14 August, 2009

SOKONG PARPUKARI - UMNO PERLU DIBERSIHKAN SEGERA

Barah bagi UMNO mesti dibuang segera


2 Alam - Siang jadi wira, malam jadi sundal


PRK Permatang Pasir sudah semakin hampir. Ada desus-desas mengatakan bahawa PKR dan PAS akan turut berentap. Ada pendapat bahawa pertandingan 3 penjuru akan memberikan kemudahan kepada calon UMNO/BN. Benarkah begitu?

Dalam keadaan UMNO yang semakin sarat saya berpendapat walau pertandingan 100 penjuru sekalipun, UMNO/BN masih akan kalah. UMNO/BN masih gagal untuk meraih kemenangan dan kemenangan buat UMNO/BN hanyalah satu impian. Kenapa? Kerana UMNO masih sarat dengan masalah dalaman dan sebenarnya saya melihat UMNO masih belum berubah apa-apa pun.

Liabaliti dalam UMNO masih ada dan masih kukuh ditampoknya. Apakah tindakan yang kepimpinan UMNO ambil? Mereka yang terlibat dalam politik wang semasa pemilihan PAU hanya diberikan amaran dan dibenarkan bertanding. Ali Rustam dan Khairy - apakah tindakan terhadap mereka? Apakah kesalahan hanya dihukum jika mereka orang bawahan tetapi tidak jika mereka dari kalangan elite?

Saya setuju dengan pandangan sdr Parpukari mengenai KJ (Baca disini) Begitu juga dengan pandangan blogger Maya Khairy (Baca disini)

UMNO perlu dibersihkan sebersih-bersihnya dan ini harus dilakukan segera kerana PRU13 hanya ada lebih 2 tahun saja lagi. Kekuatan UMNO hanya dikampong-kampong tradisional namun pemimpin UMNO disetiap peringkat nampaknya masih mengabaikan penduduk di kampong-kampong tradisi ini. Ulu Tembeling umpamanya, selepas lebih dari 50 tahun merdeka apa pembangunan yang ada untuk mereka? Di Kuala Lipis di Kampong Dusun, di Kuala Kenong, jalan raya masih belum kelihatan dan penduduk masih mengunakkan bot untuk ke Kuala Lipis walaupun hanya 20KM dari pusat bandar.

Seorang kawan anak kelahiran Ulu Tembeling yang menetap dipusat pentadbiran kerajaan dengan sinis meluahkara rasa kecewa dalam sms kepada saya menulis; Parti apapun tak ada makna, yang bermakna adalah memperjuangkan HAK MELAYU ISLAM, lihat ECER yang dilancarkan ...semalam, Ulu Tembeling dipetakkan sebagai fruit belt,friut belt - buah neram yang jatuh hanyut melalui aliran air sungai untuk makanan ikan kelah liar sahaja, nak pasarkan buah lain tak boleh, durian dah jadi tempoyak baru sampai kat pasar Jerantut kerana kena ikut jalan balak 2 hari - keluarga aku di Ulu Tembeling di tipu lagi.

Dalam sms berikutnya beliau menambah; aku dah nak balik nak tanam buah ara bagi makan punai, pokok memaya bagi makan kancil,buah kenedai bagi makan burung merbah, tanam ubi kayu bagi makan babi dan tanam pisang bagi makan beruk - marketing tradisional yang tak perlukan jalanraya.

Rakyat melihat dan telah merasai ini. Jika kerajaan kepimpinan UMNO masih belum mahu mengubah, rakyat sendiri akan mengubahnya nanti kerana rakyat masih melihat dalam UMNO masih kebal dengan kronism dan nepotismnya. Lihat dengan mata hati, siapa didalam UMNO yang sedang berubah sekarang ini dan siapa yang hanya pentingkan diri sendiri? UMNO adalah syarikat bagi kontraktor pengampu mendapat projek. UMNO adalah persatuan dimana politikus bercakaran dan 'cas keting' berebut harta dan kuasa.

Yang ini perlu kita sokong: Blogger madugunung menulis - Penghinaan terhadap Melayu Islam (Klik untuk ke blog berkenaan)

13 August, 2009

POLITIKUS MELAYU YANG JAHANAM

Pandang poster ini dapat pahala



Dia ini suatu waktu adalah pemimpin pelajar yang tersohor. Dia peneraju demonstrasi jalanan. Sejarah kehidupannya penuh dengan demonstrasi. Ketika Dr. Mahathir menjadi pemimpin negara, beliau dikutip dari jalanan dan diberikan penghormatan. Malangnya dia tidak sedar diri, dan tangan yang memberi cuba dia kasari, lalu dia dilontarkan kembali kejalanan, tempat dimana dia berasal. (Klik Budaya Anwar - Blog Che Det)

Dia pernah dalam demonstrasinya memijak bendera UMNO, namun diberikan peluang untuk menjadi pemimpin dalam parti yang benderanya dia telah pijak-pijak dahulu. Apa maruah yang dia ada? Bukan setakat tidak bermaruah, dia juga dikelilingi rasuah semasa dia berkuasa. Dia juga rakus dalam politik. Ingat bagaimana Tun Ghaffar Baba dicantas? Dia kelilingi seluruh negara dan katakan bahawa dia hormati orang itu dan tidak akan menentangnya, tetapi dalam masa yang sama dia mendapatkan pencalonan dari semua bahagian dan semua negeri, akhirnya dengan muka simpati yang dipaksakan dia berkata; ..dengan penuh iltizam saya menerima pencalonan yang diberikan....hidupnya penuh kepura-puraan.

