16 April, 2011

MADAH ANU ARR - TAKTIK SI BINATANG POLITIK





Selama 10 hari berkempen Anu arr sudah dapat mengukur kekuatan BN dan kelemahan pembangkang. Dapat juga menjangka kemenangan BN dan kekalahan pembangkang. Tetapi Anu arr memang binatang politik, walau dalam keadaan apa sekalipun dia tetap ingin menunjukkan kekuatannya dan tetap ingin bertahan.

Kerana itulah beliau menyebarkan 'kununnya' pakatan akan mendapat kemenangan. Anwar meramal BN akan tumbang dan hanya akan mendapat 21 dari 71 kerusi yang dipertandingkan. Beliau juga meramalkan, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah teruk dikerusi DUN Balingian. Tan Sri Taib Mahmud hanya akan mendapat 34% undi berbanding sepupunya mendapat 38% dan calon PKR, Suriati Abdullah akan mendapat 28%.

'Kununnya' dari laporan Zentrum Future Studies, PR akan mendapat 31 kerusi, bebas sebanyak 4 kerusi dan Parti Kebangsaan Sarawak akan memenangi 15 kerusi.

Anu arr sedar dan tahu dia akan kalah. Orang-orang kanannya juga tahu bahawa segala kenyataan dan harapan yang Anu arr berikan itu hanyalah pembohongan semata-mata - sepertimana pembohongan 16 september dan lain-lainnya. Namun dia sedar bahawa inilah jalan terakhir untuk mengutip satu dua undi simpati dan dari mereka yang berbelah bahagi, yang tidak ingin berada dipihak yang kalah.

Kita sedar bahawa Anu arr tidak mampu menawan Sarawak, dan yang ingin dilakukannya hanyalah untuk menambah kerusi serta menambah jumlah undi. Inilah nanti yang akan digunakannya sebagai senjata un tuk menunjukkan bahawa rakyat sudah menerima dan menyokong beliau serta gagasannya.

Terbaru SMS menyebarkan maklumat 'kununnya' Anu arr meminta petugas dari semenanjung supaya jangan balik lagi kerana beliau akan memberikan amanat setelah semua keputusan diterima dan memberi kemenangan kepada pembangkang. Kunun beliau akan memberi maklumat sebelum kerajaan baru dibentuk. Siapa akan percaya? Tujuannya adalah hanya untuk sekali lagi mengutip sisa-sisa undi simpati dan yang tidak pasti bagi menambah jumlah undian. Itu saja.

Si binatang politik ini ibarat seorang pengemis yang sedang mengutip sisa-sisa roti yang bertaburan berhampiran tong sampah. Siapa lagi yang mahu percayakan dia - si binatang politik. Beliau menghilang apabila Tun Mahathir tiba. Beliau menyelinap dan lari bagaikan seekor anjing kurap.

15 April, 2011

DAP RASIS MENYALAKAN API PERMUSUHAN KAUM DISARAWAK

Poster biadap dari pihak yang kurang ajar


Laporan polis mengenai poster berkenaan


Siapa yang sebenarnya rasis? Siapa lagi jika bukan DAP. Ingat pada 13 Mei maka kita akan teringatkan DAP. Namun apabila kita membangkitkan isu perpaduan bangsa Melayu dan bumiputera, maka mereka dengan lantang menuduh kita rasis. Mereka ini dari golongan kurang ajar yang tidak menghormati langsung kaum-kaum lain. Mereka sengaja melupakan bahawa mereka adalah golongan yang berhijrah ke negara ini dan kita adalah bangsa asal mendiami negara ini.

Terbaru, calon DAP Violent Yong dalam kempennya menanamkan benih-benih kebencian terhadap kaum Melayu dan bumiputera. Katanya; Cina patut menguasai Sarawak dan bangsa Melayu / Melanau serta bumiputera harus dinyahkan dari memerintah Sarawak.

