18 April, 2010

PRK094, PENGUNDI TAU NAK PILIH SIAPA!

Satu Poster yang tidak akan kita lupakan selamanya


Bukan main marah nampaknya 'budak-budak kencing bercabang' tu pada bRAVEhEART, hehehe! Lagi marah lagu aku suka, huhu! Bermakna minda dia telah dipengaruhi. Bagus!, bagus! Kalau menyokong Pas dan PKR tu, eloklah berubah kepada BN dan UMNO. Tak salah kalau berubah dan tak malu pun kalau terpaksa berubah. Tidak-tidak pun ingat dan kenanglah jasa BN dan UMNO selama ini. Biasiswa dah bayar? Opppp!! Hehe!

Hari ini Ahad, cuti. Jadi malas cakap banyak. Tapi masih tentang Hulu Selangor sebab cerita itu masih panas dan sedang panas. Karipap pun orang nak makan yang panas-panas, hehe! Karipap........teringat pada 'Mokhtar', 'Are you OK?', Hehe!

Ni saya nak 'link'kan blog sahabat saya 'Marahku'. Dia ni memang selalu marah-marah dan sentiasa marah. Semasa kami bertemu di Jengka dulu, dia dan Parpukari bukan main marahkan 'Tun Faisal' mengenai suatu hal.

Pada hari penamaan calon ada 4 calon yang sah bertanding dalam PRK094 berkenaan. Antaranya adalah P.Kamalanathan (MIC/BN), Zaid Ibrahim (PKR), VS Chandran dan Johan Mat Diah (Bebas).

Apakah alasan kita untuk memilih? Parti? Bangsa dan Agama? Anak Tempatan? Hmmm! Mari kita fikirkan.

Kalau pilih parti, parti yang telah berjasa selama lebih 50 tahun kepada mak bapak kita dan kita sendiri adalah BN/MIC. Jadi kita pilihlah P.Kamalanathan.

Kalau pilih Bangsa dan Agama, Johan Mat Diah mungkin lebih baik dari Zaid Ibrahim yang dah banyak dosa politiknya (dan dosa-dosa lainnya juga) . (Klik baca sini) dan (sini)

Kalau pilih anak tempatan 3 calon adalah anak tempatan kecuali Zain Ibrahim, jadi jangan pilih Zaib Ibrahim kerana dia bukan anak tempatan.

Konklusinya; pilihlah P.Kamalanathan kerana; 1) Beliau dari parti BN/MIC yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan parti yang menyakinkan dalam memberikan perkhidmatan dan pembangunan mampan kepada rakyat dan negara. 2) Walaupun beliau beragama Hindu (?), namun mungkin dia berpegang teguh kepada Agamanya dan dalam Agamanya tidak menyalahkan meminum minuman keras sedangkan calon yang seorang itu walaupun beragama Islam tetapi khabarnya tidaklah terlalu teguh berpegang ditali Allah. 3) Beliau adalah anak tempatan yang hati dan jiwanya berjuang untuk masyarakat setempat kerana perjuangan itu juga adalah untuk ibu-bapanya serta sanak saudaranya sendiri.

Hari Ahad, selamat berhari minggu dan rehat-rehatkan fikiran. Cuti-cuti Satu Malaysia.

17 April, 2010

PRK094 HUU SELANGOR, LALUAN MUDAH UNTUK BN

Poster Pilihanraya Kecik P094 Hulu Selangor:
Pangkahlah (BUKAN undi) calon PKR
Ulamak Tuan Haji Ustaz 'Drunken Master' - keh keh keh!



Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor saya lihat sebagai laluan mudah untuk BN. Banyak sebab untuk saya jadikan alasan kepada pernyataan itu. Antaranya adalah suasana politik semasa dan mood ahli-ahli politik yang sudah berubah. Reputasi PR @ PKR semakin lama semakin teruk. Begitu juga semakin ramai tokoh-tokoh politiknya keluar meninggalkan parti berserta pengikut-pengikut mereka membuatkan PKR semakin tenat. Ini juga turut mengubah mood penggundi untuk kembali menyokong BN akibat hilang percaya terhadap PKR.

Semakin lama semakin banyak kelemahan dan keburukkan PR @ PKR terdedah, sebagaimana terdedah dan terselaknya kain 'Miss Telanjang Bukit Lanjan' itu. Blog 'gaRamaNis' melaporkan bahawa 'team selak kain' itu sudah bersedia berkempen di Hulu Selangor. Sudah tentu penggundi tidak lagi fokus kepada calon ' Drunken Master' kerana lebih tertarik untuk memfokus kepada betis dan lurah 'Miss Bukit Lanjan'. (Hok ni, Pok Nik pong dok telay air lior jugok, hehe)

Seperti yang selalu disebutkan bahawa peribadi calon PKR itu sendiri sudah tidak menyakinkan penggundi, benar mungkin penggundi-penggundi Hulu Selangor yang majoritinya Melayu berkehendakkan wakil rakyat Melayu, tetapi bukanlah setakat itu saja kreterianya kerana selain dari Melayu wakil rakyat juga mestilah mereka yang akan mampu membantu rakyat dalam semua segi. Dia juga mestilah sentiasa dalam keadaan waras dan akan fokus kepada tugas dan tanggungjawabnya kelak disamping konsisten dengan pendirian politiknya. Sila baca blog 'Azli Shukri' tentang 10 Sebab Zaid Ibrahim Mesti Ditolak Di Hulu Selangor yang mengulas dengan lebih terperinci.

Ada juga blog yang membongkar rahsia strategi PKR dalam PRK ini, sila baca disini. PKR sebenarnya sudah ketandusan isu dan merekalah sebenarnya yang lebih merasa tekanan. Oleh kerana ketandusan isu politik maka tidak mustahillah PKR akan membesar-besarkan isu 'Sukhoi 30MKM' seperti yang ditulis diblog bumiyang.

Akhirnya, PRK094 Hulu Selangor ini adalah laluan mudah untuk BN berdasarkan calon dari pembangkang itu sendiri. Disinilah kelemahan DS Anu-arr kerana tidak mampu menolak tekanan dan kehendak Zaid Ibrahim sehingga sanggup menyingung hati dan perasaan orang lain. Keretakan dalam PKR ini semakin ketara dan penolakkan rakyat dalam PRK ini nanti akan menyerlahkan mereka bahawa perjuangan yang mereka lakukan itu adalah salah dan sia-sia.


16 April, 2010

DARI ULU DONG KE HULU SELANGOR

Memang cantik dan sesuai gambar ni untuk PRK Hulu Selangor,
tapi mungkin ada yang terlupa dan tak kelihatan dalam gambar tu, botol todi! Kehkehkeh!
Akhirnya 'Drunken Master' di benamkan di Hulu Selangor.



Kawan lalu di bandar Raub menjenguk Dato' Shaharuddin Moin, tak nampak pun bayangnya tapi dengor khabor orang hentam dia kiri kanan. Teringat juga Batu Talam, karier politik Dato' Shah ni pun dah kira nak berkubur jugalah gamoknya. (baca sini) Orang Raub yang sorang lagi tu kawan dah malas nak hentam sebab dia pun dah tak tahan asik kena tembak sana sini aje. Unit Media dia pun mungkin tidur bersama-sama. Kesian ke MB, harap ke pagor, pagor dah nak reboh!

