02 February, 2011

PILIH UMNO JAHILIAH? PILIH PAS MENYESATKAN!


 

Masalah orang kita adalah terlalu fanatik dengan politik. Bagi Pas, mereka diajarkan supaya menjadikan politik itu sebagai agama dan pegangan hidup mereka. Kerana itu mereka sentiasa menganggap bahawa Pas adalah Islam dan Islam adalah Pas.

Dalam keadaan buta mata dan buta hati mereka menerima apa saja yang disarankan oleh pemimpin-pemimpinnya kerana mereka manganggap bahawa 'tok garu' (yang berketayap dan berserban besar bakul itu) adalah maksum. Pada Pas, 'tok garu' adalah 'ularmak'. Apa kata 'ularmak' adalah fatwa yang tidak boleh ditentang. Menentang bererti nerakalah tempatya. Tetapi mereka lupa bahawa 'ularmak' itu pun belum tentu mendapat syurga kerana syurga itu adalah milik Allah.

Saya tertarik dengan post diblog 'SuaraOrangTimur' serta komen dari pengunjungnya. Sila baca CnP sepenuhnya di bawah ini:

SUARA ORANG TIMUR


PRK Tenang Kali Ini Tok Guru Kurang Menyalahkan SPR,Tetapi Banyak Memarahi Sikap Mereka Pengundi Di TenanG Yang Lebih Bersifat JAHILLIAH Dan BODOH Yang Boleh Di Beli Begitu Sahaja Seperti Binatang Oleh Umno.Baginya Juga,Kemenangan Umno Hanya Lebih Bersifat Untuk Dunia Berbanding Dengan Pas Kejayaan Untuk Akhirat.
Cakap Banyak Tok Guru Ambo Nih.PoooooRaaaahhh...!!!.

Begitulah Kedengaran Suara Kekecewaan Dan Kehampaan Seorang Mursyidul Am Apabila Sukar Menerima Kekalahan Tersebut.Sebagai Seorang Yang Lama Dan TUA Dalam Politik,Kalah Dan Menang Sudah Menjadi Adat Dalam Apa Jua Pertandingan.Kenapa Sampai Sekarang Tok Guru Lebih Bersifat "Rumah Dah Siap,Tapi Tukul Masih Berbunyi".
Apa Yang Amat Terkilan Juga,Sehingga Kini Tok Guru Masih Jua Mempertahankan Maksud JAHILLIAH Yang Di Maksudkan Kepada Masyarakat Tenang.Kalau Tak Cuba Spin Dan Menipu Masyarakat Bukan Ulamak Tok Guru Namanya.

Menurutnya Juga,Pas Bukannya Memburu Kemenangan Dalam Pilihan Raya Di Dunia Semata-Mata, Tetapi Dalam Masa Yang Sama Turut Memburu Kemenangan Di Akhirat.“Pas Tewas Di Tenang, Namun Kami Berpuas Hati Kerana Melaksanakan Tugas Amar Makruf Nahi Mungkar (Menyeru Kebaikan Dan Mencegah Kemungkaran)."Adapun UMNO,Bolehkah Perjuangan Mereka Dibawa Ke Akhirat?”Katanya Dalam Satu Kenyataan,Semalam.


PERSOALAN UTAMA TOK GURU BILA MENGELUARKAN KENYATAAN MERAPU YANG MASIH MJ INGAT IALAH :-

"Barangkali bagi mereka (UMNO),pengundi di Tenang boleh dibeli seperti 
membeli binatang ternakan. UMNO masih belum serik mempermainkan rakyat 
kerana hanya itu termampu dilakukan mereka,”


SIAPA SEBENARNYA YANG BERSIFAT BINATANGGG...!!!!
ACU ROYAkKK... 