Bagi menjayakan hasrat jahat mereka itu mereka sanggup memfitnah dan memburuk-burukkan KM Sarawak melalui poster papan tanda yang menunjukkan kebiadapan mereka dan langsung tidak berperikemanusiaan. Lihat poster diatas dan  (Klik dan lihat diblog ini: Muka Petang)  Siapakah anjing tua yang dimaksudkan itu? Bagaimana pula dengan anjing tua Nik Aziz? Anjing tua karpal Singh? dan Anjing tua Lim Kit Siang yang bertanggungjawab kepada rusuhan kaum 13 Mei dulu?

Golongan muda dan para pengundi muda di sarawak mesti menolak parti perkauman ini. Jangan biarkan mereka bertapak dan terus menanam api kebencian kaum dan memusnahkan keharmonian bangsa Malaysia yang sedang kita bina. Ingatlah bahawa politik hari ini adalah untuk kesejahteraan masa depan anak bangsa kita.




14 April, 2011

PRN SARAWAK - HATI RAKYAT SARAWAK



Perjalanan selama sejam dari Bako ke Kucing didalam bas terakhir yang hampir kosong  memberikan saya banyak peluang dan ruang untuk bersembang sambil mencungkil hati seorang rakyat biasa yang memberikan pandangannya dalam politik semasa negeri Sarawak, sempena pilihan raya negeri yang sedang berlangsung sekarang ini.

Beliau yang enggan namanya disiarkan, memperlihatkan kepada saya sebahagian pandangan sebenar rakyat Sarawak dalam kesibukan kempen pilihan raya yang sedang berlangsung.

Menurutnya, apa yang sebenarnya rakyat Sarawak inginkan adalah menyedarkan kerajaan bahawa kerajaan harus memberikan perhatian serius terhadap pembangunan negeri. Wakil rakyat yang terpilih hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan serta jujur dan amanah. Dalam kebanyakan kes, mengundi pembangkang bukanlah bermakana menyokong perjuangan mereka, namun lebih kepada menyedarkan kerajaan yang mereka lihat sebagai terlalu selesa dan leka - adalah satu undi protes semata-mata.

Isu Anu arr yang dijaja kesana kemari tidak langsung menarik minat dan simpati rakyat Sarawak. Benar, ada kalanya audien Anu arr memang ramai, namun itu hanya sekadar ingin melihat satu persembahan 'lawak bodoh' seorang yang sudah pernah berada ditangga ke-2 tertinggi, yang memimpin kerajaan dan kini berpaling serta mengutuk kerajaan yang dipimpinnya dulu. Faktor Anu arr tidak lebih hanya sebagai menepuk air didulang dan terpercik kemuka sendiri, atau bagai ayam yang kokok berdegar-degar, ekor bergelumang najis.

Dari beberapa sesi percakapan dengan penduduk tempatan Kucing dan maklum balas tak resmi dari responden, kita yakin bahawa BN masih akan kekal memeggang kuasa dengan kelebihan majoriti undi melebihi 2/3 apabila membentuk kerajaan kelak. Bagaimanapun, kehilangan kerusi kepada 8 kerusi dalam pilihan raya tahun 2006 dahulu mungkin akan meningkat kepada 10 - 13 dan ini diperolehi dari kawasan-kawasan yang majoritinya terdiri dari pengundi kaum cina.

DAP akan menambah beberapa kerusi lagi, PKR akan kekal dengan bilangan kerusinya atau menerima pertambahan di satu atau dua kerusi dan Pas hanya jadi seperti 'kain buruk' atau melukut ditepi gantang - tidak ada masa depan di Sarawak, atau sekadar hanya menjadi lembu pembawa beban ataupun hanya sekadar batu loncatan.

Dalam masa yang hanya tinggal 2 hari lagi, kita berharap jentera BN akan dapat bersama-sama menggembeling tenaga dan bersatu hati serta berusaha bersungguh-sungguh bagi mengecilkan jurang dan kemenangan kepada pihak lawan.


13 April, 2011

ANU ARR.....


Foto saya berperut buncit itu bukan saya....hehe!


LIMBANG: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik semalam mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersemuka dengan beliau berikutan penafian berterusannya berhubung klip video rakaman seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu. 

