19 April, 2010

KEMPEN ONLINE PRK094

Heh heh heh! Jual itu Cucu mamak Kutty, Wow!


Memang kempen PRK094 bertambah meriah. Kali ini saya nak bawa menilai kempen di saluran satu, ini adalah satu-satunya saluran yang ada pada Husin Lempoyang iaitu saluran belakang. Jangan lupa kata laluan 'Mokhtar' apabila menghampiri saluran belakang ini. Kebenaran masuk adalah hak mutlak Hussin.



Blogger Mctheory berkata...

kah kah kah. . abg usin. . ana suka lawak ente. . ha ha ha

9:50 AM

Tanpa Nama nurimo berkata...

abg usin,zaid pak dak Him budak jukrus masa kat kampung dulu,mana gah minum ha...ha.. jangan buat lawak kalu tak tengok sendiri

10:07 AM

Blogger adf55650 berkata...

Lawak ni boleh menang anugerah. PR tetap akan tumbang. Insyallah.
Pompuan, arak, rasuah, fitnah,semue tu dah termaktub dalam perlembagaan PR. Orang ramai dah x heran lagi.

10:14 AM

Blogger kluangman berkata...

Memang tak logik Zaid berhenti minum, Kamalanathan sudah mengaku ugamanya membenarkan dia 'minum sikit' selagi tidak mendatangkan keburukkan, ini tentu dipersetujui satu lagi calon bebas yang sekapal dengannya V.S Chandran tapi akan dipecat dari MIC tidak lama lagi.
Persaolannya apakah calon bebas, Pemuda Shah Alam, Johan Mohd Diah yang akan dirujuk oleh KJ ke Jawatankuasa Disiplin juga seorang kaki minum?
Persaolan ini juga terjawab, sebagai calon yang akan menjelajah seluruh Hulu Selangor, semua keempat empat calon ini perlu minum, apalagi dengan cuaca panas sekarang..

Husin, hang cuba try test bagi unta hang minum...ok ke tidak.

10:16 AM

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Pepatah orang Putih kata "A leopard will never change its spots". Serupa macam orang tattoo badannya dengan gambar kepala naga. Tak boleh hilang melainkan dikikis dengan alat pengikis yang khas.

Orang Melayu jangan taksub dengan pemimpin. Sudah sampai masanya kita gunakan akal kita dengan sebaiknya supaya undi kita tidak sia-sia kerana terlalu ghairah dengan pemimpin yang pandai berdrama dipentas dengan "kelakar seperti badut jalanan" hinggakan mulut kita melopong dan tercopong khayal untuk sementara waktu sahaja.

Pemimpin PKR tak boleh pakai. Mereka tidak ikhlas. Ceramah mereka banyak propaganda murahan macam jual ubat ditepi jalan.

Kita mesti perkukuhkan saf kita kalau tidak kita akan jahanam. Kita tidak boleh buat silap kerana anjing srigala dah menunggu didepan pintu rumah kita untuk membaham kita. Percayalah dan fikir-fikirkanlah. Kita dah berpecah dengan teruknya hinggakan maruah kita dah tergugat dan dicabar, akhirnya kita akan kelongkang penuh dengan taik!!

-Badut Jalanan-

11:09 AM

Blogger mempelung berkata...

Ya...aku setuju dengan bagi pepatah omputih ni. Jangan taksub dengan pemimpin. Jika taksub inilah akibatnya kena kelentong dengan MIC...wakakakak

12:14 PM

Tanpa Nama Hang Sebat berkata...

Ada lagi Sin, Khalid gagap cakap pengundi Hulu Selangor berpemikiran 'liberal' berbanding dengan pengundi Kota Baru, Kelantan. Apakah maksud 'liberal' tu? Adakah pengundi Hulu Selangor TIADA MASALAH dengan calon kaki botol berbanding dengan pengundi Kota Baru? Begitu rendah ke mertabat pengundi Hulu Selangor ?

12:58 PM

Blogger mempelung berkata...

Lagi satu aku tambah husin unta...penduduk HS lagi tak kisah kalau samy jadi imam kamal jadi bilal.

Betul ke husin pak untaaaaa...wakakak

1:15 PM

Blogger Politik Kluang berkata...

Tak perlu pun serangan peribadi. Pemimpin2 parti politik kebanyakannya kaki minum, kaki perempuan dan macam2 kaki k lagi.

Allah Maha Pengampun. Boleh ke encik Kamal... tu masuk syurga? Antara peminum arak / kufur ??

UMNO tak perlu buat serangan bodoh untuk menang. Banyak lagi isu lain.

1:21 PM

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Kita semua mesti minum... Mulai lahir sampai mati. Ada sape-sape yg berani kata dia tak minum.. Air kosong ler...

2:16 PM

Blogger Ezad berkata...

alaihai...

time kena btg hidung sendiri, kata lah jgn serang peribadi org lain..

tapi kalau calon BN tu tak bersih, mcm2 pulak puak PKR ni ungkitkan..

biasalah.. politik malaysia..

rakyat,
pandai2 la korang pilih wakil korang

tepuk dada tanya selera...

3:40 PM

Tanpa Nama PUN ADA berkata...

Macam2 kaki ada dalam politik.Benar.
Kaki liwat PUN ADA.

3:56 PM

Tanpa Nama penyokong PKR berkata...

Khalid cakap Zaid berhenti minum masa berkempen aja......lepas tu lantak la kau.

Tak kan lah seminggu pun tak boleh tahan.

Nik Aziz bagi le komen sikit.

5:13 PM

Tanpa Nama cucu mamak kutty berkata...

Terkini ( Ahad 18 April )...


Ketua dan Naib AMK Shah Alam
(pemuda keadlian) keluar dari PKR sebab Anwar pilih calon Hulu Selangor Zaid kaki minum.

Ramai yang marah kat Zaid dan Anwar la ni.

Yang suka cuma DAP sahaje......

5:29 PM

Tanpa Nama aku cucu mamak kutty berkata...

Jangan undi Zaid sebab dia :

a) kaki botol
b) kaki rasuah
c) kaki kuda
d) kaki liberal(terlebih barat)
e) kaki gila kuasa
f) semua yang diatas

5:45 PM

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Sin
hang minum ka tak minum
Kalau tak minum tu
tanda-tanda dah tak lama la tu....

6:10 PM

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Orang kalau dah kaki minum jangan sampai nampak atau terbau arak mesti meleleh air liur. Jadi anak Pak Ibrahim seminggu ni minumlah Vodka je. Takde bau tapi muka merah macam udang kena Bakar. Jaga-jaga jangan sampai jadi seperti Si Gagap kat Ijok - suruh orang undi BN.

6:30 PM

Tanpa Nama aku cucu mamak kutty berkata...

pembetulan ....aku cucu mamak kutty tu tadi tersilap taip...bukan jgn undi zaid...tapi jgn jagan undi keling kamal@nathan....sebab...dan seperti di bawah...komen tadi le yg di komen oleh cucu mamak kutty....maaf tuan hj zaid tadi cucu mamak kutty telah menyamar jadi aku cucu mamak kutty....yg jahat tadi CMK ....dan aku ia lah yg sebenar2nya AKU CUCU MAMAK KUTTY yg tulen.....cucu mamak kutty tu sebenar2nya ia lah usin lempoyang....kahkahkah.....usin kata dia masih belum berhenti buat fitnah....dia akan berhenti buat fitnah ...apabila sakratallmaut datang....tapi dia akan cuba mintak bantuan daripada bloger2 pecacai umno....supaya dapat tolong dia melawan sakratalmaut....kan ke ramai pecacai2 yg komen dlm blog dia yg hebat menyokong dia ....tentu sekali sakratalmaut pun nanti takut nak datang kepada si usin lempoyang.....takut juga sakratalmaut tu nanti mana le tahu....geng2 usin lempoyang ni kan ke ramai.....terutama parpukari....muka dia tu pun mungkin juga boleh menakut kan sakratalmaut....sebab tu dia org...dia org ni tak takut nak lawan hukum ALLAH SWT....ALLAH SWT MELARANG UMAT MANUSIA BUAT FITNAH.....dia org takut ke dgn larangan ALLAH SWT tu.....tengok gaya nya si usin ni mengigil ketakutan....berpeluh2 dia takut hukum hakam....dia akan berkata....kahkahkah.....ana tak takut pada hukum hakam bukan kerana ana tak taat....akan tetapi hukum hakam tu tak terlibat langsung dgn ana ya syeikh.....enta nak tahu sebab apoa si usin tu kata yg dia tak terlibat dgn hukum hakam tu......sebabbbbbb.....si usin tu bukan nya se orang insani....akan tetapi dia tu ia lah se ekor unta tua yg dah nak mampos ....kahkahkahkahkah....aik ye ke .....jgn marah ye sin....unta mane boleh marah....kan ke unta selalu senyum aje....takpe sin ....unta pun unta le....yg penting asal kau bahgia

