Siapa yang akan terbuang... Hishamuddin? Mukhriz atau Shafie Afdal?
Tinggal seminggu saja lagi untuk masing-masing calon memperkuatkan kedudukan mereka bagi merebut 2 lagi antara 3 kerusi Naib Presiden UMNO. Zahid Hamidi nampaknya sudah boleh tidur lena kerana popularitinya begitu tinggi sekali sebagai seorang menteri yang tegas dan sejak mengambilalih KDN.
Kita tidak pasti bagaimana kedudukan Shafie Afdal dalam perebutan kerusi berkenaan. namun persaingan diantara anak-anak mantan PM memang menjadi topik utama. Siapakah yang perwakilan akan pilih diantara Hishamuddin dan Mukhriz?
Saya banyak menulis mengenai Hishamuddin dan tidak Mukhriz, mungkin kerana saya berpeluang bersemuka dengannya berbanding Mukhriz. Di bahagian saya sendiri wakil calon tidak berjaya melaksanakan tugasnya dengan berkesan dalam mempromosikan calonnya. Mungkin pandangan saya akan berbeza jikalau saya berpeluang bertemu dengan Mukhriz sendiri selepas ini.
Saya juga tidak melihat Hishamuddin maupun Mukhriz dari sudut bapa mereka sebagai mantan PM. Bagi saya biarlah perwakilan menilai mereka atas keupayaan diri sendiri dan bukannya sebagai 'anak bapak'.
Jika Hishamuddin dilihat sebagai terlalu berlembut dan pemimpin yang lemah, saya juga tidak dapat melihat Mukhriz sebagai seorang pemimpin yang benar-benar tegas serta kuat terutama jika dibandingkan dengan KJ. Jika tidak masakan beliau mampu dikalahkan oleh KJ dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda dahulu.
Saya sedar bahawa Mukhriz harus mendapatkan kerusi Naib Presiden kali ini bagi mengimbangi KJ dalam pertarungan akan datang. KJ juga sedang berusaha untuk menyekat Mukhriz dan mengisi kerusi berkenaan bagi mengelak saingan sengit akan datang. Mereka adalah musuh tradisi.
Jika Mukhriz dan Hishamuddin ingin bersama mendapat kerusi Naib Presiden UMNO, maka mereka perlu berganding bahu 'melenjan' Shafie Afdal' dan mengucapkannya selamat tinggal! Soalnya, mampukah mereka berdua melakukannya?
5 comments:
mukhriz dikalahkan oleh Khairi sebab khairi rasuah..ishhh tak kan tak tau cerita kot...lagi pun kalau undi mukhriz dan khir toyo dicampur...majoriti perwakilan tolak KJ
Aikkk...takkan tak tau sebab sebenar kj kalahkan mukhriz jawatan ketua pemuda tu?bukankah sbb bapa mertua? Dan politik wang? Kalau tak silap dia didapati bersalah tp hanya dibagi amaran je (kalau silap mintak maaf).
azhar
BETUL apa yg diutarakan oleh Tuan Blogger bila kata Mukhriz takde la hebat mana jika dibandingkan dgn KJ.....BUKTInya,KJ pernah kalahkan Mukhriz dulu
Tapi yg anehnya, kemenangan KJ dulu tu mcm terpalit isu DUIT....ya, mungkin KJ lebih HEBAT dr Mukhriz....maksudnya dr segi penggunaan DUIT....:)
oh ye, lg satu KJ naik semasa Bapa Mertuanya menjadi PM....tp Mukhriz pula naik semasa bapanya Tun M sedahpun menjadi MANTAN....KJ mmg HEBAT berbanding Mukhriz...maksudnya dr segi menggunakan PENGARUH...:)
sudah terBUKTI KJ 2 kali lbh hebat berbanding Mukhriz...semoga UMNO terus maju jaya pd PRU14
orang kelantan tidak akan undi muhkriz kerana ini
http://www.youtube.com/watch?v=-RSdf7RldsQ
Kan senang kalu ko ckp ko nak KJ jd naib presiden.buta hati btol la ko ni
Post a Comment