Semasa jadi menteri kewangan dia pulun segala yang ada sekelilingnya. Dia amalkan kronism dan nepotism, tetapi bila dia dipecat atas salahlakunya, maka dia dengan pantas menuduh orang lain melakukan itu. Dia merasa dia orang yang bersih sedangkan dia lah segala kekotoran itu.

Maka DS Muhyiddin mengatakan dia adalah Pengkhianat Melayu - memang dia pengkhianat bangsa...kerana dialah negara jadi porak peranda. Dia sanggup merosakkan segala apa yang ada, pada dia; jika dia tidak dapat miliki itu, jangan ada sesiapa yang akan memilikinya. Dia hukan sahaja pengkhianat tetapi dialah pemusnah. Pemusnah bangsa Melayu dan pemusnah peradaban Melayu.

Dia ini pula pejuang Islam - kononnya. Tetapi yang nyatanya dia pejuangkan parti dan diri sendiri. Katanya berbelit-belit dan penuh dengan dusta. Berjuang bersama UMNO katanya berdosa dan haram walaupun UMNO itu Melayu dan Islam. Dalam masa sama dia rela dan boleh bersama PKR dan DAP si kafir harbi. Apa hukum ini kepadanya? Halal? Harus? atau Wajib? Jatuhkanlah hukum ikut kehendak hati kerana dia seorang ulamak. Bila Allah juga dikatakan mencarut...maka bolehlah kita mencaruti ulamak ini dan hukum memaki hamun dan mencaruti ulamak ini adalah juga tidak berdoasa.

Dia kata perjuangkan hudud tapi tak pernah nak laksanakan kerana lebih mudah baginya menyalahkan orang lain dari menyalahkan diri sendiri diatasa ketidak upayaan dirinya. Apa dia lakukan bila ustaz dari DAP selangor memberi fatwa 'beer bukan arak' ? Dia tidak berani bersuara. Sebab dia adalah ulamak yang perjuangkan parti, bukan perjuangkan Agama dan arak termasuk dalam hukum Agama buka ada dalam kepentingan parti PAS.

Bila Anwar serang DS Najib peribadi mengenai kes kematian Altantuya dia tidak bersuara mungkin dia tidak menjumpai fatwa dalam kitabnya, tetapi bila DS Mahyuddin serang Anwar dikatakannya itu serangan peribadi. Nyata jiwa ulamak ini juga sudah rosak. Inilah ciri-ciri ulamak akhir zaman.

(Klik untuk baca blog Saya Punya Nukilan - Fatwa Baru Nik Aziz)

(Klik untuk baca blog bumiyang - Ulamak dan Ahli Pas Dijamin Masuk Syurga)

(Klik untuk baca blog yang gambi - Anwar Pengkhianat Bangsa)

12 August, 2009

BLOG-BLOG UMNO PAHANG......HUHU




Saya telah menulis sesuatu mengenai blog tidak lama dulu - Monolog: Blogs dan Goblok (Sila klik untuk baca) Blogger SPU juga menulis mengenai blogs beberapa kali - sila klik untuk baca disini dan disini tetapi setelah itu apakah yang telah berubah?

Ya! Ada beberapa blog baru dari UMNO yang telah dibina. Ini adalah suatu perkembangan yang baik kepada UMNO sendiri tetapi setakat manakah keberkesanannya? Sebagai penyebar maklumat, blog ditulis adalah untuk dibaca, jika tulisan kita gagal sampai kepada pembaca bermakna matlamat kita telah gagal sama sekali. Baca blog UMNO Pahang sini dan Pergerakan Pemuda UMNO Penjom (sini)

Di Pahang, sepanjang pengetahuan saya ada 2 laman blog aggregator yang menggabungkan blog-blog dalam satu laman blog. Gabungan Suara Anak Pahang dan Himpunan Blog Pahang Kenapa tidak blog-blog berkenaan minta di-link-kan dari blog-blog aggregator ini untuk ianya mudah dicapai oleh pembaca?

Apakah admin. blog-blog berkenaan merasakan bahawa tugas mereka telah selesai apabila selesainya membina lama blog dan menuliskan apa yang ingin disampaikan? Tahukan mereka bahawa ada berjuta laman-laman blog dan bagaimanakan laman blog yang mereka bina boleh dicapai oleh pembaca-pembaca? Tidakkah mereka tahu bahawa sebagaimana barangan jualan lainnya, blog juga harus dipromosikan untuk diketahui ramai?