Turun dari Bukit Fraser, dah sampai Kuala Kubu Baru. Meriah bukan memain. Suka juga kawan tengok wajah TMY, dah pandai senyum, manis pulok tu. Tapi senyum, senyumlah juga kontrek pembekalan makanan ke sekolah-sekolah di bawah kementerian Pelajaran kenapa banyak orang sebelah sana yang dapat? Wakil calon pembangkang di Temerloh pun dapat? Itu kena pantau, jangan nanti ada duri dalam daging dalam kementerian TMY tu.

Orang sebelah Kuala Kubu ni kita terasa rapat dengan Pahang, kira macam sedaralah. Ada yang nampaknya pening sikit sapa yang dema nak pilih ni nanti, ada juga yang tanya nak pilih sapa? Kawan nak jawab pun susah, tapi kita kena kaji dulu dengan teliti. Meh kita tengok beberapa fakta dulu:


Ini keputusan PRU12 yang lalu:
P94 - Hulu Selangor
Jumlah Pengundi 63,593
Peratusan Kaum: M:53.95% C:26.67% I:18.98% L:0.41%
1. Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) : 23,177
2. Datuk G.Palanivel (BN) : 22,979
Majoriti: 198
Jumlah undi: 47,622
Peratusan mengundi: 74.89%
Undi rosak: 1,466

Sila klik di blog sahabat saya Taiping Mali untuk baca pandangan beliau.

Pendapat saya begini. Ini kawasan majoriti orang Melayu, sepatutnyalah calon Melayu diletakkan disini. Dan kita sangat marah kepada pemimpin kerana terlalu bertolak ansur dengan kehendak MIC sedangkan mereka tidak menyumbang apa-apa bahkan ada kalangannya menikam kita dari belakang. Sekali lagi calonnya sepatutnyalah Melayu, namun TMY telah mengumumkan calonnya adalah dari MIC. Baca blog Politik Harian.

Kita boleh bertolak ansur dengan MIC, cuma kaum ini janganlah terlalu mabuk todi dan lupa diri, baca blog Tun Faisal.

Pas tentu sedang memukul gendang tarian makyong nya dan menghasut pengundi memilih calon Melayu PKR dengan alasan kalau mati nanti siapa yang nak bacakan talkin dan sedekahkan fatihah? Yang ni boleh baca di blog 'Bapak Mertua' saya Husin Lempoyang. Pandangan Husin ni memang geliga, kelakarnya menyindir tetapi bisa. Orang mabuk kalau sembahyang pun tak sah, hehehe!

Peribadi calon PKR ' Drunken Master' ni pun bukan main teruknya. Nak cakap pun tak sanggup. Jadi bacalah kat blog PAPA GOMO ni. Kita bukan setakat tidak percayakan calon PKR walaupun melayu tetapi kita juga sudah tidak percayakan kemampuan PKR dalam menjaga kebajikan pengundi-pengundi di Hulu Selangor ini. Baca blog adik saya ni, BumiYang. Dulu pemilik blog ni Pahang sekarang dah Johor. Tak kisahlah kerana kita SATU MALAYSIA.

Kata sahabat saya ni, harapan untuk PKR sudah tidak ada langsung. PKR bolehlah di talkinkan di Hulu Selangor ni nanti. (Mungkin talkinkan bersama-sama calonnya sekali, hehe). Ni kena baca blog Berani Membuat Pilihan.

Kalau tonton berita tv malam tadi, telah diumumkan bahawa ADUN Bakar Arang, Kedah telah meninggalkan PKR dengan beribu alasan. Saya sangat tertarik dengan kata-kata YB. Tan Wei Shu tadi yang lebih kurang begini; cakap manis saya tak pandai, janji manispun saya tak pandai, cakap mengampu saya tak tau...lebih kurang gitu lah agaknya. Nak baca lebih lanjut tentang ni sila ke blog sahabat saya (Penghuni Gua) , orang Beserah yang dah bermastautin di Melaka.

Mmmm! Habis tu, saya nak kata apa pulak? Eleh, pengundi Hulu Selangor, pejam mata dan pangkahlah BN yang ada lambang dacing tu. Bagi kat Pas dan PKR satu apa pun tak jadi. Pertama kita pilih calon yang baik dan kedua kita pilih parti yang baik, yang akan menjamin kesetabilan politik dan dapat menjanjikan pembangunan mampan.

Kepada yang selalu komen dah belasah saya tu, teruskanlah. Kalau ganas sangat pun saya tak akan siarkan, ini blog saya, saya punya sukalah! Hehehe! Kepada Pahang Daily Online, Cucu Mat Kilau @ Cucu Mamak Kutty saya cadangkan hentikanlah 'lawak bodoh' tu, tak ada apa lagi harapan untuk PKR, segalanya dah hancur dan hancus. Semua orang dah meninggalkan PKR, tak kan awak nak jadi pencuci pinggan bila semua tetamu dan pulang?

Akhirul kalam, BN tetap akan menang di Hulu Selangor!



15 April, 2010

CERAMAH ANWAR IBRAHIM DI JERANTUT




Sewaktu UMNO berkonvensyen di UITM Jengka, Peneroka Felda berkonvensyen juga di Jerantut. Saya berpeluang menyelinap dan mengikuti ceramah pada acara penutup konvensyen tersebut.

Berikut adalah catatan mengenai kesseluruhan ceramah-ceramah yang disampaikan pada malam itu. Isi ceramah-ceramah berkenaan secara detailnya masih saya simpan dan mungkin akan disiarkan bila ada keperluan kelak;


LAPORAN CERAMAH PKR

Maklumat mengenai ceramah:

Tarikh: 20hb. Februari.2010

Masa: 9.00PM – 11.50PM

Tempat: Kompleks Imam As-Safie (KIAS), Kg. Temin, Jerantut

Kehadiran: Anggaran antara 3,000 – 3,500 Orang

Tokoh yang hadir:

  1. DS Anwar Ibrahim
  2. Datuk Zahid Ibrahim
  3. Datuk Chua Jui Meng
  4. Tuan Ibrahim Tuan Man
  5. Dato’ Fauzi Abdul Rahman
  6. Ahmad Nizam Hamid (Peguam PKR)
  7. Dr. Hamzah Jaafar (YDP Pas Jerantut)
  8. Suhaimi Said ( Biro Hal-Ehwal Felda Pahang)

Isu-isu yang dibawa oleh penceramah:

TUAN IBRAHIM TUAN MAN:

  • Walau pun DS Zambry (MB Perak) telah menang dalam rayuan keputusan di mahkamah tapi rakyat akan menghukum Umno / BN dalam PRU13 nanti.
  • Peneroka dikatakan menerima tekanan dari Kerajaan jika memberi sokongan kepada pembangkang
  • Kenyataan Menteri Pertahanan tentang enjin jet yang hilang sering bercanggah dari masa ke semasa dan tak konsisten seumpama ada sesuatu yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat.

