08 April, 2010

PAHANG - LAKONAN WAYANG CINA

Gambar Hiasan: Dari satu adegan lakon-layar wayang Cina -
dialognya adalah: Cis! nyah kau dari sini, selepas kau barulah aku akan nyah!



Ari ini kawan tak endak menulis panjang dan lebar. Cukuplah gamoknya walaupun pendek dan tak besar. Ini kena tanya orang tertentu mana yang mereka suka antara panjang dan lebar serta pendek tetapi besar. Hehehe!

Semalam kawan dah kata yang kawan sedang menyediakan 'poll' diblog ini untuk dapat kita mengundi sama ada siapa sokong MB Pahang terus menyambung jawatannya atau siapa yang suka jika dia direhatkan sementara.

Kerana itu, beberapa hari dari sekarang, kawan akan mengeketengahkan isu-isu yang berkaitan yang akan dapat memberikan pandangan bagi kita membuat pertimbangan nanti.

Mula-mula sekali kawan nak siarkan tulisan dari sebuah blog dari Dato' Sakmongkol yang menulis posting ini di dalam blog Pahang Press milik beliau sendiri. Nampaknya Pahang Press ini dah nak kiok' dah. Bagaimanapun blog Sakmongkol masih gagah dan perkasa dan hadir dengan tulisan-tulisannya yang sangat baik, cuma orang-orang dari kampong saya susah sikit nak membacanya. Maklumlah ditulis dalam bahasa 'omputih'.

Dato' Sakmongkol mungkin boleh lekatkkan widget translater, tapi masih belum ada translater yang boleh menterjemahkan loghat kampong di Pahang ni. Jadi, kawan tak tau apalah nak kata tentang tu.

Jadi, ace kita bace dulu tulisan Dato' Sakmongkol ni, dan minggu depan kita 'setat' membuat undi sapa suka dan sapa kurang suka atau tak suka atau benci pada MB kita ni. Kita kira ni macam mengundi olok-oloklah. Hehehe! Lepas kita undi MB kita undi orang lain pulok, ye dok?


Baca dari blog Dato' Sakmongkol (tanpa sebarang ubahsuai atau pembetulan):


MB Pahang telah membentangkan bajet negeri tersebut untuk tahun hadapan. Sebagai rakyat biasa yang pernah menjadi wakil rakyat, saya sentiasa mengharapkan perdebatan dan penghujjahan yang bernas dari wakil wakil kita. Saya beranggapan bahawa selain dari pembukaan sidang dewan, persidangan mengenai bajet adalah kemuncak persidangan untuk mana mana tahun.


Ini adalah kerana, pada persidangan tersebut, kerajaan memohon kebenaran untuk mengeluarkan sejumlah wang dari akaun consolidated untuk membiayai pengurusan dan pembangunan negeri. Permohonan ini pun mempunyai signifikens yang besar- memohon kebenaran bererti kita harus sedar bahawa wang tersebut, bukan kita punya. Ianya kepunyaan dan milik negeri atau rakyat. Apabila perkara ini disedari maka, aplikasi dan penggunaan tersebut, menjadi suatu perkara yang akan di nilai oleh rakyat. Yang berada di barisan depan sekali, untuk menilai sama ada wang tersebut akan di kendalikan dengan baik, ialah wakil rakyat.


Tahun demi tahun, kita di beri tahu, hasil kerajaan adalah x jumlah nya. Semasa saya jadi wakil rakyat dahulu saya sentiasa mahu menanti kenyataan mengenai pendapatan negeri Pahang keseruhan nya. Maksudnya, hasil kerajaan hanya merupakan sebahagian dari pendapatan negeri yang terkutipoleh kita melalui cukai, royalty, hasil dividen, sumbangan per kapita dari kerajaan persekutuan dan sebagai nya. Maka, hasil kerajaan adalah x daripada Y untuk sesuatu tahun.


Apa guna nya kita tahu income negeri Pahang? Kerana dengan mengetahui pendapatan negeri secara membandingkan rekod, dapatlah kita tahu sama ada kesihatan ekonomi negeri di urus dengan baik. Apabila kita tahu perkara ini, boleh lah kita berdebat dengan rasional. Saya kira MB pun akan suka jika kita berdebat dengan penghujjahan yang rasional dan tidak terpekik terlolong menuduh sembarangan atau memberi sokongan babi buta.


Seperti biasa bajet negeri Pahang berada dalam keadaan defisit. Erti nya, hasil kita kurang dari belanja. Kita belanja lebih dari pendapatan. Bagaimana kita menampung nya? Dengan berhutang dari kerajaan persekutuan.


Sahabat sahabat saya dalam dewan Pahang akan berkata- ah, bukan Pahang sahaja yang defisit. Malaysia pun defisit. Susah lah kita mahu memulakan perdebatan jika kita mempunyai sikap yang sebegini.

Kenalah kita menerangkan, mengapa kita kata defisit tidak mengapa? Janganlah kita mempertahankan defisit dengan menyatakan ianya terjadi sebab kita belanja keatas welfare. Kita tolong orang miskin dan susah. Sememangnya, tolong orang susah dan miskin adalah suatu perkara yang murni. Tapi mustahil, bahagian yang di salurkan kepada oran miskin dan susah, menyebabkan defisit? Tapi point inilah yang akan di gunakan oleh sebahagian besar dari wakil rakyat kita.


Jika kita hanya tahu point seperti ini, nampak sangatlah kita tidak menghalusi ucapan bajet MB dan bila balik ke hotel hujung mingu, tidak mahu menganalisa inti bajet dengan rapi. Kalau kita veri hujjah yang dangkal, maka pengamal media baru seperti sakmongkol akan memberi pandangan nya. Dan pandangan nya tidaklah seperti pandangan budak sekolah pemberita dari Utusan Malaysia yang disebut orang sebagai akhbar yang terbodoh dalam dunia!