6:44 PM

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Biasalah ahli politik katakan, macam-macam ada. Ada kaki botol, kaki karaoke, kaki kentot tapi tangan panjang, kaki raba, kaki cerut, kaki kelentong, kaki miskin sini kaya kat london, kaki nak kahwin empat tapi kena 1bini, kaki katak, laki zizie dan bermacam-macam lagi lah...

Rascal

6:46 PM

Tanpa Nama DR MMM berkata...

HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU!

eh eh eh UNDI BUKAN MELAYU! UNDI BUKAN MELAYU! UNDI BUKAN MELAYU!

HA HA HA HA POLITIK OH POLITIK

BAIK IKUT DIRI SENDIRI NAK UNDI SIAPA. SIAPA BOLEH CERITA MASALAH KITA DI PARLIMEN? UNDILAH YANG TU.

UNDI ANDA HAK ANDA....

7:50 PM

Tanpa Nama aku cucu mamak kutty berkata...

Jangan undi Zaid sebab dia :

a) kaki botol
b) kaki rasuah
c) kaki kuda lumba
d) kaki liberal(terlebih barat)
e) kaki gila kuasa
f) kaki penyokong kaki sontot
g) kaki penyokong zionis
h) kaki top up
i) kaki anti PAS
j) kaki bangku
k) semua kaki yang diatas.

sila lah pangkah salah satu.

rakyat sudah pandai menilai.

7:51 PM

Tanpa Nama cucu mamak kutty berkata...

usin

dalam gambar tu kat belakang ada lukisan kuda lumba kan.....

memang hebat anak melayu ni...

tak ada gambar dekat bar counter ke.

sudah terang lagi bersuluh.

7:57 PM

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Mamak kote dah terlepas dah. Nampaknya mamak kote pencacai si zaid dah mula menyalak jaga jaga...

8:33 PM

Tanpa Nama aku cucu mamak kutty yg ori punya berkata...

kahkahkah umno ni memang satu jenis parti yg di perjuangkan oleh org2 melayu sial....asyik2 terpekik terlolong mcm org gila meroyan kata nak bela melayu....tapi bila najib muhyidin pilih keling.....melaYU2 SIAL UMNO NI....dah terpekik2 sokong keling pulak tu....sial punya umno laknatullah....berahim ali perkasa sial tu...mane dia...dengar2 dah buka bilik gerakan kat bukit beruntung....ingat2kan nak sokong zaid...sebab zaid tu melayu.....eh eh eh ni apa dah jadi pulak ni....pejuang melayu gila munafik sial lahanat tu....tiba2 sokong keling pulak.....yg dulun tu siap cium2 keris kata nak bela melayu tu....kenapa pulak ni sokong keling pulak ni....kahklahkah klu dah memang umno tu melayu sial....sampai2 bila2 pun org melayu ni memang sial munafikin keturuinan abdullah bin ubai bin salul.....usin lempoyang pun bloger sial yg memang bebal nak mampos...betul2 punya babi binatang jenis hanjing kurap .....lahanat ...pi mampos le kau org semua yg jadi pengkhianat bangsa melayu....

11:16 PM

Blogger adf55650 berkata...

Lihatlah mamat kutty ni menjerit pada dirinya sendiri. Die tak sedar apa yang dijeritkan tu semue menggambarkan peranan penyokong2 PKR.

Biarkan lah. Dilayan nanti lg teruk jadinye.

Kesian anak bininyer dpt orang gile.

11:23 PM

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Kata lah apa pun Sin demi periuk jgn masuk pasir,ikutlah arah angin,jgn melawan

11:23 PM

Tanpa Nama tempur di alam siber berkata...

umno sial konon nak perjuang nasib melayu tapi umno sial ni sebenarnya adalah pejuang iblis dan syaitan yg hanya memenitingkan kocek dan perut,haram ke halal ke,baham aje le apa nak kira,tu neraka jahanam menunggu org y7g mentakedarah hasil haram,kau bawak balik hasil haram tu,kau bagi le mentakedarah anak bini kau,kesian anak dapat sial,bini pulak dapat laki sial,tu le kecik2 taknak mampos,dah tua nak mampos jadi pulak pengikut iblis dan setan,kahkahkah....pi mampos le kau org semua,penyokong2 um,no sial

11:45 PM

Tanpa Nama cucu mamak kutty berkata...

paling terkini...18 april malam

- petang ketua dan naib ktua AMK shah alam keluar PKR

- malam 200 ahli bayan baru keluar PKR

- pagi (19 april) jeng jeng jeng,,,

Rakyat dan orang PKR da tak mau PKR lagi ke

hu hu hu hu hu

12:10 AM

Tanpa Nama aku cucu mamak kutty berkata...

Kalau ramai yang keluar PKR, tak lama lagi ada peluang la aku jadi
PRESIDEN PKR ganti tempat Anuar....

bestnya.

12:19 AM

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Apa anwar kisah ahli PKR tinggalkan parti,
Dia dah kaya raya hasil sumbangan politik oleh musuh musuh negara.

Cukup masa bila nak di jatuhkan hukuman meliwat dia cabut lari minta suaka politik dari negara barat

Orang PKR juga gigit jari...berputih mata

12:27 AM

Tanpa Nama TERKINI HULU SELANGOR berkata...

Di ceramah PR malam ini kelihatan beratus ratus kerusi yang kosong jika dibandingkan jumlah penduduk tempatan
yang hadir.....

Apakah trend kerusi kosong di sebelah
pembangkang didalam parlimen akan berterusan di ceramah PR di HS ?

ikuti laporan selanjutnya besok.

P/s tak caya turun tengok sendiri

1:07 AM

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Melayu jangan jadi bodoh undi PKR.

Kalau PKR dapat memerentah kerajaan, mereka pun sama akan mengagigih-agihkan kawasan kepada orang India dan Cina dimana majoriti terdapat orang Melayu. Percayalah, bukan semua kawasan Melayu dapat.

1:23 AM

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Sdr "tempur di alam siber"

Bahasa melambang kan jiwa seseorang..

Saudara seorang yang kecewa dan penuh dendam

Tidak semua orang umno makan rasuah dan tak semua orang PKR dan PAS tak makan rasuah

Jadi jangan ikut sedap mulut aja

NANTI AKU TAMPAR MULUT CELUPAR HANG!

1:26 AM

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Khalid Ibrahim bukan bijak berpolitik dan juga tidak bijak akalnya.

Dia bukan pandai sangat. Cakap selalu gagap dan tersasul. Nak susun ayat bercakap pun lintang pukang.

Hutang dia dengan Bank Islam berpuluh million belum dibayarnya.

Dahlah berhutang, dia saman bank pulak.

1:32 AM

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Melayu yang paling mudah lupa sekali ialah Zaid.