12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
ni la masalahnya bila orang dah pandang tinggi pada dia,... semua orang tak islam.. dia je yang islam.. kalau tak sokong dia.. kafir.. pale butoh.. dia tu confirm ke masuk syurga...
Tanpa Nama berkata...
haha..apa kah poknik tidak jahil dan bodoh bila bercakap macam tu?? nampak nya kat Tenang cuma kaum cina lah yg tak jahil dan tak bodoh?? haha punya bodoh kenyataan poknik tu!
Tanpa Nama berkata...
Apa pun berlaku pasti ada orang yang dia salahkan. Dan yang penting pengikut yang ditindik hidung pun menjerit sokong ,padahal tak tahu apa2 pun. Cuba kita tanya tentang apa yang telah dia lakukan salah ,mampus tak ada jawapan.kalau ada pun orang lain yang salah. Kalau zaman sahabat dulu dah lama makan pedang mamat tua ni.
Tanpa Nama berkata...
Lebih banyak badut ini bersuara..., lebih banyak nanah dan lendir jijiknya diketahui orang...!
Tanpa Nama berkata...
macam la dia tau rupa akhirat tu macamana
Tanpa Nama berkata...
UMNO ADALAH JAHILIAH! Bekas KM Melaka pernah disabitkan dengan kes rogol budak bawah umur, BEKAS SETIAUSAHA UMNO CAWANGAN KENA PENJARA 10 TAHUN KERANA MEROGOL GADIS 15 TAHUN ‘ makan’ bakal anak tiri, CSL lg hebat jd pelakon porno terus! Ayah Pin bgtau Najib bini Rosmah ada ehem2 dgn Altantuttt...
Tanpa Nama berkata...
Anon 2011 Februari 1 14:44 Pemimpin korang pun apa citer? maksum ke? bersepah gak mcm2 kes Kes langgar sampai mati tu ape citer? Kes dalam koc keretapi ape citer? Kes Tabung Memali ape citer? Kes tunjuk 'anu' pada gadis tu ape citer? Kes Teoh Beng Hock yg korang spin tu ape citer? Ishhh...byk jugak...belum lagi kes-kes oleh ahli-ahli PAS lak tu...lagi la bnyk
Tanpa Nama berkata...
ingat pas ingat zina
Tanpa Nama berkata...
pangkah pas masuk neraka
Tanpa Nama berkata...
memburu kemenangan di akhirat mendenye puak2 jahiliah buleh la ko buduhkan pok nick oi..
Tanpa Nama berkata...
Kpd: Anon 2011 Februari 1 14:44 Manusia jenis ko ni.., sampai kiamat pun akan ratib 'Altantuya'.., dan kaitkan dengan Najib. Padahal dah ader dua nyawa yang tengah dok menunggu tali gantung kat penjara kerana disabitkan dalam kes ini. Ko ingat dua2 bangau tu sanggup ke tali gantung hanya untuk nak defend Najib ker? Nyawa orang pun ko buat permain2..., inikan pulak demi politik & kuasa untuk al Juburi...!
Tanpa Nama berkata...
Alhamdulillah..Allah telah hancurkan Pas di Tenang sepertimana Allah hancurkan tentera2 azhab..Allah telah berikan kemenangan kpd UMNO sebagaimana menangnya para Nabi..

01 February, 2011

MESTI BACA: JANGAN PATAHKAN SAYAP KERANA INGIN BERTONGKATKAN PARUH

Blogger tersohor GAP, pejuang pro kerajaan, kami pun sama!


Blog tersohor GAP merakamkan rasa kecewanya terhadap sebilangan blogger yang re-schedule posting mereka (Klik). Sewaktu saya lawati blog berkenaan terdapat 20 komen berbagai pandangan mengenai perbuatan tersebut. Tindakan beliau untuk membuangkan link blog berkenaan adalah hak individu kerana saya percaya blog kita adalah hal kita, tentu tiada apa pertikaian mengenainya.

Saya melihat bahawa dalam keghairahan berblog, kadang-kadang kita lupa  kepada nilai-nilai dan peraturan-peraturan tertentu meskipun tidak tertulis. Mungkin tidak ada 'etika' resmi didalam berblog membuatkan kita merasa bahawa kita memiliki kebebasan sebebas-bebasnya.