Seperkara yang kita harus sedar ialah, defisit tidak semestinya sesuatu yang tidak baik. Ia jadi tidak baik, jika defisit di guna dan terjadi sebab kita beberlanja keatas perbelanjaan mengurus atau consumption spending. Yakni, kos mengurus naik tapi prodaktiviti tidak naik sama.


Jika defisit terjadi kerana sebab ini rakyat sema akan bertanya- mengapa kos pengursuan naik, tapi kualiti perkhidmatan tidak? Bila kita pergi ke pejabat kerajaan, pegawai keajaan tidak ada di pejabat. Mereka minum teh atau pergi main golf. Ini bukan syarikat bapak mereka punya. Kadang kadang, kita di layan dengan kasar dan secara insensitif sekali. Orang yang datang berurusan dengan pejabat kerajaan di layan seolah olah seperti peminta sedekah yang bergantung kepada ehsan pegawai.

Tentlah ini menjengkilkan perasaan rakyat jelata.

Bersambung…..



Kita berentilah sini dulu, pas tu kita sambunglah lagi esok lusa pulak. Mana tau dalam sari-dua ni ada Dato' Sam ajak mengeteh sambil borak-borak...hehehe! nak bincangkan pasal facebook pulak ke...atau nak dapatkan nasihat macamana nak perkasakan blog dia yang dah jadi perkasam tu?....mungkin juga nak bincang-bincang pasal Unit Media Baru yang semakin lama semakin buruk...dan tak tentu hala-tuju.



07 April, 2010

CERITA PASAL PAHANG

Gambo kenangan masa PRU dulu, bolehlah simpan jadi bahan sejarah untuk anak cucu



Lama dah kawan tak menulis pasal Pahang. Kawan rasa macam dah lama kawan tak balik ke kampong halaman. Bimbang juga orang Jerantut lupa dan dah tak kenal ke kawan. Kalau pun ada orang yang tak suka ke kawan, kawan peduli apa?, asalkan MB dan Ketua Penerangan Perhubungan Negeri masih ingat dan kenal pada kawan. Hehe! Macam ayat orang mengayat aje?

Tak banyak kawan nak cerita pasal Pahang. Pertamanya kerana bukan ramai sangat orang nak dengar cerita pasal Pahang dan keduanya di Pahang pun tak ada cerita. Aman dan damai maklumlah - darul makmur! Kita boleh tidur lena dan tidur lelama, tak ada sape yang akan peduli.

Hati MB pun senang juga sebab PRU lambat lagi, jadi tak risaulah kalau nak kena berkemas-kemas berangpe (peralatan). PM Satu Malaysia pun mungkin akan lanjutkan perkhidmatan dia sebab masih banyak kerje yang belum diselesaikan lagi, hutang piutangnya. Rakyat Pahang pun mungkin tak ada masalah kalau khidmatnya disambung lagi. Mungkin nanti saya nak buat nakal sikit dengan adakan 'poll' di blog ini, boleh tengok ramai ke tidak orang yang masih sukakan DS Adnan ni?

Media sosial (orang UMNO panggil media baru) 'Facebook' Pahang di kontrol (kawal) oleh UMB (Unit Media Baru) UMNO Pahang. Perasaan deme lah. Tapi mana blogger generasi kedua dari UMB Pahang? Agaknya, mungkin kawan yang dan kurang membaca jadi kawan tak tau. Macamana pun, yang kawan tau blog pembangkang makin bertambah. Mungkin juga blog-blog ni tak akan memberikan apa-apa kesal pada politik Pahang, gamak nya lah!

Tapi apa yang kawan nampak, di blog aggregator 'Gabungan Suara Anak Pahang' http://gerbangtemumaya.blogspot.com , blog-blog pembangkang makin bertambah. Tak memada dengan Pahang DailyOnline (PKR), timbul pulak Pahang Kini (Pas). Ketua UMB Pahang mesti tau dan selalu memantau benda-benda ni dan mungkin dia rasa ni tak akan menjadi kudis sebab politik UMNO Pahang masih kuat. Kenalah kita tanya Dato' Sam pasal ni. Dia kena juga ingat, kalau MB kena kuis dia pun tertumpir juga.

MB dah mintak tambah 9 lagi kawasan Parlimen untuk negeri Pahang. Itu hasil dari Konvensyen UMNO Pahang dulu. Kalau PM setuju, tambah kuat dan gagahlah UMNO Pahang nampak gayanya. Orang-orang politik kita pun bolehlah tidur lebih panjang lagi. PRU pun jauh amat lagi, apa nak risau? Kawan cuma nak ingatkan satu perkara aje, orang tak sukakan DS Anuar dan PR bukanlah bermakna orang dah jadi sukakan UMNO.

Kawan ni taklah kisah sangat sapapun yang akan jadi MB nanti atau parti mana yang akan memerintah Pahang, cuma puak-puak orang politik ni esok, sanggup ke jadi pembangkang? Hehehe! Jadi sekali sekala sebelum tidur tu, letaklah tangan ke dahi dan fikirkanlah. Ingat juga, masa UMNO ber-konvensyen dulu PR juga ber-konvensyen di Kg. Temin, Jerantut. Banyak juga DS Anu-arr goday (usik) buntut pemimpin-pemimpin UMNO Pahang, habislah semua ditelanjangkan nya. Habis juga satu alur sungai Tembeling di beraknya. Tak akan sikit pun tak memberi kesan?

Hari pun dah jauh malam, kawan nak beransur tidurlah pulak. Pemimpin-pemimpin UMNO kita dah lama dah tidur gamok nya. Kalau pun ada yang tak tidur dan masih bergoyang di dangdut tu, dema tu bukanlah orang-orang UMNO, orang sebelah sana pun dah pandai simpan ketayap dalam kocek, hehe!