Cuba siasat latar belakangnya.Dia sekarang jadi kaya raya kerana dia dulu UMNOputra. Syarikatnya banyak dapat business dari Petronas dan syarikat GLC yang lain.

Dia tidak boleh nafikan perkara ini. Dialah boleh dianggap kacang lupakan kulit. Dah disuap dengan segala makanan yang enak-enak, digigitnya jari orang yang menyuapkannya.

1:43 AM



Memang sah dan nyata bahawa Cucu Mamak Kutty adalah pengkomen upahan yang tugasnya pergi dari satu blog ke satu blog dan memberikan komen yang kotor seperti apa yang ada dalam kepala dia. Apa nak dikata kalau jiwa dah kotor kepala pun akan turut kotor. Kita cadangkan dia ambil upah panjat kelapa ke atau tak pun ambil upah pasang poster pilihanraya, tentu lebih berkat.

18 April, 2010

PRK094, PENGUNDI TAU NAK PILIH SIAPA!

Satu Poster yang tidak akan kita lupakan selamanya


Bukan main marah nampaknya 'budak-budak kencing bercabang' tu pada bRAVEhEART, hehehe! Lagi marah lagu aku suka, huhu! Bermakna minda dia telah dipengaruhi. Bagus!, bagus! Kalau menyokong Pas dan PKR tu, eloklah berubah kepada BN dan UMNO. Tak salah kalau berubah dan tak malu pun kalau terpaksa berubah. Tidak-tidak pun ingat dan kenanglah jasa BN dan UMNO selama ini. Biasiswa dah bayar? Opppp!! Hehe!

Hari ini Ahad, cuti. Jadi malas cakap banyak. Tapi masih tentang Hulu Selangor sebab cerita itu masih panas dan sedang panas. Karipap pun orang nak makan yang panas-panas, hehe! Karipap........teringat pada 'Mokhtar', 'Are you OK?', Hehe!

Ni saya nak 'link'kan blog sahabat saya 'Marahku'. Dia ni memang selalu marah-marah dan sentiasa marah. Semasa kami bertemu di Jengka dulu, dia dan Parpukari bukan main marahkan 'Tun Faisal' mengenai suatu hal.

Pada hari penamaan calon ada 4 calon yang sah bertanding dalam PRK094 berkenaan. Antaranya adalah P.Kamalanathan (MIC/BN), Zaid Ibrahim (PKR), VS Chandran dan Johan Mat Diah (Bebas).

Apakah alasan kita untuk memilih? Parti? Bangsa dan Agama? Anak Tempatan? Hmmm! Mari kita fikirkan.

Kalau pilih parti, parti yang telah berjasa selama lebih 50 tahun kepada mak bapak kita dan kita sendiri adalah BN/MIC. Jadi kita pilihlah P.Kamalanathan.

Kalau pilih Bangsa dan Agama, Johan Mat Diah mungkin lebih baik dari Zaid Ibrahim yang dah banyak dosa politiknya (dan dosa-dosa lainnya juga) . (Klik baca sini) dan (sini)

Kalau pilih anak tempatan 3 calon adalah anak tempatan kecuali Zain Ibrahim, jadi jangan pilih Zaib Ibrahim kerana dia bukan anak tempatan.

Konklusinya; pilihlah P.Kamalanathan kerana; 1) Beliau dari parti BN/MIC yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan parti yang menyakinkan dalam memberikan perkhidmatan dan pembangunan mampan kepada rakyat dan negara. 2) Walaupun beliau beragama Hindu (?), namun mungkin dia berpegang teguh kepada Agamanya dan dalam Agamanya tidak menyalahkan meminum minuman keras sedangkan calon yang seorang itu walaupun beragama Islam tetapi khabarnya tidaklah terlalu teguh berpegang ditali Allah. 3) Beliau adalah anak tempatan yang hati dan jiwanya berjuang untuk masyarakat setempat kerana perjuangan itu juga adalah untuk ibu-bapanya serta sanak saudaranya sendiri.

Hari Ahad, selamat berhari minggu dan rehat-rehatkan fikiran. Cuti-cuti Satu Malaysia.

17 April, 2010

PRK094 HUU SELANGOR, LALUAN MUDAH UNTUK BN

Poster Pilihanraya Kecik P094 Hulu Selangor:
Pangkahlah (BUKAN undi) calon PKR
Ulamak Tuan Haji Ustaz 'Drunken Master' - keh keh keh!



Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor saya lihat sebagai laluan mudah untuk BN. Banyak sebab untuk saya jadikan alasan kepada pernyataan itu. Antaranya adalah suasana politik semasa dan mood ahli-ahli politik yang sudah berubah. Reputasi PR @ PKR semakin lama semakin teruk. Begitu juga semakin ramai tokoh-tokoh politiknya keluar meninggalkan parti berserta pengikut-pengikut mereka membuatkan PKR semakin tenat. Ini juga turut mengubah mood penggundi untuk kembali menyokong BN akibat hilang percaya terhadap PKR.

Semakin lama semakin banyak kelemahan dan keburukkan PR @ PKR terdedah, sebagaimana terdedah dan terselaknya kain 'Miss Telanjang Bukit Lanjan' itu. Blog 'gaRamaNis' melaporkan bahawa 'team selak kain' itu sudah bersedia berkempen di Hulu Selangor. Sudah tentu penggundi tidak lagi fokus kepada calon ' Drunken Master' kerana lebih tertarik untuk memfokus kepada betis dan lurah 'Miss Bukit Lanjan'. (Hok ni, Pok Nik pong dok telay air lior jugok, hehe)

Seperti yang selalu disebutkan bahawa peribadi calon PKR itu sendiri sudah tidak menyakinkan penggundi, benar mungkin penggundi-penggundi Hulu Selangor yang majoritinya Melayu berkehendakkan wakil rakyat Melayu, tetapi bukanlah setakat itu saja kreterianya kerana selain dari Melayu wakil rakyat juga mestilah mereka yang akan mampu membantu rakyat dalam semua segi. Dia juga mestilah sentiasa dalam keadaan waras dan akan fokus kepada tugas dan tanggungjawabnya kelak disamping konsisten dengan pendirian politiknya. Sila baca blog 'Azli Shukri' tentang 10 Sebab Zaid Ibrahim Mesti Ditolak Di Hulu Selangor yang mengulas dengan lebih terperinci.

Ada juga blog yang membongkar rahsia strategi PKR dalam PRK ini, sila baca disini. PKR sebenarnya sudah ketandusan isu dan merekalah sebenarnya yang lebih merasa tekanan. Oleh kerana ketandusan isu politik maka tidak mustahillah PKR akan membesar-besarkan isu 'Sukhoi 30MKM' seperti yang ditulis diblog bumiyang.

Akhirnya, PRK094 Hulu Selangor ini adalah laluan mudah untuk BN berdasarkan calon dari pembangkang itu sendiri. Disinilah kelemahan DS Anu-arr kerana tidak mampu menolak tekanan dan kehendak Zaid Ibrahim sehingga sanggup menyingung hati dan perasaan orang lain. Keretakan dalam PKR ini semakin ketara dan penolakkan rakyat dalam PRK ini nanti akan menyerlahkan mereka bahawa perjuangan yang mereka lakukan itu adalah salah dan sia-sia.


16 April, 2010

DARI ULU DONG KE HULU SELANGOR

Memang cantik dan sesuai gambar ni untuk PRK Hulu Selangor,
tapi mungkin ada yang terlupa dan tak kelihatan dalam gambar tu, botol todi! Kehkehkeh!
Akhirnya 'Drunken Master' di benamkan di Hulu Selangor.



Kawan lalu di bandar Raub menjenguk Dato' Shaharuddin Moin, tak nampak pun bayangnya tapi dengor khabor orang hentam dia kiri kanan. Teringat juga Batu Talam, karier politik Dato' Shah ni pun dah kira nak berkubur jugalah gamoknya. (baca sini) Orang Raub yang sorang lagi tu kawan dah malas nak hentam sebab dia pun dah tak tahan asik kena tembak sana sini aje. Unit Media dia pun mungkin tidur bersama-sama. Kesian ke MB, harap ke pagor, pagor dah nak reboh!