Kepada blogger-blogger UMNO (Pahang) yang baru berblog (dan masih goblok), saya cadangkan supaya jangan besar diri dan hubungi laman blog aggregator berkenaan sebagai salah satu cara untuk mempromosikan blog yang dibina, percayalah bahawa lebih banyak blog kita di-link-kan dari blog lain maka akan lebih ramai pembaca yang akan kita dapati. (Tetapi jangan samakan dengan Blog Tun Dr. Mahathir - kerana ianya berbeza sama sekali)

Bagaimanakah blog-blog UMNO mampu menentang dakyah lawan jika pembacanya hanya segelintir sahaja. Mungkin Penerangan UMNO negeri perlu memberikan sedikit 'kick-start' untuk memberikan anjakkan kepada blogger-blogger UMNO untuk lebih berdaya saing dengan blog-blog pembangkang.

Bloggers perlu didik masyarakat luarbandar - kata Ketua Pemuda UMNO Pahang. Siapa yang akan mendidik jika bloggers UMNO Pahang sendiripun masih belum terdidik? Memang wajarlah bila Pahang Daily Online kata kita Blogger UMNO Karat ~ bRAVEhEART

11 August, 2009

Pahang Daily Online Ejen Penyebar Fitnah Anwar

Api yang membakar juga memberikan isyarat kepada mereka yang keji itu


Vidoe Klip 'TV Antara' di Pahang Daily Online terus menyebarkan fitnah dan dakyat politik songsangnya bangi menghasut rakyst. Kali ini dengan tajuk sensasi ' Rakyat Serawak Mangsa Kekejaman Pemimpin BN' dan memfokuskan kepada Negeri Serawak kerana Serawak tidak lama lagi akan membubarkan DUN untuk satu pilihanraya peringkat negeri.

Dalam satu perhimpunan yang didakwa dihadiri seramai 3000 orang, pemimpin besar pembangkang yang sinonim dengan tunjuk perasaan dan rusuhan serta tuduhan terhadap kes liwat itu menghasut rakyat Serawak supaya menyokong PK dengan menuduh KM Taib Mahmud dan kroninya sebagai perampsa kekayaan negeri dan membiarkan rakyat tinggal dalam kemiskinan.

Kenapa kemiskinan di Serawak yang diperjuangkan? Kenapa tidak perjuangkan kemiskinan di Kelantan? Apakah kerana Kelantan diperintah oleh sekutu PR maka kemiskinan di negeri itu tidak perlu dipertikaikan dan tidak usah diperjuangkan? Jadi apakah asas perjuangan mereka sebenarnya? Apakah untuk membela rakyat dari belenggu kemiskinan atau hanya jadikan kemiskinan isu untuk meraih pengaruh politik semata-mata?

Bagi mereka yang berfikir, pasti mereka sedar bahawa yang PR perjuangkan hanyalah kuasa dan pengaruh politik semata-mata. Soal menjaga kepentingankroni, rasuah dalam politik serta penyelewengan dalam pentadbiran telah berlaku dan berlaku lebih hebat dizaman Anwar menjawat jawatan Menteri Kewangan. Kerana itu jika kita masih ingat, dalam satu PAU semasa Anwar masih dalam UMNO dan dalam usaha cuba menjatuhkan Presiden Parti, tindakbalas yang dilakukan adalah menyenaraikan nama dan syarikat korni-kroni Anwar yang mendapat projek dari hasil dasar kronism yang Anwar amalkan.

Tentu kita masih ingat bahawa dalam zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir, DSAnwar pernah disabitkan dengan kesalan penyelewengan dan penyalahgunaankuasa. Jadi, siapakah dia yang ingin bercakap tentang kebersihan dalam pentadbiran apabila beliau sendiri bergelumang dengan noda? Begitulah, kadangkala Syaitan pun ingin menjelma menjadi Wali dan Nabi.

10 August, 2009

KERAJAAN PERANGI RAKYAT?

Barisan Pejuang Tentera Syaitan Dari Neraka



Jika kita tidak tinggal di Malaysia kemudian menonton TV Antara Online di blog PDO (Pahang Daily Online) pasti kita akan membuat rumusan bahawa kerajaan Malayisa zalimi rakyat yang melakukan demonstrasi memansuhkan ISA. Pasti kita percaya pada dakyah mereka yang mengatakan bahawa polis/kerajaan memerangi rakyat. Begitulah PDO mengunakan kata-katanya yang muluk untuk mempengaruhi rakyat dan membuatkan orang pecaya kepada dakyah mereka bahawa kerajaan berlaku tidak adil dan zalim.

Apa sebenarnya yang berlaku pada 1 Ogos lalu? GMI Gerakan Memansuhkan ISA telah menganjurkan tunjuk perasaan 'haram' dan mendakwa telah mengumpul hampir 30 ribu rakyat dari berbagai bangsa dan peringkat umur untuk satu tujuan - meminta kerajaan memansuhkan ISA. Soalnya apakah wajar tunjuk perasaan itu diadakan setelah kelulusan tidak diberikan oleh pihak berkuasa demi keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat?