Husin Lempoyang juga yang burppp! kenyang dan kaya sebab boleh jual orang dan jual onta, Hehe! Wow!!


06 April, 2010

MEREKA MENGHINA SAMBIL MENGUJI KEKUATAN MELAYU

Melayu akan hilang jika tak dipertahankan!


Gerakan, MCA enggan tunduk

KUALA LUMPUR 3 April - Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. Teng Hock Nam dan Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Low Chew June enggan tunduk kepada desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar memohon maaf secara terbuka kerana melabelkan pertubuhan itu sebagai rasis.

Kedua-dua pemimpin tersebut sebaliknya tetap mempertahankan kenyataan mereka dan beranggapan bahawa perjuangan Perkasa bertentangan dengan gagasan 1Malaysia.

Hock Nam berkata, ucapan pemimpin dalam Mesyuarat Agung Perkasa pada 27 Mac lalu banyak menyentuh sensitiviti kaum yang boleh memecah belahkan perpaduan di Malaysia. (Klik baca seluruhnya)


Sebenarnya bangsa cina hanya ingin menguji kekuatan dan perpaduan bangsa Melayu. Oleh itu desakan mesti kita teruskan dan secara bersama. Bangsa Melayu harus bersatu dan merapatkan saf perjuangan. Jangan biarkan bangsa kita dihina lagi.

Sedarkan kita bawa bangsa cina itu walau nampak berpecah dalam berbagai parti dan persatuan namun mereka masih bersama dan mencapai satu tujuan, dan tidak seperti bangsa Melayu yang sudah bagai berpatah arang dan berkerat rotan.

Saya menyeru semua bangsa Melayu untuk terus mendesak mereka itu memohon maaf secara terbuka. Desakan demi desakan mesti dilakukan supaya terbalas malu bangsa kita yang dituntut hanya kerana menjulang keris.

Mari seluruh Melayu kita bersatu. Kita sokong dan sertai Perkasa dan menuntut darjat kita sebagai peribumi dihormati, atau kita terpaksa membiarkan bangsa Melayu akan hilang di dunia.

Jika tidak sejarah akan mencatat bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang penakut dibumi sendiri dan tidak lagi berani mengaku bahawa mereka adalah bangsa Melayu.


(Itu milayu aah, manyak molola, angkat itu kilis, kita kasi tiau satu kali lia telus mintak maaf, manyak malu punya olang, hehe)


05 April, 2010

UMNO PERJUANGKAN BANGSA MELAYU?

Gambar hiasan tak ada kena mengena dengan apa atau sesiapapun




Rasis!

Saya menyambung ungkapan yang diterjemahkan oleh sahabat karib saya blogger YB Raz. Sememangnyalah semua pertubuhan dan parti politik Cina bersifat Rasis dan Chauvanis. Dan sikap mereka ini tidak ada bezanya dengan sikap Yahudi di Israel - melempar batu sembunyi tangan, melakukan keburukan dan menuduh orang lain melakukan itu.

Malangnya bangsa Melayu masih berdiam diri dan menjadi pengecut. Pas dari awal lagi sudah bersembunyi dicelah kangkang mereka, demikian juga dengan PKR - entah kerana takut atau terlalu keghairahan.

PERKASA dan pemimpin-pemimpin Melayu lainnya seharusnya melihat ini dengan lebih bersifat kemelayuan. Jadilah pembela bangsa dan menjuarai hasrat bangsa dengan berani dan jujur. UMNO juga harus menunjukkan keberanian dalam mempertahankan maruah bangsa kerana bangsa ini sentiasa akan memandang rendah kepada bangsa Melayu - dulu, kini dan selamanya.

Jika UMNO yang dasarnya jelas memperjuangkan Agama, bangsa dan negara juga sudah tidak berupaya mempertahankan maruah bangsa Melayu, apa gunanya lagi kita berdiri dan berjuang bersama UMNO?

Apabila Melayu menghunus keris maka Melayu itu dituntut memohon maaf dan Melayu itu yang tinggi budinya akur dan memohon maaf. Namun apabila mereka guris hati bangsa Melayu dan kita tuntut mereka memohon maaf maka mereka menunjukkan keras kepala dan sikap sembong sebenarnya bangsa itu dengan enggan tunduk dan memohon maaf.

Apakah bangsa Melayu faham apa maknanya? Apakah bangsa Melayu sedar sikapnya?





----------------------------------------------

Semua Pertubuhan Cina Rasis!!

KUALA LUMPUR 3 April - Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. Teng Hock Nam dan Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Low Chew June enggan tunduk kepada desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar memohon maaf secara terbuka kerana melabelkan pertubuhan itu sebagai rasis. Kedua-dua pemimpin tersebut sebaliknya tetap mempertahankan kenyataan mereka dan beranggapan bahawa perjuangan Perkasa bertentangan dengan gagasan 1Malaysia.

Sumber :
Utusan Malaysia

Inilah perangai cina. Sama seperti yahudi. Hanya merasakan diri sendiri yang betul. Sekarang aku tak peduli. Dahulu mereka mengatakan orang melayu ini rasis. Sekarang aku chop semua cina rasis.
(Klik ke blog YB Raz)
(Klik ke blog Parpukari)
(Klik ke blog Belantan)
(Klik ke blog IpohMalay)
(Klik ke blog BrokenTheCode)



04 April, 2010

PEJUANG BANGSA

Ini baru namanya berani berjuang


Setelah mati pun bangsa Melayu tidak akan memalukan bangsanya sendiri
- Tok Janggut di Kelantan



Malaysia, dulunya Malaya dan sebelum itu Tanah Melayu. Apa lagi yang hendak mereka pertikaikan? Malaysia adalah bumi orang-orang Melayu dan kita adalah tuan dibumi ini. Sama ada kita perjuangkan dan pertahankan hak-hak orang Melayu atau tidak, Malaysia tetap bumi, tanah dan negara bagi sebuah bangsa bernama Melayu.