Turun dari Bukit Fraser, dah sampai Kuala Kubu Baru. Meriah bukan memain. Suka juga kawan tengok wajah TMY, dah pandai senyum, manis pulok tu. Tapi senyum, senyumlah juga kontrek pembekalan makanan ke sekolah-sekolah di bawah kementerian Pelajaran kenapa banyak orang sebelah sana yang dapat? Wakil calon pembangkang di Temerloh pun dapat? Itu kena pantau, jangan nanti ada duri dalam daging dalam kementerian TMY tu.

Orang sebelah Kuala Kubu ni kita terasa rapat dengan Pahang, kira macam sedaralah. Ada yang nampaknya pening sikit sapa yang dema nak pilih ni nanti, ada juga yang tanya nak pilih sapa? Kawan nak jawab pun susah, tapi kita kena kaji dulu dengan teliti. Meh kita tengok beberapa fakta dulu:


Ini keputusan PRU12 yang lalu:
P94 - Hulu Selangor
Jumlah Pengundi 63,593
Peratusan Kaum: M:53.95% C:26.67% I:18.98% L:0.41%
1. Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) : 23,177
2. Datuk G.Palanivel (BN) : 22,979
Majoriti: 198
Jumlah undi: 47,622
Peratusan mengundi: 74.89%
Undi rosak: 1,466

Sila klik di blog sahabat saya Taiping Mali untuk baca pandangan beliau.

Pendapat saya begini. Ini kawasan majoriti orang Melayu, sepatutnyalah calon Melayu diletakkan disini. Dan kita sangat marah kepada pemimpin kerana terlalu bertolak ansur dengan kehendak MIC sedangkan mereka tidak menyumbang apa-apa bahkan ada kalangannya menikam kita dari belakang. Sekali lagi calonnya sepatutnyalah Melayu, namun TMY telah mengumumkan calonnya adalah dari MIC. Baca blog Politik Harian.

Kita boleh bertolak ansur dengan MIC, cuma kaum ini janganlah terlalu mabuk todi dan lupa diri, baca blog Tun Faisal.

Pas tentu sedang memukul gendang tarian makyong nya dan menghasut pengundi memilih calon Melayu PKR dengan alasan kalau mati nanti siapa yang nak bacakan talkin dan sedekahkan fatihah? Yang ni boleh baca di blog 'Bapak Mertua' saya Husin Lempoyang. Pandangan Husin ni memang geliga, kelakarnya menyindir tetapi bisa. Orang mabuk kalau sembahyang pun tak sah, hehehe!

Peribadi calon PKR ' Drunken Master' ni pun bukan main teruknya. Nak cakap pun tak sanggup. Jadi bacalah kat blog PAPA GOMO ni. Kita bukan setakat tidak percayakan calon PKR walaupun melayu tetapi kita juga sudah tidak percayakan kemampuan PKR dalam menjaga kebajikan pengundi-pengundi di Hulu Selangor ini. Baca blog adik saya ni, BumiYang. Dulu pemilik blog ni Pahang sekarang dah Johor. Tak kisahlah kerana kita SATU MALAYSIA.

Kata sahabat saya ni, harapan untuk PKR sudah tidak ada langsung. PKR bolehlah di talkinkan di Hulu Selangor ni nanti. (Mungkin talkinkan bersama-sama calonnya sekali, hehe). Ni kena baca blog Berani Membuat Pilihan.

Kalau tonton berita tv malam tadi, telah diumumkan bahawa ADUN Bakar Arang, Kedah telah meninggalkan PKR dengan beribu alasan. Saya sangat tertarik dengan kata-kata YB. Tan Wei Shu tadi yang lebih kurang begini; cakap manis saya tak pandai, janji manispun saya tak pandai, cakap mengampu saya tak tau...lebih kurang gitu lah agaknya. Nak baca lebih lanjut tentang ni sila ke blog sahabat saya (Penghuni Gua) , orang Beserah yang dah bermastautin di Melaka.

Mmmm! Habis tu, saya nak kata apa pulak? Eleh, pengundi Hulu Selangor, pejam mata dan pangkahlah BN yang ada lambang dacing tu. Bagi kat Pas dan PKR satu apa pun tak jadi. Pertama kita pilih calon yang baik dan kedua kita pilih parti yang baik, yang akan menjamin kesetabilan politik dan dapat menjanjikan pembangunan mampan.

Kepada yang selalu komen dah belasah saya tu, teruskanlah. Kalau ganas sangat pun saya tak akan siarkan, ini blog saya, saya punya sukalah! Hehehe! Kepada Pahang Daily Online, Cucu Mat Kilau @ Cucu Mamak Kutty saya cadangkan hentikanlah 'lawak bodoh' tu, tak ada apa lagi harapan untuk PKR, segalanya dah hancur dan hancus. Semua orang dah meninggalkan PKR, tak kan awak nak jadi pencuci pinggan bila semua tetamu dan pulang?

Akhirul kalam, BN tetap akan menang di Hulu Selangor!



15 April, 2010

CERAMAH ANWAR IBRAHIM DI JERANTUT




Sewaktu UMNO berkonvensyen di UITM Jengka, Peneroka Felda berkonvensyen juga di Jerantut. Saya berpeluang menyelinap dan mengikuti ceramah pada acara penutup konvensyen tersebut.

Berikut adalah catatan mengenai kesseluruhan ceramah-ceramah yang disampaikan pada malam itu. Isi ceramah-ceramah berkenaan secara detailnya masih saya simpan dan mungkin akan disiarkan bila ada keperluan kelak;


LAPORAN CERAMAH PKR

Maklumat mengenai ceramah:

Tarikh: 20hb. Februari.2010

Masa: 9.00PM – 11.50PM

Tempat: Kompleks Imam As-Safie (KIAS), Kg. Temin, Jerantut

Kehadiran: Anggaran antara 3,000 – 3,500 Orang

Tokoh yang hadir:

  1. DS Anwar Ibrahim
  2. Datuk Zahid Ibrahim
  3. Datuk Chua Jui Meng
  4. Tuan Ibrahim Tuan Man
  5. Dato’ Fauzi Abdul Rahman
  6. Ahmad Nizam Hamid (Peguam PKR)
  7. Dr. Hamzah Jaafar (YDP Pas Jerantut)
  8. Suhaimi Said ( Biro Hal-Ehwal Felda Pahang)

Isu-isu yang dibawa oleh penceramah:

TUAN IBRAHIM TUAN MAN:

  • Walau pun DS Zambry (MB Perak) telah menang dalam rayuan keputusan di mahkamah tapi rakyat akan menghukum Umno / BN dalam PRU13 nanti.
  • Peneroka dikatakan menerima tekanan dari Kerajaan jika memberi sokongan kepada pembangkang
  • Kenyataan Menteri Pertahanan tentang enjin jet yang hilang sering bercanggah dari masa ke semasa dan tak konsisten seumpama ada sesuatu yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat.

DATO’ ZAHID IBRAHIM:

  • Umno merupakan parti yang berpura-pura dan sentiasa menipu rakyat
  • Krisis kepercayaan dalam Umno telah membuatkan masing-masing takut sesama sendiri
  • Pakatan Rakyat adalah merupakan perjuangan yang sebenar
  • Hak-hak orang Melayu disapu oleh para pemimpin Melayu
  • Perjuangan PKR adalah untuk kepentingan rakyat secara keseluruhannya
  • Isu enjin jet yang hilang, adanya konspirasi dikalangan pemimpin negara
  • Pembelian kapal selam yang tak boleh menyelam membazirkan duit rakyat serta mengayakan individu tertentu yang melibatkan komisyen jutaan ringgit

DATUK CHUA JUI MENG:

  • Isu pembelian kapal selam dan komisyen RM540 juta
  • Ekonomi Malaysia berada ditempat ke-85 didunia
  • DEB hanya menguntungkan pemimpin Melayu tetapi tidak rakyat keseluruhannya
  • Tahap kadar jenayah di Malaysia adalah tinggi dan sama seperti di negara mundur
  • Jika PR memerintah, Petronas akan diletak dibawah kuasa Parlimen bukan dibawah kuasa Perdana Menteri bagi menyekat penyelewengan dan meningkatkan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan.