Dalam pertemuan itu, kata Abdul Rahim berkata, Anwar boleh meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya berhubung pendedahan berkenaan kepada beliau dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim - Berita Harian Online


Seperti biasa Anu arr menjelajah seluruh pelusuk negara. Kini Anu arr di Sarawak berceramah memburukkan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Tiada langsung yang betul baginya, semuanya salah belaka. Namun semasa beliau didalam kerajaan dan terlibat banyak dalam penyelewengan dan kronism tidak pula diungkitkannya.

Anu arr bangkitkan kekayaan Pehin Sri Taib Mahmud tetapi dia lupa bahawa kekayaannya sendiri adalah juga diluar kemampuan rakyat biasa. Anu arr bangkitkan pentadbiran Pehin Sri Taib yang dikatakan sudah terlalu lama tetapi beliau juga terlupa bahawa Nik Aziz lebih lama dari Pehin Sri Taib memerintah Kelantan.

Kenapa Anu arr selalu mengelak? Tidak pernah ingin menjawab soalan dengan jujur dan selalunya mengalihkan soalan untuk tidak memberikan jawapan tepat. Anu arr semakin pandai dan bijak menipu rakyat.  Jikalau Anu arr boleh menjawab dengan jujur beberapa soalan berikut, tentu rakyat akan lebih percaya:
DNA? Omega? Shamsidar? Saiful? Tikam belakang?......dan banyak lagi.....! Rahim Tamby Chik bersedia untuk berdebat dengan Anu arr, kenapa Anu arr mengelak?

12 April, 2011

PAS CELAKAKAN NEGARA DAN BANGSA





Ramai yang keliru apa sebenarnya perjuangan Pas selama ini. Pas memang sudah sesat terlalu jauh dan seakan sudah tidak ada jalan untuknya kembali lagi. Pas sanggup berdusta kerana inginkan kuasa dan dalam lain keadaan untuk terus kekal berkuasa. Pas adalah sesumpah politik yang paling hodoh di dunia.

Untuk menunjukkan hanya merekalah yang Islam maka Pas sanggup mengkafirkan UMNO. Untuk membuatkan pengikutnya membenci UMNO mereka mengatakan UMNO kafir kerana berkerjasama dengan MCA dan MIC namun kemudiannya mereka pula berkerjasama dengan DAP yang ternyata lebih rasis dan chauvanis dan mereka menghalalkannya.

Untuk membuktikan perjuangan mereka Islamik maka mereka menjanjikan akan melaksanakan hukum hudud apabila diberikan kuasa oleh rakyat, namun setelah berkuasa mereka mereka mengingkarinya dan menuduh UMNO menyekat mereka dari melaksanakan hukum hudud. Banyak lagi pembohongan yang dilakukan oleh Pas selama ini termasuklah sikapnya yang tidak konsisten dalam perjuangkan Islam terutama apabila dicabar oleh DAP.

Dalam PRN Sarawak, Pas hanya diberikan 5 kerusi untuk dipertandingkan. Apa yang dapat mereka lakukan dengan hanya 5 kerusi itu kalaupun mereka memenangi kesemuanya? Yang lebih mengecewakan adalah Pas dalam sedar rela dijadikan alat untuk mencelakakan bangsa dan negara.

Pas menyokong DAP bagi membantu kemenangan DAP namun dikerusi dimana mereka bertanding mereka tidak mampu untuk menang dan tidak juga dibantu untuk menang. Bukankah ini perbuatan mencelakakan bangsa dan negara? Apakah mereka tidak sedar bahawa mereka menyokong penguasaan DAP sedangkan DAP tidak membiarkan Pas mendapat apa-apa kuasa dalam masa sama melemahkan kekuasaan BN @ UMNO?

Jika kita ingin melihat pengkhianat bagi bangsa Melayu dan pengkhianat negara, lihatlah saja pada Pas kerana inilah wajah sebenar mereka selama ini. Kita akan melihat nanti keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak akan jadi begini; dahulu BN kalah 8 kerusi dan PRN ini BN dijangkan akan kalah 15 kerusi, BN akan hilang lebih banyak kerusi, Pas tidak mampu menambah kerusi tetapi DAP akan menambah kerusinya. Siapa yang untung dalam perjanjian syaitan antara Pas dan DAP ini?