Baru-baru ini penasihat sebuah parti rasis 'ultra kiasu' mencabar TPM meletakkan jawatan jika gagal dalam membuktikan pendiriannya sebagai 'Malaysia Pertama dan Melayu kedua'. Yang kita dapat pastikan adalah sikap bangsa itu hanya untuk melemahkan dan manjatuhkan moral bangsa Melayu. Mereka ingin melihat Melayu lemah dan sentiasa berada dibawah tapak kaki mereka.

Malang bagi kita adalah kita sudah kekurangan pemimpin yang benar-benar berani memperjuangkan bangsa Melayu. Kita harus mencari semula dan mendapatkan semangat pejuang terdahulu sepertimana Dato' Harun Idris. Kita tertanya-tanya siapakah yang boleh kita angkatkan sebagai pejuang bangsa Melayu?

Yang ada dan kononnya memperjuangkan bahasa Melayu ramai, tetapi sebenarnya mereka itu hanya pengecut yang bersembunyi disebalik topeng dan ada niat lain yang tersembunyi. Kalaulah mereka itu sebenarnya berani dan jujur, mereka harus tampil dan perjuangkan bangsa Melayu dahulu kerana jika bangsa Melayu telah gagah maka bahasa Melayu tentu tidak akan hilang didunia. Jika bangsa tidak dipertahankan, bagaimana bahasa hendak berkembang?

Saya melihat PERKASA menuju kearah itu, namun segalanya harus dilakukan dengan lebih tegas dan berani. Kita juga sudah melihat ada usaha untuk memusnahkan PERKASA oleh bangsa lain kerana bimbangkan perkasa menjadi pejuang bangsa Melayu, namun kita lebih dukacita lagi apabila bangsa Melayu sendiri diperalatkan oleh bangsa lain cuba memushankan impian bangsa kita untuk melihat PERKASA menjadi wadah perjuangan bangsa.

Sebuah bangsa bernama Melayu, harus lebih berani berdiri ditengah gelanggang dan berani menghunui keris ke udara, dan tidak akan memohon maaf kerana keberaniaan itu.


03 April, 2010

3 Langkah DS Najib bendung rasuah

Siapa yang memberi rasuah dan siapa pula yang menerima?
Jabatan mana yang benar-benar bebas dari rasuah?
Apakah UMNO juga bebas dari gejala rasuah?



1.
Bila saya tidak menulis, mereka tuduh saya rajuk dan permintaan saya tidak ditunaikan. Bila saya kerap menulis mereka tuduh saya sudah kenyang dan menerima banyak habuan. Begitu buruknya hati dan akal mereka itu. Pada mereka, merekalah dipihak yang benar dan segala yang mereka lakukan adalah atas nama kebenaran.

Hukum sentiasa ada pada tangan mereka, justru mereka dengan mudah manjatuhkan hukuman semahunya. Maka halallah pada segala apa yang mereka lakukan dan haramlah pada segala apa yang kita lakukan. Sememangnya mereka ini dari kalangan puak 'haramjadah' selamanya.

Apabila kita menyekat kebebasan untuk tujuan keharmonian, mereka tuduh kita menyekat kebebasan dan hak asasi kemanusiaan. Namun apabila kita berikan mereka kebebasan, mereka tidak menghormati kebebasan itu dan pergunakannya bagi menganggu-gugat keharmonian dan kebebasan orang lain.

Mereka ini adalah makhluk yang membuat onar dimuka bumi ini atas nama perjuangan dan atas nama Islam, namun sebenarnya hati dan jiwa mereka adalah kafir laknat yang ingin menjahanamkan Islam. Merekalah syaitan yang bertopengkan Islam. Mereka adalah ejen yahudi yang ingin menghancurkan Islam.

Berita buruk untuk mereka - saya akan tetap menulis dan terus menulis walaupun ini bukan dinamakan perjuangan sekalipun........ Ini blog saya, saya menulis atau tidak ikut suka hati saya. Kepada penyokong dan pencacai puak sebelah sana, telanlah segala kemarahan kamu itu, huhu!



2.
Datuk Seri Najib telah mengumumkan 3 langkah tambahan bagi elak rasuah dalam perolehan kerajaan serta bagi meningkatkan intergiti.

Langkah-langkah itu adalah: 1) Menandatangani surat akuan pembida 2) Menandatangani surat akuan pembida berjaya (bagi yang berjaya), 3) Menandatangani teks perjanjian pencegahan rasuah dalam perolehan Kerajaan.

Memang baik langkah yang diambil itu, namun kunci pada segalanya adalah terletak kepada sikap individu itu sendiri. Apakah akan terhapu segala rasuah dalam pentadbiran kerajaan dengan cara ini nanti? Tidak mungkinkan para penjawat awam perasuah akan terus menerima dan meminta rasuah dengan cara lain pula?

Membersihkan rasuah dalam kerajaan harus dilakukan dari atas. Pemimpin teratas harus membersihkan diri mereka terlebih dahulu sebelum membersihkan penjawat awam lainnya. Jika tidak, mereka hanya akan ditertawakan oleh orang-orang bawahan mereka.

Mari bersama kita perangi rasuah. Penjawat awam yang merasakan bahawa tidak berbaloi mereka bertugas jika tidak dengan bantuan rasuah sila mohon berhenti dan kosongkan jawatan untuk mereka yang lebih jujur dan bertanggungjawab.

Semua pejabat-pejabat kerajaan terlibat dengan rasuah dan ianya semakin kritis. Kelulusan permohonan tanah juga sudah tidak dapat menyembunyikan ketidaktelusan ini jika tidak diserta dengan sogokan rasuah bagi mengangkat file berkenaan. Kerana itulah pemohonan tanah telah mengambil masa terlalu lama untuk dipertimbangkan.