Selain dari apa yang disuarakan oleh GAP, kita juga harus memerhatikan tentang tindakan sebilangan blogger yang hanya CnP sahaja dan menghantar posting sebanyak mungkin untuk mengejar rating. Bahkan ada yang tidak menulis apa-apa dan tidak juga CnP melainkan memberikan link blog yang hendak di arahkannya. Akhirnya penulis blog tidak lagi menulis. Tetapi apakah ini balik untuk dunia blogging?

Jika ingin diperhalusi, bagaimana pula apabila kita menggunakan gambar-gambar yang bukan milik kita? Jika menuruti peradaban dahulu kala, pertama kita mesti mendapatkan kebenaran dari pemiliknya, atau setidak-tidaknya memberikan kreadit kepada pemiliknya dengan merujuk dari mana gambar itu kita ambil. Tetapi sudah tentu peraturan kuno ini tidak digunapakai lagi dalam era globalisasi ini.

Saya telah menyuarakan keresahan hati saya mengenai semua ini beberapa lama dulu (saya salinkan sepenuhnya dibawah ini) namun kerana saya hanyalah blogger picisan atau dari species blogger nyamuk maka suara saya tidak didengari, malahan ada yang memberi pandangan yang menyalahkan pandangan saya. Justru, saya merasakan bahawa pandangan mereka itu betul, kerana itu blog mereka dan mereka berhak melakukan apa yang mereka sukai. Demikian juga kepada blog kita, kita boleh lakukan apa saja yang kita sukai.

Apakah ini sebenarnya makna kebebasan berblog? Saya tinggalkan saudara-saudara dengan soalan itu. Sesiapa saja berhak menjawabnya atau tidak menjawab sama sekali.



28 December, 2010

BERBLOG CARA BARU?

Sekarang blogger benar-benar jadi beruk?


Ramai blogger yang terkejar-kejar untuk mencari rangking dalam 100 rangking alexa. Bahkan sudah ada blog yang tugas resminya adalah mencatat rangking setiap blog yang tersenarai. (Klik sini).


Jika trend ini diteruskan, mugkin akan datang bilangan blogger yang benar-benar menulis akan berkurangan dan blogger yang menjadi sebagai 'pemandu jalan' akan semakin bertambah. Apa yang saya maksudkan adalah begini;

Anda (Klik sini) kemudian anda diminta (klik pula kesini) untuk membaca. Contoh kedua ini: (Klik sini) kemudian anda akan pergi ke sini (Klik) Mungkin blogging menjadi semakin mudah pada masa depan atau kita akan menwujudkan penulis (blog) yang tidak berapa menulis. Apakah ini budaya baru dalam menulis (blog) selain dari 'copy and paste'?

[Nota: saya membuang link yang ditunjukkan disini untuk tidak mengecilkan hati sesiapa}


