-ahli UMNO diperingkat bahagian jangan lagi hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja dengan berebut jawatan bagi tujuan mendapat faedah dari jawatan tersebut, mereka seharusnya berusaha lebih keras membawa UMNO kembali gagah dan disayangi oleh semua umat Melayu serta disegani bangsa lain.


Komen bRAVEhEART:


1. Andai inilah terjemahan dari perubahan yang UMNO inginkan, maka memang UMNO telah berubah kepada lebih buruk dari keadaan sekarang dimana pemimpinnya yang tidak ada perasaan sayangkan parti dan masih berkarat dengan rasa elite dan tinggi diri.

2. Blog UMNO diperingkat bahagian adalah sesuatu yang baik kerana merekalah yang lebih mengetahui isu dibahagian mereka sendiri dan mereka mampu menyangah tohmanan blog parti lawan, namun kebanyakan pemimpin diperingkat bahagian sendiri seakan tidak faham gagasan yang dibawa pucuk pimpinan.

3. UMNO dibahagian-bahagian mesti berubah - dan berubah dengan segera kerana kita bimbangkan bahawa kita tidak akan ada cukup masa untuk menangani semua perkara.

4. Sekali lagi saya ulangi bahawa jangan sesekali kita perkecilkan misi parti lawan untuk tawan Pahang kerana segalanya serba mungkin.


3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, kekadang kita tak dapat nafikan juga ada sesetengah AJK Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan sama ada Pemuda, Wanita atau Puteri dari kalangan yang tidak berada...... jadi yang mana perlu didahulukan....

Lainlah bagi mereka-mereka yang bersifat mengejar kebendaan ketika menjadi AJK, puak-puak ini menyertai UMNO semata-mata untuk mendapat sesuatu, kalau mereka tidak dapat maka puak-puak ini akan menjadi duri dalam daging pada UMNO....... inilah yang sepatutnya diubah dulu dalam UMNO....

Anonymous said...

Ko lagi celaka punye melayu...

Anonymous said...

Sebenarnya melayu seluruhnya patut berubah.ni nampak mcm melahu ni pemikiranya tahap lembu aje. mcm mana nak berubah? asik kena tipu dgn pemimpin pemimpin aje.oengikut pas kena tipu dgn pemimpin pasnya dan pengkut UMNO kena tipu dgn pemimpin UMNO kenyataannya pengikut itu sendiri kena cerdik bukan bodoh mcm lembu

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...