Dalam masa terdekat saya akan cuba membawa kes permohonan tanah di Pahang bagi membuka mata pihak berkenaan. Dato' MB Pahang harap akan dapat membuka mata luas-luas dan jangan marah bila perkara ini dibongkarkan. Bukankah kita inginkan ketelusan? Tuan Pegawai daerah juga, jangan nanti ada rasa tersinggung bila pendedahan itu dibuat. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak mengata.

Bagi mereka yang tidak sanggup menerima teguran dan kebenaran yang akan didedahkan nanti, mohonlah notis berhenti kerja dan tinggalkan jawatan sebagai penjawat awam dengan bersih dan lebih bertanggung-jawab.


24 March, 2010

ANU-ARR - APA LAGI HARAPAN YANG TINGGAL?

Wajah seorang Penglipur Lara Kontemporari


Hari terus berlalu dan Anu-arr terus dihambat resah dan rasa bersalahnya. Apa lagi harapan yang tinggal buatnya? Segalanya telah tersingkap..segala 'kemaluan' telah terserlah dan tidak dapat disembunyikan lagi. Dua tapak tangan tidak mampu menutupi wajah malunya kerana jika tapat tangan menutupi wajah, 'kemaluan'nya tentu akan terpamir.

Sahabat saya (blogger) telah membuat analisa tentang apalagi yang dapat dilakukan oleh Anu-arr dihujung 'senja'nya. Berikut adalah analisa beliau;

Jika Anwar boleh memilih perjalanan masa depannya dalam jarak terdekat ini, apakah yang patut menjadi pilihannya? Mula kita perlu senaraikan beberapa faktor;

Jika Anwar dipenjarakan, buat kali ini tiada siapa pun akan merinduinya. Tidak akan wujud sebarang Blog atau Website seperti Free Anwar Campaign dulu. Sebab RPK pun sudah menjadi banduan dalam larian yang bakal dipenjarakan juga jika dia balik ke tanahair.

Kali ini tidak ada sesiapa pun akan percaya sebarang tuduhan bahawa Kerajaan berkonspirasi atau menzalimi Anwar. UMNO dan Kerajaan tidak masuk campur dalam kes Anwar liwat Saiful Bukhari. Isu ini melibatkan hanya Anwar dan Saiful sahaja. Anwar peliwat dan Si Saiful kena liwat.

Kemungkinannya juga paling besar penyokong Anwar yang hardcore pun sudah letih dan akan berkurangan. Kita boleh lihat bahawa kali ini tidak sampai 100 orang yang menghadiri bicara kes liwatnya. Dan yang hadir pun perlu dibayar upah dan dibawa khas menaiki bas.

Bila Anwar masuk penjara, rakyat Malaysia akan melupakan Anwar buat selamanya. Dan jika Anwar masih hidup lagi selepas melalui hukuman penjara dan juga masih sihat apabila dibebaskan kelak, tiada siapa pun akan mengenalinya lagi. Riwayat politik dan juga riwayat hidup Anwar akan habis dalam penjara buat selamanya.


Melihat kepada senario ini, cuba Anwar fikir baik-baik. Sembilan tahun atau 10 tahun dari sekarang dia akan keluar penjara tanpa kesihatan yang baik (mungkin dia akan diserang sakit belakang kronik), tanpa usia muda, tanpa tenaga dan kecergasan otak, tanpa kecergasan tenaga batin (tak boleh meliwat atau menikmati perhubungan seks – tambah lagi bukan saja bini dah tua tapi Syamsidar pun dah tua juga)

Pendek kata masa depan Anwar Ibrahim amat gelap, gelita, gundah dan gusar sekali.

Melihat kepada senario seperti ini, yang bukannya tanpa asas, lebih baik bagi Anwar Ibrahim melarikan diri ke Amerika, Australia atau United Kingdom di mana dia mempunyai ramai kawan, penyokong dan juga kebebasan untuk memenuhi kehendak hawa nafsunya.

Anwar masih bebas ke luar negara sebab Mahkamah tidak menahan paspotnya. Dan Anwar juga mudah mendapat sokongan suaka politik (political asylum) daripada jaringan Yahudi antarabangsa kenalannya seperti Paul Wolfowitz, Bill Cohen, Al Gore, Madeleine Albright, Michel Camdessus dan sebagainya.

---

Tapi bahaya besar bagi Anwar ialah apabila kes ini menghampiri ke penghujung perbicaraannya Pendakwaraya boleh memohon kepada Mahkamah untuk menahan paspot Anwar supaya dia tidak boleh melarikan diri ke luar negara. Jika Mahkamah membenarkan permohonan itu, peluang Anwar untuk hidup sebagai seorang manusia bebas dan seorang pejuang dan pemimpin dalam buangan akan terpenjara. Oleh itu mengikut lojiknya, lebih baik Anwar melarikan diri ke luar negara dengan secepat mungkin.

Anwar juga boleh menjadi ‘pemimpin dalam buangan’ seperti Ayatollah Khomeini tinggal di Perancis dalam buangan dulu. Anwar boleh membuat rakaman VCD, siaran YouTube, Facebook, Twitter dan sebagainya yang bakal disebarkan ke seluruh dunia terutama sekali di Malaysia. Anwar masih boleh beri nyawa kepada penyokong dan perjuangannya di Malaysia. Kemungkinanya PKR tidak akan terkubur dengan terlalu cepat jika Anwar hidup dalam buangan di Australia (atau negeri lain pun).

Rahim Ghouse masih lagi menyimpan beratus juta Ringgit duit Anwar di Australia. Oleh itu Anwar tidak perlu khuatiri makan, minum atau tempat tinggal. Anwar boleh hidup dalam keadaan mewah buat selamanya. Tambah lagi kerajaan Australia, Amerika, United Kingdom dan Turki semua akan sedia membantu kewangannya jika perlu.