10 comments  

10 Comments

Close this window Jump to comment form

Blogger Tamingsari said...
Salam tuan blog... Aku Taming Sari antara orng terawal bersama BPN dan brsama dlm perjuang mmbentuk BPN. Ketika itu blog aku namanya Empayar Malaya. Blog itu gugur selepas dihack oleh pembangkang dan kini aku bina blog baru, Blog Tamingsari. Tapi kali ini, jelas aku rasa aku berseorangn.. Tak percaya tanya Panglima Perang Cyber @ Ustaz. BPN bukan untuk UMNO, bukan untuk BN, tetapi BPN untuk Melayu, untuk Islam... tak kira sape pun ancaman kepada dua perkara di tadi, kita tentang. Namun, BPN makin lemah, tiada penyatuan spt dulu... Tak seaktif dulu, chatroll pun senyap.. Parlimen pun tutup. Aku rasa, tiada salahnya mereka mengejar ranking alexa. Itu sahaja sumber motivasi utk para blogger tak berbayar spt yang lain dalam dunia blogger ini. Melihat blog yg ditatap siang dan malam makin meningkat trafik dan pembaca. Ranking Alexa bermakna semakin baik ranking, maknanya semakin ramai pembaca. Sambil meningkatkan trafik, sambil itu kita terus menulis artikel utk mempertahankan maruah bangsa dan agama. Tiada siapa pun nak gelar diri mereka blogger otai... kerana dengan gelaran otai, mereka rasakan diri mereka bagus.. sibuk nak tegur org sana sini. Sdgkan blogger baru membina blog atas inisiatif mereka sendiri. Sepatutnya yang merasakan dirinya otai, kena bagi semangat kepada blogger baru. So, kalau mereka yg rasa dirinya otai sibuk nak membantai, lebih baik fokus pada ranking alexa krn itu sahaja boleh menaikkan motivasi. ikhlas, Tamingsari http://blogtamingsari.blogspot.com/
December 28, 2010 9:03 AM
Delete
Blogger YB Raz said...
ini cara ringkas hehehehe..sekarang semua nak cepat je hehehe..
December 28, 2010 10:13 AM
Delete
Blogger Cheguman... said...
salam, takpe, hanya yang genuine yang akan terus bertahan manakala yg ikut-ikutan akan berhenti setakat itu kecuali mereka terus belajar.
December 28, 2010 10:27 AM
Delete
Blogger bRAVEhEART said...
Salam, tamingsari - dalam dan tajam maknanya, namun saya percaya bahawa sesiapa saja berhak dan benar untuk bersuara dan menyatakan pendapat. bukan berdosa bila kita berbeza pendapat, kita mencari persamaan dari setiap perbezaan itu. yang jatuh perlu ada kekuatan untuk bangkit semula, siapa yang kita harapkan untuk membantu kebangkitan semula kita? hanya pada diri kita sendiri.. YB Raz dan Cheguman, saya menulis hanya kerana saya ingin dan harus menulis, pernah saya berhenti beberapa minggu tanpa kerana apa-apa dan saya tidak peduli pada berapa ramai pembaca yang membaca sehari kerana itu saya terkeluar dari ranking, so apa saya peduli? hehe! Menulis tetap menulis kalau broadband tidak terbayar kita ke cybercafe...atau hutang....
December 28, 2010 4:16 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...
Setuju bro bh, apa sangatlah gelaran blogger otai dibandingkan dengan bil broadband untuk sebulan? saya rela tidak dipanggil otai berbanding mendapat bayaran sebulan bb.
December 28, 2010 4:21 PM
Delete
Blogger belalang said...
Bukan tak ada, tetapi sangat jarang org yg hendak nama, tempat, pangkat atau seumpamanya tak mahukan imbuhan atau pulangan. Kalau terpekik terlolong berjuang tetapi baik yg dirumah atau saudara mara terdekat hidup seperti melukut tak ada gunanya. pejuang yg baik, kalau tdak banyak mereka mempunyai kemantapan fizikal, mental dan material, baru boleh menjadi contoh. peduli apa dgn alexa, peduli apa dgn tajaan iklan atau pertubuhan, bercakap dan bertindak bila ada keupayaan. Org pandai jadi lembab bila kewangan yelekk.. org kuat jadi bacul bila wang tarak.. so yg layak bercakap bila dia nya sesuai menjadi contoh. so jgn buang masa.. ikut motto .."KERJA MCM LEMBU, HIDUP SENANG MCM RAJA DAH SENANG BARU CARI KUASA/PENGARUH/NAMA.." SETUJU?
December 28, 2010 9:19 PM
Delete
Blogger dzimba MMIM said...
Salam bro semua, ada sedikit ingin mencelah. Idea bro semua betul dan niat perjuangan adalah sama mungkin cuma berbeza dari segi pendekatan. Teruskan usaha semua. Cuma sebagai cadangan saya merasakan amat perlu para blogger pejuang bertemu sesekali sekala dan bertukar idea dan strategi. Kita tidak mahu berperang tanpa strategi akhirnya tertembak sesama sendiri. http://pantausblog.blogspot.com Saya yang baru belajar. terima kasih
December 28, 2010 11:16 PM
Delete
Blogger Wake UP! said...
Ranking Alexa adalah satu motivasi kepada bloger supaya lebih rajin mengemas kini blog mereka. Lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai pengikut yang ramai.
December 29, 2010 12:06 PM
Delete
Blogger bRAVEhEART said...
Salam, Wake-up, betul ranking alexa boleh jadi jadi pemangkin dan motivasi, namun jika disalah tafsir akan buatkan blogger terlalu banyak posting yang tidak berkualiti. Harap fhm maksud saya, sehingga adayang sudah tidak lagi menulis tetapi hanya memberi link sesuatu blog. Mungkin wake-up kurang faham isunya. Apapun, semua blogger berhak keats blog masing2 tanpa ada sebarang. pertikaian.
December 29, 2010 2:42 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...
Tak pe la... penyampaian maklumat secara berterusan... berjuta blog.. mane semua orang boleh tau.... Maklumat kita dipanjangkan... bagus la tu.... bukannya mencuri idea... kenalah relax sikit dong!!!
December 30, 2010 11:47 PM
Delete