DATO’ ZAHID IBRAHIM:

  • Umno merupakan parti yang berpura-pura dan sentiasa menipu rakyat
  • Krisis kepercayaan dalam Umno telah membuatkan masing-masing takut sesama sendiri
  • Pakatan Rakyat adalah merupakan perjuangan yang sebenar
  • Hak-hak orang Melayu disapu oleh para pemimpin Melayu
  • Perjuangan PKR adalah untuk kepentingan rakyat secara keseluruhannya
  • Isu enjin jet yang hilang, adanya konspirasi dikalangan pemimpin negara
  • Pembelian kapal selam yang tak boleh menyelam membazirkan duit rakyat serta mengayakan individu tertentu yang melibatkan komisyen jutaan ringgit

DATUK CHUA JUI MENG:

  • Isu pembelian kapal selam dan komisyen RM540 juta
  • Ekonomi Malaysia berada ditempat ke-85 didunia
  • DEB hanya menguntungkan pemimpin Melayu tetapi tidak rakyat keseluruhannya
  • Tahap kadar jenayah di Malaysia adalah tinggi dan sama seperti di negara mundur
  • Jika PR memerintah, Petronas akan diletak dibawah kuasa Parlimen bukan dibawah kuasa Perdana Menteri bagi menyekat penyelewengan dan meningkatkan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan.

DATO’ FAUZI ABDUL RAHMAN:

  • Konvensyen Biro Felda di Jerantut dianggap berjaya kerana ramai yang hadir (peserta 300 orang)
  • PR akan mengembalikan semula hak peneroka yang ditindas oleh Felda selama ini
  • Kekalahan calon Pas di Jerantut sangat tipis, harapan dan peluang untuk menang dalam PRU 13 nanti adalah sangat cerah tertutama bila Umno tidak dapat perform dengan baik
  • Petronas mengalami kejatuhan sekarang disebabkan oleh pengurusan yang tidak cekap
  • Aset kerajaan sebelum ini bernilai USD200 billion tetapi kini hanya tinggal USD100 billion sahaja.
  • Akibat negara kekurangan wang, rakyat yang berpendapatan RM350 sebulan pun akan dikenakan cukai GST
  • Kerajaan Pahang hampir muflis kerana hasil dikikis oleh kroni pemimpin Pahang
  • 20 orang jutaawan Malaysia termasuk anak bekas Perdana Menteri (Datuk Mokhzani Mahathir) dan adik Perdana Menteri

DATUK ANWAR IBRAHIM:

  • Kagum dengan lonjakan perubahan dalam kalangan peneroka untuk menyokong PR
  • Berjanji akan membawa masalah Felda ke Parlimen
  • Datuk Zahid Ibrahim dan Datuk Chua Jui Meng adalah pemimpin besar dalam Umno dan MCA telah keluar parti untuk bersama PR membela rakyat
  • Bekas tentera usah sokong kerajaan kerana jasa mereka berkhidmat tidak dihargai. Contoh: Tentera kerja selama 21 tahun dapat pencen 600/700 sebulan sedangkan Menteri Pertahanan dan kroninya hanya tandatangani dokumen beberapa minit dapat komisyen ratusan juta.
  • Isu enjin jet hilang
  • Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang yang baik berbanding KM sebelum ini.
  • Kerajaan Pusat perlu jaga kepentingan Melayu Pulau Pinang dan bukan harap kerajaan negeri sahaja
  • Kepentingan bahasa Malaysia tidak dijagai malah isu bahasa Inggeris tidak habis-habis
  • Harga minyak akan dinaikan pada bulan Mac nanti kerana dasar kerajaan yang berjaya dalam meningkatkan pendapatan hasil negara
  • Kes liwat yang sengaja dikenakan terhadap dirinya dan diadakan terutama semasa PRK Permatang Pauh bagi memburukkan diri beliau
  • Dapat sokongan negara luar berkaitan isu liwatnya terutama negara-negara Arab
  • Mengaku berjumpa Sheikh Yusuf Qardawi di Doha dan akan memberi video tentang fitnah yang dikenakan keatasnya
  • Beliau adalah merupakan mangsa politik

14 April, 2010

YANG CERDIK MENIPU, YANG LAGI CERDIK PUN KADANG-KALA JADI BODOH DAN TERTIPU.

Gambar hiasan: Peniaga kecil Melayu yang kesempitan dan sedang berjuang untuk kelangsungan hidup, apakah nasib mereka sudah cukup terbela? Mereka juga ahli UMNO dan menyokong kerajaan, berilah juga perhatian kepada orang seperti ini.



1. Kawan tengok kebelakangan ini rating di blog BH menurun sikit. Awok taulah weh, menulis isu-isu tentang negeri Pahang bukanlah menarik perhatian pembaca luar Pahang, tapi aok tau lah kawan ni, 'aku menulis bukan kerana nama', bukan cari populariti, yang kawan buat ni ialah menyuarakan kebenaran dalam masa sama cuba menyedarkan dan membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin. Sebab itu, usaha ini akan tetap kawan teruskan walau kawan sudah tidak lagi popular.

2. Ada sorang blogger Pahang ni weh, khabarnya menetap di ibu kota menulis diblog tentang ini, sebelum tu dia dah menulis begini. Memanglah banyak pihak yang tidak puas hati mengenai berita itu, tapi nak buat guana kan? Segala keputusan adalah di tangan MB.

Lama dah dulu kawan mendengar mengenai cerita ni dari sorang kawan yang kebetulan ahli majlis daerah berkenaan. Dari ceritanya dapatlah kawan buat rumusan lebih kurang begini;

1) Orang berkenaan (orang kuat UMNO dalam daerah tersebut) ditawarkan menyewa premis berkenaan, tapi dia tak ada duit bahkan untuk membayar pendahuluan pun.

2) Kerana kecerdikan dia dan kebodohan sahabat dia, maka sahabatnya itu melabur hampir RM200.000 bagi ubahsuai premis berkenaan serta membeli peralatan.

3) UPEN (Unit Perancangan Ekonomi Negeri) bersedia membayar kos ubahsuai berkenaan, tapi oleh kerana kegeligaan otak 'orang berkenaan', maka dia sendiri telah membuat tuntutan sebanyak RM230,000 selain tuntutan sahabatnya yang telah mengeluarkan modal itu sebanyak RM230,00 juga. Tidak cukup dengan 2 tuntutan, 'orang berkenaan' juga membuat satu lagi tuntutan melalu proksinya dan menuntut jumlah yang hampir sama. Jika UPEN membayar ketiga-tiga tuntutan berkenaan maka jumahnya adalah RM711,00. - Huh! Melingkup kerajaan negeri kalau macam tu.

4) UPEN tidak membuat bayaran meminta JKR melakukan siasatan kos ubahsuai dan pihak mana yang melakukannya untuk dibuat pembayaraan.

5) Menurut maklumat, 'orang berkenaan' tak membayar apa-apa-pun dan sesen-pun sejak 2 setengah tahun lalu.

6) 'Orang berkenaan' mintak diskaun sewaan dari RM1,500.00 dan diluluskan kepada RM1,200.00 oleh pihak Majlis Daerah Berkenaan, bagaimanapun masih juga tidak dibayarnya. Kemudiannya mintak lagi diskaun kepada RM1,000.00 dan diluluskan juga tetapi tidak juga dibayar. Kerana itu majlis memutuskan memberikan diskaun 50% kepada jumlah yang tertunggak - juga tidak dibayar.