Wan Azizah pula boleh mengiringi Anwar sebagai isteri. Tapi melihatkan bahawa Wan Azizah bukan tertuduh atau banduan, dia boleh keluar masuk dari Malaysia pada bila masa pun. Wan Azizah boleh menetap selama beberapa bulan di Australia bersama Anwar dan balik untuk bersama anak dan cucu untuk beberapa bulan lain. Dan apabila Wan Azizah tiada bersamanya di Australia, Anwar pun bebas untuk menceburi aktiviti-aktiviti yang amat digemarinya. Mungkin dengan sebahagian daripada 50 Ahli Parlimen gay di Australia yang telah menyokongnya.

Jadi inilah senario yang realistik bersama beberapa pilihan bagi Anwar pertimbangkannya. Tiada guna bagi sesiapa pun, bukan saja Anwar, untuk merengkuk dalam penjara. Dan jika sudah confirm bahawa Anwar akan merengkuk dalam penjara, tiada guna bagi Anwar membazirkan peluang baik untuk melarikan diri dan menyelamatkan dirinya.

(Klik ke sumber asal di blog The Unspinners)


23 March, 2010

SEBUAH BANGSA BERNAMA MELAYU

Kita masih menaruh harapan terhadap PERKASA


Apa sebenarnya yang sedang berlaku dan akan terjadi nanti, namun kesannya sangat besar terhadap sebuah bangsa bernama Melayu.

Yang jelas kelihatan sekarang ini adalah bangsa Melayu semakin berpecah-belah kerana sokongan taksub terhadap parti politik dan tidak dapat disatukan semula. Pemimpin-pemimpin Melayu pun tidak ada kesungguhan untuk menyatukan bangsa Melayu dan kesempatan ini diambil oleh bangsa asing untuk terus memecahbelahkan bangsa Melayu bagi menguasai politik negara serta merampas penguasaan terhadap ekonomi negara.

Memang Melayu bangsa yang malang. Jika pemimpin-pemimpin Melayu tidak dapat diharapkan lagi, jika penjawat awam Melayu juga tidak bertanggungjawab terhadap kepentingan bangsa juga, siapa lagi yang dapat kita harapkan untuk membela dan menguatkan bangsa.....sebuah bangsa bernama Melayu.

Mungkinkan bangsa Melayu akan terus layu dan hilang akhirnya ditanah air sendiri?


Majlis perasmian mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dijadualkan pada 27 Mac ini, tiba-tiba menjadi isu.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah yang pada mulanya bersetuju untuk merasmikan mesyuarat tersebut, telah membatalkan hasrat baginda. Menurut kenyataan Istana Selangor, pembatalan tersebut bagi mengelak kontroversi dan manipulasi pihak tertentu.

Perkembangan tersebut membuatkan Perkasa terutama Presidennya, Ibrahim Ali tersentak. Lebih menimbulkan rasa tidak senang Perkasa ialah laporan akhbar The Sun yang mendakwa Sultan Selangor telah menasihati Perkasa agar mengurangkan sikap ultra-Melayu.

(Sila klik untuk baca artikel penuh diblog Dari Kacamata Melayu)


22 March, 2010

YANG BODOH MEMANG PATUT KENA TIPU

Pok Anu-arr, jange la mu buak ambo lagu tu, ambo janji ambo ikuk kato mu


Mmm, lama tak update blog. Saya pergi bercuti; Cuti-Cuti Satu Malaysia sambil Jalan-Jalan Cari Makan. Berdua pulak tu, mmm. Kalau Cucu Mamak Kutty ada, boleh jadi bertiga.

Dah balik ni rasa malas nak tulis blog. Tapi kesian juga pada pencacai pengangkut najis yang menjaga blog saya ni, si Cucu Mamak Kutty yang nak sangat membaca di blog saya. Jadi selepas Jalan-Jalan Cari Makan eloklah saya teruskan dengan Duduk-Duduk Cari Gaduh, hehe!

Saya copy n paste dari blog adik saya ni, khusus utk bacaan Cucu Mamak Kutty. Bukan nak mengutuk dia, tapi nak memberikan kesedaran semuga dia akan insaf dan berubah serta melihat kebenaran yang hakiki.

Bacalah dan komenlah sepuas-puasnya. Memang orang lain aku tak beri masuk dan baca blog ni serta berikan komen, ini khusus utk awk saja. Kahkahkah!


Akhir zaman menyaksikan Tuk Guru parti politik dan pejuang reformasi serta ketua kafir harbi berganding bahu bersama-sama untuk membina EMPAYAR PAKATAN bagi memerintah sebuah negara bernama Malaysia.

Yang peliknya walaupun masing-masing mempunyai AGENDA yang berlainan 360 darjah antara satu sama lain, mereka berpakat untuk bergabung atas dasar DENDAM dan KEPENTINGAN puak masing-masing. Memang pelik perangai manusia akhir zaman ini.

Namun PAKATAN itu bukanlah PAKATAN SEJATI jauh sekali dari PAKATAN HATI cuma sekadar PAKATAN PARTI yang masing-masing mempunyai AGENDA sendiri. TIba masa yang sesuai mereka semua akan mula tunjuk TARING masing-masing. Nampaknya sekarang ini, ketua kafir HARBI dah mula tunjuk TARING kerana mengambil berkat dari tahun Harimau tahun ini.

Saya sendiri tidak pasti, mengapa tuk guru dan pejuang reformasi ini sanggup menjual bangsa dan agama untuk mengambil hati ketua kafir harbi?...Mungkinkah mereka sudah digula-gula dan dijadikan kuda tunggangan mereka?...Pada pendapat saya, ketua kafir harbi tidaklah salah dalam hal ini, kerana memang itu sudah kewajipan mereka sebagai ketua kafir harbi memusuhi dan cuba menjatuhkan musuh mereka.