YANG YB. SALAHUDDIN TAK BOLEH NAK JAWAB...

Norazizah...'rupa kamu yang cantik....' lagu P.Ramlee tu..
..yang Din PuduRaya selalu nyanyi


Ini disalin sepenuhnya dari blog Skrewkuat kisah mengenai Din PuduRaya dengan Si Azizah:


Kempen PRK N.05 Tenang sudah sampai ke penghujung. Sana sini kemeriahan menjelang Hari Mengundi makin terasa, keadaan jalan raya yang sesak di Pekan Labis ditambah hujan yang renyai-renyai menambah lagi kemeriahan ibarat suasana "mantai" menjelang Aidilfitri. Selepas 30 Januari, penduduk tenang akan merindui suasana meriah ini yang entah bila lagi akan berlaku. Harap-harap mana-mana calon yang menang dipanjangkan umur dan diperelokkan kelakuan serta kekuatan untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

Hari ini PR telah mendedahkan gambar seorang wanita Cina yang dikatakan mempunyai skandal dengan calon BN suatu ketika dahulu. Tukang Screw telah memberi amaran sebelum ini kepada jentera propaganda PR terutama YB Salahuddin selaku Pengarah Jentera Pilihanraya PAS agar jangan membuka keaiban yang belum tentu lagi sahih. Selepas PRK ini semua jentera akan pulang ke kawasan masing-masing dan yang ditinggalkan hanyalah keaiban calon-calon bertanding yang pastinya memberi kesan jangka panjang dan disebut-sebut orang. Perkara inilah yang menjadi kesukaan PAS yang sepatutnya menutup keaiban sesama Islam, itupun kalau PAS benar-benar menghayati fitrah Islam itu sendiri. Masih ingat lagi Rohaizad, calon BN di PRK Permatang Pasir yang diaibkan Nasharudin Hassan, Ketua DPP Pusat. Tahukah PAS bahawa selepas pendedahan tersebut rumah tangga Rohaizad runtuh? Mungkin PAS tahu tapi buat-buat tak tahu malah ketawa berguling-guling di markas-markas PAS bila mengetahui keruntuhan 'masjid' Rohaizad. Inikah ciri-ciri Islam yang PAS perjuangkan. Tak salah kalau tukang Screw labelkan PAS ini sebagai MUNAFIK terbesar di Malaysia!!!! Jangan ingat dengan berkopiah putih, berserban dan berjanggut maka pintu syurga telah terbuka luas untuk kalian! Dan jangan terkejut kalau di Hari Perhitungan nanti dan ketika Tukang Screw mahu melangkahkan kaki ke neraka, sudah tersedia menunggu di dalamnya pemimpin dan ahli-ahli PAS di dalam neraka jahanam. Nauzubillah...