DATO’ FAUZI ABDUL RAHMAN:

  • Konvensyen Biro Felda di Jerantut dianggap berjaya kerana ramai yang hadir (peserta 300 orang)
  • PR akan mengembalikan semula hak peneroka yang ditindas oleh Felda selama ini
  • Kekalahan calon Pas di Jerantut sangat tipis, harapan dan peluang untuk menang dalam PRU 13 nanti adalah sangat cerah tertutama bila Umno tidak dapat perform dengan baik
  • Petronas mengalami kejatuhan sekarang disebabkan oleh pengurusan yang tidak cekap
  • Aset kerajaan sebelum ini bernilai USD200 billion tetapi kini hanya tinggal USD100 billion sahaja.
  • Akibat negara kekurangan wang, rakyat yang berpendapatan RM350 sebulan pun akan dikenakan cukai GST
  • Kerajaan Pahang hampir muflis kerana hasil dikikis oleh kroni pemimpin Pahang
  • 20 orang jutaawan Malaysia termasuk anak bekas Perdana Menteri (Datuk Mokhzani Mahathir) dan adik Perdana Menteri

DATUK ANWAR IBRAHIM:

  • Kagum dengan lonjakan perubahan dalam kalangan peneroka untuk menyokong PR
  • Berjanji akan membawa masalah Felda ke Parlimen
  • Datuk Zahid Ibrahim dan Datuk Chua Jui Meng adalah pemimpin besar dalam Umno dan MCA telah keluar parti untuk bersama PR membela rakyat
  • Bekas tentera usah sokong kerajaan kerana jasa mereka berkhidmat tidak dihargai. Contoh: Tentera kerja selama 21 tahun dapat pencen 600/700 sebulan sedangkan Menteri Pertahanan dan kroninya hanya tandatangani dokumen beberapa minit dapat komisyen ratusan juta.
  • Isu enjin jet hilang
  • Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang yang baik berbanding KM sebelum ini.
  • Kerajaan Pusat perlu jaga kepentingan Melayu Pulau Pinang dan bukan harap kerajaan negeri sahaja
  • Kepentingan bahasa Malaysia tidak dijagai malah isu bahasa Inggeris tidak habis-habis
  • Harga minyak akan dinaikan pada bulan Mac nanti kerana dasar kerajaan yang berjaya dalam meningkatkan pendapatan hasil negara
  • Kes liwat yang sengaja dikenakan terhadap dirinya dan diadakan terutama semasa PRK Permatang Pauh bagi memburukkan diri beliau
  • Dapat sokongan negara luar berkaitan isu liwatnya terutama negara-negara Arab
  • Mengaku berjumpa Sheikh Yusuf Qardawi di Doha dan akan memberi video tentang fitnah yang dikenakan keatasnya
  • Beliau adalah merupakan mangsa politik

14 April, 2010

YANG CERDIK MENIPU, YANG LAGI CERDIK PUN KADANG-KALA JADI BODOH DAN TERTIPU.

Gambar hiasan: Peniaga kecil Melayu yang kesempitan dan sedang berjuang untuk kelangsungan hidup, apakah nasib mereka sudah cukup terbela? Mereka juga ahli UMNO dan menyokong kerajaan, berilah juga perhatian kepada orang seperti ini.



1. Kawan tengok kebelakangan ini rating di blog BH menurun sikit. Awok taulah weh, menulis isu-isu tentang negeri Pahang bukanlah menarik perhatian pembaca luar Pahang, tapi aok tau lah kawan ni, 'aku menulis bukan kerana nama', bukan cari populariti, yang kawan buat ni ialah menyuarakan kebenaran dalam masa sama cuba menyedarkan dan membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin. Sebab itu, usaha ini akan tetap kawan teruskan walau kawan sudah tidak lagi popular.

2. Ada sorang blogger Pahang ni weh, khabarnya menetap di ibu kota menulis diblog tentang ini, sebelum tu dia dah menulis begini. Memanglah banyak pihak yang tidak puas hati mengenai berita itu, tapi nak buat guana kan? Segala keputusan adalah di tangan MB.

Lama dah dulu kawan mendengar mengenai cerita ni dari sorang kawan yang kebetulan ahli majlis daerah berkenaan. Dari ceritanya dapatlah kawan buat rumusan lebih kurang begini;

1) Orang berkenaan (orang kuat UMNO dalam daerah tersebut) ditawarkan menyewa premis berkenaan, tapi dia tak ada duit bahkan untuk membayar pendahuluan pun.

2) Kerana kecerdikan dia dan kebodohan sahabat dia, maka sahabatnya itu melabur hampir RM200.000 bagi ubahsuai premis berkenaan serta membeli peralatan.

3) UPEN (Unit Perancangan Ekonomi Negeri) bersedia membayar kos ubahsuai berkenaan, tapi oleh kerana kegeligaan otak 'orang berkenaan', maka dia sendiri telah membuat tuntutan sebanyak RM230,000 selain tuntutan sahabatnya yang telah mengeluarkan modal itu sebanyak RM230,00 juga. Tidak cukup dengan 2 tuntutan, 'orang berkenaan' juga membuat satu lagi tuntutan melalu proksinya dan menuntut jumlah yang hampir sama. Jika UPEN membayar ketiga-tiga tuntutan berkenaan maka jumahnya adalah RM711,00. - Huh! Melingkup kerajaan negeri kalau macam tu.

4) UPEN tidak membuat bayaran meminta JKR melakukan siasatan kos ubahsuai dan pihak mana yang melakukannya untuk dibuat pembayaraan.

5) Menurut maklumat, 'orang berkenaan' tak membayar apa-apa-pun dan sesen-pun sejak 2 setengah tahun lalu.

6) 'Orang berkenaan' mintak diskaun sewaan dari RM1,500.00 dan diluluskan kepada RM1,200.00 oleh pihak Majlis Daerah Berkenaan, bagaimanapun masih juga tidak dibayarnya. Kemudiannya mintak lagi diskaun kepada RM1,000.00 dan diluluskan juga tetapi tidak juga dibayar. Kerana itu majlis memutuskan memberikan diskaun 50% kepada jumlah yang tertunggak - juga tidak dibayar.

7) Majlis Daerah berkenaan sebulat membuat resolusi menarik balik penyewaan premis berkenaan dan dimajukkan kepada MB. 'Orang berkenaan' jumpa MB dan minta duduki premis berkanaan tanpa sewaan selama 25 tahun atas alasan mengubahsuai berkenaan dan......MB kita yang sangat baik, cerdik dan pintar ini meluluskannya dalam satu mesyuarat exco. - Hehehe! Selepas ni saya cadangkan semua peniaga dan penyewa premis milik kerajaan negeri buat perkara sama dan pasti kerajaan kita akan senang hati kecualikan peniagaan kita dari sebarang sewaan.

Selepas ini peniaga Melayu dari bandar berkenaan tentu akan senang hati kerana kerajaan negeri akan kecualikan dari sebarang sewaan terhadap mana-mana premis milik agensi kerajaan. Tentu dalam PRU13 nanti undi UMNO akan meningkat berlipat ganda. Kita juga akan dapat kekalkan MB kita yang baik hati ini dijawatan berkenaan untuk satu abad lagi, hehe!