Jika Pas sanggup dan boleh bersahabat dengan syaitan apakah Pas itu sendiri bukannya syaitan politik?

11 April, 2011

DUN DALAM PARLIMEN SIBU JUGA PANAS

En. Kueh Too Kwong bersama rakannya sewaktu ditemubual


PARLIMEN Sibu, P 212 terletak di tengah negeri Sarawak, kedudukan geografinya berada di dalam Bahagian Sibu, dengan Mukah terletak di sebelah utara, Sarikei di selatan manakala Kapit di timurnya.

Keluasannya 1,399 kilometer persegi itu hampir menyamai keluasan negeri Perlis dan Pulau Pinang mempunyai tiga (3) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Bawang Assan (N 47), DUN Pelawan (N 48) dan DUN Nangka (N 49).

Statistik jumlah pengundi mengikut kaum berdasarkan daftar pemilih yang dikemaskini pada 9 April lalu adalah Cina mewakili 34,424 (66 peratus), Melayu/Melanau membabitkan 8,866 pengundi (17 peratus), Iban dengan jumlah 7,823 pengundi (15 peratus), Bidayuh dengan 260 pengundi (0.5 peratus), Orang Ulu dengan 57 pengundi (0.11 peratus) dan lain-lain diwakili 73 pegundi (0.14 peratus).

Maklumat daftar pemilih induk 2009 dikemaskini 9 April 2010:
  • Pemilih biasa: 52,158
  • Pengundi pos: 2,537
  • Cina: 34,424
  • Melayu: 8,866
  • Iban: 7,823
  • Bidayuh: 260
  • Orang Ulu: 57
  • Lain-lain: 73
  • Pusat mengundi: 45
  • Saluran: 110

Senarai calon-calon pilihan raya mengikut DUN adalah seperti dibawah ini;

N.47: BAWANG ASSAN (16,743)
1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
2. Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)
Penyandang; Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,804
Majoriti/Majority: 2,504

N.48: PELAWAN (28,808)
1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
2. David Wong Kee Woan (DAP)
Penyandang: Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,375
Majoriti: 263

N.49: NANGKA (14,197)
1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB)
2. Norisham Mohamed Ali (PKR)
Penyandang: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,202
Majoriti: 4,815

Dalam temubual dengan seorang veteran penyokong BN Sarawak dan dikatakan akrab dengan Ketua Menteri, beliau memberikan pandangan bahawa pertandingan bagi 3 DUN berkenaan bukanlah satu laluan mudah buat BN memandangkan kecenderungan sokongan pengundi Cina di Sarawak juga masih sukar untuk dikenal pasti. Justeru beliau berpendapat bahawa hanya ada satu kawasan yang selamat iaitu di DUN Nangka dimana calon PBB dijangka akan memenangi pertandingan berkenaan.

Manakala bagi kerusi Bawang Assan dan Pelawan yang membabitkan pertandingan diantara SUPP dengan DAP dan pengundinya majoriti kaum Cina, dibayangkan bahawa keadaan adalah masih 50:50. Justeru itu pihak BN harus berkerja lebih keras lagi bagi memastikan akan memenangi kerusi-kerusi berkenaan.

Bagaimanapun beliau masih optimis bahawa BN akan tetap menjadi sebuah kerajaan yang kukuh di negeri Sarawak secara keseluruhannya, cuma kemungkinan pihak pembangkang untuk menambah kerusi DUN tetap ada dan dianggarkan meningkat dari 8 ke 15 berdasarkan pemerhatiannya terhadap beberapa kerusi hangat. Kita berharap jentera BN Sarawak akan berganding bahu tanpa mengira parti untuk mengeratkan kerjasama mereka bagi memastikan impian pembangkang untuk menambah kerusi musnah bahkan memberikan tamparan kepada mereka dengan merampas semula kerusi yang dimiliki sebelum ini sebanyak mungkin.