Jika hanya ingin menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong, tidakkah boleh ianya dilakukan tanpa adanya tunjuk perasaan dan perarakan yang mengundang rasa tidak tenteram kepada orang awam? Kenapa mereka harus memilih jalan itu? Jawapanny adalah; memang mereka mahukan ketidaktenteraman berlaku, memang mereka hendakkan keadaan huruhara berlaku dan memang mereka hendak menampakkan bahawa kerajaan dan pihak berkuasa bertindak 'ganas' kepada mereka supaya kelak mereka akan canangkan keserata dunia bahawa kerajaan ini zalim. Tetapi siapakah yang terlebih dahulu berlaku zalim? Tidakkan mereka yang sebenarnya menzalimi diri mereka sendiri?

Mereka telah diberi amaran oleh kerajaan dan pihak berkuasa, mereka telah menyedari apa akibat dari tindakan buruk mereka itu, tetapi kenapa mereka teruskan juga? Jawapannya adalah kerana mereka sengaja angin mencabar kerajaan kemudian dengan bangga mengatakan bahawa ini adalah kebangkitan rakyat!. Apakah ini kebangkitan rakyat sebenarnya? Tidak! Ini adalah tindakan pihak tertentu yang hanya pergunakan rakyat untuk menjadi benteng pertahanan mereka. Rakyat dipaksa berjuang untuk mereka. Lebih buruk lagi adalah ini dilakukan hanya untuk mengalih pandangan umum terhadap pemimpin mereka yang cuba melarikan diri dari perbicaraan di mahkamah atas tuduhan salahlaku moral. Dalam kata lain adalah; tunjuk perasaan ini untuk mengalih pandangan mesyarakat daripada memberikan fokus kepada tuduhan meliwat oleh pemimpin yang mereka agungkan itu.

Kebangkitan rakyat? Bodohlah kalau lembupun percaya bahawa itu adalah kebangkitan rakyat. Apakah kanak-kanak kecil tahu apa itu reformasi? Apa itu ISA? Yang mereka tahu adalah 'Ice-Cream' tetapi tidak ISA. Janganlah menganggap semua rakyat bodoh dan boleh diperbodohkan. Jikapun GMI bersemangat membentuk 'Bala Tentera Dari Neraka' janganlah libatkan sekali kanak-kanak yang seumpama kain putih bersama mereka kerana tempat bagi kanak-kanak itu adalah di Syurga sedangkan tempat bagi mereka adalah di 'Neraka Jahannam'

Jika benar-benar kerajaan ingin berperang dengan 'Bala Tentera Dari Neraka' ini, kenapa hanya ada kira-kira 5000 anggota polis diarahkan untuk menentang hampir 30 ribu 'Bala Tentera Dari Neraka' itu? Kenapa tidak disediakan 10 atau 20 ribu anggota polis? PDO harus lebih berhati-hati supaya tidak memberikan tafsiran yang salah dan memesongkan umah. Jika pun bencikan kepada BN/UMNO, lakukanlah secara demokrasi dalam PRU13 nanti, tetapi bukan dengan jalan membuat hasutan sebegini. Inilah sebenarnya alasan yang membuatkan ramai rakyat berpendapat bahawa ISA masih perlu dikekalkan bagi menangani masalah dari pihak-pihak yang menyebarkan dakyah seterusnya mengancam keselamatan negara.

Dalam wawancara, ada satu responden yang kurang pengetahuan (mungkin juga kurang akal) telah menyatakan bahawa polis gunakan senjata kimia. SENJATA KIMIA? Polis kita sama seperti tentera yahudi zionis? Amboi Mak!! Tentu polis kita antara yang termoden dan tercanggih didunia jika kita sudah capai tahap itu. Ya! Betullah! Memang polis kita guna senjata kimia menentang perusuh jalanan dan 'tentera dari neraka' itu, juga polis telah guna asid asernik (?) terhadap DS Anwar semasa beliau dalam tahanan sepertimana yang didakwa! Kerana itulah ajal beliau semakin hampir!. Beliau sedang menghadapi sakit yang tenat, kronik...bukan pada tubuh badan tetapi pada otak dan hati dann jiwanya.

Pernahkah kita tanya diri sendiri; apa akan jadi jika polis tidak kawal setiap tunjuk perasaan yang diadakan? Apa akan jadi jika kerajaan lemah dan tidak mampu kawal kekacauan? Akan amankah negara ini? Jawapannya semua orang tau termasuk mereka yang menganjurkan serta mengadakan tunjuk perasaan dan rusuhan jalanan itu, tetapi kenapa mereka tidak mahu mengakui keberkesanan tindakan kerajaan dan polis itu? Memang jiwa mereka ini telah rosak kerana itu mereka sengaja melakukan kerosakan didunia ini.

Saya berpendapat bahawa satu laporan polis patut dibuat keatas PDO dan meminta supaya tindakan diambil keatas penyebaran maklumat yang boleh menganggu dan mengancam keselamatan negara jika tidak diberikan pemantauan serius. Tetapi saya masih percaya bahawa kerajaan masih bersikap adil dan memberikan kemaafan dan peluang kepada mereka untuk terus bersuara. Apakah selama ini kebebasan bersuara mereka disekat? Yang sangat menghairankan adalah dikala mereka banyak dan bebas bercakap tetapi mereka berkata bahawa kebebasan bersuara mereka disekat.