Dengor kabor, anok 'orang berkenaan' tak lama lagi akan dilantik Pegawai Penerangan Daerah. Habislah satu daerah akan dikuasainya nanti. Tak mustahil daerah tu akan jadi jajahan takluk dia - gamok kawan lah! Tentu UMNO akan akan tetap kuat jika pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa berusaha keras memenuhkan 'temolok' masing-masing, slogan UMNO pun boleh tukar jadi; Temolok sendiri diutamakan, rakyat miskin dikampong-kampong dilupakan!

MB bukannya reti membuka blog dan tak akan baca tulisan ni, tapi kawan mintaklah sesangat pada ketua Unit Radio Buruk UMNO Pahang supaya kaborkan kepada MB apa yang tertulis ini, sebab dah ramai rakyat jelata yang membacanya. Ingat juga, yang membaca ni kebanyakannya adalah pelajar IPT, deme tu akan balik ke kampong nanti dan mengaborkan kepada semua orang kampong hal ini.

13 April, 2010

MENYAMAR TUAN MUDA PAHANG - YANG BODOH DITIPU, YANG CERDIK PUN TERTIPU

Hiasan: Sengaja saya letakkan gambar balak kerana kalau bukan balak bukanlah Pahang namanya.
Kata pepatah - kalau tidak kerana balak, masakan sanggup memeggang jawatan.



Penyamaran seorang ramaja berusia 17 tahun sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang terbongkar kelmarin, kini menjadi bahan jenaka keluarga diraja itu.....

...Kenyataan Tunku Azizah itu memang berasas kerana Zul Arif berjaya memperdayakan banyak pihak termasuk para pegawai kanan JLKN dan Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Shafik Fauzan Sharif. (memperdaya = memperbodoh, bahasa blogger)

Saya pernah menemui Datuk Shafik di pejabatnya tidak lama dulu, ketika itu beliau masih baru memegang jawatan selepas dikosongkan oleh Datuk Maznah Mazlan yang berpindah ke pusat. Saya mendapati beliau adalah seorang exco yang baik budi pekertinya dan sentiasa sedia membantu sesiapa saja.

Namun,walau apapun alasan Datuk Shafik, beliau tetap telah diperbodohkan dalam isu berkenaan. Itilah sebahagian dari kes penyamaran di negeri Pahang ini. Saya percaya ada beribu-ribu lagi kes yang sedemikian yang tidak dibongkarkan kerana ianya memalukkan pihak tertentu.

Saya percaya ada individu-individu tertentu yang menyamar menemui beberapa ecxo kerajaan negeri bahkan MB sendiri untuk mendapatkan sesuatu projek dengan menyatakan mereka adalah orang rapat dengan orang itu dan orang ini. Sikap mudah percaya dan malas menyiasat membuatkan mereka mengambil pertimbangan yang salah.

Kemungkinan untuk mendapatkan sesuatu kawasan pembalakan seseorang akan menyamar sebagai sesiapa atau menyemar sebagai keluarga atau orang rapat seseorang, bahkan datang dengan surat sokongan yang disamarkan juga. Kerana sikap tidak hati-hati maka banyaklah balak, tanah, bijih, kuari dan sebagainya terlepas ketangan orang-orang tertentu. Kita golongan marhaen rakyat negeri Pahang akan tetap tinggal dalam kemiskinan dan kedhaifan selama-lamanya.

Pemimpin mempertaruhkan kehidupan kita dan anak cucu kita, namun kita yang menanggung segala beban dan risikonya.


12 April, 2010

HANGAT POLITIK PAHANG - SIAPA SELEPAS INI?

Hiasan: Gambar ini saya ambil dari sebuah laman blog yang jarang dikunjungi,
namun saya menyukainya kerana inilah suara rakyat yang jarang sesiapa ingin mendengarnya.



Ari ni kawan nak tulis pasal komen di blog ini. Macam biasalah dalam kehidupan, ande yang suka dan ande yang tak suke. Koi nok buat guane kan? Komen di posting koi semalam begini:

Anonymous said...

BH,

Sudah lah tu. Posting yang baik je. Bangkit sampai anak cucu, bimbang ye. Dulu bagaimana, mu juga menjilat. Kalau tak dipeduli, merajuk. MB kamu tu banyak jasa nya, dia yang dulu mengadakan beri sumbangan kepada anak negeri mu masuk pengajian tinggi dan bantuan kepada oku dan miskin dsb nya, selangor dan PP tiru model beliau. Itu fakta kan.

April 11, 2010 3:36 PM

Delete

Anonymous aku cucu mamak kutty said...

syabas kau semakin berani menegur demi kebenaran.....tegur kl;u yg tak betul....tapi bukan memfitnah....u are a braveheart.....

April 11, 2010 4:49 PM

Delete

Berbeza amat antara dua tu. Ande yang suruh posting yang baik je. Maknanya puji je lah MB kita ni. Tapi itulah yang selama ini merosakkan UMNO bila pemimpinnya dikelilingi oleh pengampu. Apa kita tak amboh sedor lagi?

Cucu Mamak Kutty ni sedara lama koi sebelum ni, mase ni dia dah ke sebeloh sanun, mengikut PKR. Itu hak dia, suke ati dia lah. Dia selalunya mengutuk koi, tapi kali ni memuji pulok, apa dia ingat koi kembang buntut bila ken puji macam tu?

--------------------


Koi terbaca sebuah blog dari Jerantut (sini) Tajuknya sungguh sensasi: Politik Pahang – Siapa Layak Ganti Adnan? Koi nak ‘copy’ sebahagian, yang lebih tu aok kena baca diblog berkenaan;

Beberapa buah blog menulis mengenai MB Pahang dan membuat provokasi dengan menyatakan bahawa beliau bakal dibawa ke pusat sebagai sebahagian dari usaha menyingkirkan beliau dari kerusi empuk MB Pahang.


Antara isu penting yang dimainkan adalah berkenaan belanjawan defisit selama 10 tahun memerintah dan beberapa saman terhadap kerajaan oleh beberapa syarikat sama ada yang terlibat dengan pemberian kawasan pembalakan dan yang terlibat dengan projek perladangan hutan di negeri Pahang……

Berikut laporan kelemahan pengurusan dan permasalahan saman oleh syarikat-syarikat perladangan dan pembalakan terhadap kerajaan Pahang di blog-blog berkenaan, membuatkan reputasi DS Adnan tercalar. Tambahan pula Pas Pahang telah menjadikan isu itu sebagai modal politik bagi menjayakan visi menawan Pahang di PRU13 nanti. Maka terpaksalah Dato’ Samsuddin Nawawi sebagai Tok Gending berhempas pulas (berpera-pera) menjawab isu berkenaan dan mempertahankan bos nya di blog ‘Small Talk’ nya. Kemana agaknya blogger-blogger UMNO yang Dato’ Sam hantarkan berkursus dulu? Masih belum matang lagikah? Atau mereka itu hanya mampu jadi pesilat pulut? Hehe. Blogger-blogger jasa yang sudah kecewa pun turut membisu agaknya. Akhirnya tinggallah Tok Gending dengan’Big Talk @ Mouth’ nya. Mudah-mudahan Tok Gending ini akan menjadi contoh pemimpin yang berjaya walau tanpa pengikut. Mudah-mudahanlah – huhu!

Blog Rujukan:

http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10480

http://nuraflah.blogspot.com/2009/12/awat-jadi-lagu-ni.html

http://gomalaysian.blogspot.com/2009/12/beri-laluan-kepada-orang-najib-adnan.html

Ada dua komen dari posting tu, koi salin juga dibawah ni;

Blogger ababina 328 said...

Perihal DS Adnan boleh bertahan selama 10 tahun di jawatan MB nya, sedangkan reputasinya tidaklah sebagus mana, adalah banyak bergantung kepada sesanggup mana seseorang MB Pahang itu mengizinkan dirinya di peralatkan oleh pihak-pihak tertentu.