7) Majlis Daerah berkenaan sebulat membuat resolusi menarik balik penyewaan premis berkenaan dan dimajukkan kepada MB. 'Orang berkenaan' jumpa MB dan minta duduki premis berkanaan tanpa sewaan selama 25 tahun atas alasan mengubahsuai berkenaan dan......MB kita yang sangat baik, cerdik dan pintar ini meluluskannya dalam satu mesyuarat exco. - Hehehe! Selepas ni saya cadangkan semua peniaga dan penyewa premis milik kerajaan negeri buat perkara sama dan pasti kerajaan kita akan senang hati kecualikan peniagaan kita dari sebarang sewaan.

Selepas ini peniaga Melayu dari bandar berkenaan tentu akan senang hati kerana kerajaan negeri akan kecualikan dari sebarang sewaan terhadap mana-mana premis milik agensi kerajaan. Tentu dalam PRU13 nanti undi UMNO akan meningkat berlipat ganda. Kita juga akan dapat kekalkan MB kita yang baik hati ini dijawatan berkenaan untuk satu abad lagi, hehe!

Dengor kabor, anok 'orang berkenaan' tak lama lagi akan dilantik Pegawai Penerangan Daerah. Habislah satu daerah akan dikuasainya nanti. Tak mustahil daerah tu akan jadi jajahan takluk dia - gamok kawan lah! Tentu UMNO akan akan tetap kuat jika pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa berusaha keras memenuhkan 'temolok' masing-masing, slogan UMNO pun boleh tukar jadi; Temolok sendiri diutamakan, rakyat miskin dikampong-kampong dilupakan!

MB bukannya reti membuka blog dan tak akan baca tulisan ni, tapi kawan mintaklah sesangat pada ketua Unit Radio Buruk UMNO Pahang supaya kaborkan kepada MB apa yang tertulis ini, sebab dah ramai rakyat jelata yang membacanya. Ingat juga, yang membaca ni kebanyakannya adalah pelajar IPT, deme tu akan balik ke kampong nanti dan mengaborkan kepada semua orang kampong hal ini.

13 April, 2010

MENYAMAR TUAN MUDA PAHANG - YANG BODOH DITIPU, YANG CERDIK PUN TERTIPU

Hiasan: Sengaja saya letakkan gambar balak kerana kalau bukan balak bukanlah Pahang namanya.
Kata pepatah - kalau tidak kerana balak, masakan sanggup memeggang jawatan.



Penyamaran seorang ramaja berusia 17 tahun sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang terbongkar kelmarin, kini menjadi bahan jenaka keluarga diraja itu.....

...Kenyataan Tunku Azizah itu memang berasas kerana Zul Arif berjaya memperdayakan banyak pihak termasuk para pegawai kanan JLKN dan Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Shafik Fauzan Sharif. (memperdaya = memperbodoh, bahasa blogger)

Saya pernah menemui Datuk Shafik di pejabatnya tidak lama dulu, ketika itu beliau masih baru memegang jawatan selepas dikosongkan oleh Datuk Maznah Mazlan yang berpindah ke pusat. Saya mendapati beliau adalah seorang exco yang baik budi pekertinya dan sentiasa sedia membantu sesiapa saja.

Namun,walau apapun alasan Datuk Shafik, beliau tetap telah diperbodohkan dalam isu berkenaan. Itilah sebahagian dari kes penyamaran di negeri Pahang ini. Saya percaya ada beribu-ribu lagi kes yang sedemikian yang tidak dibongkarkan kerana ianya memalukkan pihak tertentu.

Saya percaya ada individu-individu tertentu yang menyamar menemui beberapa ecxo kerajaan negeri bahkan MB sendiri untuk mendapatkan sesuatu projek dengan menyatakan mereka adalah orang rapat dengan orang itu dan orang ini. Sikap mudah percaya dan malas menyiasat membuatkan mereka mengambil pertimbangan yang salah.

Kemungkinan untuk mendapatkan sesuatu kawasan pembalakan seseorang akan menyamar sebagai sesiapa atau menyemar sebagai keluarga atau orang rapat seseorang, bahkan datang dengan surat sokongan yang disamarkan juga. Kerana sikap tidak hati-hati maka banyaklah balak, tanah, bijih, kuari dan sebagainya terlepas ketangan orang-orang tertentu. Kita golongan marhaen rakyat negeri Pahang akan tetap tinggal dalam kemiskinan dan kedhaifan selama-lamanya.

Pemimpin mempertaruhkan kehidupan kita dan anak cucu kita, namun kita yang menanggung segala beban dan risikonya.


12 April, 2010

HANGAT POLITIK PAHANG - SIAPA SELEPAS INI?

Hiasan: Gambar ini saya ambil dari sebuah laman blog yang jarang dikunjungi,
namun saya menyukainya kerana inilah suara rakyat yang jarang sesiapa ingin mendengarnya.



Ari ni kawan nak tulis pasal komen di blog ini. Macam biasalah dalam kehidupan, ande yang suka dan ande yang tak suke. Koi nok buat guane kan? Komen di posting koi semalam begini:

Anonymous said...

BH,

Sudah lah tu. Posting yang baik je. Bangkit sampai anak cucu, bimbang ye. Dulu bagaimana, mu juga menjilat. Kalau tak dipeduli, merajuk. MB kamu tu banyak jasa nya, dia yang dulu mengadakan beri sumbangan kepada anak negeri mu masuk pengajian tinggi dan bantuan kepada oku dan miskin dsb nya, selangor dan PP tiru model beliau. Itu fakta kan.

April 11, 2010 3:36 PM

Delete

Anonymous aku cucu mamak kutty said...

syabas kau semakin berani menegur demi kebenaran.....tegur kl;u yg tak betul....tapi bukan memfitnah....u are a braveheart.....

April 11, 2010 4:49 PM

Delete

Berbeza amat antara dua tu. Ande yang suruh posting yang baik je. Maknanya puji je lah MB kita ni. Tapi itulah yang selama ini merosakkan UMNO bila pemimpinnya dikelilingi oleh pengampu. Apa kita tak amboh sedor lagi?

Cucu Mamak Kutty ni sedara lama koi sebelum ni, mase ni dia dah ke sebeloh sanun, mengikut PKR. Itu hak dia, suke ati dia lah. Dia selalunya mengutuk koi, tapi kali ni memuji pulok, apa dia ingat koi kembang buntut bila ken puji macam tu?

--------------------


Koi terbaca sebuah blog dari Jerantut (sini) Tajuknya sungguh sensasi: Politik Pahang – Siapa Layak Ganti Adnan? Koi nak ‘copy’ sebahagian, yang lebih tu aok kena baca diblog berkenaan;

Beberapa buah blog menulis mengenai MB Pahang dan membuat provokasi dengan menyatakan bahawa beliau bakal dibawa ke pusat sebagai sebahagian dari usaha menyingkirkan beliau dari kerusi empuk MB Pahang.


