Gambar hiasan
1. Sama ada serius atau tidak, tentu sesekali kita terfikirkan siapakah bakal PM selepas DS Najib? Tidak usah fikirkan bila perubahan kepimpinan itu atau bagaimanakah ianya akan berlaku, kerana itu semua akan menambahkan sulitnya bahkan tidak tercapai akal. Cukuplah sekadar meneka siapakah pengganti DS Najib kerana memang sudah banyak pertanyaan-pertanyaan serupa bahkan tanpa kita sedar sudah ada pihak yang berusaha mencaturnya. Yang pasti dan mesti adalah bakal PM nanti ialah seorang pemimpin Melayu tetapi bukan Anu ar.
2. Ramai tidak melihat TS Muhyiddin sebagai pengganti atas faktor usia walaupun ada yang menjadikan Tun Ghaffar Baba sebagai contoh bahawa usia bukanlah satu alasan untuk menolak TS Muhyiddin. TS Muhyiddin akan terpaksa menunggu lama, melainkan TS Muhyiddin sendiri mengambil keputusan nekad untuk 'melanggar' DS Najib dalam waktu terdekat, itu pun sekiranya beliau berani dan yakin mendapat banyak sokongan.
3. Banyak pihak melihat dan meramal DS Najib sendiri seakan-akan menjuruskannya kepada DS Hishamuddin sebagai pengganti. Sudah tentulah kerana faktor persaudaraan antara mereka. Selain itu faktor anak bekas PM juga akan memainkan peranan yang tidak kurang penting.
4. KJ adalah antara pemimpin muda yang dilihat sedang menuju kearah itu. Apa lagi, beliau sendiri pernah menyuarakan keinginan untuk menjadi PM Malaysia termuda dalam usia 40 tahun. Mungkin tidak dalam usia semuda itu, namun jangan diperkecilkan peluang buatnya jika kita pertimbangkan apa yang telah mampu beliau selama ini.
5. Tun Dr. Mahathir juga sudah tentu inginkan darah dagingnya meneruskan legasi. Justeru sudah tentu selagi ada hayat beliau akan mencuba sedaya upaya untuk memberikan laluan mudah kepada DS Mukhriz untuk menduduki kerusi PM. Memimpin Kedah dalam usia muda juga dapat membantunya berpengalaman mentadbir negara dengan izin Allah.
6. Peluang untuk DS Mukhriz bagaimanapun tidaklah secerah mana andainya pengganti DS Najib adalah DS Hishamuddin, juga atas faktor usia, selain faktor barisan kepimpinan sedangkan tidak mustahil sebaliknya ianya merupakan laluan mudah pula bagi KJ.
7. Untuk merealisasikan DS Mukhriz menduduki kerusi PM, terlebih dahulu TS Muhyiddin harus dipastikan menduduki kerusi berkenaan namun apakah ini akan berlaku atau akan dibiarkan berlaku? Begitupun DS Mukhriz tidak terlalu nampak menyerlah sama ada dalam pemilihan jawatan AMT dan PRK Sg Limau baru-baru ini.
8. Apapun, PAU yang akan berlangsung bulan Disember nanti masih sangat baik untuk melihat bakal pemimpin masa hadapan. Melihat antara permata dan kaca.
No comments:
Post a Comment