Sebagai contoh, Kita di Pahang pernah mempunyai seorang MB paling bagus di Malaysia, iaitu jika diukur terhadap jasa dan kesanggupan dirinya menjadi lilin kepada rakyat bawahan, tetapi beliau hanya boleh bertahan selama 3 tahun sahaja.

Orang yang saya maksudkan ialah Allah Yarham Datuk Abdul Rahim Bakar.

Rupanya orang bagus seperti ini tidak boleh bertahan lama, tetapi sebaliknya orang seperti DS Adnan Yaakob boleh pula bertahan selama 10 tahun.....

Begitulah adat berpolitik di Negeri Pahang.............

December 11, 2009 9:35 AM

Blogger MANTRA said...

Tok Gending memang sentiasa dengan big talknya... maklumlah hayat dah di hujung tanduk!!!

Tok Gending memang mahir dengan personality assasination... sesiapa yang baru kenal beliau akan terpesona dengan gaya warlordsnya... tapi sesiapa bijak akan dengan mudah terbau langkah serba sumbangnya.

Kejatuhan Tok Nan adalah disebabkan bencinya mereka kepada Tok Gending... lebih sudu dari kuah!!!

Lihat saja bila Tok Gending berFB, memang memalukan... inikah orang harapan MB Pahang???

December 12, 2009 9:50 PM

------------------

Minat saya (dulu) cuma satu saja dan dah saya nyatakan dengan jelas dahulu. Ingin melihat blogger-blogger penyokong kerajaan di Pahang ini disatukan dan diberikan perhatian serta diberikan kesempatan dan peluang untuk bersama-sama membantu mengembangkan ‘media sosial’ di Pahang.

Suara kami tidak pernah didengar. Blog seperti ini tidak pernah dibaca oleh MB, setpolnya pun tidak akan peduli. Kita tulis apapun, mereka kita akan membacanya, jadi kenapa ada yang meminta saya berhenti? Kenapa harus dipeduli?

Saya akan terus menulis, bersuara. Saya akan meneruskannya sehingga suara saya didengari. Masalah dengan pemimpin ini adalah mereka menganggap mereka dari golongan bangsawan dan kita adalah golongan marhaen. Apa yang mereka lakukan semuanya betul dan kita semuanya salah.

Saya dah suarakan tidak puas hati saya beberapa kali namun adakah ‘mereka’ peduli? Wajarkan ‘dia’ menyampaikan melalui orang lain meminta saya berhenti? Tidak usahlah bimbang kerana tulisan saya ini tidak akan memberikan apa-apa kesan dan tidak akan menjejaskan apa-apa. Siapa yang peduli pada blog jalanan seperti ini?


Baca sini mengenai seorang menteri yang sombong dan penakut juga, diambil dari sini.


11 April, 2010

HANGAT PRK P.094 - PAHANG JUGA DAH TERASA

Keputusan PRK P.094 memang menarik dan sangat-sangat ditunggu:
pertarungan diantara Si Sombong dan Si Tamak


Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 26hb Mac, 2010 telah meneapkan Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang telah ditetapkan sebagai Negeri Angkat kepada 5 daerah mengundi di Zon 5 iaitu; Pertak, Empang Pecah, Kampong Baru Cina Kuala Kubu Baru, Bandar Kuala Kubu Baru dan Kampong Air Jernih.

Malam nanti 11hb April, 2010 satu majlis memperkenalkan jentera tempatan dengan keluarga angkat akan diadakan pada jam 8.30 malam ditempat-tempat yang telah ditetapkan. Hari penamaan calon bagi PRK P.094 akan diadakan pada 17hb. April, 2010 (Sabtu) bertempat di Dewan Komplek Sukan Kuala Kubu Bharu dan hari mengundinya adalah pada 25hb. April 2010.

Saya membaca blog Dato' Sakmongkol: Siapa Menang Di Hulu Selangor? Apa yang sangat saya tertarik adalah komen dari seorang yang menggelarkan dirinya vinnan. Sila baca komennya seperti dibawah ini:


vinnan, 9 April 2010 12:22

Seratus ringgit boleh beli: 1. dua kampit beras 10kg RM36.00 2. Satu tong minyak masak RM13.35 3. Satu tong gas masak RM27.00 4. 2 ekor ayam RM24.00 Jumlah RM101.35 Hanya perlu menanbah RM1.35 sahaja kehiidupan warga emas ini akan lebih selesa. Inilah sumbangan dari kerajaan Negeri Pulau Pinang tanpa mengira kaum dan bangsa.


Saya melihat politik sebagai satu kesenian dan permainan yang sangat menarik dan matlamat akan menghalalkan segala cara. Cuma nanti kita lihat siapakah yang lebih pandai memainkan perasaan pengundi di Hulu Selangor seterusnya mendapatkan simpati dan sokongan mereka.

---------

Ada komen diblog saya dan menanyakan kenapa saya menghentam MB? Kenapa tak tanya saya sebelum ini kenapa saya menghentam juga DS Anwar Ibrahim? Dato' Zahid Hamidi, Dato' Nazri Aziz, Dato' (?) Khairi Jamaluddin? Kenapa tidak tanya?

Pemimpin juga seperti kita adalah manusia biasa, mereka juga berbuat kesilapan dan kesalahan dan tugas kita menyedarkan mereka dari kesalah yang kesilapan yang telah mereka lakukan. Ada kalangan pemimpin yang cepat sedar dan insaf manakala ada juga yang tidak pernah seedarkan diri mereka, maka itu yang sedemikian itu kita harus menyedarkan mereka berkali-kali, lagi dan lagi.

Mungkin ada yang bertanya kenapa saya harus peduli? Jawapan saya adalah; saya mesti peduli kerana pemimpin ini sedang mempertaruhkan kehidupan saya dan anak cucu saya dan mereka juga sedang membelanjakan duit saya yang sebagai sebahagian dari rakyat negeri dan negara ini, dan itu adalah hak saya. Saya juga telah terlibat dalam memilih mereka - pemimpin-pemimpin ini. Jadi kenapa tidak? Kenapa saya tidak harus peduli?

Nota:
Koi nok kabo ke aok weh, koi akan terus menulis kerana ande yang masih suke mendengo dan nak tau kisah-kisah begini. Jadi kalau aok rasa aok nok menekan koi dan buatkan koi berenti menulis, koi rase aok silap perhitungan.

10 April, 2010

Kalau dah nampak asap....... tentu dah ada apinya!

Kata tak ada kawasan balak baru diluluskan, tapi setiap lori yang lalu penuh dengan muatan.
Lori tu tipu kita ke atau MB yang tipu kita? Hehehe




Tak lama lagi mungkin kawan akan ke Hulu Selangor. Bersama sahabat blogger dari Utara. Persatuan mereka memang mantap dan mendapat sokongan dari pemimpin besar negeri. Kawan percaya mereka berkerja pun dengan senang hati dan menganggapnya sebagai satu perjuangan.

Berbeza dengan kita. Di Pahang golongan blogger memang tidak hendak di satukan, mungkin sebab bimbang nanti blogger juga akan mintak satu dua kerusi Parlimen yang masih dalam pertimbangan PM Satu Malaysia.

Unit Media Baru Pahang pun kurang bergerak, ini mungkin atas sebab kurang peruntukan kerajaan. Maklumlah yang kita nampak sepanjang jalan raya kebanyakan lori balak ke hulu ke hilir tu kosong belaka. Ibarat kata pepatah; Kalau tidak ada pembalakan, mestilah tidak berkembang ekonomi negeri Pahang. Entah ye entah tidak, kawan ni pakai agak-agak je tu.

Ari Sabtu dan Ahad ni kita nak berkisah pasal negeri lain pulak. Lepas tu nanti baru kita kisahkan pasal Pahang dan MB serta pembesar-pembesarnya. Banyak maklumat yang sudah kita terima melalui email dan kebanyakkannya dari pembangkang. Kawan akan siarkan satu persatu nanti tapi sudah tentu kawan akan tapis dulu.