Antara isu penting yang dimainkan adalah berkenaan belanjawan defisit selama 10 tahun memerintah dan beberapa saman terhadap kerajaan oleh beberapa syarikat sama ada yang terlibat dengan pemberian kawasan pembalakan dan yang terlibat dengan projek perladangan hutan di negeri Pahang……

Berikut laporan kelemahan pengurusan dan permasalahan saman oleh syarikat-syarikat perladangan dan pembalakan terhadap kerajaan Pahang di blog-blog berkenaan, membuatkan reputasi DS Adnan tercalar. Tambahan pula Pas Pahang telah menjadikan isu itu sebagai modal politik bagi menjayakan visi menawan Pahang di PRU13 nanti. Maka terpaksalah Dato’ Samsuddin Nawawi sebagai Tok Gending berhempas pulas (berpera-pera) menjawab isu berkenaan dan mempertahankan bos nya di blog ‘Small Talk’ nya. Kemana agaknya blogger-blogger UMNO yang Dato’ Sam hantarkan berkursus dulu? Masih belum matang lagikah? Atau mereka itu hanya mampu jadi pesilat pulut? Hehe. Blogger-blogger jasa yang sudah kecewa pun turut membisu agaknya. Akhirnya tinggallah Tok Gending dengan’Big Talk @ Mouth’ nya. Mudah-mudahan Tok Gending ini akan menjadi contoh pemimpin yang berjaya walau tanpa pengikut. Mudah-mudahanlah – huhu!

Blog Rujukan:

http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10480

http://nuraflah.blogspot.com/2009/12/awat-jadi-lagu-ni.html

http://gomalaysian.blogspot.com/2009/12/beri-laluan-kepada-orang-najib-adnan.html

Ada dua komen dari posting tu, koi salin juga dibawah ni;

Blogger ababina 328 said...

Perihal DS Adnan boleh bertahan selama 10 tahun di jawatan MB nya, sedangkan reputasinya tidaklah sebagus mana, adalah banyak bergantung kepada sesanggup mana seseorang MB Pahang itu mengizinkan dirinya di peralatkan oleh pihak-pihak tertentu.

Sebagai contoh, Kita di Pahang pernah mempunyai seorang MB paling bagus di Malaysia, iaitu jika diukur terhadap jasa dan kesanggupan dirinya menjadi lilin kepada rakyat bawahan, tetapi beliau hanya boleh bertahan selama 3 tahun sahaja.

Orang yang saya maksudkan ialah Allah Yarham Datuk Abdul Rahim Bakar.

Rupanya orang bagus seperti ini tidak boleh bertahan lama, tetapi sebaliknya orang seperti DS Adnan Yaakob boleh pula bertahan selama 10 tahun.....

Begitulah adat berpolitik di Negeri Pahang.............

December 11, 2009 9:35 AM

Blogger MANTRA said...

Tok Gending memang sentiasa dengan big talknya... maklumlah hayat dah di hujung tanduk!!!

Tok Gending memang mahir dengan personality assasination... sesiapa yang baru kenal beliau akan terpesona dengan gaya warlordsnya... tapi sesiapa bijak akan dengan mudah terbau langkah serba sumbangnya.

Kejatuhan Tok Nan adalah disebabkan bencinya mereka kepada Tok Gending... lebih sudu dari kuah!!!

Lihat saja bila Tok Gending berFB, memang memalukan... inikah orang harapan MB Pahang???

December 12, 2009 9:50 PM

------------------

Minat saya (dulu) cuma satu saja dan dah saya nyatakan dengan jelas dahulu. Ingin melihat blogger-blogger penyokong kerajaan di Pahang ini disatukan dan diberikan perhatian serta diberikan kesempatan dan peluang untuk bersama-sama membantu mengembangkan ‘media sosial’ di Pahang.

Suara kami tidak pernah didengar. Blog seperti ini tidak pernah dibaca oleh MB, setpolnya pun tidak akan peduli. Kita tulis apapun, mereka kita akan membacanya, jadi kenapa ada yang meminta saya berhenti? Kenapa harus dipeduli?

Saya akan terus menulis, bersuara. Saya akan meneruskannya sehingga suara saya didengari. Masalah dengan pemimpin ini adalah mereka menganggap mereka dari golongan bangsawan dan kita adalah golongan marhaen. Apa yang mereka lakukan semuanya betul dan kita semuanya salah.

Saya dah suarakan tidak puas hati saya beberapa kali namun adakah ‘mereka’ peduli? Wajarkan ‘dia’ menyampaikan melalui orang lain meminta saya berhenti? Tidak usahlah bimbang kerana tulisan saya ini tidak akan memberikan apa-apa kesan dan tidak akan menjejaskan apa-apa. Siapa yang peduli pada blog jalanan seperti ini?


Baca sini mengenai seorang menteri yang sombong dan penakut juga, diambil dari sini.


11 April, 2010

HANGAT PRK P.094 - PAHANG JUGA DAH TERASA

Keputusan PRK P.094 memang menarik dan sangat-sangat ditunggu:
pertarungan diantara Si Sombong dan Si Tamak


Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 26hb Mac, 2010 telah meneapkan Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang telah ditetapkan sebagai Negeri Angkat kepada 5 daerah mengundi di Zon 5 iaitu; Pertak, Empang Pecah, Kampong Baru Cina Kuala Kubu Baru, Bandar Kuala Kubu Baru dan Kampong Air Jernih.

Malam nanti 11hb April, 2010 satu majlis memperkenalkan jentera tempatan dengan keluarga angkat akan diadakan pada jam 8.30 malam ditempat-tempat yang telah ditetapkan. Hari penamaan calon bagi PRK P.094 akan diadakan pada 17hb. April, 2010 (Sabtu) bertempat di Dewan Komplek Sukan Kuala Kubu Bharu dan hari mengundinya adalah pada 25hb. April 2010.

Saya membaca blog Dato' Sakmongkol: Siapa Menang Di Hulu Selangor? Apa yang sangat saya tertarik adalah komen dari seorang yang menggelarkan dirinya vinnan. Sila baca komennya seperti dibawah ini:


vinnan, 9 April 2010 12:22

Seratus ringgit boleh beli: 1. dua kampit beras 10kg RM36.00 2. Satu tong minyak masak RM13.35 3. Satu tong gas masak RM27.00 4. 2 ekor ayam RM24.00 Jumlah RM101.35 Hanya perlu menanbah RM1.35 sahaja kehiidupan warga emas ini akan lebih selesa. Inilah sumbangan dari kerajaan Negeri Pulau Pinang tanpa mengira kaum dan bangsa.


Saya melihat politik sebagai satu kesenian dan permainan yang sangat menarik dan matlamat akan menghalalkan segala cara. Cuma nanti kita lihat siapakah yang lebih pandai memainkan perasaan pengundi di Hulu Selangor seterusnya mendapatkan simpati dan sokongan mereka.

---------

Ada komen diblog saya dan menanyakan kenapa saya menghentam MB? Kenapa tak tanya saya sebelum ini kenapa saya menghentam juga DS Anwar Ibrahim? Dato' Zahid Hamidi, Dato' Nazri Aziz, Dato' (?) Khairi Jamaluddin? Kenapa tidak tanya?

Pemimpin juga seperti kita adalah manusia biasa, mereka juga berbuat kesilapan dan kesalahan dan tugas kita menyedarkan mereka dari kesalah yang kesilapan yang telah mereka lakukan. Ada kalangan pemimpin yang cepat sedar dan insaf manakala ada juga yang tidak pernah seedarkan diri mereka, maka itu yang sedemikian itu kita harus menyedarkan mereka berkali-kali, lagi dan lagi.