09 April, 2011

10 JANJI KETUA BATANG PAKATAN PAPA JAHAT





'Kumpulan penjaja mimpi' dari pakatan parti politik yang bankrup idea sedang merayau-rayau di seluruh Sarawak bagi menghasut fikiran rakyat dengan impian mereka. Mereka menjual mimpin mereka dengan menyakinkan rakyat bahawa mereka akan mengubah segalanya untuk kebaikan rakyat. Mereka cuba menyakinkan rakyat namun hakikatnya mereka sendiri tidak yakin bahawa mereka akan dapat menumbangkan kerajaan BN yang masih relevan memerintah Sarawak.

Kita percaya bahawa janji-janji dusta mereka itu tidak mampu ditunaikan oleh mereka, bahkan selama ini di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka tidak terlaksanapun janji-janji mereka dahulu. Yang ingin mereka lakukan hanyalah mencuri beberapa kerusi bagi tujuan melemahkan kerajaan. Perjuangan utama mereka masihlah untuk memberikan sokongan kepada seorang manusia anu-gerah Tuhan - Anu arr Ibrahim untuk bebas melakukan apa saja bagi mencapai cita-cita gilanya untuk menjadi diktator pemerintah negara.

Masih ada beberapa keraguan rakyat: Siapakah pelakon utama video itu? Mana jam Omega? Betulkah perut pelaku dalam video itu lebih buncit? Kak Wan Jijah sudah tengok ke video itu? Kak Jijah benar-benar percayakah bahawa itu bukan Anu arr? Atau Kak Jijah juga sudah tidak berapa pasti kerana sudah lama tidak melihat Anu arr begitu? Kahkahkah! Kah Jijah sanggup pertahankan kemungkaran dengan memperakuinya sebagai kebenaran. Dalam hati tentu Kak Jijah dan Nurol menangis sedih kerana anugerah Tuhan mereka hanyalah seorang Papa Jahat.

Manifesto setebal 8 halaman itu menawarkan 10 perubahan, antaranya:
1. Menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
2. Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di    samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini.
3. Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang    Asal.
4. Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.
5. Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.
6. Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.
7. Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah 1 serta    pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun.
8, Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak    Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
9. Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga    dan lain-lain.
10. Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun sekiranya diberi mandat  kelak.
Manifesto itu dibaca pemimpin Pakatan Rakyat Sarawak, David Wong Kee Woan yang juga calon DUN Kota Sentosa.


08 April, 2011

PRN SARAWAK - BERMIMPI PUN PAS TIDAK LAYAK

Penyokong Pas sewaktu penamaan calon DUN Muara Tuang


1. Pas hanya bertanding di 5 dari 71 Kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini. Kerusi yang dipertandingkan serta calonnya adalah seperti berikut:

N3 - Tanjung Datu
Tan Sri Adenan Satim - (BN)
Gilbert Asson Anak Kulong - (B)
Nani Sahari - (Pas)

N15 - Muara Tuang
Dato' Sri Haji Muhammad Ali Mahmud - (BN)
Noraini Binti Hamzah - (Pas)

N20 - Sadong Jaya
Aidel Lariwoo - (BN)
Mahayuddin Bin Wahab - (B)
Abang Eddy Allayani Abang Fauzi - (Pas)

N22 - Sebuyau
Ali Bin Semsu - (B)
Adam Bin Ahid - (Pas)
Julaihi Bin Narawi - (BN)

N24 - Beting Maro
Razali Bin Haji Gapor - (BN)
Abang Ahmad Kardee Bin Abang Masagus - (Pas)


2. Apakah yang mampu Pas lakukan dengan hanya pertaruhkan 5 kerusi di Sarawak ini - itu pun jika mereka menang kesemua kerusi-kerusi berkenaan! Apakah mampu mereka mengubah kerajaan? Laksanakan hukum hudud? Mengislamkan dan membawa ke syurga rakyat negeri Sarawak?