Apapun, janji tetap dikotakan apabila YB Salahuddin engkar dengan perjanjian untuk tidak membuka aib calon BN. Tukang Screw berehat daripada mendedahkan skandal beliau kerana mahu memberi peluang kedua untuk beliau insaf dan mengubah peribadi agar lebih elok. Nampaknya peluang tidak akan datang selalu, hari ini terimalah hukum karma yang sepatutnya. Kalau YB Salahuddin membaca syair-syair Arab, pasti akan membaca rangkap ini,"...... sesungguhnya Allah itu akan membuka keaiban kamu walaupun kamu menyorok di dalam perut unta sekalipun...". Hari ini masyarakat akan kenal siapa Azizah atau Kak Intan sebenarnya yang sebelum ini pernah mempunyai hubungan istimewa dengan YB Salahuddin (belum masuk sekadar khasyafahnya lagi). Tukang Screw yakin, Salahuddin pasti sudah menamatkan hubungannya dengan Intan ekoran pendedahan Tukang Screw. Sama juga dengan calon BN, jika benar beliau mempunyai skandall pastinya tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan wanita tersebut. Mungkin ramai akan mempertikai kesahihan gambar tersebut. Tapi hanya YB Salahuddin sahaja yang boleh menjawabnya dan tanyalah tuan yang empunya badan. Atau kalau YB Salahuddin masih menafikannya, tukang Screw rasa terpanggil untuk menemuramah sendiri Azizah dan mendedahkannya di Youtube.

Kita kena ingat, manusia mempunyai sejarah buruk masing-masing yang cukup untuk dijadikan sempadan dan tak perlu kita dedahkan untuk mengaibkan siapa-siapapun sebab kita bukan malaikat atau para rasul yang maksum. Iman umat nabi Muhammad s.a.w ibarat buih-buih di pantai yang tak mampu menahan ombak besar. Jangan kerana gilakan kuasa politik, kita terpaksa korbankan kesucian Islam untuk mengaibkan orang lain.

Berbalik kepada Azizah tadi, nama sebenar beliau ialah Norazizah bte Mohamed Asmuni yang sekarang berumur 47 tahun. Beliau sekarang tinggal di No.18, Jalan Setia Rawang 2, Taman Setia Rawang, 4800 Rawang, Selangor. Bagi yang menuduh Tukang Screw mengada-adakan cerita, silalah ke alamat tersebut dan tanyalah Azizah tentang hubungan istimewanya dengan YB Salahuddin. Mungkin YB Salahuddin tertanya-tanya bagaimana kisah hubungan beliau ini boleh dihidu! Ingatlah bahawa beliau sendiri banyak musuh dalam PAS sendiri yang senantiasa mencari 'peluru' untuk ditembak ke sasaran! YB mesti tahu siapa musuh atau gunting dalam lipatan dalam PAS. Menjelang Muktamar Agung PAS akan datang, pastinya PAS akan bergoncang dengan hebatnya. Siapalah yang akan jadi mangsa selepas ini. Kita tunggu siapa yang akan kena screw.......
Pssssst: Kenapa Papa Gomo senyap ye sekarang? Mesti dah kene ikat dengan Din Puduraya! Pastinya pasal sumpah dengan Din Puduraya. Buat apelah nak bersumpah sebab bukan Papa Gomo yang punya cerita. Kalau free, nak juga Tukang Screw minum kopi dengan Papa Gomo di Kopitiam Steven, Labis.


Ayat yang dibawah sekali tu aku tak berapa faham: Kenapa Papa Gomo senyap ye sekarang? Mesti kena ikat dengan Din Puduraya! ......Kalau free, nak juga Tukang Screw minum kopi dengan Papa Gomo di Kopitiam Steven, Labis. Hehe! Macam ada kawan-kawan kita yang 'brruppp' je, hahaha!!...Dunia blogger, apa ko nak jawab bro?

POLITIK NIK AZIZ MEMECAH-BELAH ISLAM MALAYSIA?

Doa orang-orang sesat ini dibiarkan saja oleh Nik Aziz


Apa lagi penghargaan yang patut diberikan kepada Nik Aziz sebagai pemimpin utama Pas selain dari Tokoh Pemecah-Belah Islam Malaysia. Bermula dengan politik kampong dan mempengaruhi orang-orang tua dan akhirnya mempengaruhi anak-anak muda sejak dari tadika lagi supaya membenci kerajaan yang di pimpin oleh UMNO.