Ada orang hantar email dan ucap syabas. Dia kata awak boleh gegar Pahang. Kawan nak kata macam ni saja; nak gegar kawan tak boleh tapi kalau setakat goyang-goyang sikit tu bolehlah, gamaknyalah. (Gegar, goyang,goncang!) Tapi apa pun kawan akan tulis juga, demi rakyat Pahang dan demi kebenaran. Segala kebenaran harus diperjuangkan, segala keburukkan harus disingkap, segala konspirasi dan pengkhianatan haris ditelanjangkan. Rakyat berhak tau segalanya dengan telus. Hehe! Kalau dah nampak asap....... tentu dah ada apinya!

----------

PRK Hulu Selangor sangat menarik perhatian umum. Kemenangan BN sangat diharapkan dan diperlukan sebagai indicator @ petunjuk bahawa sokongan rakyat terhadap BN sudah pulih. Jika keputusan masih menyebelahi PR, tentu PM Satu Malaysia dan BN akan masih merasa gusar dalam hati. Kerana itu akan memberikan tafsiran bahawa rakyat masih menyimpan dendam dan amarahnya terhadap kerajaan atas kekhilafan sebelum ini.

PR juga sedang berjuang bermati-matian untuk pertahankan kerusi ini. Ini juga petunjuk buat mereka mengesan setakat mana isu DS Anwar dalam kes liwatnya berjaya meruntuhkan kekuasaan yang sedang mereka bina. Jika ada kemampuan bagi Pakatan Rakyat untuk menyumpah, mereka akan menyumpah 2 perkara ini: 1) Kenapalah DS Anwar meliwat, dan 2) Kenapalah wakli rakyat Hulu Selangor meninggal dunia.

Bagi BN khususnya PM bebanan berikutan PRK ini sangat terasa. PM Satu Malaysia mesti berusaha bermati-matian untuk memenangkan kerusi berkenaan dengan apa cara sekalipun..saya ulangi; DENGAN APA CARA SEKALI PUN!

Halangan utamanya adalah parti komponen terutama MIC yang bermati-matian berkehendakan supaya meletakkan calon dari kalangan mereka bahkan pilihannya juga. PM tentu ada pertimbangannya sendiri. Sepatutnya budaya seperti ini sudah tidak diamalkan lagi. Biarkan saya PM mengunakan kata pemutusnya dan menentukan siapa yang dia kehendaki sebagai calon. Parti komponan boleh mencadangkan dalam senyap, dan bukan berupa ugutan yang halus yaknia memaklum kepada umum calon yang dia kehendakinya. Biarlah cadangan calon itu rahsia antara dia dengan PM saja, bukankan akan lebih manis?

Akibat dari kekeliruan dan tekanan ini, saya rasa PM akan menerima cadangan dari 'Tuan Penasihat'-nya, Husin Lempoyang dalam menentukan calon di Hulu Selangor nanti. (Klik sini) Hehe! Dengar khabar Husin pun akan ke Amerika Syarikat bersama rombongan PM nanti....'Wow! Baguslah Sin, majulah bisness kamu jual 'onta' tu.


09 April, 2010

PAHANG - ANUGERAH PELAKON TERBAIK OPERA CINA

Semalam kawan cuma letak sekler wayang je, ari ni letak lah gazetnya, orang kampong pun tentu nak tengok lakonlayar dan aksi seksi pelakon kita, hehe!


Kawan dulu dalam UMNO. Pernah jadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan, lepas tu Ketua Cawangan dan dalam mase sama AJK Pergerakan Pemuda Bahagian. Ketua Pemuda kawan dulu dah jadi ADUN, sepenggal sebelum ditendang keluar oleh MB sebab nak letakkan kroninya.

Bukan maksud kawan mase ni kawan tak sokong UMNO, kawan masih sokong, cuma lebih berhati-hati dan dengan bijak. Kawan akan memilih yang benar, betul dan baik untuk diri sendiri dan orang ramai. Kita harus membuka fikiran kita dengan seluas-luasnya.

Di era teknologi maklumat ini, memang terlalu banyak maklumat yang boleh kita dapat sama ada yang molek dan yang buruk. Kalau yang moleh itu cuba dilindungi akhirnya akan terserlah juga kemolekkannya, begitu juga dengan yang tak molek, walau cuba dilindungi akhirnya akan terdedah juga keburukkannya.

Kalau nak diumpamakan, bolehlah kita anggapkan macam 'lurah' Bukit Lanjan yang terselak tidak lama dulu. Dua tiga ari bijik mata kawan berpinar-pinar. Orang-orang parti sebelah sana terpaksa menyimpan kopiah dalam kocek, tapi tengok gambar tu mereka tetaplah tengok juga, hehe!

Orang sebelah sana tu bercerita banyak hal tentang negeri Pahang ni. Tentang MB dan pemimpin-pemimpin negerinya. Ada cerita tu yang betul, tapi ada juga yang salah dan ada juga yang ntah betul ke ntah salah - tak pasti.

Bagaimanapun, kawan nak siarkanlah sikit disini supaya boleh rodong-rodong kawan yang tak berpeluan membacanya sebelum ini membaca dan membuat penilaian sendiri. Ingat! Tidak lama lagi kawan akan beri peluang deme semua untuk mengundi, sama ada suka lagi ke kurang suka dah pada MB kita ni. Anggaplah ini sebagai pilihanraya oloh-olok atau macam peperiksaan percubaan, hehehe!

Kerana itu weh, baca lah apa yang kawan pungut dari sebuah blog orang sebelah sana tu. Sebahagian aje lah, kalau nak baca abis kena lah klik dibawahnya nanti. Ingat nanti! Undi jangan tak undi, Kawan saya, blogger Husin Lempoyang kata " Wow!" Hehehe!



Rakyat Pahang sebenarnya amat memerlukan pembangkang. Kewujudan pembangkang ini satu keperluan sebenarnya kerana rakyat perlu mengetahui apa yang berlaku dan dilakukan kerajaan sehingga Ketua Audit Negara menegur rekod kewangan kerajaan negeri misalnya, rakyat berhak tahu apa yang berlaku.

Di Pahang ini sekurang-kurangnya terdapat empat isu besar antaranya isu tanah. Rakyat telah meneroka dan memajukan tanah sekian lama ada sehingga 30 ke 40 tahun tiada penyelesaian dibuat, permohonan ditolak tanpa alasan dan sebagainya.

Keduanya isu air, Pahang mempunyai sungai yang besar tetapi air masih menjadi masalah kepada rakyat terutama di rancangan Felda dengan bekalan air yang sering terganggu, tekanan air rendah dan sebagainya. Pada masa sama kerajaan mengenakan caj meter pula kepada rakyat dan ingin menjual air pula ke Selangor.

Begitu juga, masih banyak kampung-kampung belum mendapat bekalan air sempurna, bekalan elektrik dan perkhidmatan telefon. Jalan raya juga ada yang tidak baik. Ada jalan raya yang usianya lebih 20 tahun tidak dibaiki atau diturap semula. Contohnya jalan raya Jerantut�Benta, jalan itu sudah lama tetapi tidak dibaiki dan tidak diturap semula, ia seolah-olah terbiar.

Kita lihat di kawasan destinasi pelancongan, kerajaan diberi perhatian seolah-olah apabila ada pelancongan adalah kemudahan. Di tempat bukan kawasan pelancongan kemudahan untuk rakyat tidak ada. Kerajaan dilihat lebih menjaga hati pelancong daripada hati rakyat sendiri.


(Klik untuk baca sepenuhnya)


Semalam kawan banyak dapat email yang menulis macam-macam, ada yang puji dan ada juga yang mengutuk memaki hamun ke kawan, tapi kawan dah biasa, dah tak kisah dah. Lu jaga lu punya kain, gua jaga gua punya buntut saja.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...