Berdemo adalah budaya Anwar - Che Det

Bahaya matlamat menghalalkan cara - Paneh Miang

Pembangkang tak mampu bela rakyat - Taipingmali

Siapa yang Najib tangkap guna ISA - Aspirasi Bangsa

09 August, 2009

PAS CELAKAKAN MELAYU DAN ISLAM
















Parti PAS memang sudah tidak releven lagi di Malaysia ini, tidak untuk memperjuangkan bangsa Melayu dan tidak juga untuk mendaulatkan Islam. Selama ini PAS hanya bersendiwara kononnya ingin menegakkan Islam, ingin membina kerajaan Islam, ingin laksanakan hukum hudud, dan segala itu tidak dapat dilaksanakan adalah kerana tidak berpeluang berkuasa dan memerintah, dan tidak mampu melaksanakannya kerana disekat oleh UMNO. Segala kegagalan PAS untuk laksananakan Islam adalah kerana UMNO. Begitulah para pemimpin PAS menterjemahkan kegagalan mereka dengan menyalahkan orang lain - UMNO.

Apabila PAS gagal memberikan pembangunan dan mempertingatkan ekonomi negeri yang diperintahnya sejak berpuluh tahun, ulamak dan pemimpinnya mentarbiahkan; kita jangan mengejar harta dunia, kita cari akhirat...tetapi dalam masa sama rakyat negerinya bertaburan ke negeri-negeri lain mencari kekayaan dan pemimpin-pemimpinnya yang berpeluang merebut kekayaan juga menjadikan diri mereka kaya. Yang tetap tinggal miskin adalah rakyat jelata yang bodoh dan mampu diperbodohkan saja yang tinggal di kampong-kampong - para pemimpin mereka tetap menjadi kaya raya.

Retorik yang PAS lakukan sangat bahaya kepada bangsa Melayu dan Agama Islam sendiri. PAS telah sinonim dengan melabelkan orang lain kafir, perbuatan orang lain semua haram dan merekalah yang selalunya benar dan perbuatan merekalah yang selalunya halal. Bahkan apabila pilihanraya, mereka mengatakan mengundi PAS dapat pahala dan masuk syurga. Menatap poster pemimpin yang mereka gelar ulamak pun dapat pahala (dan masuk syurga juga) (?). Ini adalah satu kesesatan yang jelasa dilakukan, malangnya masih ada yang terpengaruh dengan ajaran songsang ini.

Apakah yang PAS mampu lakukukan bagi perjuangkan Agama Islam? Di Selangor sebelum PRU12 PAS mempropogandakan akan menhapuskan penjualan arak dan bahkan menutup kilang arak jika diberikan kemenangan dan kuasa memerintaah. Allah telah menetapkan bahawa mereka telah mendapat sebahagian kuasa itu dan bersama parti kafir harbi DAP memerintah selangor, tetapi apa yang mampu mereka lakukan? Bahkan dalam isu ulamak DAP mengeluarkan fatwa bahawa beer itu bukan arak, PAS masih enggan dan tidak berani bersuara dan membuat sebarang ketetapan. Bacul dan hinanya ulamak-ulamak PAS ini.

Selepas ini tentu PDO (Pahang Daily On Line) akan menghentam saya dan terus melabelkan saya sebagai Blogger UMNO karat. Itulah modal PDO sejak dulu, kini dan selamanya. Kita sudah tahu siapa blogger-blogger Pakatan Karat dalam PDO ini dan kita sudah tahu dimana tempat mereka beroperasi. Saya seru mereka supaya insaflah dan berhentilah dari menyebarkan fitnah terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan yang memerintah negeri Pahang. Jika Pakatan Rakyat yang memerintah Pahang saya percaya mereka tidak akan dapat lakukan lebih baik lagi, bahkan tentu mereka akan jadikan Pahang ini lebih buruk dan kacau bilau. Dalam Pakatan Rakyat sendiri PAS dan ulamak nya di celakakan oleh DAP dan PKR. Peranan mereka sebenarnya adalah melemahkan UMNO dan penguasaan pemerintahan bangsa Melayu.

Fikirkanlah PDO dan jangan pesongkan segala fakta serta kenyataan selama ini.

Klik dan baca diblog Parpukari ini untuk tau bahawa pemimpin PAS tak ada telor

08 August, 2009

ULAMAK PAS, ULAMAK DAP

Fatwa: Beer bukan Arak


Nyata bahawa PAS tidak berkuasa dan gagal bersuara dalam Pakatan Rakyat bahkan mereka dengan hinanya dipermainkan oleh DAP. Rakyat melihat bahawa rendahnya taraf ulamak dalam PAS yang dengan mudah disamakan dengan bebrapa tokoh politik dari DAP.


Bangsa asing telah bukan saja merendah dan menghina Islam yang PAS perjuangkan bahkan mencabar PAS yang nyatanya tidak langsung berani bertindak. Mereka hanya berani menyalahkan UMNO dalam semua hal tetapi 'hilang telor' bila berhadapaan dengan DAP.