Yang saya pelik, mengapa pula tuk guru dan pejuang reformasi langsung tidak mengerti dan membiarkan diri diperbodoh-bodohkan dan dipijak-pijak bangsa dan agamanya hanya untuk mengambil hati ketua kafir harbi? Apakah mereka sudah buta hati kerana gila kuasa, harta dan tahta?..

Mungkin pengikut-pengikut tuk guru parti politik dan pejuang reformasi boleh menjawabnya. Cuma saya pesan, tolong jangan contohi perkataan tuk guru parti politik yang tidak beradab itu untuk menjawab soalan saya.

Sekian.

P/S : Sebenarnya siapa yang sokong ketua kafir harbi, mereka adalah pengkhianat kepada agama dan bangsa, dan bersekongkol dengan agenda Yahudi untuk memusnahkan umat Islam.

18 March, 2010

MENCONTENG ARANG DI MUKAMU

Ini bukan menconteng arang, ini menghias diri oleh seorang pahlawan..




Menconteng arang di mukamu, setelah kau menconteng arang di buntut......(?)

Tiba-tiba wajah seseorang yang merasakan ianya hero dan ingin menjadi hero telah dipalit dengan lumpur atau mungkin juga diconteng dengan arang atau bahkan dilumuri najis oleh bekas anak buahnya sendiri.

Itulah apa yang terjadi kepada Anu-arr semasa perbahasan di dewan Parlimen semalam. Zahrain telah membuat kejutan dengan mendedahkan segala pembohongan Anu-arr selama ini dan berkenaan mimpi peralihan kuasa 16 September lalu.

Tidak tahan menanggung malu dan menanggung 'kemaluan' nya, maka beliau telah bertindak meninggalkan dewan walaupun ada terdengar suara-suara meminta beliau jangan keluar dan menjadi seorang yang lebih berani.

Namun itulah wajah sebenar seorang pemimpin yang penuh dengan pura-pura, penuh dengan tipudaya. Perjuangan sebenarnya bukanlah untuk rakyat, bukan juga untuk pengikut-pengikut yang rapat dengannya, melainkan hanyalah untuk dirinya sendiri semata-mata.

Kasihan dengan Kak Jijah yang akan berendam dengan airmata dan berendam dengan 'airkencing' Anu-arr. Hendak ditutup muka dengan tapak tangan kerana malu, malu pula 'kemaluan' akan kelihatan (sebagaimana beruk). Kesihan juga pada anak-anaknya. Tetapi, kita lebih kasihan kepada semua rakyat yang telah menelan kata-kata perjuangannya dan mengharapkan pembelaan yang dijanjikannya selama ini. Semuanya adalah DUSTA belaka.

Sahabat-sahabat saya blogger disebelah sana, kenapa memuncung kan bibir saja? Apakah menelan airliur serasa menelan lahar panas gunung berapi? Carilah kebenaran dan berubahlah jika kebenaran ada disini kerana kebenaran itu bukanlah milik orang tertentu sahaja.

Saya tak hendak berkata banyak-banyak berkenaan dengan 'kemaluan' ini. Cuma, jika ingin tahu lebih banyak sila baca link yang saya sertakan dibawah ini. Semuga kita akan mendapat manafaat dari segalanya. Wallahualam!





p.s.
Komen saya di blog Gomo:

bRAVEhEART said...

Salam,

Aku mendengarnya dan luka lama berdarah kembali...bukan kerana aku dilukai, tetapi kerana para sahabat aku juga dilukai.

Apakah orang politk menghargai kita seadanya? Tidak pernah sedikitpun aku merasakan demikian. Apakah mereka menganggap yang kita lakakukan ini adalah perjuangan? Tidak sekali-kali. Kepada orang politik, apa yang kita lakukan ini bukanlah perjuangan. Bahkan anggota tentera yang benar-benar berjuang pun mereka anggap bukan perjuangan sebenar - bagi mereka, hanya merekalah yang sebenar-benarnya berjuang menurut kacamata mereka.

Justru itu sahabat, menulislah hanya kerana ingin menyatakan kebenaran dan kerana ingin menulis. Dan hentamlah sesiapa saya yang dirasakan salah waima mereka dari kalangan kerajaan sendiri. Ini baru namanya perjuangan.

Ini baru dinamakan berani berjuang ~ bRAVEhEART

March 18, 2010 11:39 AM


17 March, 2010

PULAU PINANG; SINGAPURA KEDUA



Posting ini adalah ulangsiar, namun memandangkan keadaan semasa dan bagaimana DAP menunjukkan keras kepalanya serta melihatkan PKR dan PAS hanya mampu berdiam diri dan akur kepada kebodohan diri serta kegagalan terhadap perjuangan bangsa Melayu dan agama Islam, maka posting ini dirasakan masih relaven untuk disiarkan semula.






Orang-orang Melayu Penang (Pulau Pinang) dijangka akan berpindah ke Kedah serta menukar kerakyaatan berikutan kemerdekaan negara Penang dari Malaysia .


Penang mendapat status kemerdekaan dari Malaysia dan mendapat keanggotaan dari Majlis Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menjadikan keahlian Bangsa-bangsa Bersatu kepada 193 negara.

Satu pakatan pemerintahan dengan sistem perkongsian kuasa yang diura-urakan akan berlaku diantara parti pemerintah dengan sebuah parti yang berteraskan Islam telah gagal mencapai persefahaman bagi membentuk sebuah kerajaan campuran. Kegagalan itu membuatkan parti berkenaan terpinggir dari kuasa pemerintah dan juga menyaksikan bangsa melayu dipinggirkan.