Mungkin ada yang bertanya kenapa saya harus peduli? Jawapan saya adalah; saya mesti peduli kerana pemimpin ini sedang mempertaruhkan kehidupan saya dan anak cucu saya dan mereka juga sedang membelanjakan duit saya yang sebagai sebahagian dari rakyat negeri dan negara ini, dan itu adalah hak saya. Saya juga telah terlibat dalam memilih mereka - pemimpin-pemimpin ini. Jadi kenapa tidak? Kenapa saya tidak harus peduli?

Nota:
Koi nok kabo ke aok weh, koi akan terus menulis kerana ande yang masih suke mendengo dan nak tau kisah-kisah begini. Jadi kalau aok rasa aok nok menekan koi dan buatkan koi berenti menulis, koi rase aok silap perhitungan.

10 April, 2010

Kalau dah nampak asap....... tentu dah ada apinya!

Kata tak ada kawasan balak baru diluluskan, tapi setiap lori yang lalu penuh dengan muatan.
Lori tu tipu kita ke atau MB yang tipu kita? Hehehe




Tak lama lagi mungkin kawan akan ke Hulu Selangor. Bersama sahabat blogger dari Utara. Persatuan mereka memang mantap dan mendapat sokongan dari pemimpin besar negeri. Kawan percaya mereka berkerja pun dengan senang hati dan menganggapnya sebagai satu perjuangan.

Berbeza dengan kita. Di Pahang golongan blogger memang tidak hendak di satukan, mungkin sebab bimbang nanti blogger juga akan mintak satu dua kerusi Parlimen yang masih dalam pertimbangan PM Satu Malaysia.

Unit Media Baru Pahang pun kurang bergerak, ini mungkin atas sebab kurang peruntukan kerajaan. Maklumlah yang kita nampak sepanjang jalan raya kebanyakan lori balak ke hulu ke hilir tu kosong belaka. Ibarat kata pepatah; Kalau tidak ada pembalakan, mestilah tidak berkembang ekonomi negeri Pahang. Entah ye entah tidak, kawan ni pakai agak-agak je tu.

Ari Sabtu dan Ahad ni kita nak berkisah pasal negeri lain pulak. Lepas tu nanti baru kita kisahkan pasal Pahang dan MB serta pembesar-pembesarnya. Banyak maklumat yang sudah kita terima melalui email dan kebanyakkannya dari pembangkang. Kawan akan siarkan satu persatu nanti tapi sudah tentu kawan akan tapis dulu.

Ada orang hantar email dan ucap syabas. Dia kata awak boleh gegar Pahang. Kawan nak kata macam ni saja; nak gegar kawan tak boleh tapi kalau setakat goyang-goyang sikit tu bolehlah, gamaknyalah. (Gegar, goyang,goncang!) Tapi apa pun kawan akan tulis juga, demi rakyat Pahang dan demi kebenaran. Segala kebenaran harus diperjuangkan, segala keburukkan harus disingkap, segala konspirasi dan pengkhianatan haris ditelanjangkan. Rakyat berhak tau segalanya dengan telus. Hehe! Kalau dah nampak asap....... tentu dah ada apinya!

----------

PRK Hulu Selangor sangat menarik perhatian umum. Kemenangan BN sangat diharapkan dan diperlukan sebagai indicator @ petunjuk bahawa sokongan rakyat terhadap BN sudah pulih. Jika keputusan masih menyebelahi PR, tentu PM Satu Malaysia dan BN akan masih merasa gusar dalam hati. Kerana itu akan memberikan tafsiran bahawa rakyat masih menyimpan dendam dan amarahnya terhadap kerajaan atas kekhilafan sebelum ini.

PR juga sedang berjuang bermati-matian untuk pertahankan kerusi ini. Ini juga petunjuk buat mereka mengesan setakat mana isu DS Anwar dalam kes liwatnya berjaya meruntuhkan kekuasaan yang sedang mereka bina. Jika ada kemampuan bagi Pakatan Rakyat untuk menyumpah, mereka akan menyumpah 2 perkara ini: 1) Kenapalah DS Anwar meliwat, dan 2) Kenapalah wakli rakyat Hulu Selangor meninggal dunia.

Bagi BN khususnya PM bebanan berikutan PRK ini sangat terasa. PM Satu Malaysia mesti berusaha bermati-matian untuk memenangkan kerusi berkenaan dengan apa cara sekalipun..saya ulangi; DENGAN APA CARA SEKALI PUN!

Halangan utamanya adalah parti komponen terutama MIC yang bermati-matian berkehendakan supaya meletakkan calon dari kalangan mereka bahkan pilihannya juga. PM tentu ada pertimbangannya sendiri. Sepatutnya budaya seperti ini sudah tidak diamalkan lagi. Biarkan saya PM mengunakan kata pemutusnya dan menentukan siapa yang dia kehendaki sebagai calon. Parti komponan boleh mencadangkan dalam senyap, dan bukan berupa ugutan yang halus yaknia memaklum kepada umum calon yang dia kehendakinya. Biarlah cadangan calon itu rahsia antara dia dengan PM saja, bukankan akan lebih manis?

Akibat dari kekeliruan dan tekanan ini, saya rasa PM akan menerima cadangan dari 'Tuan Penasihat'-nya, Husin Lempoyang dalam menentukan calon di Hulu Selangor nanti. (Klik sini) Hehe! Dengar khabar Husin pun akan ke Amerika Syarikat bersama rombongan PM nanti....'Wow! Baguslah Sin, majulah bisness kamu jual 'onta' tu.


09 April, 2010

PAHANG - ANUGERAH PELAKON TERBAIK OPERA CINA

Semalam kawan cuma letak sekler wayang je, ari ni letak lah gazetnya, orang kampong pun tentu nak tengok lakonlayar dan aksi seksi pelakon kita, hehe!


Kawan dulu dalam UMNO. Pernah jadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan, lepas tu Ketua Cawangan dan dalam mase sama AJK Pergerakan Pemuda Bahagian. Ketua Pemuda kawan dulu dah jadi ADUN, sepenggal sebelum ditendang keluar oleh MB sebab nak letakkan kroninya.

Bukan maksud kawan mase ni kawan tak sokong UMNO, kawan masih sokong, cuma lebih berhati-hati dan dengan bijak. Kawan akan memilih yang benar, betul dan baik untuk diri sendiri dan orang ramai. Kita harus membuka fikiran kita dengan seluas-luasnya.

Di era teknologi maklumat ini, memang terlalu banyak maklumat yang boleh kita dapat sama ada yang molek dan yang buruk. Kalau yang moleh itu cuba dilindungi akhirnya akan terserlah juga kemolekkannya, begitu juga dengan yang tak molek, walau cuba dilindungi akhirnya akan terdedah juga keburukkannya.

Kalau nak diumpamakan, bolehlah kita anggapkan macam 'lurah' Bukit Lanjan yang terselak tidak lama dulu. Dua tiga ari bijik mata kawan berpinar-pinar. Orang-orang parti sebelah sana terpaksa menyimpan kopiah dalam kocek, tapi tengok gambar tu mereka tetaplah tengok juga, hehe!

Orang sebelah sana tu bercerita banyak hal tentang negeri Pahang ni. Tentang MB dan pemimpin-pemimpin negerinya. Ada cerita tu yang betul, tapi ada juga yang salah dan ada juga yang ntah betul ke ntah salah - tak pasti.