Kita tidak persoalkan maruah PAS yang dihina DAP tetapi kita persoalkan maruah Agama Islam yang sengaja disinggung oleh kafir harbi sahabat karib PAS itu. Apakah kita masih melihat PAS benar-benar memperjuangkan Agama Islam? Saya lebih melihat bahawa ulamak-ulamak dalam PAS hanya perjuankan diri dan kepentingan politik parti mereka saja.

Bahawa sebenarnya PAS telah gagal perjuangkan Agama Islam sepertimana yang mereka canangkan, lantaran itu kita harus kembali kepada UMNO untuk meneruskan memperjuangkan bangsa Melayu dan mengangkat martabat Agama Islam di negara kita ini. Janji kosong PAS penuh dengan retorik dan kepalsuan semata-mata.

Ulamak PAS berdiam diri. Apakah bererti mereka juga menyetujui fatwa bahawa beer itu bukan arak? Jika tiada bantahan dari mereka bermakna mereka bersetuju dengan kenyataan itu. Masihkah kita mahu menyokong PAS yang mengkafirkan UMNO satu ketika dulu tetapi menganggap DAP sebagai saudara?


...Dia menyentuh mengenai pendirian Mufti Selangor baru, Sheikh Ronnie Liu bahawa beer bukan arak.
"Tak lama lagi, PAS akan tukar laungan kepada Take Beer! Take Beer!" (Klik ke Blog Husin Lempoyang)

...Jeff Ooi pula mengaitkan "Syariah Islam sebagai ekstremis" semasa pertelingkahan beliau dengan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Razali Abdullah. Satu kenyataan yang sangat sensitif dan menjatuhkan maruah Islam serta menunjukkan yang beliau sangat anti Islam

Namun dalam isu Jeff Ooi ini, Dewan Pemuda PAS pusat, melalui ketuanya Nasarudin Hasan hanya mahukan supaya beliau menarik balik kenyataan atau memohon maaf secara terbuka. (Klik ke Blog Puakumbu antara blog dari Pahang yang perlu diberikan perhatian kerana tulisan nya yang menarik)

(Klik utk ke blog Kingdom Of Heaven)

07 August, 2009

ULAMAK YANG MEMESONGKAN UMAH







Dan (di antara orang-orang munafik itu)ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin yang sedang menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: "kami tidak mengkehendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya). (At-Taubah:107)


Dan diantara dalang demonstrasi GMI itu adalah mereka dari parti yang katanya memperjuangkan Islam. Mereka yang berserban dan menamakan mereka sebagai ulamak sanggup berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan si kafir harbi atas nama perpaduaan yang semata-mata bertujuan untuk melemahkan kuasa dan kepimpinan bangsa Melayu yang juga menjadikan Islam sebagai Agama dan pegangan. Mereka sehaluan dengan si kafir harbi yang merasakan menyamai taraf ustaz dan mungkin nanti akan dimartabatkan juga sebagai ulamak kerana telah mengeluarkan fatwa bahawa beer itu bukan minuman keras, bukan arak sepertimana yang berlaku di Selangor baru-baru ini.

Umat Islam di Malaysia masih belum keliru dengan semua itu, tetapi janganlah cuba mengelirukan umah dengan menyalahkan yang benar dan membenarkan yang salah walaupun ianya atas kepentingan politik kepartian. Kerana itu seorang ulamak yang benar tidak harus terlibat dalam politik dan memegang apa-apa jawatan dalam politik kerana nanti segala tindakannya akan mengutamakan kepentingan politik melebihi kebenaran yang di hak kan dalam agama. Kerana itu sekarang ini terdapat mereka yang menggunakan sebahagian dari Quraan dan menyembunyikan sebahagian yang lain dalam tafsirannya atas motif politik semata-mata.

Syaitan juga mampu menjelma dan menyerupai ulamak dengan kebohongan dan pendustaan mereka bagi menyesatkan umat di akhir zaman.

06 August, 2009

BALA TENTERA DARI NERAKA 2




Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, manafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. Dan ke dalam neraka Jahannamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan. Supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dari yang baik dan menjadikan (golongan) yang buruk itu sebahagiannya di atas sebahagian yang lain, lalu semuanya dikumpulkan-Nya dan dimasukkan-Nya ke dalam neraka Jahannam. Mereka itulah orang-orang yang merugi. (Al-Anfaal:36-37)


Bagi merealisasikan demonstrasi GMI yang baru lalu satu dana yang besar diperlukan untuk mengerakkannya. Ada laporan menyatakan bahawa peserta dibayar RM50-RM100 setiap seorang. Kita tidak pasti berapa sebenarnya jumlah dana yang dibelanjakan tetapi kita tahu bahawa ianya satu jumlah yang besar, yang bukan senang-senang untuk didapati melainkan dari orang-orang tertentu yang berkepentingan atau dari organisasi-organisasi tertentu yang juga berkepentingan dan menangguk di air keruh.