MAKLUMAT NEGARA REPUBLIK PENENG:

Negara: Peneng ( sebutan pening )

Keluasan: 1030 KM persegi

Ibu Negara: Guaneng City

Tarikh Sertai PBB: 2015

Tarikh Merdeka: 2014 dari Malaysia

Ahli PBB ke: 193

Populasi Tahun 2008: 1.5 Juta

Cina: 43.2%

India: 9.9%

Melayu:40.1%

Lain-lain (Bumi):0.38%

(Bukan Bumi): 6.1%

Sistem Pemerintahan: Demokrasi Diktator (Satu Parti)

Parti Pemerintah: Parti 'Demokrasi Ala Peneng' (DaP)

Bahasa Pertuturan Resmi: Chinglish (Cina dan (Broken) English)

Tulisan Resmi: Cina dan Roman English

Agama Resmi: Tiada

Mata Wang: Pening Kupang. 1USD = 100PEK

Bendera Resmi: ?

Logo Resmi: ?

Sumber Ekonomi: Pelancongan, Pelacuran, Perjudian, Pengedaran Dadah

Info: Negara yang mengamalkan kebebasan bersuara sebenar - dimana rakyat bebas memuji dan menyatakan sokongan kepada kerajaan (tetapi tidak dibenarkan membangkang). Mengamalkan juga sek bebas dan membenarkan berkahwin sesama jenis bahkan turut membenarkan perkahwinan secara sah dengan binatang sebagai tanda sifat kebinatangan yang tebal dikalangan pemerintah.

(Untuk tidak mengecewakan seorang politikus penjual maruah bangsa dan negara, PM Peneng melantik beliau sebagai penasihat hal-ehwal tikam belakang yang beretaraf menteri).


Ini buka sesuatu yang mustahil berlaku jika kita masih leka dan tidak bersatu. Kita telah berputih mata apabila Singapore (Singapura @ Temasik) mendapatklan hak kemerdekaan daripada Malaysia. Kita melihat kehadapan tetapi dalam masa yang sama harus juga memandang bebelakang.

12 March, 2010

ULAMAK POLITIK MELATAH

Kata ulamak ni (agaknyalah):
Kito cari surgo kito di akhirat, surgo dunio bui ambo day anok menantu ambo jo lah, heheh



Salam kepada sahabat-sahabat yang menyayangi aku dan juga musuh-musuh yang membenci aku. Cucu Mamak Kutty dan para sahabatnya yang jiwanya memang telah hitam sejak azali lagi. Saya juga masih menganggap awak sebagai saudara dalam Islam walaupun awak mungkin menganggap saya sebagai musuh hanya kerana kita berlainan fahaman dalam politik.

Ramai orang politik, bila mereka ingin tegakkan apa yang mereka namakan kebenaran, mereka akan mecabar pihak yang satu lagi untuk berdebat, dan untuk nampak mereka lebih hero maka mereka akan minta debat itu dilakukan diharapan khalayak, secara langsung melalui radio dan tv. Dan kalau boleh mungkin waktu siarannya akan menggantikan siaran langsung bolasepak piala dunia peringkat separuh akhir (sekurang-kurangnya). Kerana apa? Kerana inginkan populariti. Perjuangan kah namanya itu? atau sekadar mencari nama dan kemasyhuran?

Kali ini, khas untuk Cucu Mamak Kutty dan sahabat-sahabatnya, saya 'copy n paste' satu posting dari adik saya, blogger muda dari Kuala Lipis, Pahang (tak jauh dari kampong saya tu) yang tulisannya menarik untuk diperbincangkan. Justru, marilah kita bersama memberikan komen dan anggaplah ini sebagai satu perbincangan bagi mengembangkan minda serta mencari kebenaran.

Bagaimanapun, adab dan sopan sangat perlu dijaga. Justru, kali ini sekiranya ada mana-mana pihak menggunakan bahasa kesat dan memberikan maksud yang tidak baik, maka saya tidak akan teragak-agak untuk 'delete' komen berkenaan. Betul, saya hargai kebebasan memberikan pendapat dan berbicara, tetapi kebebasan juga harus ada batasannya. Kadang-kadang ada pihak yang tidak menghargai kebebasan yang diberikan. Bak kata, beri betis hendakkan peha, beri peha...entah hendakkan apa pula....'

Berikut CnP sepenuhnya dari posting 'adik baru saya' PuteriNafisah dari blog 'Kembara Di Perjalanan Ini'


BILA ULAMAK POLITIK MELATAH

Hari ini seorang ulamak politik yang terkenal dikalangan pemujanya sebagai tuan guru mursyidul am melatah lagi. Kali ini, beliau mengajar pentaksubnya untuk melihat dan menganggap hanya beliau ulamak sejati, dan kekal sebagai pemberi syurga kepada pengikutnya. Selain dari beliau dan parti yang kononnya diiktiraf sebagai jalan ke syurga, yang lain selain dari itu, semuanya ahli-ahli neraka walaupun yang mengucap syahadah, berilmu agama dan tidak tinggal solat lima waktu.

Bagi beliau, hatta tidak mengucap syahadahpun tetapi menyokong beliau dan partinya, maka layaklah disyurgakan...malah ada di antara mereka layak juga digelar setaraf khalifah umar al aziz kerana berjuang dan bersekutu bersama beliau.


Inilah fitnah akhir zaman, yang dibawa oleh seorang ulamak politik.

Memecahbelahkan kasihsayang dan perpaduan umat Islam. Mengeliru dan memutarbelitkan fatwa, itulah pekerjaan mereka, walaupun secara peribadinya saya bersimpati tetapi perbuatan ulamak ini amatlah merbahaya dan tidak salah untuk kita membenci perbuatannya.

Hari ini beliau menuduh seorang ulamak lain yang kita kenal tidak berpihak pada mana-mana parti tetapi berani menegakkan kebenaran sebagai ulamak agen yang jahat. Biarlah Allah sahaja yang menjadi PENGADIL atas tuduhan jahat beliau itu. Mungkin selepas ini akan lebih banyak BALA dan PENDEDAHAN Allah ke atas kerja jahat ulamak politik itu selama ini.



- bRAVEhEART ~ huhu!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...