3. Pada hari ini kita harus sedar bahawa hasrat Pas hanyalah ingin mendapat kuasa dan pengaruh politik semata-mata. Justeru itu mereka sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan pengaruh itu. Pas sanggup mengadaikan agama dan bangsa kerana kepentingan politik dan peribadi. Bagaimanapun kita tunggu apakah fatwa baru yang akan dikeluarkan oleh 'tok garu' Pas tidak lama lagi. Apakah yang haram yang akan mereka halalkan dan apakah yang halal akan mereka haramkan kelak?

4. Di N15, calonnya adalah anak Kelantan, seperti dilain-lain tempat juga, apakah Pas tidak yakin kepada anak tempatan atau apakah mereka merasakan bahawa hanya orang Kelantan saja yang diizinkan Allah untuk menjadi khalifah dibumi Allah ini? atau ini semua hanyalah kerana pemimpin atasan pas adalah orang Kelantan?


5. Selain dari tidak layak bercita-cita untuk memerintah Sarawak, untuk  bermimpi menang pun Pas memang sudah tidak layak.Mana keadilan dan kesamarataan yang dijanjikan dalam Pakatan bila Pas hanya mendapat hanya 5 kerusi untuk dipertandingkan. Tetapi Pas tetap akur walaupun mereka hanya melukut ditepi gantang. Bila DAP memerintah nanti barulah Pas sedar bahawa mereka harus kembali bersama UMNO namun sudah terlambat..

07 April, 2011

SAYANG SARAWAK

Pandangan waktu malam di Sungai Sarawak dari jendela hotel


Pandangan di River Front, Sarawak



Ketika saya tiba (5.4.2011) tidak langsung terasa bahawa Sarawak sedang menghadapi Pilihan Raya Negeri. Dari Lapangan Terbang hingga ke Hotel dimana saya tinggal, saya menoleh kekiri dan kanan mencari-cari petunjuk mengenai pilihan raya berkenaan namun tidak ada apa yang kelihatan. Tidak ada bendera dan banner. Mungkinkah masih awal tanya hati saya?

Ketika saya tiba di hotel dan diberikan taklimat ringkas, baru disedari bahawa disini, suasana politiknya berbeza sama sekali. Rakyat disini sudah terbiasa memilih dalam suasana tenang tanpa adanya sebarang tekanan. Justeru tidak perlu terlalu banyak bendera dan banner, Tidak juga disenangi dengan sebarang ceramah dan rapat umum serta segala macam provokasi. Segalanya sangat asing bagi mereka.

Saya sempat mengikuti sesi penamaan calon di DUN N15, Muara Tuang hanya sekitar hampir 200 orang penyokong yang hadir bagi kedua-dua calon, Tiada sebarang perarakan meriah yang mengiringinya, hanya sesekali teriakan sebagai tanda sokongan terhadap calonnya yang datang dari golongan muda.

Menyelami perasaan sebahagian dari pengundi yang ditemui, saya percaya tidak banyak perubahan yang akan berlaku selepas PRN kali ini. Tidak akan ada perubahan kerajaan kerana nyata rakyat Sarawak  masih sayangkan kerajaan BN yang ada. Mereka masih berpuas hati dengan pembangunan dan segalanya.

Saya sesekali teringatkan lagu 'Sayang Sarawak'. Saya merasakan bahawa rakyat Sarawak bukan lagi sayangkan kepada sungai Sarawak itu, yang memberikan nadi kepada kehidupannya, bahkan mereka sayangkan negeri mereka sendiri.

Maaflah! Anu arr sebenarnya bermimpi jika meraskan bahawa gelombang yang dibawanya akan mengubah kerajaan negeri. Bukan kerana kerana beliau seorang peliwat tegar, bukan kerana jam omeganya yang hilang tetapi rakyat Sarawak tidak inginkan cara berpolitik di semenanjung dibawa kesini.

03 April, 2011

KERANA MELIBATKAN ANU ARR, KENYATAAN PUN DIPUTARBELITKAN

 
CIFU ~ hehe!


Saya menulis begini dihujung post saya semalam:
Kita tunggu bila Anu arr akan berkata; "Pelakon dalam video itu macam saya, muka macam muka saya, suara macam suara saya, badan macam badan saya, kotey macam kotey saya, tetapi 'saya dalam video itu' bukan saya".