Siapa yang menganjur sembahayang 2 imam? Siapa yang memfatwakan undi Pas masuk syurga undi UMNO masuk neraka? Siapa pula yang mengharamkan kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC? Siapa pula yang halal bererjasama dengan kafir harbi DAP?

Orang Melayu Islam Malaysia dipesongkan dan dikelirukan. Dengan menyerupai ulamak sedangkan sebenarnya ularmak, dengan menyerupai tok guru tetapi sebaliknya tok garu. Mereka akan tentumya lebih dihormati  andainya tidak berpolitik, namun keseronokan memeggang kuasa membuatkan mereka ini lupa tanggungjawab sebenarnya.

[Klik Sini]

HANGAT: PENDEDAHAN YANG MENDEBARKAN AL-JUBURI


Di merata-rata laman media sosial, facebook, blog, dan sebagainya gambar wanita ini telah tersebar meluas. Serta merta dia menjadi popular dan sudah menenggelamkan populariti  Cikgu Mala yang dilemaskan dan  ditenggelamkan oleh banjir di Tenang. Tetapi siapakah wanita ini? 

'Kunun'nya dia ada hubungan dengan Anu arr Al-Juburi. Hubungan sebagai apa?  Wah! Tentu ramai yang tertunggu-tunggu berita ini. Jangan ada sesiapa menuduh kita menyebarkan fitnah, apa yang kita lakukan ini adalah bagi mencari kebenaran kerana kebenaran itu memang sukar kita dapati dari pihak sebelah sana. Mereka selalu menyembunyikan kebenaran.

Justru, tunggulah sedikit masa lagi dan diharapkan semua bersabar.

HANGAT: CERITA JUBUR KEMBANG DAN PERMOHONAN MAAF PDO











Saya CnP sepenuhnya posting dari blog DUNIACACAMARBA  mengenai seseorang yang membuat tuiduhan palsu terhadap seseorang dan akhirnya terpaksa memohon maaf secara terbuka. Saya tidak pasti jubur siapa yang kembang, yang menuduh atau yang tertuduh, atau juga yang mamasukkan anu nya kedalam jubur seseorang itu, yang pastinya tekak saya pun dah rasa kembang membayangkan hampas kunyit dari lubang jubur seseorang itu. Apapun bacalah;


Ya, ada jubur orang kembang hari ini. Punca juburnya kembang kerana pengumuman permohonan maaf di bawah ini.

Saya petik:



PDO: Permohonan Maaf Terbuka Buat Saiful Bukhari
Selepas lebih dua tahun artikel itu disiarkan, maka pada hari ini 31 Jan 2011 Pahang Daily Online (PDO) secara rasminya ingin mengumumkan penarikan balik enam artikel berkenaan. Sebagai sebuah blog panas dan sensasi, ada kalanya artikel yang dihantar oleh orang awam dan krew-krew kami dari seluruh negara tidak ditapis dengan sebaik mungkin menyebabkan laporannya terkadang terbabas dari etika penyiaran yang sebenarnya. Selepas lebih dua tahun menghantar krew kami untuk menyiasat kesahihan artikel tentang penyakit misteri Saiful berkenaan, ternyata laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Malah, kami cuba menghubungi pihak yang menghantar email artikel berkenaan namun tetap tidak mendapat jawapan yang sepatutnya. Malah, melalui beberapa orang saudara mara dan sahabat terdekat Saiful yang ditemui ternyata laporan tentang penyakit misteri beliau yang disiarkan di laman blog ini dua tahun lepas adalah tidak benar sama sekali. Justeru itu, kami memohon maaf kepada individu terbabit iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan serta keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang berlaku itu...lanjut di PDO. 

P/s: Kembang, jangan tidak kembang!



Saya tiada kata-kata untuk dikatakan lagi! Hehe!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...