Bagaimanapun, kawan nak siarkanlah sikit disini supaya boleh rodong-rodong kawan yang tak berpeluan membacanya sebelum ini membaca dan membuat penilaian sendiri. Ingat! Tidak lama lagi kawan akan beri peluang deme semua untuk mengundi, sama ada suka lagi ke kurang suka dah pada MB kita ni. Anggaplah ini sebagai pilihanraya oloh-olok atau macam peperiksaan percubaan, hehehe!

Kerana itu weh, baca lah apa yang kawan pungut dari sebuah blog orang sebelah sana tu. Sebahagian aje lah, kalau nak baca abis kena lah klik dibawahnya nanti. Ingat nanti! Undi jangan tak undi, Kawan saya, blogger Husin Lempoyang kata " Wow!" Hehehe!



Rakyat Pahang sebenarnya amat memerlukan pembangkang. Kewujudan pembangkang ini satu keperluan sebenarnya kerana rakyat perlu mengetahui apa yang berlaku dan dilakukan kerajaan sehingga Ketua Audit Negara menegur rekod kewangan kerajaan negeri misalnya, rakyat berhak tahu apa yang berlaku.

Di Pahang ini sekurang-kurangnya terdapat empat isu besar antaranya isu tanah. Rakyat telah meneroka dan memajukan tanah sekian lama ada sehingga 30 ke 40 tahun tiada penyelesaian dibuat, permohonan ditolak tanpa alasan dan sebagainya.

Keduanya isu air, Pahang mempunyai sungai yang besar tetapi air masih menjadi masalah kepada rakyat terutama di rancangan Felda dengan bekalan air yang sering terganggu, tekanan air rendah dan sebagainya. Pada masa sama kerajaan mengenakan caj meter pula kepada rakyat dan ingin menjual air pula ke Selangor.

Begitu juga, masih banyak kampung-kampung belum mendapat bekalan air sempurna, bekalan elektrik dan perkhidmatan telefon. Jalan raya juga ada yang tidak baik. Ada jalan raya yang usianya lebih 20 tahun tidak dibaiki atau diturap semula. Contohnya jalan raya Jerantut�Benta, jalan itu sudah lama tetapi tidak dibaiki dan tidak diturap semula, ia seolah-olah terbiar.

Kita lihat di kawasan destinasi pelancongan, kerajaan diberi perhatian seolah-olah apabila ada pelancongan adalah kemudahan. Di tempat bukan kawasan pelancongan kemudahan untuk rakyat tidak ada. Kerajaan dilihat lebih menjaga hati pelancong daripada hati rakyat sendiri.


(Klik untuk baca sepenuhnya)


Semalam kawan banyak dapat email yang menulis macam-macam, ada yang puji dan ada juga yang mengutuk memaki hamun ke kawan, tapi kawan dah biasa, dah tak kisah dah. Lu jaga lu punya kain, gua jaga gua punya buntut saja.

08 April, 2010

PAHANG - LAKONAN WAYANG CINA

Gambar Hiasan: Dari satu adegan lakon-layar wayang Cina -
dialognya adalah: Cis! nyah kau dari sini, selepas kau barulah aku akan nyah!



Ari ini kawan tak endak menulis panjang dan lebar. Cukuplah gamoknya walaupun pendek dan tak besar. Ini kena tanya orang tertentu mana yang mereka suka antara panjang dan lebar serta pendek tetapi besar. Hehehe!

Semalam kawan dah kata yang kawan sedang menyediakan 'poll' diblog ini untuk dapat kita mengundi sama ada siapa sokong MB Pahang terus menyambung jawatannya atau siapa yang suka jika dia direhatkan sementara.

Kerana itu, beberapa hari dari sekarang, kawan akan mengeketengahkan isu-isu yang berkaitan yang akan dapat memberikan pandangan bagi kita membuat pertimbangan nanti.

Mula-mula sekali kawan nak siarkan tulisan dari sebuah blog dari Dato' Sakmongkol yang menulis posting ini di dalam blog Pahang Press milik beliau sendiri. Nampaknya Pahang Press ini dah nak kiok' dah. Bagaimanapun blog Sakmongkol masih gagah dan perkasa dan hadir dengan tulisan-tulisannya yang sangat baik, cuma orang-orang dari kampong saya susah sikit nak membacanya. Maklumlah ditulis dalam bahasa 'omputih'.

Dato' Sakmongkol mungkin boleh lekatkkan widget translater, tapi masih belum ada translater yang boleh menterjemahkan loghat kampong di Pahang ni. Jadi, kawan tak tau apalah nak kata tentang tu.

Jadi, ace kita bace dulu tulisan Dato' Sakmongkol ni, dan minggu depan kita 'setat' membuat undi sapa suka dan sapa kurang suka atau tak suka atau benci pada MB kita ni. Kita kira ni macam mengundi olok-oloklah. Hehehe! Lepas kita undi MB kita undi orang lain pulok, ye dok?


Baca dari blog Dato' Sakmongkol (tanpa sebarang ubahsuai atau pembetulan):


MB Pahang telah membentangkan bajet negeri tersebut untuk tahun hadapan. Sebagai rakyat biasa yang pernah menjadi wakil rakyat, saya sentiasa mengharapkan perdebatan dan penghujjahan yang bernas dari wakil wakil kita. Saya beranggapan bahawa selain dari pembukaan sidang dewan, persidangan mengenai bajet adalah kemuncak persidangan untuk mana mana tahun.


Ini adalah kerana, pada persidangan tersebut, kerajaan memohon kebenaran untuk mengeluarkan sejumlah wang dari akaun consolidated untuk membiayai pengurusan dan pembangunan negeri. Permohonan ini pun mempunyai signifikens yang besar- memohon kebenaran bererti kita harus sedar bahawa wang tersebut, bukan kita punya. Ianya kepunyaan dan milik negeri atau rakyat. Apabila perkara ini disedari maka, aplikasi dan penggunaan tersebut, menjadi suatu perkara yang akan di nilai oleh rakyat. Yang berada di barisan depan sekali, untuk menilai sama ada wang tersebut akan di kendalikan dengan baik, ialah wakil rakyat.


Tahun demi tahun, kita di beri tahu, hasil kerajaan adalah x jumlah nya. Semasa saya jadi wakil rakyat dahulu saya sentiasa mahu menanti kenyataan mengenai pendapatan negeri Pahang keseruhan nya. Maksudnya, hasil kerajaan hanya merupakan sebahagian dari pendapatan negeri yang terkutipoleh kita melalui cukai, royalty, hasil dividen, sumbangan per kapita dari kerajaan persekutuan dan sebagai nya. Maka, hasil kerajaan adalah x daripada Y untuk sesuatu tahun.


Apa guna nya kita tahu income negeri Pahang? Kerana dengan mengetahui pendapatan negeri secara membandingkan rekod, dapatlah kita tahu sama ada kesihatan ekonomi negeri di urus dengan baik. Apabila kita tahu perkara ini, boleh lah kita berdebat dengan rasional. Saya kira MB pun akan suka jika kita berdebat dengan penghujjahan yang rasional dan tidak terpekik terlolong menuduh sembarangan atau memberi sokongan babi buta.


Seperti biasa bajet negeri Pahang berada dalam keadaan defisit. Erti nya, hasil kita kurang dari belanja. Kita belanja lebih dari pendapatan. Bagaimana kita menampung nya? Dengan berhutang dari kerajaan persekutuan.