Yang ingin saya tekankan adalah Anu arr tidak mengakui bahawa pelakon utama didalam video seks berkenaan adalah dirinya. Anu arr tidak banyak alasan untuk tidak mengakui itu adalah dia kerana segala macam petunjuk yang ada tidak langsung menyebelahinya. Wajah adalah wajah Anu arr. Tubuh badan adalah tubuh badan Anu arr. Segalanya adalah Anu arr.

Walaupun khabarnya video berkenaan dirakamkan dalam hitam putih, namun setiap yang menontonnya percaya bahawa pelakon utama dan hero dalam video berkenaan adalah Anu arr. Memang sukar Anu arr untuk menepisnya, Namun oleh kerana kehebatannya diluar filem itu sendiri, maka beliau di-Anu-gerahkan pelaku (bukan pelakun) pembohong terbaik.

Dengan bakat semula jadi anugerah Allah itu, Anu arr telah menggunakan sepenuhnya sehingga sesuatu yang sudah sangat nyata bahawa melibatkan dirinya, dia sanggup berbohong lagi dengan alasan yang sangat kecil dan tidak dapat dipercayai walau sedikitpun, namun itulah satu-satunya alasan yang dia ada iaitu:  Nampak seperti saya tetapi bukan saya, perut dalam video itu lebih buncit dari perut saya.

Kenapa Anu arr tidak saja menyatakan begini: Nampak seperti saya tetapi bukan saya, perut saya dalam video itu lebih buncit dari perut saya. Kita harus faham bahawa fotografi tidak akan setepat hakikinya. Imej dalam foto dan vodeo boleh saja kelihatan berbeza dengan imej sebenar kerana peralatan rakaman yang digunakan.

Memang susah hendak kita fahaminya jikalau kita bukan seseorang yang mahir dan didalam bindang berkenaan. Namun harap kita dapat memahaminya dengan membaca penerangan seorang yang ada asas dan pengalaman luas dalam fotografi dan perfileman. Klik sini ke blog Kickdefella.

02 April, 2011

ANU ARR SEORANG PENIPU DAN MEMANG BINATANG POLITIK


Dia kelentong lagiiiii, hehe

Terlopong mulut dia membohong,
terlopong juga Nik Ajis diperbodohkan nya


Anu arr memang seorang penipu, pembelit, pengkhianat dan pembelot nombor wahid negara. Bila masanya Anu arr bercakap dengan jujur kepada sesiapa? Dengan ini dia kata begini dengan itu dia akan kata begitu - beginilah sikap sebenar Anu arr - Anu gerah Tuhan, kata pengikut tegarnya.

Pernah saya meminati perjuangan Anu arr pada peringkat awal, namun apabila saya melihat sendiri bagaimana cara beliau membunuh karier politik Allahyarham Tun Gaffar, saya tidak lagi dapat menerima beliau sebagai seorang tokoh yang patut saya hormati.

Mungkin generasi baru tidak mengetahui bagaimana sadis dan sedihnya Tun Gafar di'bunuh' oleh Anu arr. Anu arr bersungguh-sungguh menyatakan bahawa beliau tidak akan menentang Tun Gaffar yang sangat beliau hormati dan anggap sebagai bapa, namun dibelakang beliau adakan gerakan meminta semua bahagian-bahagian mencalon dan menyokong pencalonannya dan akhirnya Tun Gaffar kalah sebelum pemilihan berlangsung.

Saya sebenarnya memang sukakan Anu arr jadi Timb. Presiden UMNO dan TPM pada ketika itu kerana beliau lebih bertenaga dan bersemangat, namun saya tetap tidak menyukai cara bagaimana beliau mendapatkan kuasanya itu. Sudah tentu ada pihak yang akan berkata, demikianlah dalam politik, matlamat menghalalkan cara. Jika benar begitu, maka benarlah juga kata-kata bahawa Anu arr ini adalah binatang politik. Yang ganas dang sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan kuasa.