Tidak juga jelas apa sebenarnya tujuan demonstrasi berkenaan dan apa kepentingannya kepada rakyat umum. Seandainya kita hanyalah seorang penoreh getah, petani, nelayan dan buruh kasar, perlaksanaan atau pemansuhan ISA tidak memberikan apa-apa faedah yang nyata kepada kita. Mungkin itu berfaedah kepada ahli-ahli politik semata-mata untuk melindungi mereka dari perbuatan jahat mereka selama ini dan akan datang. Justru, apalah gunanya kita bermati-matian perjuangkan pemansuhan ISA jika ianya bukan untuk kepentingan rakyat banyak? Nampaknya pemimpin bala tentera dari neraka ini yang memerlukan kita berjuang untuk diri mereka walhal sebagai pemimpin merekalah yang patut berjuang untuk kepentingan kita. Perjuangan apakah ini?

Mudah-mudahan kita tidak leka dan tersesat sehingga kita termasuk dalam golongan bala tentera dari neraka ini. Andai kita telah terlanjur, maka kembalilah kepangkal jalan, bertaubatlah semuga Allah menerima taubat kita. Janganlah kita termasuk dalam golongan mereka yang hanya akan merugikan dan memusnahkan bangsa Melayu sendiri. Apa yang ramai nampak bahawa ini semua adalah satu usaha untuk mengalih pandangan oleh seseorang dari perkara pokok, iaitu tuduhan di mahkamah terhadap dirinya atas perbuatan terkutuk yang dia dituduh melakukannya.

Ketika di satu pihak telah dengan berani bersumpah bahawa berlaku kemasukan dari pintu belakang, kenapa di satu pihak lagi dengan takut melarikan dari dari melakukan sumpah yang serupa? Jika benarlah falsafah lama; berani kerana benar....apakah takut bermana kerana salah? Kenapa apabila salah dilakukan oleh orang lain dia dengan cepat mengemukakan saman tetapi kenapa tidak soal ini? Kenapa si x tidak disaman kerana bersumpah di xx oleh mr xxx?

Janganlah kita biarkan masa depan anak-cucu kita dimusnahkan oleh tangan-tangan hitam ini. Janganlah kita perjudikan masa depan kita, anak-cucu kita dan harapan bangsa kita pada tangan panglima perang bala tentera neraka ini supaya nanti anak cucu kita tidak akan mencari dimana kubur kita untuk mengencinginya, hanya kerana kita telah terpedaya dengan janji-janji dusta.

Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadap kamu pada hari ini, dan sesungguhnya aku ini adalah pelindungmu" Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: "sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu: sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kamu sekelian tidak dapat melihat: sesungguhnya aku takut kepada Allah". Dan Allah sangat keras seksa-Nya. (Al-Anfaal:48)

05 August, 2009

BALA TENTERA DARI NERAKA






Rusuhan oleh kumpulan GMI masih segar dalam ingatan semua. Suara rakyat membantah demonstrasi haram itu namun dalang dan tangan-tangan hitamnya masih berusah keras untuk memporakperandakan negara. Bagi mereka politik negara biar tidak stabil, ekonomi juga mesti merosot dan tidak menentu, rakyat jelata biarlah ditanamkan amarah kepada kerajaan memerintah. Minda rakyat mesti sentiasa dihasut dan kerajaan mesti digambarkan sebagai tidak adil dan zalim.

Kerana itulah bala tentera dari neraka yang dipimpin oleh panglima besar mereka mengadakan demonstrasi. Walaupun jumlah mereka tidak mencapai sasaran ke angka 100 ribu namun mereka merasakan bahawa mereka telah berjaya. Mereka berbaris dalam saf-saf, mereka itu adalah bala tentera syaitan dari neraka yang menyerupai satu bangsa bernama Melayu dan bertujuan untuk menghapuskan umat Melayu dari muka bumi ini.

Panglima agung mereka ini mungkin juga jelmaan setan dari neraka atau mungkin juga jelmaan dari Dajjal pembawa kesesatan umat diakhir zaman. Cita-cita Panglima agung ini hanya satu - untuk menjadi raja ..beraja dimata dan bersultan dihati. Nafsu besarnya menghalalkan segala yang diingini. Baginya kota itu mesti ditakluki sama ada dari depan atau membolosinya dari belakang. Kepada semua rakyat Malaysia, janganlah kita terpengaruh dengan kata-kata dan pendustaan mereka itu. Janganlah kita tertipu dan terpedaya oleh mereka. Turuti akal dan bukan nafsu.

"...Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?". Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran" - Az-Zumar ayat 9.

04 August, 2009

TANGAN-TANGAN YANG MENCELAKAKAN MELAYU

Istana Anwar Ibrahim RM7 Juta


Istana Khalid Ibrahim juga ber juta-juta RM


Istana Hingap LGE berapa juta pula? Semuanya hasil kestabilan politik dan dasar ekonomi negara yang mantap




Semua tahu bahawa disebalik tunjuk perasaan haram Gerakan Mansuhkan ISa ada tangan-tangah hitam yang bergumang dengan noda dan dosa yang memainkan peranannya. Tangan ini addalah tangan-tangan anak bangsa yang bernama Melayu. Dan tangan ini pula mengerakkan anak-anakn Melayu juga untuk melemahkan dan menjatuhkan pemerintahan bangsa Melayu dibumi Melayu sendiri.