Sahabat sahabat saya dalam dewan Pahang akan berkata- ah, bukan Pahang sahaja yang defisit. Malaysia pun defisit. Susah lah kita mahu memulakan perdebatan jika kita mempunyai sikap yang sebegini.

Kenalah kita menerangkan, mengapa kita kata defisit tidak mengapa? Janganlah kita mempertahankan defisit dengan menyatakan ianya terjadi sebab kita belanja keatas welfare. Kita tolong orang miskin dan susah. Sememangnya, tolong orang susah dan miskin adalah suatu perkara yang murni. Tapi mustahil, bahagian yang di salurkan kepada oran miskin dan susah, menyebabkan defisit? Tapi point inilah yang akan di gunakan oleh sebahagian besar dari wakil rakyat kita.


Jika kita hanya tahu point seperti ini, nampak sangatlah kita tidak menghalusi ucapan bajet MB dan bila balik ke hotel hujung mingu, tidak mahu menganalisa inti bajet dengan rapi. Kalau kita veri hujjah yang dangkal, maka pengamal media baru seperti sakmongkol akan memberi pandangan nya. Dan pandangan nya tidaklah seperti pandangan budak sekolah pemberita dari Utusan Malaysia yang disebut orang sebagai akhbar yang terbodoh dalam dunia!


Seperkara yang kita harus sedar ialah, defisit tidak semestinya sesuatu yang tidak baik. Ia jadi tidak baik, jika defisit di guna dan terjadi sebab kita beberlanja keatas perbelanjaan mengurus atau consumption spending. Yakni, kos mengurus naik tapi prodaktiviti tidak naik sama.


Jika defisit terjadi kerana sebab ini rakyat sema akan bertanya- mengapa kos pengursuan naik, tapi kualiti perkhidmatan tidak? Bila kita pergi ke pejabat kerajaan, pegawai keajaan tidak ada di pejabat. Mereka minum teh atau pergi main golf. Ini bukan syarikat bapak mereka punya. Kadang kadang, kita di layan dengan kasar dan secara insensitif sekali. Orang yang datang berurusan dengan pejabat kerajaan di layan seolah olah seperti peminta sedekah yang bergantung kepada ehsan pegawai.

Tentlah ini menjengkilkan perasaan rakyat jelata.

Bersambung…..



Kita berentilah sini dulu, pas tu kita sambunglah lagi esok lusa pulak. Mana tau dalam sari-dua ni ada Dato' Sam ajak mengeteh sambil borak-borak...hehehe! nak bincangkan pasal facebook pulak ke...atau nak dapatkan nasihat macamana nak perkasakan blog dia yang dah jadi perkasam tu?....mungkin juga nak bincang-bincang pasal Unit Media Baru yang semakin lama semakin buruk...dan tak tentu hala-tuju.



07 April, 2010

CERITA PASAL PAHANG

Gambo kenangan masa PRU dulu, bolehlah simpan jadi bahan sejarah untuk anak cucu



Lama dah kawan tak menulis pasal Pahang. Kawan rasa macam dah lama kawan tak balik ke kampong halaman. Bimbang juga orang Jerantut lupa dan dah tak kenal ke kawan. Kalau pun ada orang yang tak suka ke kawan, kawan peduli apa?, asalkan MB dan Ketua Penerangan Perhubungan Negeri masih ingat dan kenal pada kawan. Hehe! Macam ayat orang mengayat aje?

Tak banyak kawan nak cerita pasal Pahang. Pertamanya kerana bukan ramai sangat orang nak dengar cerita pasal Pahang dan keduanya di Pahang pun tak ada cerita. Aman dan damai maklumlah - darul makmur! Kita boleh tidur lena dan tidur lelama, tak ada sape yang akan peduli.

Hati MB pun senang juga sebab PRU lambat lagi, jadi tak risaulah kalau nak kena berkemas-kemas berangpe (peralatan). PM Satu Malaysia pun mungkin akan lanjutkan perkhidmatan dia sebab masih banyak kerje yang belum diselesaikan lagi, hutang piutangnya. Rakyat Pahang pun mungkin tak ada masalah kalau khidmatnya disambung lagi. Mungkin nanti saya nak buat nakal sikit dengan adakan 'poll' di blog ini, boleh tengok ramai ke tidak orang yang masih sukakan DS Adnan ni?

Media sosial (orang UMNO panggil media baru) 'Facebook' Pahang di kontrol (kawal) oleh UMB (Unit Media Baru) UMNO Pahang. Perasaan deme lah. Tapi mana blogger generasi kedua dari UMB Pahang? Agaknya, mungkin kawan yang dan kurang membaca jadi kawan tak tau. Macamana pun, yang kawan tau blog pembangkang makin bertambah. Mungkin juga blog-blog ni tak akan memberikan apa-apa kesal pada politik Pahang, gamak nya lah!

Tapi apa yang kawan nampak, di blog aggregator 'Gabungan Suara Anak Pahang' http://gerbangtemumaya.blogspot.com , blog-blog pembangkang makin bertambah. Tak memada dengan Pahang DailyOnline (PKR), timbul pulak Pahang Kini (Pas). Ketua UMB Pahang mesti tau dan selalu memantau benda-benda ni dan mungkin dia rasa ni tak akan menjadi kudis sebab politik UMNO Pahang masih kuat. Kenalah kita tanya Dato' Sam pasal ni. Dia kena juga ingat, kalau MB kena kuis dia pun tertumpir juga.

MB dah mintak tambah 9 lagi kawasan Parlimen untuk negeri Pahang. Itu hasil dari Konvensyen UMNO Pahang dulu. Kalau PM setuju, tambah kuat dan gagahlah UMNO Pahang nampak gayanya. Orang-orang politik kita pun bolehlah tidur lebih panjang lagi. PRU pun jauh amat lagi, apa nak risau? Kawan cuma nak ingatkan satu perkara aje, orang tak sukakan DS Anuar dan PR bukanlah bermakna orang dah jadi sukakan UMNO.

Kawan ni taklah kisah sangat sapapun yang akan jadi MB nanti atau parti mana yang akan memerintah Pahang, cuma puak-puak orang politik ni esok, sanggup ke jadi pembangkang? Hehehe! Jadi sekali sekala sebelum tidur tu, letaklah tangan ke dahi dan fikirkanlah. Ingat juga, masa UMNO ber-konvensyen dulu PR juga ber-konvensyen di Kg. Temin, Jerantut. Banyak juga DS Anu-arr goday (usik) buntut pemimpin-pemimpin UMNO Pahang, habislah semua ditelanjangkan nya. Habis juga satu alur sungai Tembeling di beraknya. Tak akan sikit pun tak memberi kesan?

Hari pun dah jauh malam, kawan nak beransur tidurlah pulak. Pemimpin-pemimpin UMNO kita dah lama dah tidur gamok nya. Kalau pun ada yang tak tidur dan masih bergoyang di dangdut tu, dema tu bukanlah orang-orang UMNO, orang sebelah sana pun dah pandai simpan ketayap dalam kocek, hehe!

Husin Lempoyang juga yang burppp! kenyang dan kaya sebab boleh jual orang dan jual onta, Hehe! Wow!!


Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...