Pada saya, tidak ada lagi mana-mana tokoh politik negara yang lebih ganas dan kejam dari Anu arr si binatang politik ini. Penipuan dan pembohongan adalah perkara biasa baginya. Memfitnahpun adalah mainan politiknya. Kita jangan hairan apabila Anu arr akan mengutuk kerajaan dan dasar kerajaan sedangkan ketika beliau berada didalam kerajaan sebagai orang nombor dua negara, itulah dasar yang dilaksanakannya dan bahkan dia mampu mengubahnya jika dia benar-benar berjuang untuk mengubahnya.

Terkini, Anu arr yang menafikan beliaulah pelakon dalam video seks dengan perempuan china itu memberikan alasan bahawa pelakon itu berperut buncit sedangkan dia tidak sebuncit itu. Mukanya sama macam muka saya, pelakun itu nampak sama macam saya tetapi itu bukan saya. Ini lah Anu arr, binatang politik dan pembohong nombor satu negara anu-gerah syaitan untuk memporak perandakan negara kita.   (Baca diblog sahabat saya ini; x-pkr)

Kita tunggu bila Anu arr akan berkata; "Pelakon dalam video itu macam saya, muka macam muka saya, suara macam suara saya, badan macam badan saya, kotey macam kotey saya, tetapi 'saya dalam video itu' bukan saya".

01 April, 2011

JIKA KEPENTINGAN DIRI DIDAHULUI DAN KEPENTINGAN RAKYAT TAK DIAMBIL PEDULI


Foto hiasan dari blog WZWH


Kebelakangan memang jarang ke blog-blog kecil Pahang. Dunia blog Jerantut sudah tidak semeriah dulu. Semenjak blog MRD tiada, banyak blog-blog lain kelihatan turut menyepi diri. Walaupun isu blog-blog  berkenaan isu merupakan isu terpinggir dari isu nasional, namun seronok kerana merasakan mereka ikhlas membawa suara hati sebenar dari akar umbi. Sentiasa ada satu keseronokan tersendiri.

Kita memfokus kepada PRN Sarawak, namun semalam saya terkejut dan terfana dan tertanya-tanya kenapa saya terlalu leka sehingga terlepas pandang bahawa ada suatu gelombang yang bermula dari bawah dan menerjah menentang arus. Rakyat sudah bersuara menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Akhirnya dalam Perhimpunan Agung UMNO Cawangan usul tidak percaya telah dibuat terhadap seorang pemimpin. (Baca blog WZWH)

Sudah tentu ada beberapa pandangan dan pendapat berbeza, berdasarkan kepentingan sendiri, namun kedua-duanya harus diperhalusi dan masej sebenar rakyat harus diselami. (Baca blog urag drrulug)  Jangan dipertikaikan siapa benar dan siapa salah, soalnya kenapa ini boleh berlaku dan dibiarkan berlaku? Kenapa tidak ada penyelesaian diambil sebelum retak menjadi belah?

Soalnya adalah bukan rakyat tidak menyayangi parti UMNO, tetapi tidak menyukai individu tertentu atas sifat-sifatnya sendiri. Nampaknya masih ada pemimpin yang tidak mempercayai peranan media sosial terhadap masyarakat kini kerana mengabaikannya selama ini serta tidak juga dapat menjiwai slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Malangnya kerana mereka yang seperti ini diberikan peluang memimpin yang kemudian mengkhianati. Lebih malang lagi apabila beliau gagal untuk berubah dan mengubah diri.

Cuma kita berharap ini adalah kisah terakhir seperti ini dan kita harap pemimpin yang ada akan menjadikannya ikhtibar supaya sejarah tidak akan berulang lagi. Apapun syabas kepada urag drrulug, saya tidak akan lupa pada kata-kata;..bukan aku hendak, bukan aku mintak,....dunia tak tahu malu.!.......Bagaimana dalam keadaan gawat seperti ini blog seorang AJK UMNO Bahagian masih tidak peka kepada isu berkenaan yang mampu menguggat UMNO Bahagian bahkan masih leka dengan isu seks dan artis? (Klik Sini)  Dimasa semangat perjuangan demi agama, bangsa dan negara?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...