Inilah kecelakaan yang dibawakan oleh si celaka ini. Si celaka yang bernama Melayu yang kunun nya memperjuangkan kesamarataan dan keadilan tetapi sentiasa bersikap tidak adil terhadap orang lain. Adil bagi si celaka ini adalah apabila sesuatu itu memihak kepadanya tetapi jika tidak memihak kepadanya maka dikatakanlah tidak adil dan zalim.

Si celaka- si celaka ini yang dibesarkan dalam suasana aman damai di bumi Tanah Melayu (Malaysia) ini tetapi apabila tiba dihujung hayatnya (hampir mampus) maka mereka menghuruharakan hanya kerana tidak rela orang lain hidup dalam aman dan damai sepertimana yang mereka lalui. Si celaka-si celaka ini hidup mewah dari harta yang didapati ketika negara dalam keadaan politik yang stabil. Dengan harta yang bertimbun itu mereka membayar kepada lembu-lembu Melayu untuk terlibat dalam demonstrasi bagi menghuruharakan negara. Si celaka ini adalah species anjing yang tersepit. Malanglah kerana si lembik telah melepaskan si celaka anjing tersepit ini dahulu.

Anak Melayu akan datang akan mencari-cari dimanakah kubur-kubur mereka ini, juga kubur-kubur ulamak sesat yang memecahbelahkan bangsa Melayu untuk mengencinginya.

(Klik untuk baca pendapat dan pandangan seorang blogger wanita tentang demonstrasi hapuskan ISA dan masadepan negara jika keadaan terus huruhara: http://srikandi-melayu.blogspot.com/2009/08/jangan-sampai-darurat.html)

03 August, 2009

PERJUANGAN ITU KERANA APA DAN UNTUK SIAPA

Inilah wajah hero-hero dimana kita yang harus perjuangkan mereka, apakah pula perjuangan mereka untuk kita?


Sekumpulan lembu yang sedia untuk dijadikan korban


Demi kesetabilan politik dan ekonomi negara, keamanan perlu dikekalkan

Foto-foto sumber dari Malaysiakini dan posting asal dari blog bumiyang. (Klik utk ke blog bumiyang)

Bangsa Melayu dahagakan perjuangan. Bangsa Melayu bangsa yang berani berjuang. Bangsa Melayu pantang dicabar. Tetapi (secara keseluruhannya) bangsa Melayu ternyata masih bodoh dalam berpolitik. Ketika bangsa lain bersatu dan berkerjasama melonjakkan bangsa mereka untuk berpengaruh dan menguasai politik tanahair, bangsa kita menyelenyapkan pengaruh kita sesama sendiri sehingga kuasa kita semakin kecil dan terhakis. Bangsa Melayu tidak sedar bahawa di saat bangsa lain bersatu melemahkan bangsa kita, kita berperang dan melemahkan sesama sendiri.

Isu Isa..apakah yang sebenarnya kita perjuangkan? Apakah Isa memberikan kita tekanan jikalau kita hanyalah seorang penoreh getah atau nelayan? Tidak bebaskah kita sebagai rakyat dan masyarakat kampong berbicara dikedai-kedai kopi? Yang perlukan kebebasan dan ingin memansuhkan ISA adalah tokoh-tokoh politik yang berkepentingan peribadi. Tokoh-tokoh ini yang sepatutnya berjuang untuk kita, tetapi kita pula diminta berjuang untuk mereka. Kita dijadikan benteng perjuangan mereka dan apabila kejayaan diperolihi siapakah yang akan menikmatinya? Berapa besar rumah/bungalow/istana DS Anwar? Lim Guang Eng? DS Khalid? Mereka yang menikmati hasil dari perjuangan yang kita (yang bodoh-bodoh ini) lakukan.

95% peserta demonstrasi adalah bangsa Melayu. Melayu dijadikan alat untuk menghancurkan Melayu sendiri. Melayu itu semuanya bodoh-bodoh belaka. Ingat pelajar Universiti tu cerdik? Mereka ini bodoh tahap lembu korban. Mereka yang membiarkan diri diperalatkan adalah kebodohan bangsa yang tidak boleh dimaafkan. Kadang-kadang kita merasa kecewa kerana adanya Melayu yang sanggup menjadi lembu sebegini. Kenapa tidak ramai bangsa cina dan india dalam demonstrasi ini? Fikirkanlah sendiri.

Kepada lembu-lembu yang belum sempat dijadikan korban, pulanglah kembali kekandang dan pulanglah kembali kepangkal jalan. Lembu-lembu itu mungkin pelajar pusat pengajian tinggi, pekerja awam dan swasta, penulis blog pembangkang dan sesiapa saja yang mampu ditipu oleh saudagar penjual lembu yang memakai tandanama PAS, PKR serta DAP. Dalam kehidupan ini memang banyak yang pandai tetapi malangnya mereka kurang berakal.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...